Mak pak haIau aku sebab aku maIukan diorang, tapi rupanya mereka lebih dulu buat kesalahan yang lebih jijik, memaIukan

Aku tahu salah aku sampai mak pak haIau aku dari rumah. Saat aku dicampak jauh suami aku yang sekaranglah yang menerima aku. Dia terima anak yang aku kandung walaupun bukan anak dia, dia layan sama rata dengan anak – anak yang lain. Tapi selepas 12 tahun terbongkar rahsia mak pak aku yang lebih jijik dan memaIukan..

#Foto sekadar hiasan. Aku Ayla, sudah berkahwin dan mempunyai anak – anak. Umur aku awal 30-an. Aku pernah buat silap ketika zaman remaja aku. Akibat dari tu aku mempunyai anak luar nikah. Ya aku bukan anak yang baik. Aku sedar. Aku jalani hidup aku seadanya.

Aku terima saat aku dibuang, dihantar jauh. Bertahun – tahun. Aku terima. Aku tak salahkan sesiapa. Salah aku. Aku yang memilih sendiri. Saat aku dicampak jauh suami aku yang sekaranglah yang menerima aku. Dia menerima aku seadanya.

Dia jaga aku dari aku belum melahirkan lagi (dia bukan ayah kepada anak aku). Sampai sekarang dia tak pernah bezakan anak aku. Cukuplah salam perkenalan dari aku. Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah. Bila kau dah menerima seadanya hidup kau.

Kau terima salah yang kau dah buat. Kau terima layanan dan pandangan buruk orang pada kau. Sebab apa. Sebab kau tau yang buat salah tu kau. Tapi semuanya berubah sekelip mata bila kau tahu orang yang buang kau yang hantar kau jauh – jauh yang malu dengan salah yang kau dah buat pun melakukan hal yang sama dan lebih teruk lagi.

Mehh aku terangkan. Rumah tangga mana yang tak diuji. Selama 12 tahun macam – macam aku lalui. Tapi tak sehebat yang ini. Aku ditunjukkan dengan satu persatu rahsia. Hakik4t yang aku anak luar nikah terbongkar. Ya. Aku anak luar nikah.

Aku tak tau rasa apa yang patut aku tunjukkan. Marah. Kelakar. S4kit hati. Semua ada. Yang paling buat aku rasa berderai pernikahan aku selama 12 tahun difaraqkan (dibubarkan kerana tidak sah nikah) kenapa tidak sah nikah?

Kerana aku berwakil walikan pak sedangkan aku sepatutnya berwakil walikan hakim. Lagi pula nama aku dalam ic dan surat beranak berbintikan pak. Jadi memang aku tak syak apa – apa. Jadi korang rasa apa yang aku patut rasa masa tu.

12 tahun pernikahan aku dibubarkan sekelip mata. Jadi orang asing. Kata mudahnye ibarat kau berz1na 12 tahun ni. Suami aku? Tak. Dia tak mem4ki hamun aku. Sepertimana dia menerima aku pada permulaan dulu begitu juga dia menerima tentang perkara ni.

Cuma dia h4ncur. Sekelip mata hilang gelaran suami hilang gelaran ayah. Katanya bukan dia tak sayangkan aku tapi kerana orang tua aku. Aku faham. Semenjak dia jadi suami aku amat payah diri dia nak diterima masuk dalam keluarga.

Macam – macam yang mak duk kata kat dia. Tapi dia tetap cuba ambik hati. Bila jadi camni dia rasa selama ni kau tak terima aku dalam keluarga kau macam kau tak pernah buat silap tapi rupanya bila pekung kau terbuka kau lagi teruk dari aku.

Aku ni yang terima anak kau yang jaga anak kau terima cucu kau walau bukan anak aku tapi kau tak pernah nampak tu kau tak pernah hargai aku apatah lagi nak ucap terima kasih. Sekarang ini pula kau bagi pada aku (macamtula yang suami aku rasa) dan cakap kat aku sebelum dia keluar dari rumah.

Sekarang kes aku dah dirujuk ke pejabat agama dan naik ke mahkamah tinggi syariah. Dah genap setahun aku lalui semua ni sorang. Naik turun mahkamah sorang. Tak selesai selagi mak tak hadir bagi keterangan. Dorang pula tak nak hadir tak nak ambik tau sebab katanya tak ada yang salah sebab dulu – dulu boleh saja.

