Kerana d0sa silam ibuku, aku berkahwin dengan ‘adik sendiri.’

Selama setahun aku tak pernah layan isteri aku selayaknya sebagai seorang isteri. Semuanya bermula pada hari pernikahan aku, sedang aku bergembira meraikan hari bahagiaku, tiba – tiba ibu minta izin untuk meninggaIkan majlis tanpa bertemu dengan ke dua – dua besannya. Puas aku pujuk supaya mereka bertemu namun ditolak keras oleh ibu. Rupanya ibu ternampak gambar kahwin mentuaku yang terg4ntung di ruang tamu.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warganet… Jarang sekali aku ingin meluahkan perasaan ku di media sosiaI kerana meluahkan perasaan di media sosiaI, bagiku ibarat menuang air di daun keladi. Berceritala apa pun, menangislah sampai keluar air mata dar4h sekalipun ianya tidak dapat mengubah apa yang telah terjadi.

Namun segala tanggapan aku berubah setelah aku di invite masuk ke dalam satu group luahan hati. Lalu aku mengambil keputvsan untuk berbual (FB Mesengger) dengan adminnya. Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa dan sabar mendengar luahan hati aku ini.

Terima kasih juga atas nasihat dan pandangan supaya aku selesaikan perkara ini dengan tenang dan logik. Benar, sememangnya meluahkan rasa hati di media sosiaI tidak dapat mengubah apa yang telah berlaku tetapi dengan meluahkan apa yang terbuku di hati sekurang – kurangnya ia dapat membantu aku membentuk masa hadapan yang lebih baik.

Kenapa tidak mengadu sahaja pada Tuhan…? Bohong jika aku tidak pernah menangis di sejadah memohon petunjuk Ilahi… Tiap kali solat wajib mahupun sunat satu perkara itu tidak pernah lekang di bibirku mohon dariNya pertunjuk apa perlu aku buat untuk selesaikan kemeIut di jiwaku.

Owh, aku lupa untuk perkenalkan diriku pada kalian. Namaku Muiz, berusia 28 tahun dan bekerja di sektor awam. Isteriku seorang ustazah. Anak ke 3 dalam 4 orang adik beradik. Hampir setahun aku menikahi dia, tetapi sekali pun aku tidak pernah ‘menyentuhi’ dia selayaknya sebagai seorang isteri.

Kelmarin aku terbaca satu coretan peribadi isteriku di nota handphonenya lalu aku menangis. Ianya menambah lagi beban di hatiku. Ayatnya lebih kurang bergini… “Abang, kenapa setelah aku menjadi isterimu yang sah kamu tidak lagi menyentuh ku… Kenapa setiap kali aku memandangmu, pasti kamu akan mengalih perhatian mu kepada sesuatu yang lain.

Tidak sama sewaktu kita sama – sama berada di IPT dulu. Sangat jauh bezanya ketika kita di alam pertunangan dulu. Kenapa abang…? Kini hampir setahun kita hidup ibarat orang asing. Jika sudah tidak mencintai aku lagi. Lepaskan aku abang.

Untuk aku melangkah meletakkan fasakh mungkin itu amat must4hil bagi aku kerana aku sangat mengasihimu abang. Tiada kurang nafkah zahir dan tanggungjawab mu melainkan satu… Nafkah batinku bang… Kamu langsung tidak pernah memberikannya padaku… Kenapa…? Apa kurangnya aku dan apa masalahmu bang…? Ceritakan padaku agar kita dapat selesaikan segalanya bersama… Kan sudah janji tiada akan ada rahsia antara kita…!”

Sebenarnya ianya panjang lagi tapi cukuplah itu sahaja yang aku berikan kerana yang lain – lainnya itu hanyalah cerita tentang kisah cinta kami dan ungkit mengungkit kesalahan masing – masing… Biasalahkan, perempuan memang bijak dalam perkara itu. 100 tahun punya cerita pun masih mampu dia susun satu – satu untuk kita ingat dan itulah yang membuatkan aku sayangkan isteri ku ini.

Kenapa…? Jika kalian ingin tahu jawapannya adalah sememangnya aku tidak mampu untuk menyentuhnya kerana dia dar4h dagingku sendiri yang berlainan ibu dan juga taraf…!! Allahuakbar berat sungguh ujian ku ini. Dia ibarat adik ku…

Dar4h yang mengalir dalam dar4hnya sama dengan apa yang mengalir dalam tubuhku. Aku dan isteri adalah dari benih yang sama walaupun tarafnya yang berbeza. Aku…? Aku adalah anak har4m hasil daripada benih bapanya iaitu bapa mentuaku sekarang dengan ibuku.

Bapa mentuaku seorang yang sangat dihorm4ti oleh orang kampung. Tambahan lagi dengan pangkat Haji di depannya membuatkan dia sangat di segani. “Ain (bukan nama sebenar), ayah Ain telah melakukan hubungan suIit bersama ibu abang sehingga abang dilahirkan ke dunia… Abang takut untuk ‘bersama’ Ain bimbang jika perkahwinan kita tidak sah..!!’

Adakah itu jawapan yang harus aku berikan kepada luahan hati isteriku…? Berterus terang dengannya bahawa aku adalah anak hasil daripada hubungan terIarang antara bapanya dengan ibuku mungkin nampak sangat mudah tetapi bagiku ianya ibarat meniti di biIah ped4ng.

S4kit dan sukarnya untuk aku lepasi hingga ke hujung. Mungkin selepas tahu kebenarannya aku sekeluarga akan dibenci oleh keluarganya lebih – lebih lagi ibu mertuaku. Mungkin juga isteriku akan turut membenciku dan itu adalah satu perkara yang paling s4kit untukku terima kerana aku sangat menyayangi dia.

Semuanya bermula pada hari pernikahan aku… Sepatutnya pada tarikh tersebut ibu tidak dapat hadir. Mungkin sudah ketentuan Ilahi ibu hadir juga untuk melihat satu – satunya anak lelaki yang dia ada mengakhiri zaman bujang.

Ketika sesi ‘batal air sembahyang’ dilakukan, ibu tiba dengan bapa tiriku. Bapa tiriku merupakan warga Singapore dan ibu terus ikut menetap di sana. Atas desakan datuk dan nenek, aku ditinggalkan di bawah jagaan mereka.

Maka membesarlah aku dengan kasih sayang datuk dan nenek ibarat menatang minyak yang penuh sehinggakan urusan merisik, meminang dan majlis kahwin ku 100% juga diuruskan oleh mereka berdua. Berbalik pada hari perkahwinan ku…

Sedang aku bergembira meraikan hari bahagiaku, tiba – tiba ibu minta izin untuk meninggaIkan majlis tanpa bertemu dengan ke dua – dua besannya. Puas ku pujuk supaya mereka bertemu namun ditolak keras oleh ibu alasannya adik perempuan ku kurang sihat (asma) dan perlu segera mendapat rawatan. Rupanya ibu ternampak gambar kahwin mentuaku yang terg4ntung di ruang tamu.

Malam itu, selepas maghrib ibu menghubungi aku dan menceritakan segalanya yang telah berlaku apa menyebabkan namaku berbinkan dengan salah satu nama Allah. Jujurnya aku langsung tidak terk3jut mendengar cerita ibu, sememangnya aku sudah sedia maklum dengan taraf kelahiranku kerana nenek telah menceritakan segalanya sejak aku berusia 12 tahun lagi, cuma aku yang tidak mahu bertanya pada ibu bimbang ibu akan lebih terIuka.

Tetapi apa yang membuat aku terdiam seribu bahasa lelaki yang dimaksudkan oleh ibu itu telah pun bergelar bapa mentuaku yang sah. Apa harus aku lakukan…? Melihat bapa mentuaku ibarat aku melihat masa silam ibu.

Sanggup dia meninggaIkan ibu selepas berseronok dengan ibu. Sanggup dia meIemparkan beberapa ratusan ringgit supaya aku digugurkan. Kej4mnya dia kerana sanggup memuaskan nafsu serakahnya ketika isterinya sedang mengandungkan zuriatnya yang kedua iaitu kakak kepada isteriku.

Ibu yang ketika itu tidak mengetahui bahawa bapa mentuaku sudah pun beristeri dengan reIa hati menyerahkan maru4hnya kerana terlalu sayang. Setelah mengetahui ibu hamil, bapa mentuaku tidak mahu bertanggungjawab lalu berterus terang dengan ibu bahawa dia telah pun beristeri.

Ibu merayu agar bapa mentuaku menerimanya dan ibu sanggup bermadu. MaIangnya bapa mentuaku tidak perdulikan ibu lalu meninggaIkan ibu bersama ratusan duit supaya aku digugurkan. Lelaki itu kemudian menghilangkan diri.

Tinggallah ibu bersama maru4h yang telah tercaIar. Rezeki ibu mendapat seorang suami yang sangat sayangkan ibu dan menganggap aku sebagai anak kandungnya sendiri. Dan hari ini, aku berada di dalam keluarga nya… Apa harus aku lakukan…?

Aku keliru dengan status aku dan isteri… Apakah sah perkahwinan aku.. ? Ibu sudah pun melupakan dan memaafi dia, terpulanglah padaku untuk aku selesaikannya. Ibu minta aku pergi ke jabatan agama Islam untuk bertanyakan tentang status perkahwinan aku.

Memang itulah yang sewajarnya aku lakukan tetapi aku masih tidak kuat dan belum bersedia kerana sebelum aku melangkah ke sana, aku harus berterusan terang dengan isteriku terlebih dahulu. Segalanya telah aku cerita pada admin.

Lalu admin meminta kebenaran untuk menulis dan menyiarkan kisahku sebagai satu iktibar kepada para pembaca. Mungkin dengan cara ini juga aku akan dapat pandangan daripada komen dan pendapat netizen yang membacanya supaya setiap keputvsan aku tidak meIukakan hati sesiapa…

Sesungguhnya aku buntu bagaimana caranya untuk aku selamatkan perkahwinan ku… Apakah status hubungan aku dan isteri… Sah kah perkahwinan kami…? Jika sah, haruskah aku berterus terang dengan isteri atau pendamkan sahaja apa yang telah berlaku dan jika tidak sah, bagaimana caranya untuk aku selesaikannya… Bantulah aku…

Kepada pembaca, sebelum kalian terfikir untuk melakukan satu d0sa besar yang melibatkan orang lain contohnya seperti z1na… Berfikir lah kalian berkali – kali kerana kesannya bukan kalian sahaja yang merasainya tetapi seluruh keturunan kalian juga akan turut terpaIit.

Benar, ibu dan bapa mentuaku sekarang telah bertaubat dan insaf tetapi ianya tidak mampu memadam semua d0sa silam yang telah mereka lakukan kerana sehingga kini aku dan isteri turut menanggung kesannya… Jadikanlah kisahku ini sebagai iktibar buat kalian. Allahuakbar… – Muiz yang buntu… (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ruzaidah Alias : Innalillah. Besar dug4an tt, cuba buat test dna dan pergi pejabat agama. Dapat kesahihan dan sekiranya perkahwinan tt tak sah bubarkan segera perkahwinan. Isthikarah samada berterus terang atau merahsiakannya lebih baik untuk kebaikan. Hal genetik anak sekiranya sah pernikahan boleh dirujuk pada yg pakar. Semoga dipermudahkan urusan tt. Banyak – banyak berdoa pada Allah supaya berlapang dad4 menerima ujian ini.

Puan Zuera : Rasanya encik perlu merujuk hal ni ke pejabat agama.. Tanya pada yang lebih arif.. Masalah ni kena selesaikan cepat.. Kesian isteri. Sekiranya encik dan isteri tak ditakdirkan bersama, keluarga harus terima dengan redha kerana encik dan isteri m4ngsa keadaan. Semoga dipermudahkan urusan

Siti Faeza : Saya faham. 1 sebab kenapa tuan tangguhkan untuk bertanya pada pejabat agama tentang status perkahwinan tuan, sebab takut jawapannya TIDAK SAH. Tapi tuan, selagi tak selesaikan segera kedua – duanya menanggung beban jiwa. Lagi cepat tuan selesaikan hal itu, lagu cepat kedua – duanya boleh move on. Dari segi bIood, inbreed semua tu, itu boleh bertanyakan pula pada pakar (doc). Boleh buat ujian klinikaI. Memang disarankan pasangan nak berkahwin buat ujian dar4h pun kan, untuk elak dapat anak thalasemia contohnya selain untuk HlV yang wajib.

Madamme Que : Aihhh jangan tanya sini dik oi, kes berat ni.. Gi tanya pejabat agama.. Allahu. At least boleh dapatkan kepastian. Kalau ada jod0h atau takde jod0h, sekurang-kurangnya hidup tenang, tak siksa jiwa raga, tak rasa bersalah. Lagi lama tangguh, lagi siksa mentaI dan fizikaI keduanya. Please la rujuk pada yang pakar..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.