Mak tunang yang sponsor cincin kahwin. Lepas 3 bulan, saya sengaja belek cincin tu. Takde tulis 916, 999. Hanya GP, emas sadur je

Dia beli barang mahal tapi tak pernah belikan apa – apa pun untuk saya,walaupun hadiah hari jadi. Saya pun tak belikan dia apa – apa. Tapi setiap kali saya dapat gaji, dia akan minta pinjam duit. Saya bagi RM50 je..

#Foto sekadar hiasan. Hai saya Kismis. Apa yang akak senaraikan dalam confession “kenali ciri – ciri lelaki dengan narcissistic personality disorder (NPD)” tu semua ada pada dia. Syukur saya terlepas daripada dia. Tak ada langsung penyesalan dan tak ada langsung rasa nak kembali semula.

Saya nak kongsi macam mana pengalaman saya lepas daripada dia. Perkenalan saya dengan dia tak lama, dalam tiga bulan, dan kami dah bertunang selama tujuh bulan. Pada awal perkenalan, dia sangat pandai menutup diri dia, dia tak dedahkan sangat tentang diri dia kepada saya.

Contohnya, dia tak ada Instagram, tak ada Facebook (padahal dia sembunyikan dan private daripada saya). Flawless. Yelah, sebab dia dah jumpa m4ngsa baru (saya). Personaliti saya seorang yang gembira dengan kerja saya (sebab dia kerja di tempat yang sama dengan saya), saya seorang yang yakin, pandai bergaya (Muslimah), saya pandai bergaul dengan orang sekeliling — disebabkan nature kerja saya yang memang perlu saya berjumpa dengan ramai orang.

Mungkin keyakinan saya, gaya hidup saya itu yang dia nak. Sebab pada penghujung cerita kami berdua, saya nampak betapa kosongnya dia, dia tak ada nilai sebagai diri dia sendiri. Dan ayat “crying over a boy with only a birth certificate” memang sesuai dengan saya masa tu, sebab saya ada kualiti saya sendiri, hidup saya sendiri, nilai saya sendiri, manakala dia tak ada apa – apa. Saya tahu dan saya rasa sangat b0doh.

Sambung lagi, sepanjang tiga bulan berkenalan tu, dia tak banyak sangat mengayat saya, mungkin tak ada akses untuk buat macam tu, Sebab saya masih simpan prinsip, selagi lelaki tu tak cakap dia suka atau nak nikah dengan saya, selagi tu saya tak akan percaya walaupun dia cakap “I love you” sekalipun.

Sebab bagi saya, tindakan lebih bermakna daripada kata – kata. Jadi, satu hari tu dia cakap dia nak cari cincin untuk masuk meminang saya. Saya terk3jutlah, jadi saya c4bar dia balik, “kalau berani datang rumah saya jumpa ibu bapa saya.”

Dan teka apa jadi? Dia tanpa malu datang rumah saya untuk minta izin. Bahagian paling sedih ialah, tahu tak siapa yang bayar semua hadiah pertunangan termasuk cincin? Mak dia. Dia seorang mommy’s boy dan juga seorang narsis, ya Allah, apa lagi yang lebih teruk daripada tu. Alhamdulillah saya tak bersama dia.

Sebelum bertunang tu, dia cakap nak nikah terus, tapi saya masih w4ras, saya masih belum kenal dia. Dia seorang yang asing bagi saya, jadi saya dengan tegas cakap saya nak bertunang dulu dan akhirnya dia bersetuju.

Tapi plot twist-nya ialah, selepas tiga bulan bertunang, saya dengan rasa ingin tahu tengok cincin tu, tengok emas jenis apa, 916 ke 999 ke — tapi yang ada cuma label GP, iaitu Gold Plated. Hemm….. saya masih diam waktu tu, tak tanya langsung dekat dia.

Maka berlalulah hari – hari saya sebagai tunang orang. Dan betullah, bahagian dia cemburu dan curiga dengan semua lelaki di sekeliling saya tu betul. Mula – mula nampak macam normal, lama – lama dah macam berlebihan sangat. Main tuduh kita nak dekat lelaki tu, nak dekat lelaki ni.

Dan macam yang akak cakap tu, “it’s all about him.” Kita kena utamakan dia, sebab dia dah cuci otak kita kononnya kita perIukan dia. Jadi, kita autom4tik buatlah apa – apa sahaja yang menyenangkan dia. Macam kena guna – guna pun ada juga.

Tapi bukan, sebenarnya kita jadi macam tu sebab kita nak sesuatu yang dia bagi – contoh: love b0mbing, act of service, act of protection – semua tu dia bagi (tapi cuma serpihan je). Dia meyakinkan saya. Semua tu memenuhi keperluan emosi kita sebagai wanita.

Tapi semua benda tu dia nakkan balasan. Kita mesti bayar balik dengan duit kita, air mata kita, harga diri kita, kesihatan mental kita, kebebasan kita, kesetiaan kita hanya pada dia. Sedih. Overthinking, risau, malu, sedih, murung, semua ada bila dengan narsistik ni (dan ia berpanjangan).