Katanya aku yang memperbesarkan perkara. Maka tersisihlah aku dari keluarga. Usaha? Bukan aku tak usaha aku cari saud4ra yang boleh membantu kes aku jadi saksi aku tapi semuanya berjanji sampai masa bayang pun tak ada.

Aku letih berharap. Aku penat mengemis minta tolong. Besarnye pangkat mak pak tu sampai susah nak akui silap sendiri. Bila masa aku yang yang buat silap kau tolak aku jauh – jauh aku lah yang terpaling jahat. Tapi bila salah kau pula yang terbuka rupanya kau pun sama macam aku tapi sekurangnya kau bukan anak h4ram. Tapi aku.

Aku anak h4ram kau yang sekarang hidup aku dah tak ada apa – apa. Sekelip mata aku hilang keluarga, aku hilang tempat aku berg4ntung. Kau ada ambik tau ada kau tanya cucu – cucu kau macam mana? Paling sedih ada kau tanya anak h4ram kau ni ok ke tidak?

Tak ada kau tak pernah tanya kau penting diri kau eg0, kau tetap rasa aku yang salah. Sampai bila kau nak hukvm aku atas d0sa – d0sa kau. Proses mahkamah tak kan selesai kalau kau tak hadir. Sedangkan aku dah setahun hidup dengan anak – anak tanpa suami. Eg0nya kau.

Kau pernah terIanjur macam aku sebab tu adanya aku sebagai anak h4ram kau. Tapi sekurang – kurangnya keluarga pak terima kau baik. Tapi aku, kau campak sedangkan kau pernah lalui apa yang aku lalui patut kau lebih rasa apa yang aku rasa.

Lagi satu walaupun kau ada anak h4ram iaitu aku tapi kau diri kau sendiri bukan anak h4ram. Sedangkan aku diri aku sendiri anak h4ram dan aku juga buat silap macam kau. Kau pernah tetpikir tak apa aku rasa lalui semua ni sorang – sorang.

Kau pernah terfikir aku ok ke tak. Tak pernah. Suami aku keluar dari rumah aku tunggu kau datang mak, pak jenguk aku tanya aku ok ke tak tapi korang tak pernah datang malah m4kin menjauh. Jangankan nak akui silap tapi kau ungkit segala salah aku.

Bukan senang aku nak hidup dengan anak – anak nak bangun bangkit dengan setiap kisah perit hidup aku. Aku kena pikul kena tanggung akibat dari kesalahan yang aku tak buat. Bukan aku saja. Bekas suami aku anak – anak aku turut sama menanggung. Aku. Hanya aku sorang. Mana aku dapat kekuatan?

Entahh aku tak kuat pun. Aku hanya menjalani hidup. Anak luar nikah tu tak minta nak dilahirkan begitu tak h1na pun tapi manusia sekeliling membuatkan diri anak luar nikah itu rasa terh1na. Betul.. salah ke betul mak tetap mak, tak ada kata anak terasa hati dengan mak.

Tapi maaf aku masih tak sekuat itu untuk menerima dan memaafkan. Sangat berat untuk aku. Doakan aku kuat doakan aku terus berada di landasan yang betul. Kalau kira hilang pedoman aku berkali – kali terasa nak bunvh diri.

Rasa malu yang kau bagi pada aku lebih hebat dari malu yang aku beri pada korang. Diusia aku yang macam ni dengan ada anak – anak aku kena hadap dari perbuatan korang. Akhirnya aku yang menanggung semua sendiri.

Menanggung akibat dari salah orang lain. Jangan pandang remeh hukvm tuhan. Jangan rasa dulu boleh sekarang tak boleh. Hukvm Tuhan tetap hukvm Tuhan. Aku punya bukti yang yakin kuat dan mahkamah juga menyatakan apa yang terjadi ini adalah salah.

Jadi siapa kau mak pak yang masih nak kata betul. Maaf kalau yang membaca rasa aku keterlaluan. Aku akui aku keterlaluan marah, s4kit hati, kecewa, sedih, benci. Maaf aku hanya meluah. Penulisan aku ini yang boleh diambik sebagai iktibar ambik lah yang tak elok korang baca diam – diam jela.

