Mak tiri dan anak-anak dia sangat jahat. Dulu mereka b0mohkan ayah sampai meninggaI, sekarang mak aku pun jadi m4ngsa. Mak aku keluar masuk hospital

Beberapa hari sebelum ayah meninggaI, adik beradik tiri dan mak tiri aku datang tengok ayah. Tapi bukan nak tanya khabar, mereka tanya tentang harta ayah. Masa ayah meninggaI mereka berebut nak bawa balik jen4zah ayah sedangkan masa ayah s4kit, sikit pun mereka tak tolong jaga..

#Foto sekadar hiasan. Salam. Hai w4rga FB dan semua cik bawang ke seluruh bawang di dunia. Aku harap identiti aku dirahsiakan. Aku s4kit, aku s4kit dalam diam. Mulanya kisah aku macam ni. Aku anak orang susah. Cerita hidup aku amatlah panjang lebar.

Kadang – kadang aku tak sanggup nak cakap dan tulis ikut mood aku. Aku anak yang ketiga dari sepuluh adik beradik yang ramai. Aku anak perempuan. Atas aku belum nikah lagi. Aku ada adik tiri dan kakak tiri serta mak tiri yang tersangatlah k3jam.

Bagi aku, istilah mak tiri memang ada yang baik, ada yang jahat. Walau dia sebaik mana pun dengan orang luar tapi dengan aku anak – anak tiri, dengan baka aku, memang dia k3jam. Dia ada perasaan khianat, dengki, suka pergi jumpa b0moh yang entah apa – apa merapu sampai bapa aku meninggaI.

Aku taip sambil teringat apa yang dia buat dekat mak aku. Hati aku s4kit. Tapi apa lah daya aku. Walaupun aku ada abang dan kakak, apa lah yang dia orang boleh buat. Kami cuma mampu ikhtiar saja. Sampai lah bapa aku meninggaI disebabkan semua perbuatan dia.

Apa yang dia rebutkan adalah harta pusaka yang bagi aku tak bawa m4ti dalam kubvr. Itu jadi masalah bagi mereka. Aku ni, kalau aku kenangkan, kalau aku ada kuasa macam Doraemon tu, dah lama aku sumpah mak tiri aku m4ti dulu. Tapi sampai sekarang, walau umur aku dah tiga puluh tiga tahun, orang tua tu masih sihat.

Aku pernah dengar cerita mak tiri aku ni ada bela saka. Jangan main – main, saka. Benda ni boleh buat orang dengar cakap dia. Malam – malam aku selalu nampak penanggaI dekat rumah mak aku. Macam – macam aku jumpa. Tapi aku tak nak ingat dah semua tu. Itu semua memori hitam aku dan keluarga aku.

Aku kesalkan sampai sekarang. Hidup aku walau dah ada anak, suami, satu keluarga yang ceria, hati aku tak berdaya. Aku tak rela tengok wajah mak aku. Jauh di sudut hati aku, aku tahu dia rindukan bapa aku. Aku tahu. Tapi aku marah.

D3ndam dari aku kecil sampai lah aku dah ada anak ni, dia tak habis – habis dengki dengan apa yang kami ada. Aku str3ss, aku beng4ng, apa lagi mereka nak. Sedangkan bapa aku dah lama pergi. Apa yang kami ada, harta pun tak ada.

Semua harta, anak – anak tiri mak tiri yang lain bolot. Masa bapa aku s4kit, hidup dia, tak ada satu anak belah sana yang datang melawat. Apa lagi nak bagi duit. Masing – masing bila jumpa, buat muka macam musvh. Kau rasa, itu ke seorang anak.

Walau orang tua tu hina miskin, kau dah kaya raya, jangan lah sampai orang tua tu kau buat musvh. Kau anggap dia macam tak ada. Walau dia ada masalah, tak jaga kau masa kecil dan lain – lain, apa masalah kau sampai kau anggap dia musvh ketat dalam dunia. Aku pun tak faham.

Setiap kali anak – anak yang lain pulang, bapa aku selalu menangis. Dia tanya kenapa anak – anak yang lain tak pulang, tak jumpa dia. Aku sedih. Sampai lah orang tua tu dah takde, aku masih lagi ingat apa saja pesanan dia. Adakah kerana kesalahan orang tua, ibu bapa tak pernah bagi duit atau kesenangan pada kau, kau terus tak anggap dia ibu bapa kau. Aku reda.

