Lepas kejadian, mak tak tegur saya selama 2 minggu, 2 hari mak duduk hospitaI

Setahun saya kenal dengan dia, saya langsung tak tahu dia suami orang. Sepanjang berkenalan saya sangat menjaga batas hinggalah satu hari kami keluar makan malam. Mak nasihat supaya jangan keluar sebab dah malam, tapi saya tak dengar. Selepas makan saya langsung tak sedar dengan apa yang jadi dan bila bangun saya dah ada atas katil dengan dia. Masa tu saya rasa dunia saya gelap sangat…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua warga fb, saya hanya nak berkongsi luahan rasa walaupun bukanlah berkenaan kisah rumah tangga. Dulu saya ada berkenalan dengan sorang lelaki, sejujurnya ketika awal pengenalan saya tak tahu yang dia dah kahwin dan dah ada anak.

Selama setahun saya berkawan dengan dia, tak pernah langsung dia bagitau yang dia dah kahwin. Dan selama saya berkawan dengan dia saya memang jaga batas antara saya dengan dia. Tapi 1 hari tu saya keluar makan dengan dia, lepas tu saya tak sedar apa jadi dekat saya, sedar – sedar je saya dah dekat rumah.

Dekat rumah siapa, saya tak tahu, waktu tu saya sekatil dengan dia. Masa tu saya rasa dunia saya gelap sangat, rasa menyesal sebab tak dengar nasihat mak saya masa tu mak saya tak bagi keluar sebab dah malam, tapi saya degil.

Lepas kejadian tu saya memang dah tak contact dia, dia pun tak ade hubungi saya.. 2 bulan lepas tu saya tak datang bulan, bila test preggy memang saya mengandung. Bila tahu saya mengandung saya rasa nak bunvh diri, nak gugurkan kandungan saya.

Saya cuba cari orang yang r0sakkan saya, tapi dia tak nak bertanggungjawab lagipun dia dah ada bini, dia sayang bini dia dan saya tak ade bukti nak tuduh dia lagi sekali saya rasa hidup saya gelap, saya tak tahu nak bagitau dekat siapa, saya anak tunggal, saya hanya ade mak je, ayah pula sibuk dengan bini muda.

Saya cuba cari wife dia, dah tahu pun mane dia tinggal tapi saya tak sampai hati nak bagitau wife sebab wife dia baik, anak dia ramai, wife dia surirumah memang berharap duit suami je.. Saya tak nak dia kecewa, saya tak nak dia dimadukan.

Saya tahu perit dia macam mana, mak saya kena tinggal sebab perempuan lain. Nak tak nak saya kena bagitau mak, waktu tu mak saya menangis saya tahu mak kecewa dengan saya, mak saya dah bagi didikan yang sempurna dekat saya tapi saya baIas dengan bagi dia kecewa.

Mak saya tak tegur saya 2 minggu, 2 hari mak duduk hospitaI. Setiap malam saya dengar mak saya menangis tapi mak mana tak sayang anak walaupun anak dah bagi dia menangis.. Alhamdulillah mak saya terima saya dan anak, jaga saya, beli apa yang saya mengidam.

Tapi mak saya tak sempat nak tengok cucu dia, mak tak sempat jaga saya dalam pant4ng. Mak dah pergi buat selamanya, rasa bersalah saya dekat mak hanya Allah je tahu. Hari ni genap 40 hari mak tinggalkan saya sorang diri, perit saya nak terima kenyataan.

Rasa bersalah teramat sangat kalau bukan sebab saya mungkin mak saya tak kena ser4ngan jantung dan tekanan dar4h tinggi. Sekarang kandungan saya dah nak masuk 7 bulan dan saya mengandung twin, selama 40 hari mak tak ade dah 3 kali saya keluar masuk wad.

Saya pernah terfikir kenapa orang dah kahwin bukan main susah nak dapat anak, tapi saya!! Hmmm rindu dekat mak tiada penghujung, rasa bersalah, menyesal teramat sangat..  Rasa berd0sa dengan mak, dengan tuhan. Rasa benci diri sendiri, rasa diri ni kotor jijik h1na sangat..

Lelaki, kalau ada isteri tolong la jangan jadikan perempuan lain tempat puaskan nafsu. Perempuan, tolong jaga maru4h saya selalu baca luahan dalam fb, saya tengok ramai isteri – isteri terIanjur dengan laki lain ..

Komen Warganet :

Ti Ha : aku cuba imagine aku kat tempat dia, sedih sangat,. Tambah lagi bila masuk part mak tu. Sedangkan aku yang dalam pant4ng dulu mak tatang aku macam tatang minyak penuh. Orang yang dah pernah bersalin tau macam mane s4kit masa dalam pantang, dengan Iuka jahit, Iuka br3ast s4kit atas bawah, dengan anak menangis.

Memang tak terkawal kalau handle sorang – sorang, lagi kalau anak sulong. Aku s4kit lepas bersalin susah nak ber4k pun mak tunggu aku depan jamban takut aku pengsan dalam blik air. Maklah yang masak ,mak la yang hidangkan makanan, yang suap makan, semuanya mak. Aku tak tahu nanti macam mana sedihnye bila aku kehilangan mak.

Coretan Asmara : Hari ini kamu kena, esok orang lain pulak yang kena kalau kamu diamkan perkara ini. Kalau dia sayangkan isterinya kenapa perlu curang dengan merogoI awak. Sebab awak cakap awak tak sedar, maknanya awak dirogoI.

Awak berhak buat report polis, biarpun dia ada isteri dan anak. Awak kena bertegas dalam hal seperti ini sebab tu banyak wanita terani4ya. Setelah dirogoI tidak membuat report. Tentang mak awak, banyak baca dan sedekahkan Al fatihah. Semoga tenang dirinya di sana..

Mini Desserts : Apa – apa pun sis, awak bertaubat dulu. Jangan terlalu sedih atas pemergian mak awak. Apa yang dah berlaku, biarkan. Sekarang pastikan sis taubat sungguh – sungguh, esok – esok kita pun akan m4ti. Semoga mudah sis lahirkan baby nanti.

Besarkan anak jadi manusia yang soleh solehah. Kalau tak nak anak tu, sis cari pasangan suami isteri yang nak sangat anak. Ramai kat luar sana yang nak cari anak angkat. Jangan putvs asa sis. Satu lagi cuba awak rujuk orang alim.

Saya rasa penting untuk isteri laki tu tau sis ngandung anak suami dia sebab penah jadi kes laki pempuan ni nak kahwin, tiba – tiba dapat tau rupanye mereka adik beradik. Jadi tak boleh kahwin. Kesian sangat, ini untuk masa depan anak – anak tu sendiri. Kita tak tau apa akan jadi akan datang.

Noor Jafizah Jasri : Ya Allah sedihnya cerita awak dik. Akak dapat bayangkan sesalan yang menggunung yang sedang awk tanggung. Adik, kalau baca ni, akak doakan adik bertaubat, mohon Allah ampun d0sa – d0sa adik, dan doakan ibu adik di sana.

Akak tau tak mudah bagi awak melalui situasi sekarang, tapi awak kena hadapi. Bertabah sehingga bersalin, mohon kekuatan dari Allah. Dan selepas semuanya selesai, mulakan hidup baru dan semat dalam hati awak tak akan ulangi lagi kesilapan yang lepas.

Cari kerja yang baik, kawan yang baik dan mulakan hidup baru. Berhati – hati dengan insan bernama lelaki. Betul bukan semua lelaki jahat tapi nak mencari yang baik tak mudah di zaman ini. Semoga Allah sentiasa meIindungi awak dan baby twin awak. Semoga Allah mudahkan urusan awak bersalin. Berdoa, berdoa dan berdoa. Allah ada bersama awak.

Eikyn Fizan : Dua kali aku baca dengan mengalirkan air mata. Awak terani4ya, maIang sungguh nasib awak. Tabahkan diri awak tu. Cari tempat perIindungan supaya awak dapat lahirkan baby awak dengan selamat.. Semoga segalanya dipermudahkan.. amin

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.