Jangan malu punya anak luar nikah. Takdir hidup kau sudah tertulis kau tak boleh memilih menukar takdir hidup. Akui kesilapan yang paling penting tak kiralah kau ibu bapa atau kau anak. Anak luar nikah, – Ayla (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Pertama sekali aku nak ucap terima kasih atas keprihatinan korang, persoalan korang komen – komen korang. Aku baca satu – satu tau komen korang. Ada satu komen tu dia tulis “kifarah yang ters4kiti” aku suka ayat tu.

Kali ni aku nak jawab sikit – sikit yang mana ada menyebut tentang edah, rujuk balik, nikah balik dan lain – lain. Kat sini aku jelaskan sekali lagi maksud faraq tu. Faraq ni adalah pembubaran pernikahan kerana tidak sah nikah atas sebab – sebab tertentu.

Oleh kerana ianya pembubaran nikah maka tidak ada proses penceraian tidak ada gelaran duda atau janda kerana dengan kata lain tidak pernah bernikah. Senang cerita kalau selesai proses mahkamah ni nanti tidak akan ada data di jabatan agama islam mengatakan aku pernah bernikah.

Mengenai akad nikah semula. Ya betul boleh akad nikah semula sekiranya kes sudah selesai. Boleh nikah semula menggunakan wali hakim. Bolehla nak nikah balik kalau ex aku masih nak teruskan. Aku tak kata dia tak nak teruskan dan aku pun tak kata dia nak teruskan.

Aku tak mem4ksa dia, aku pun tak mendesak dia. Dia berhak diberi ruang untuk hadam perkara ni untuk fikir baik – baik untuk buat keputvsan hidup dia. Bukan senang juga untuk dia hadam perkara ni. Macam aku cakap sebelum ni lah menanggung salah orang lain.

Kalau korang kat tempat ex aku pon aku pasti korang pun perlu masa untuk hadam mungkin ada yang akan menarik diri terus. Aku sedar diri. Salah dari pihak aku. Bukan benda kecik. S4kit, perit pedih tu pasti ada. Lagi – lagi perpisahan yang terjadi bukan dari kesalahan kami.

Aku ambil keputvsan untuk tak mem4ksa dia. Andai ada j0doh kami akulah yang terpaling bersyukur. Andai tiada aku anggap ini satu lagi jalan hidup aku yang Allah dah aturkan. Tentang proses mahkamah ya aku sendiri juga punya rasa kenapa susah sangat benda ni nak setel.

Aku ada cukup bukti nyata untuk dibuktikan. Aku juga pernah minta pada mahkamah untuk proses saksi secara virtual tapi mahkamah tetap nak mak datang sendiri buat pengakuan. Jadi aku terp4ksa ikut prosedur mahkamah.

Kes takkan selesai selagi dia tak datang bagi keterangan. Aku tak mampu nak guna khidmat peguam. Kalau ikutkan naik mahkamah ni prosedur saja sebab aku nikah secara sah dengan jabatan agama. Jadi aku kena lalui proses mahkamah untuk jadikan pembubaran itu sah di atas kertas.

Lebih mudahnye status aku nanti akan jadi tidak pernah bernikah. Kalau cari dalam rekod jabatan agama pun memang tak akan ada. Betul aku boleh memohon untuk keluarkan waran kat dorang tapi sebelum waran tu dapat dikeluarkan aku kena la lalui sesi yang aku sedang lalui sekarang.

Sesi berharap orang terlibat akan hadir. Mungkin sebab aku tak ada peguam jadi proses tu sangat lambat. Cuma tulah macam aku baca komen – komen korang aku rasa benda ni boleh saja selesai cepat sebab bukti – bukti kukuh memang aku ada.

Ntahla aku pun tak faham. Letih turun naik mahkamah sendiri. Owh ex aku memang tak terlibat dalam proses turun naik mahkamah ni. Dia cuma akan terlibat ketika proses pembacaan keputvsan akhir nanti. Kire macam kes ni antara aku dengan mak pak jela.

Ex tu macam orang luar yang tak tau apa – apa tapi terlibat sama. Aku tak tau la kalau proses kat lain – lain mahkamah berbeza ke. Mungkin ada yang mudah. Biasalah kalau melibatkan benda – benda yang formal kadang – kadang ada tempat senang saja ada tempat susah.

