
Aku ada cerita masalah ni pada mak ayah tapi diorang tak percaya. Mak aku kata suami aku tu orang belajar agama. Mak ayah aku siap warning kali ni kalau aku minta cerai diorang tak akan anggap aku sebagai anak dan anak aku tu diorang akan pastikan dapat jagaan pada suami..
#Foto sekadar hiasan. Nak meluah perasaan tak tahu nak share dengan siapa dan harap ada yang boleh bagi pandangan kepada masalah aku. Aku dengan husband kahwin tahun 2018. Masa tu aku baru habis degree tapi sebab mak ayah risau aku kerja nanti jadi hal bukan – bukan, jadi mak ayah suruh aku kahwin dengan anak kawan diorang.
Calon suami aku masa tu baru habis belajar overseas lulusan agama, bagi diorang tu suami terbaik untuk aku. Perbelanjaan kahwin semua keluarga aku dan mertua tanggung. Lepas kahwin baru suami mula cari kerja tapi setakat dapat job mengajar atau bagi kuliah agama, tak ada kerja tetap.
Kebanyakan masa dia duduk rumah main game takpun keluar dengan kawan – kawan dia. Perbelanjaan rumah macam sewa, barang dapur, bil – bil semua aku tanggung sebab aku ada kerja tetap, dia cuma akan tolong bila ada duit extra dan bila aku minta.
Tahun 2018 dan 2019 aku mengandung tapi keguguran sebab stress dengan perangai suami dan tahun 2019 aku kena berhenti kerja sebab asyik sakit (doktor diagnose aku anxiety). 2020 aku mengandung, alhamdulillah dapat anak lelaki.
Tahun sama juga aku failkan cerai di Mahkamah sebab suami masih takde kerja tetap dan ada perempuan lain. Masa aku failkan cerai teruk aku kena kecam dengan mak ayah dan mertua kononnya aku isteri, anak derhaka. Since 2020 tu sampai hujung tahun 2025 aku sendiri besarkan anak.
Bekas suami takde bantu apa – apa, mak ayah aku, mertua pun takde hulur bantuan. Bekas suami bagi duit belanja anak atau lawat anak ikut suka dia je. Aku dapat tahu lepas kami cerai tu dia dah kahwin dengan perempuan tu. Sepanjang 2020 hingga 2025 aku takde kerja tetap so buat part-time buat sales atau tolong kawan berniaga dekat TikTok.
Ada masa aku dapat job jadi event organiser. Masa ni aku bukan setakat kena urus anak tapi urus rawatan masalah anxiety aku. Dalam tahun 2024 doktor aku diagnosed ada masalah rahim. Walaupun struggle tapi aku happy. Aku happy dengan life aku dan happy besarkan anak.
Aku tak fikir langsung nak bercinta atau kahwin, fokus untuk besarkan anak dan ubat sakit aku. Awal tahun 2026 doktor diagnosed anak aku autism. Masa tu memang lagi teruk anxiety aku so aku share dengan family takut aku tak boleh handle sorang – sorang.
Masa tu juga mak ayah aku beritahu bekas suami aku dah cerai dengan isteri dia, bekas suami aku ada jumpa mak ayah aku kata nak berbaik semula dengan aku, nak besarkan anak sama – sama. Dia pun cakap dia dah sedar salah yang dibuat buat selama ni dan dia dah ada kerja tetap so boleh tanggung aku dengan anak.
Pada mulanya aku tak mahu sebab memikirkan apa dia buat selama 5 tahun kami berpisah terutamanya bila ingat dia lepas tanggungjawab pada anak tu. Tapi mak ayah aku desak aku untuk kahwin semula demi anak. Mak ayah kata kalau jadi apa – apa dekat aku siapa nak jaga anak nanti.
Aku ada bincang dengan bekas suami dan dia beritahu selepas kahwin dia akan jaga aku dan anak elok – elok, dia akan bagi nafkah aku, aku dah tak perlu kerja (dia nak aku duduk rumah jaga anak sebab dia tak mahu aku terlalu banyak bergaul dengan lelaki lain). Dia juga janji akan urus dan tanggung rawatan aku dan anak.
Disebabkan desakan mak ayah, memikirkan masa depan anak yang perlukan kasih sayang, perhatian ayah kandung dan janji yang dibuat bekas suami tu, aku setuju balik semula dengan bekas suami. Pada awal bulan Februari 2026 kami nikah.
Selepas nikah aku dan anak pindah duduk dengan suami, 3 bulan pertama semua ok. Tapi start bulan April suami aku mula buat perangai. Duit nafkah aku dia tak bagi, treatment untuk diri aku dan anak dia abaikan, alasannya kitorang ni sihat, rasa sakit tu sebab lemah iman ikut hasutan syaitan.
Kalau nak sihat kena banyak beribadah dan minta dengan tuhan, rawatan doktor ni semua mengarut zaman nabi dulu pun mana ada doktor. Bila aku minta nak kerja semula dia kata tujuan aku nak kerja sebab aku nak menggatal dengan lelaki dekat luar sana.