Sampai satu masa dalam kepala saya asyik terfikir, “kalau saya terced3ra atau kemaIangan ke, baru ke dia akan tunjuk yang dia ambil berat dekat saya?” Perlu ke saya s4kit untuk dapat perhatian dia? Saya fikir macam tu sebab dia tak suruh saya hubungi dia (WhatsApp atau telefon) selagi dia tak mesej saya dulu.

Jadi kita jadi tunggul tengok telefon memanjang. Saya ada bincang dengan dia, “kita ni dah bertunang, kenapa saya tak boleh hubungi awak ikut suka hati?” Alasan dia adalah dia sibuk. Urusan pernikahan kami tak pernah capai kata sepakat.

Setiap kali ada perbincangan dengan keluarga saya tentang hal nikah ni, tak pernah ada keputusan akhir. Lepas tu dia akan main watak m4ngsa. Dia cakap keluarga saya terlalu banyak permintaan, nak keluarkan banyak duit dan sebagainya.

Dia banyak menghilang, banyak keluar daerah dengan ummi dia. Ummi dia pun macam tak setuju dengan perkahwinan kami. Tapi bila saya tanya dia, dia bersungguh – sungguh cakap ibu bapa dia setuju. Katanya, kalau tak, dari awal lagi mereka takkan benarkan kami bertunang. Lagipun yang nak bernikah tu dia, bukan ibu bapa dia, itu ayat yang dia bagi pada saya.

Bahagian harga diri saya pula, dia suruh saya tutup aurat, pakai jubah, pakai purdah. Sebab dia pun ada imej sebagai “ustaz” padahal dia tak layak pun sebab tak habiskan pelajaran dia. Dia tak layak. Dia tak tahu, yang saya memang dah lama simpan niat untuk pakai pakaian yang menutup aurat sepenuhnya termasuk purdah atau niqab.

Jadi, alang – alang dia dah suruh pakai, saya rasa itu macam satu jalan untuk saya. Tapi saya tak sanggup nak pakai hanya sebab dia yang suruh. Tak berbaloi. Jadi saya belajar perlahan – lahan cari ilmu. Dan sehari sebelum hari kami bertunang, saya secara rasmi pakai purdah dan perlahan – lahan mula pakai jubah untuk berhijrah kerana Allah semata – mata.

Dan saya tak menyesal sampai hari ini atas pilihan saya dalam berpakaian. Bayangkan kalau saya pakai sebab dia, entah – entah saya akan salahkan dia sepanjang masa “sebab dialah saya susah, sebab dialah saya kena pakai purdah.”

Dan bila dia mula menggatal dengan perempuan lain masa masih bertunang dengan saya… Saya mesti akan rasa benci dan rasa nak balas d3ndam buat perkara yang sama, dengan lelaki lain, keluar makan dengan lelaki lain, macam mana dia buat. Tapi saya tak buat, hijab ni bantu saya jaga maruah diri saya.

Dia cari bila dia perIukan saya. Saya rasa dipergunakan. Mula – mula saya di-love b0mbing, lepas tu dia gunakan saya. Saya ada kereta, dia tak ada. Jadi sayalah pemandu dia ke sana sini. Bila – bila dia nak keluar beli belah, dia akan telefon saya ajak keluar.

Dekat pusat beli belah, saya selalu jalan di belakang, dia kat depan. Tak pernah jalan seiring. Dia nak nampak berkuasa mungkin. Saya jadi ekor dia. Mana dia pergi, saya ikut. Dia beli barang – barang mahal, tapi tak pernah belikan apa – apa pun untuk saya, walaupun hadiah hari jadi.

Dia masih cakap dia tak ada duit untuk pernikahan kami. Jadi saya pun tak belikan dia apa – apa, itu yang saya bangga dengan diri saya. Prinsip saya, saya tak nak biasakan diri bayar apa – apa untuk dia sebab nak uji dia.

Dia ada beberapa kali minta nak pinjam duit, setiap kali waktu saya gaji. Berterusan ya. Dan ada juga yang dia berjaya RM50 je tapi tak apa, saya halalkan. Dia tabur janji macam hidup ni pasti selamanya. Tapi hakik4tnya, hidup kita di dunia ni sementara.

Dan dia banyak berjanji semata – mata nak buat saya terus kekal bersama dia. Setiap kali saya nak tinggalkan dia, setiap kali tu juga dia akan hidupkan angan – angan dalam diri saya tentang apa yang saya tunggu – tunggu selama ini, impian saya selama ini.

Saya tak pernah bercouple, dan dia tahu, saya hanya akan layan lelaki yang betul – betul mahukan saya sebagai isteri sahaja, yang betul – betul serius dengan saya. Sebab tu dia ambil jalan drastik untuk ajak saya bertunang dan bernikah hanya untuk tarik perhatian saya, hanya untuk kuasai saya, dan hanya untuk uji pasaran dia. Itu s4kit. Dia s4kit. Dia k3jam.

Dari awal saya tak layan dia sebab saya anggap dia cuma seorang pegawai di tempat kerja saya. Dan saya takkan pernah ada hubungan dengan rakan sekerja, itu prinsip saya. Tapi aturan Allah, Dia nak saya tahu mana yang baik dan mana yang buruk.

Yelah, nak tahu kayu lurus tu, kita kena tahu yang mana kayu bengkok. Bab terakhir saya dan dia. Selepas banyak kali patah hati, saya ambil langkah untuk jauhkan diri saya. Saya beri kata putus kepada dia, kalau nak nikah, kena buat cara nak nikah. Dan kena jaga batas dengan saya. Tak boleh bermudah – mudahan. Hanya hubungi saya untuk urusan pernikahan sahaja. Dan sudah tentu dia jadi giIa.

Dia cakap nak menghilang, tak tahu untuk berapa lama. “Tunggu je lah.” Saya dah sedia marah, terus saya tanya, “nak nikah dengan saya atau tak? Saya beri awak tiga hari untuk buat keputusan.” Saya selalu buat istikharah untuk tenangkan hati dalam buat keputusan.

Selepas beberapa kali istikharah, tahajud – barulah Allah beri jalan keluar (kekuatan untuk tetapkan batas). Sebab saya tahu Allah tak zaIim, Allah Maha Menghargai. Jadi sepanjang saya menunggu jalan keluar tu, saya hadapi semua dengan sabar dan perlahan – lahan berdamai dengan diri saya. Dengan segala janji yang dia taburkan.

“Dah tahu dia red flag, kenapa tak tinggalkan?” Ya, kenapa saya tak tinggalkan awal – awal? Saya ada cuba nak tinggalkan selepas tiga bulan bertunang, tapi akan ada saja perkara yang menghalang. Yang buat saya tarik balik keputusan – “contohnya: masih baru lagi, ujian bertunang biasalah, bagi dia peluang” dan macam – macam lagiIah.

Dan macam saya katakan tadi, saya tak menyesal apa – apa pun sebab saya dah lakukan segala – galanya untuk pertahankan. Jadi saya tahu saya tak salah. Saya dah berhenti salahkan diri sendiri. Saya juga dah maafkan diri sendiri sebab salah buat keputusan.

Dan akhirnya, dia putuskan pertunangan melalui WhatsApp. Saya dah tak berapa ingat ayat dia, tapi lebih kurang dia cakap dia tak dapat teruskan sebab dia tak layak dan dia tak akan dapat bimbing saya seperti yang saya harapkan. Dia mesej ibu bapa saya juga macam tu – dan saya tahu, itu penamatnya.

Semua beban terus hilang. Air mata pun tak keluar dah. Dan selepas tu episod saya difitnah oleh dia lepas beberapa minggu kami putus. Biasalah, narsistik ni mana nak mengaku salah sendiri. Dia tuduh saya bertunang dengan lelaki offshore dekat tempat kerja baru saya masa saya masih tunang dia.

Nampak tak permainan dia? Lagipun kalau betul — mana lelaki tu? Hahaha. Kesan selepas putus tunang – saya str3ss dan murung. Saya jadi tr4uma nak kenal lelaki lain. Saya tak jaga diri saya, saya tak lagi jaga penampilan saya. Saya tak suka cara saya nampak waktu tu.

Saya bergelut dengan tr4uma yang saya simpan, sampai satu hari tu kakak saya tegur saya depan – depan – lepas satu demi satu calon taaruf saya tolak, hahaha – dia cakap, “Kau tu tr4uma, move on!” Kakak mana tak risau tengok adik kesayangan dia tak kahwin – kahwin lagi.

Dan itulah titik perubahan saya – hadiah daripada Allah untuk saya. Dia kurniakan kerja yang baik, gaji yang lumayan untuk saya, tempat kerja yang terima saya berpurdah (Alhamdulillah dah lima tahun). MasyaAllah, Tabarakallah.

Dapatlah saya bangkit untuk jaga diri saya balik. Banyak juga pelaburan saya masa tu untuk skincare dan pakaian, hahaha… shopping spree pun dah selesai, jadi masa untuk bersinar. Hidup saya sekarang? Saya dah pulih sepenuhnya, dan bahagia dalam perkahwinan saya. Alhamdulillah.

Untuk kata akhir, saya bukan pandai sangat, doakan yang baik – baik untuk saya ya semua. Semoga kebaikan juga untuk korang semua. Dan tolong komen yang baik -baik ya hehehe… Terima kasih. Semoga kisah saya ini memberi manfaat kepada pembaca atau sesiapa yang sedang berjuang sekarang. Semoga diberikan jalan keluar untuk apa – apa masalah yang mungkin sedang dihadapi. Aamiin. — Kismis (Bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :