Mak percaya video founder sampai taknak makan ubat hospitaI. Skrang mak kena str0ke, aku jadi m4ngsa kena hadap

Memang mak tak makan ubat, siap suruh beli produk yang founder tu jual. Lama – lama mak nampak macam kurus, letih dan mak kena ser4ngan jantung dan str0ke tak boleh gerak. Aku geram sangat. Aku fikir kem4tian mak aku je yang dapat lepaskan aku dari dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih pada admin jika confession aku disiarkan. Nama aku Ayla. Bukan nama sebenar. Umur 27 tahun. Lama aku fikir patut tak aku hantar confession ni. Dan, akhirnya aku ambil keputvsan aku patut.

Saja nak meluah dan mungkin boleh jadi pengajaran buat orang lain. Dah tak kisah siapa – siapa yang boleh agak aku ni siapa. Terpulanglah. Cukup setahun aku jaga mak aku yang str0k di rumah. Keadaan sekarang dah m4kin baik.

Tapi masih tetap kena ada orang di samping dia untuk basuh dan mandikan mak aku. Dan orang tu adalah aku yang dikira dah habis belajar dan tak kerja. Yang lain masih lagi belajar. Abang aku dan ayah aku pun ada tapi semua letak kat aku.

Ayah aku fungsi dia bagi nafkah seribu mencakupi makan minum dan belanja selama sebulan termasuklah belanja adik – adik aku belajar semua dalam tu dan juga pengawal rumah. Selain dari tu, dia berbasikal, pegi masjid, ulang kaji balik buku bahasa Inggeris sekolah rendah. Tu je!

Abang aku pulak. Selama 24 jam sehari tu, dia ulang alik dapur, minum air makan nasi, mintak duit. 3 atau 4 hari sekali aku p4ksa buang sampah. Tu pun dah dikira banyak ye. Mak ayah aku kedua – duanya pencen kerajaan.

Sebelum dua – dua pencen memang mak aku yang banyak berbelanja untuk rumah. Ayah aku gaji dia rendah dari mak aku dan selalu bagi belanja tak cukup padahal rumah dan kereta semua mak aku yang tanggung. Semua sebab ayah aku sambung belajar.

Seingat aku kecil sampailah setahun lepas. Akhirnya selesai master dia. Mak aku cakap ayah aku sambung belajar mulai dari sijil. Jadi boleh bayang berapa lama dia belajar. Duit dia habis situ je. Seumur hidup aku mungkin.

Satu tahun lepas pencen, mak aku asyik main fon. Terjumpa dengan video pemakanan dari seorang founder produk pemakanan. Selalu bagitahu info yang dia dapat tu pada kitorang (anak – anak). Dan dia follow. Pakar tu cakap, amal makan makanan semulajadi. Makan telur, makan buah, makan sayur, makan sup daging lembu. Bagus untuk kesihatan. Part ni aku okey lagi. Dengar jelah.

Buat intermittent fasting. Makan telur sampai 6 biji. Mak aku cakap lagi, ubat hospitaI ni jangan amal sangat, lepas tu ubat hospitaI boleh tinggalkan perlahan – lahan. Part ni aku hangin. Cakap tak boleh tinggal ubat. Mak aku tu dah d4rah tinggi, k3ncing manis dan buah pinggang tahap 3.

Tapi mak aku degil. Keraskan suara dia cakap tu badan dia. Kitorang bila dengar suara dia yang berkeras macam tu memang tak boleh nak cakap apa dah sebab tahu dia macam mana. Keras bila dan tetapkan apa yang dia nak.

Memang ada masa dia tak makan ubat. Last sekali, suruh beli produk yang founder tu jual. Minyak 4 jenis dan bekas serbuk yang warna pink. Aku dah tak ingat apa nama dia. Kitorang buat lambat – lambat beli tapi kalau dah setiap masa tanya, terp4ksalah beli.

Setahun jugak dia amal macam tu. Lama – lama nampak macam kurus, letih dan mak aku kena ser4ngan jantung. Ser4ngan jantung pertama masih nak amalkan cara tu. Kitorang geram tapi tak boleh nak marah sebab mak aku lemah sangat masa tu.

Tiba pula kena ser4ngan str0k. Belah kanan tak boleh bergerak. Sebulan lepas tu admit hospitaI kali kedua sampai ditidurkan. Selama masuk hospitaI dan kat rumah semua aku yang kena buat. Kadang – kadang gilir dengan adik aku bila dia balik cuti.

Tapi tugas mandikan, memang 100% aku. Sebab mak aku tak nak pakai beg k3ncing jadi kena tukar apa – apa dalam bilik air. Awal – awal memang rasa berat sangat. Sebab adik – adik dan abang aku boleh gilir – gilir tukar. Tapi aku tetap aku yang kena buat benda sama.

Ber4k k3ncing semua aku. Kena masak makanan sihat, ubat. Basuh baju, pelapik yang kena k3ncing. Mungkin sebab pes4kit k3ncing manis mak aku banyak k3ncing malam. Jadi pampers paling tebal pun tak mampu nak tampung. Nak pakai dua mak aku tak selesa. Hari – hari.

Tiba minggu cuti atau cuti sem kerja aku ringan sikit. Tapi masih aku yang mandikan. Min 3 kali sehari. Ada hari untuk ber4k, mungkin sebab tak gerak, jadi mak aku sembelit terp4ksa telan ubat sembelit walaupun setiap kali makan memang ada sayur, 3 kali masuk tandas untuk membuang sahaja.

Setiap kali tu aku kena salin baju aku untuk solat. Bila masa puasa memang letih sangat. Bangun pukuI 4 lebih kena mandikan mak aku dulu baru masak sebab dah basah dengan k3ncing. Rutin yang sama. Masak makanan sihat, kadang – kadangmak tak selera sebab dah biasa makan sedapkan. Dia tak sanggup makan habis.

Aku kadang – kadang nak menangis fikir nak masak apa. Kena lengkap ada semua khasiat. Kena sesuaikan untuk pes4kit buah pinggang pula. Tapi, bila tengok makanan tak habis. Penat. Sedih. 6 bulan terakhir, adik perempuan aku habis belajar jadi ada sama – sama di rumah.

Dia ambil tugas membasuh baju, kemas rumah yang lain. Aku masih dengan tugas mandikan mak aku. Kitorang bawak pergi fisio yang jarak perjalanan selama sejam 2 kali seminggu. Kalau yang kerajaan seminggu sekali. Lambat.

Sebab mak aku ada duit. Jadi, apa salahnya guna duit dia untuk kesembuhan dia. Aku pujuk adik aku biarlah jauh penat sekejap. Asal lepas ni mak kita ada peningkatan. Boleh bangun jalan. Kitorang kuat dengan tu. Balik dari fisio lalu kawasan bandar, kitorang kadang – kadang akan singgah beli tealive ke. Apa yang teringin sebagai upah.

Kitorang mintak izin mak kitorang. Mak kitorang on. Memang macam tu lah. Tapi yang tak sedap dengar lepas tu bila mak nak beli apa – apa untuk abang aku yang ada kat rumah tu dia selalu sebut, korang dah makan macam – macam.

Abang korang tu tak makan pape. Padahal sebelum keluar rumah dan masak. Tak ditinggal kebulur pun. Ayat spesifik aku tak ingat tapi memang berbisa dengan nada sinis. Aku be like…”What the.” Macam apa yang kitorang dapat tak setimpal dengan apa yang kitorang buat sehari – hari selama urus kan dia selama ni.

Abang aku yang buang sampah 3 ke 4 hari sekali yang diingat takut kebulur. Kitorang memang tak sebulu dengan abang aku ni. Pemalas dan dia tak pandai dalam akademik. Jadi, ada masa bila kami tak puas hati dengan kemalasan dia kami suarakan kat mak kami.

Mak kami memang akan selalu back up baik punya. Yang lagi hangin, mak aku sebelum dia s4kit, selalu dia sebut abang aku nilah yang akan akan jaga dia (konon kalau tak pandai belajar sekurangnya boleh jaga mak aku). Yang lain tak tahu lagi.

Tapi sekarang tengok sekarang siapa yang jaga dia? Aku senyapkan. Tak sebut benda ni semula takut mengguris hati. Yelah. Sejak s4kit ni memang sensitif sikit. Mak aku ni besar berisi. Aku pulak tinggi sikit je dari dia dan masuk kategori over-weight.

Tak tahulah niat baik dia tak nak aku jadi macam dia ke apa. Tapi dia selalu sebut tak nak aku makan banyak. Malah sekarang aku tengah jaga dia ada lagi dia sebut. Yelah aku sorang hampir sama dengan dia. Yang lain kurus.

Aku yang gemuk nilah yang diharapkan mampu urus dia. Tapi tak adalah sampai tahap gemuk gedempol. Abang aku kurus tapi makan banyak. Aku ni bab makan aku lagi sikit makan dari dia. Aku banyak makan sayur. Aku tak minum air manis. Dan aku banyak gerak.

Tenaga aku banyak habis pada dia. Tapi boleh dia cakap tak nak aku makan banyak? Dia tak tahu sejenis hormon yang dipanggil ‘cortisol’ yang asal dari keadaan str3ss yang mungkin jadi penyebab aku tak kurus. Ada aku jumpa pekerjaan yang paling menyebabkan str3ss yang teramat adalah jaga orang tua.

Dahlah kita berk0rban tenaga dan masa. Tapi masih tak dihargai dan diungkit – ungkit. Part pengh1naan pun ada. Penat. Sangat – sangat penat. Ada pulak dia kononnya dia nak gajikan siapa – siapa (anak – anak) untuk jaga dia kat rumah dengan gaji RM1000.

Yang ni aku rasa mak aku nak pancing aku untuk kerja kat rumah. Sebab aku berkeras mintak dia doakan aku boleh kerja. Tu pun hint aku untuk tunjuk yang aku memang nak kerja. Masalahnya sekarang macam yang aku cakap dari awal – awal, mak aku yang tanggung pinjaman rumah dan kereta.

Gaji pencen dia sekarang memang mampu cover dua tu je. Duit hadiah pencen baru je habis dengan tampung keperluan rumah dan adik – adik aku yang tengah belajar. Sekarang dah tahap gadaikan rantai – rantai emas yang ada.

So, aku tahu aliran tunai yang ada sekarang memang tak cukup. Kalau betul mampu sekarang pun dah boleh gajikan aku seribu tu sebab aku yang jaga dia tapi sekali tu je sebut. Tak ada pun bagi duit tu kat aku. Melihatkan situasi kewangan dan mentaI aku, aku harap sangat aku boleh kerja.

Aku tak rasa aku boleh hadap bertahan dengan mentaI yang m4kin goyah. Ikhlas yang m4kin hilang. Aku takut aku meIetup yang mungkin menghapuskan amal dan bakti yang aku buat selama jaga mak aku. Dan pengakhiran yang sia – sia.

So, aku nak selamatkan aku dari mengh4ncurkan diri. Ada masa nak menangis tapi aku tak nak mak aku perasan sebab aku yang akan mandikan dia. Tak nak bagi dia tengok muka menangis aku. Tak nak dia fikir aku letih jaga dia.

Tapi setiap kata – kata sinis yang keluar dari mulut dia sem4kin mem4tikan hati aku. Ada masa aku fikir kem4tian mak aku je yang dapat melepaskan aku dari dia. K3jam ke aku fikir macam tu? Sebab kalau aku m4ti dulu orang lain boleh ke urus dia. Mandi. Masak macam aku buat?

Entahhh. Doakan aku kuat. Aku ikhlas. Doakan mak aku sihat. Boleh urus diri sendiri. Doa aku dapat kerja yang terbaik. Doa yang terbaik untuk kami. Sekian.. – Ayla (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Syazwani Mohamed Zakaria : Kat dunia ni dek non memang penat, berat, beban bila kena jaga orang s4kit, tapi fikir balik ringan, mudah dan smooth je kat akhir4t sana. Tapi kunci dia kena ikhlas dan redha. Kalau mak tu dah heart att4ck 2x, str0ke att4ck 1x.

Tak lama mana dah mak tu. Esok dia dah tak ada kau keje la sampai m4ti. Ayah kau dengan abang kau yang tak ada function tu, kau lantakkan je. Focus mak. Kalau kau mentaI, petang pergi round ambil angin, siram pokok ke, tengok drama ke, makan buah ke. Selalu tepuk bahu sendiri bagitau diri kau Allah dah set from the top. Jangan risau.

Farahin Lee Abdullah : Ayla, kau kat mana dik? Akak sanggup belikan kau tealive setipa hari.. sebak baca.. perenggan hujung – hujung tu pasal m4ti betul – betul menyentuh hati.. Ayla, kalau dah penat sangat rehatlah dik. Nak keluar pegi jalan – jalan sekejap ke, keluarlah dik.

Biarkan adik – adik yang lain buat. Depa amik kesempatan sebab kau baik. Orang – orang macam abang kau, atau yang tak reti hargai apa kita buat untuk diorg ni, sekali sekala kene diajar juga. Cuba sekali tu kau buat keras, jangan buat semua. Bagitau diorang kau dah penat.. pandai – pandai la diorang handle tapi niat di hati nak mendidik tau. Semoga berjaya Ayla.. doa kami semua bersamamu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.