Aku tak kuat pun.. Aku baca satu – satu komen korang aku menangis. Betul ada satu komen tu kata aku anak sulung. Betul aku anak sulung ada adik – adik kat bawah aku. Jarak aku dengan adik – adik agak jauh. Bila aku mula kes ni adik – adik aku ok tapi bila aku dah 2, 3 kali naik mahkmah dan dah start kene libatkan mak pak skali ke mahkamah adik – adik aku sorang – sorang menjauh dari aku.

Last – last aku sendiri. Aku melangkah sendiri. Masa aku nak cakap kat ex aku benda tu jadi mudah. Kitorang duduk semeja aku pun buka cerita terangkan pada dia. Penerimaan dia sangat tenang tapi aku tau hati dia h4ncur.

Aku tau dia cuba menghadam semuanya. Aku tau dia belum mampu menerima. Dan dia keluar dari rumah lagipun memang dah tak boleh duduk bersama. Keluar dengan sejuta rasa. Dari saat dia keluar tak ada sekali pun mak pak aku datang rumah aku tengok aku tanya aku ok tak.

Aku yang pergi rumah dorang bagitau ex aku dah keluar dari rumah. Mak aku boleh cakap, “kenapa pulak dia keluar dari rumahnye, kan boleh nikah semula, ke dia dah tak nak awak dah” Ehh kau rasa kalaulah yang lelaki tu anak kau dan aku ni menantu kau nak bagi ke anak kau teruskan hubungan ni.

Aku yakin kaulah orang pertama yang akan halang. Ehh kau ingat senang – senang ke orang nak terima anak h4ram kau ni dengan tiba – tiba nikah plak tak sah kau ingat orang mudah – mudah saja nak terima. Mak kalau kau cakap memang tak pernah nak pikirkan hati orang.

Kau rasa kau saja betul. Kau tau benda ni salah mak tapi kau diam kau buat alasan kau kata kau ikut cakap pak. Masa inilah kau pun nak jadi isteri solehah. Kau pernah tak pikirkan sekali saja perasaan aku mak. Pernah tak kau rasa kesian kat aku mak.

Aku ni anak luar nikah kau mak. Anak luar nikah yang dah h4ncur hidup disebabkan salah kau. Anak luar nikah kau yang sekelip mata hilang tempat berg4ntung hilang suami hilang keluarga. Kau tak rasa mak. Kau tak rasa sebab benda ni tak kena kat kau mak.

Bukan kau yang anak luar nikah bukan hidup kau yang h4ncur. Kau masih lagi mampu bergelak senyum dengan laki kau dengan anak – anak kau yang lain. Kau tau rasa aku mak. Aku berkec4i mak. Pak pulak kalau selama ni aku rasa pak sayang aku dari mak rupenya aku silap.

Aku sayang kau pak. Aku banyak kenangan best dengan kau dari dengan mak. Tapi sekarang kau buat aku sedar pak. Kau buat aku sedar aku ni hanya seseorang yang kau kena terima kerana keterIanjuran kau dan mak. Kau pun eg0 pak.

Kau rasa kau betul. Memang aku banyak salah banyak silap. Kau jadikan silap aku tu bahan untuk kau tutup salah kau yang aku tengah tanggung ni. Kau pusing cerita. Kalau cerita dari a-z kau cuma cerita dari a-i saja kat orang. Kau cerita bab salah aku saja.

Akhirnya orang nampak aku yang buruk aku yang salah. Sampai aku bawak diri dengan anak – anak sebab dah tak ada sapa dah untuk aku kat situ. Dalam setahun ni aku cuba jadi kuat aku cuba bangun aku cuba melangkah tapi. Aku cuba.

Tapi kadang – kadang aku kalah dengan gelap malam. Aku menangis macam orang giIa. Tak senang aku nak hadap. Depan anak – anak aku cuba buat gagah. Anak – anak tak tau aku cuma cakap ayah kije jauh (lagipun sebelum – sebelum ni memang aku pjj dengan ex) kebetulan PKP apa semua jadi anak – anak cuma paham PKP pak dorang tak boleh balik.

Lagi satu sebelum ex aku keluar rumah dia ada cakap kat aku kat luar kat media sosiaI buat biasa saja. Buat macam tak ada apa – apa berlaku. Dia kata biarla dia sorang saja yang tau tak perlu keluarga dia tahu. Jadi aku berpura – pura ok di luar dan di media sosiaI.

Keraguan korang tentang nasab anak – anak aku tu nanti diakhir kes aku ni mahkamah akan putvskan nasab anak – anak aku. Atas budi bicara mahkamah. Itulah yang aku faham. Korang bayanglah macam mana aku nak hadap kalau anak – anak aku semua kena tukar nasab.

Bukan anak – anak saja dengan aku – aku sekali. Di umur aku yang dan 30an ni kena tukar nama. Dan mak pak masih rasa benda tu tak penting. Korang bayang macamana pulak perasaan ex aku kalau nasab anak – anak kena tukar kepada abdullah.

Kalau ikut kata mahkamah dia memang hilang semua. Langsung tiada hak ke atas anak – anak. Aku tak boleh nak tuntut apa – apa kat dia sebab status sekarang tidak pernah bernikah. Bukan aku nak tuntut apa – apa pun aku sedar teruk buruk dan h1nanye diri aku apa yang pak mak aku dah buat.

Anak – anak aku semua rapat dengan ex aku dari aku. Lagi – lagi anak – anak perempuan aku. Ex aku memang jenis suka melayan anak lebihkan anak. Korang bayangla tiba – tiba benda tu kena ambik dari dia. Dia hilang hak atas anak – anak dia.

Kalau korang kat tempat dia korang kan rasa apa. Ntahla sejujurnya aku memang tak ada apa nak salahkan dia. Memang dia tak buat salah pun. Yang buat salah tu mak pak aku. Yang menanggung tu aku, dia dan anak – anak.

Aku mula balik hidup aku cari kerja. Nak bagi makan anak sekolahkan anak bayar rumah macam – macam lagi. Bab sekolah satu hal. Akulah yang akan menghadap cikgu nanti menukar segala maklumat penjaga menukar status menukar surat beranak anak – anak.

Akulah yang kena hadap kalau mak aku cakap pasal malu masa aku terIanjur dulu ni malu yang aku nak kena hadap pulak ni berdepan dengan cikgu – cikgu ni sapa nak tanggung sapa nak ambik tau. Aku tak kuat macam yang korang cakap.

Aku cuma cuba terlihat kuat. Aku nak minta tolong kawan – kawan aku tak tau nak mula dari mana. Aku nak kena cerita pula apa yang aku duk hadap sekarang minta simpati. Hmmm tak pelah aku pendam saja sendiri. Aku pasti usaha untuk anak – anak.

Walau macam mana pun aku akan cuba sediakan makan anak – anak. Aku pernah saja cuba – cuba tanya pinjaman – pinjaman berlesen ni tapi tak pernah lagi aku buat. Kalau ikutkan memerIukan memang aku nak cuba tapi aku pikir – pikir balik banyak sangat yang tak betul dari betul. Menyusahkan aku juga nanti.

Next kes aku bulan 1 nanti. Aku ikut jelah arahan mahkamah. Kalau kata tunggu lagi aku tunggu la lagi. Pernah mahkamah bagitau aku kes macam aku memang ada terjadi tapi sangat jarang. Pernah dorang handle kes macam aku 2 tahun baru selesai. 2 tahun baru mak pak bagi kerjasama.

Jadi mahkamah cuba nak bagitau aku pun kena tunggu 2 tahun jugak ke untuk selesai pernah juga sorang peguam syariah ni tanya aku kes apa. Bila aku cakap faraq dia pun cakap oh berat tu. Aku senyum jela. Apa lagi aku boleh buat.

Aku senyum, Aku diam, Aku pendam, Sampai aku padam. Salah ke aku kalau aku belum mampu maafkan mak pak aku. Salah ke aku kalau membenci. Salah ke aku berlalu pergi. Ya aku tau salah tapi aku belum mampu lagi menerima semua ni.

Aku harap penulisan kali ni kan lebih memberi penjelasan kepada pertanyaan – pertanyaan korang kat komen. Terima kasih atas komen – komen korang. Doakan urusan aku dipermudahkan. Doakan aku sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk cari rezeki kat anak – anak.

Anak luar nikah ni tak h1na orang sekeliling yang membuatkan anak luar nikah tu terlihat h1na. Terima kasih sekali lagi membaca kisah aku. Yang mana boleh jadikan pengajaran panduan iktibar ambik lah. Mana yang buruk – buruk tu korang bacalah diam – diam. – Ayla (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Shopee Free Shipping : https://shp.ee/ty2vbpz | Apa kata anda?