Dia tuduh aku ada hubungan dengan lelaki lain dan pernah tidur dengan lelaki sepanjang tempoh aku single. Dia selalu guna ayat – ayat hujah – hujah agama untuk kata aku ni isteri derhaka, isteri tak tahu bersyukur, perempuan murahan.
Dia takde pukul aku tapi hampir setiap masa dia akan dera emosi dan fikiran aku. Most of the time pun anak aku jaga seorang diri hampir setiap masa sebab dia jarang ada rumah alasan banyak kerja luar, banyak program dia kena handle.
Bila dia balik dan nak “bersama” walaupun aku takde mood atau tengah anxiety masa tu, dia akan paksa sebab kalau aku tolak dia akan kata aku isteri nusyuz. Aku ada cerita masalah ni pada mak ayah tapi diorang tak percaya, diorang kata tak mungkin suami aku perangai macam tu sebab dia “orang agama”.
Mak ayah aku kata aku ni banyak mengadu, banyak komplen sebab sebenarnya tak ikhlas masa nak kahwin semula suami. Mak ayah aku siap warning kali ni kalau aku pandai – pandai lagi minta cerai diorang tak akan anggap aku sebagai anak dan anak aku tu diorang akan pastikan dapat jagaan pada suami.
Sekarang ni aku dah tak tahu nak buat apa asyik fikir nak mati je tapi aku waraskan fikiran sebab fikir tentang anak tu. Aku memang rasa menyesal sangat sebab bersetuju untuk kahwin semula hanya disebabkan desakan mak ayah, janji kosong suami dan sebab fikirkan anak.
Aku patutnya sedar kalau suami serius nak bertanggungjawab besarkan anak tak perlu aku kahwin semula dengan dia, dia boleh saja co-parenting dengan aku, boleh bagi nafkah bulan – bulan pada anak, boleh sama – sama uruskan hal persekolahan atau kesihatan anak tu. Sebab tu tanggung jawab dia sebagai ayah.
Baru ni kami gaduh besar, aku ada tanya dia pasal tanggungjawab dia, pasal nafkah, pasal urusan anak tapi suami kata itu dia punya hak, urusan aku tak perlu ingatkan dia. Bila aku tanya tentang janji dia buat masa ajak aku kahwin semula, dia kata dia mana pernah berjanji dan kalau betul dia berjanji so aku yang bodoh sebab terima percaya apa dia cakap.
Bila aku tanya apa tujuan dia sebenarnya nak kahwin semula dengan aku, dia kata anak tu alasan saja tapi sebenarnya dia sakit hati tengok aku hidup gembira selama tempoh kami berpisah. Dia kata lepas cerai dengan bekas isteri dia, dia perlukan perempuan dalam hidup dia.
Dia juga kata sekali aku pernah jadi hak milik dia (maknanya aku pernah kahwin dengan dia saja) badan aku ni tetap akan jadi milik dia sampai bila – bila. Seriously sekarang aku dah tak tahu nak buat apa, nak keluar rumah duit dah takde, kalau keluar rumah dan bawa anak sekali aku asyik fikir apa akan jadi dengan anak aku, mana nak tinggal, apa yang dia nak makan.
Nak pergi minta cerai dekat mahkamah bukan saja duit takde, suami aku kata dia akan susahkan urusan aku sampai aku give up dan datang menyembah minta ampun dekat dia. Aku selalu fikir kenapa perjalanan hidup aku tak macam orang lain.
Kenapa aku tak ditemukan dengan lelaki yang betul – betul bertanggung jawab, jujur mencintai aku dan boleh jaga aku dan anak dengan baik sampai ke akhir hayat. Kenapa tuhan tu uji aku macam ni sekali. Aku sekarang rasa marah bukan setakat pada kebodohan diri sendiri, marah pada suami dan marah pada mak ayah aku yang buat hidup aku jadi sengsara macam ni.
Komen Netizen:
Anonymous participant 518 : Kesimpulan dekat sini, mesti lelaki tu yang kena ubah perangai, jangan jadikan agama supaya isteri tunduk, suruh dia belajar agama supaya jadi pembimbing yang baik. Hukum nafkah apa semua, suami awak solat tak sis? Minta maaf sebelum ni suami saya jenis main judi, makan terlarang, dan kaki pukul sekarang berubah dah kena rajin solat sis. Suami awak kena fikirkan anak tu.
Ijaa Ijaa : Sakit betul aku baca kisah hidup kau sis. Cam kisah aku, dah la ex aku pukul sampai batang hidung aku patah! Mak aku masih suruh aku duduk dengan syaitan tu, siap halau lagi, dengan rumah sewa tak bayar, duduk rumah mertua, kena gangguan seksual lagi, ya YaAllah. Seksa hidup aku, Allah aje tempat aku! Sekarang aku dah cerai dengan syaitan neraka jahanam tu. Aku takkan percaya dengan sesiapa lagi.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.