Mak tak suka isteri aku, siap perli isteri manduI. Aku terus terang sebenarnya aku yang manduI. Mak nangis call isteri

Isteri aku ada cyst, doktor kata peluang untuk mengandung tu mungkin lambat. Mak dan kakak – kakak aku plak dah mula bising perli isteri manduI. Untuk pert4hankan isteri, aku dengan berani mengaku yang aku ni manduI. Tak sangka mak aku buat macam ni pulak..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Cerita aku ni adalah kisah benar jadi dalam hidup aku. Tak tahu nak ketawa atau sedih dengan cerita hidup aku ni, korang judge la sendiri lepas habis baca. Aku ni anak bongsu mak. Atas aku semuanya kakak – kakak.

Korang fahamlah bertapa tatangnya mak ayah kat aku. Lepas aku habis degree, aku temu jodoh aku di alam maya. 3 bulan je kami kenal, kemudian aku terus ajak dia kahwin. Munirah namanya. Orangnya cantik, bekerja di sektor kerajaan sebagai pegawai.

Kalau diikutkan semua serba serbi sekufu. Family masing – masing keluarga bekerjaya. Aku bekerja sebagai akauntan di GLC. Kiranya bakal isteri tak perlu risau. Masuk rumah nanti dia cuci kaki je. Yang jadi masalah lepas kami kahwin ni, mak aku.

Apa yang Munirah buat ada je tak kena. Masak dah sedap, dik4takan masin. Entahlah, mungkin sebab cemburu, aku ni kan manja dengan mak kan. Aku ni serba salah nak puji isteri depan mak. Nanti datang angin jeles dia, aku dengan Munirah plak bermasam muka.

Jadi, sebagai seorang anak dan suami memang aku sedaya upaya elakkan mak datang rumah kami. Biar kami sahaja yang pergi melawat dia. Satu lagi sebab Munirah ni workah0lic. Kerja siang malam. Aku tak kisah, tapi aku akan bagi alasan kat mak aku, aku yang busy.

Sebab tak nak mak aku masam muka dengan isteri. Aku tak nak benda tu pun boleh jadi sebab mak aku nak att4ck isteri aku ke kan. Aku yang jadi orang tengah ni memang kena pandai main peranan. Jaga hati isteri dan mak. Susah oii, tapi aku cuba sedaya upaya.

Bila Munirah beli barang, aku pesan suruh guna duit aku untuk belikan apa – apa kat mak. Jangan dok post apa – apa kat fb, tak kisahlah bercuti ke, hadiah aku bagi atau belikan ke. Aku pesan create fb lain yang takde ahli family kitorang.

Biasalah perempuan, memang kalau boleh beli apa – apa, pergi mana – mana nak post kat fb. Tu tanda diorang happy, bangga ada suami mithali, ceewah. Haha. Tapi macam aku cakap tadi, aku kena jaga hati mak aku supaya hati isteri aku pun terjaga. Nasib baik Munirah ikut je apa yang aku suruh.

Balik je rumah mak, Munirah akan pakai biasa – biasa je. Barang kemas pun satu dua je nampak. Jadi mak aku takde benda nak komplen. Aku ni dah selalu baca confession pasal mak mertua tak suka menantu perempuan. Aku tahulah sikit – sikit apa perkara yang boleh buat mak mertua tak suka.

Sebab tu aku plan awal, walaupun benda tu takde apa pun sebenarnya kan. Bila dah takde tajuk nak bising, mulalah dok desak kami bila nak ada baby. Nak cakap Munirah manduI lah tu. Mak dan kakak – kakak aku dah mula bersuara.

Aku memang tak nak Munirah tahu hal ni, sebab Munirah ada cyst. Doktor cakap peluang mengandung tu ada, tapi ambil masa. Aku tak nak dia terasa hati dengan keluarga aku. Kalau bab mengandung, anak ni aku faham kaum isterilah yang paling terasa dan kecil hati.

Jadi, aku dengan beraninya bagitau seluruh family aku, aku yang ada masalah kesihatan. Pendek kata… ManduI!!! Ya, aku mengaku kata aku yang manduI. Entahlah boleh dipanggil tipu sunat tak ni.. huhu.. Terk3jut mak aku sampai menangis – nangis.

Kakak – kakak aku terdiam tak kata apa – apa. Mak aku sampai call Munirah nangis – nangis minta maaf. Mulanya isteri aku macam pelik, sebab aku tak cerita apa – apa kat dia. Tapi bila aku bagitahu hal tu, Munirah terdiam.

Mungkin dia rasa aku sanggup berk0rban untuk dia sampai kata aku yang manduI. Lepas pada episod tu, mak aku terus slow down. Siap duk puji isteri aku sebab sanggup kahwin dengan aku walaupun aku ni serba kekurangan.

Nasib baik dia tak heret aku pergi check kat doktor weii. Kalau tak kant0i aku, haha. Jadi dah 3 tahun aku dan Munirah, kami masih dalam fasa bulan madu. Tapi ada jugak mak aku dok bawak balik ustaz – ustaz, b0moh – b0moh konon nak sembuhkan aku.

Aku follow je, sebab aku tahu yang dok tilik – tilik ni bukannya betul sangat. Aku relax je beb. Takde plak b0moh ni tahu yang aku ni tipu kan. Lagipun aku tahu satu hari nanti, insyaALLAH kami akan ada rezeki untuk menjadi ibu ayah.

Tapi kalau takde rezeki pun takpe, sekurangnya sekarang family aku dah tak kacau hidup kami, terutamanya isteri aku. Aku tak kisah kalau mak aku nak kacau aku seorang je, apalah sangat kan. Tapi janganlah babitkan isteri tercinta.

Jadi anak mak ni memang payah nak control keadaan. Tapi itu saja jalan yang aku nampak untuk kebahagiaan semua orang. Buat Munirah isteri tercinta, “Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan kerenah family abang. Happy anniversary yang ketiga sayangku. I love you.” Ikhlas dari suamimu, – Safwan Hensem (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Myzura Kamarul : Kebanyakan suami ‘anak mak’ ni sama ada diam atau menangkan mak sendiri tanpa fikir perasaan isteri walaupun mak sendiri tu dah buat macam – macam pe’el pada isteri. Itu yang men0reh perasaan dan hati isteri.

Tetapi tidak untuk tt. Bijak membaca situasi dan rela berk0rban untuk bahagiakan isteri. Saya doakan semoga rumahtangga tt dan isteri dirahm4ti Allah dan dikurniakan zuriat – zuriat yang soleh dan solehah.

Amni Nabihah : Respek lah laki camni. Pandai dia jaga bini dan keadaan antara maknya. Semoga rumahtangga sentiasa dirahm4ti serta dipermudahkan untuk menimang cahaya mata. Aaminn

Nur ‘aisyah : MasyaAllah terima kasih tuan kerana menjadi suami yang bertanggungjawab dan melindungi.. semoga rumahtangga kalian sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. semoga tuan dan puan isteri dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.