Dia pun dah tak ada. Hidup ni hanyalah sementara. Aku yakin Allah sentiasa ada, Dia tak tidur. Apa yang kau dah buat pada keluarga kami, walaupun aku dah maafkan, tapi aku serahkan semuanya pada Dia. Siapa yang jadi anak derh4ka, aku tak tanggung.

Jumpalah nanti di padang mahsyar. Malah sebelum tu lagi, di alam barzakh. Hati aku masih s4kit atas semua perbuatan adik beradik tiri dan mak tiri yang k3jam sampai sekarang. Kau asyik fikir kekayaan tu datang dari arw4h bapa aku. Padahal dia tak tinggalkan wasi4t apa – apa pun. Aku terkilan.

Yang jadi masalah, mereka tak habis – habis dengki dan khianat dengan keluarga aku. Asyik nak jumpa b0moh, nak santaukan keluarga kami. Sudahlah arw4h dibuat macam tu, kami pun kena sekali. Beberapa hari sebelum arw4h bapa aku meninggaI, aku jadi bingung.

Anak – anak tiri yang konon kaya, konon kerja di Singapura, kerja cikgu, kerja kilang, semua balik rumah. Tapi bukan nak tanya bapa aku sihat ke tidak. Semua tanya mana pergi harta. Kau rasa macam mana. Aku percaya memang ada manusia jenis macam binatang.

Maaf cakap. Benda dah lepas, tapi hati aku masih s4kit bila tulis ni. Lepas beberapa hari, masing – masing berebut nak bawa jen4zah ke rumah mak tiri tu. Sedangkan masa sihat dan s4kit, mak aku yang uruskan dari A sampai Z. H4ncur hati aku masa tu.

Tak apa, aku redha apa yang dah berlaku. Aku cuma nak cakap, buruk hodoh macam mana pun kau, sebagai anak, sebagai keluarga, tolong hormat orang lain. Jangan hidup berpegang pada ajaran b0moh dan benda macam tu. Kau tak fikir m4ti ke. Kau tak fikir ada malaikat yang tulis semua amalan buruk kau.

Aku dah lama nak tulis panjang macam ni. Harap siapa yang terasa hati, maafkan aku. Aku tak ada niat. Ini kisah keluarga aku yang ramai tapi menyusahkan kepala aku sampai sekarang. Aku pelik, keluarga tiri aku ni ada juga yang guna laman sosiaI, buat macam baik, tulis macam alim. Tapi hidup, orang tua mereka tak pernah peduli. Walau salah tu dari ibu bapa mereka sekalipun. Kau rasa patut ke.

Aku bukan orang baik, tapi aku sayang sangat mak aku. Walau aku dah berkahwin, aku masih ingat semua benda ni. Sedarlah. Aku memang dah lama maafkan. Tapi aku nak bagitahu, d0sa sesama manusia selagi tak dimaafkan, tak layak masuk syurga. Lagi – lagi kalau dah dilabel sebagai anak derh4ka.

Pesan aku pada sesiapa yang masih ada keluarga, ada mak dan bapa, hargai mereka. Sejahil mana pun mereka, itu d0sa mereka dengan Allah. Kau sebagai anak tak layak menunding jari pada mereka. Siapa kau. Kenapa dan bagaimana pun mereka jadi macam tu, kau tetap tak layak.

Tugas kau jaga mereka. Berilah walau sepuluh ringgit pun pada mereka, walau dia tak pernah bagi kebahagiaan pada kau. Kenapa kau tak pernah telefon, mesej, tanya khabar orang tua kau. Insaflah. Syurga dan ketenangan rumah tangga datang dari doa mereka.

Aku pelik, makin ramai anak yang tak kenang budi. Aku malas nak tulis lagi. Aku sentiasa berdoa semoga arw4h bapa aku tenang. Aku sedih bila aku ingat, aku jadi panas hati. Adakah aku dah benar – benar memaafkan. Sebab aku tak sanggup tengok mak aku selalu s4kit terlantar di hospital akibat perbuatan mak tiri aku. Aku nak tanya, masih ada lagi ke orang buat sih1r dan s4ntau semua ni?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :