Makcik cleaner selalu bawa cucu datang pejabat. Satu hari aku nampak cucu dia korek sampah, makan sisa ayam ikan

Aku turun makan dah lambat, terus pergi kantin. Aku perasan anak kucing duk mengiau dekat belakang kantin. Alangkah terk3jutnya aku nampak budak tu tengah korek – korek plastik sampah makanan. Dia kata makcik kantin tak bagi dia ambil makanan, hanya untuk staff..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan tidak lupa juga admin. Aku Maya (bukan nama sebenar) dan berusia awal 30an. Aku pernah berkerja sebagai trainer di sebuah company di Selangor.

Company aku ada 4 tingkat dan office aku terletak di bawah sekali. Ada small garden, surau dan kantin di tingkat bawah. Aku dah bekerja hampir 4 tahun di situ. Aku sedia maklum company aku ada politik tempat kerja. Tapi aku masih bujang dan tiada komitmen tinggi jadi aku masih boleh surviive ketika itu.

Manager aku baik orangnya. Nama dia Ray (bukan nama sebenar), berusia pertengahan 30-an dan masih bujang. In terms of kerja dengan Ray semua ok. Dia salah satu faktor aku mampu bertahan untuk bekerja. Aku memang kenal dengan makcik – makcik cleaner sebab kebetulan bilik rehat mereka berasa di belakang office aku.

Selalu aku berborak – borak dengan mereka dan makan sekali. Ada satu staff nie aku namakan dia Nenek Melati. Nenek ni terp4ksa bekerja untuk menjaga dua orang cucu dia. Suami dia bekerja sebagai tukang paip di tempat lain. Anak menantu dia dah meninggaI dunia.

Cucu pertama Ali (8 tahun) dan cucu kedua Abu (7 tahun). Kedua – cua cucunya bersekolah berdekatan dengan company. Suami dia akan ambil cucu – cucu lepas habis sekolah atau kadang – kadang mereka akan berjalan kaki (dalam 30 minit).

Budak – budak tu akan tunggu sampai Nenek Melati habis kerja sambil lepak – lepak di sekitar office. Aku perasan kadang – kadang mereka makan lunch nasi putih dengan sayur dan telur atau ikan bilis. Lauk ayam / ikan sekali sekala baru ada.

Aku jadi cepat tersentuh sebab aku berasal dari keluarga miskin juga. Mak aku pernah buat macam – macam kerja nak bagi aku dan adik beradik aku makan. Mak aku pernah jadi cleaner di rumah orang. Bermula dari hari tuu, aku selalu beli makanan lebih sikit.

Tempat aku selalu aku penuhkan dengan biskut ke roti atau gula – gula. Bila budak – budak tu lalu, aku cepat – cepat hulur. Nenek Melati dan budak – budak tuu memang segan dan selalu menolak tapi aku insist juga. Kadang – kadang aku saja bagi duit sikit kat budak – budak tu.

Budak – budak ni suka main dengan kucing – kucing yang berkeliaran di luar office. Kadang – kadang ada juga anjing yang tersesat. Selalu mereka bagi kucing atau anjing makan. Tapi aku nak tekankan di sini yang haiwan – haiwan tersebut tidak sesekali menggangu staff – staff di sana.

Bila hujan lebat, kucing – kucing tu biasanya akan berteduh kejap. Dengan kehadiran budak – budak ni dan kucing, kurang sikit str3ss aku di tempat kerja. Ray pun tahu pasal situasi ini dan dia tak pernah cakap apa – apa. Dia pun suka kucing dan siap buatkan alas untuk kucing berteduh.

Ada satu hari tu, company aku buat jamuan makan – makan. Masa ni boss – boss atasan dan CEO semua datang jadi aku agak busy sebab kena buat presentation. Dalam pukuI 3 petang baru selesai. Aku dah lapar teramat jadi aku ke kantin nak makan. Ada portion untuk aku.

Masa aku ambil makanan aku ternampak ada anak kucing mengiau – ngiau. Aku panggil – panggil anak kucing tuu tapi ia berlari ke arah belakang kantin. Aku pun ikut anak kucing tu. Alangkah terk3jutnya aku bila aku nampak Ali tengah korek – korek plastik sampah makanan.

Aku tanya dia buat apa kat sini. Dia tunduk je tak jawab. Aku tanya lagi mana adik, dia cakap kat garden. Abu tengah makan nasi putih dengan sisa – sisa ayam dan ikan dari plastik sampah. Ali beritahu aku yang Nenek Melati tak sihat ada kat rumah jadi mereka berjalan kaki datang sekolah ke sini nak tunggu Atuk habis kerja.

Nenek Melati cakap ada jamuan makan – makan hari ni jadi nanti ambil sahaja makanan di kantin. Tapi, makcik kantin tu marah Ali berkeras taknak bagi makanan. Dia cakap makanan ni hanya untuk staff sahaja. Abu dah menangis sebab lapar jadi Ali ambil sahaja apa yang ada di plastik sampah tu untuk makan.

Dia cakap ayam dan ikan elok lagi tapi dibuang sayang. Aku pujuk Abu cakap jangan makan sebab nanti s4kit perut. Aku pergi balik ke kantin cari makcik tu. Aku tanya elok – elok tapi dia sound aku depan – depan semua orang.

Dia cakap makanan untuk jamuan memang company dah tetapkan untuk staff yang hadir sahaja. Ni company bukan charity nak suka – suka bagi makan. Budak – budak ni memang selalu ambik makanan kat sini siap bagi kucing sekali.

Technically, makcik kantin tuu memang ikut undang-undang jadi aku tidak boleh nak pertikaikan. Aku tidak menagih simpati atau empati dari dia sebab aku sedia maklum orang macam dia memang jiwa mati hati hitam. Aku pulangkan balik makanan aku dan bawa budak – budak tu ke office aku.

Aku order makanan melalui online. Aku memang tak ada selera nak makan tapi budak – budak tu makan dengan lahapnya. Nampak sangat mereka kelaparan. Bila nak balik, aku hulurkan duit kepada mereka. Esoknya aku kena panggil dengan HR.

Katanya ada orang mengadu pasal aku. Antara aduan yang diberi, aku allow haiwan masuk office, allow third party (non staff) masuk office (yang dimaksudkan di sini ialah budak – budak tu), aku suka curi tuIang masa kerja dan ada beberapa lagi.

Aku terkedu kejap bila dengar HR aku list down kesalahan aku. Rupanya dalam diam, ada staff – staff lain yang dengki dan tak puas hati dengan aku. Jadi mereka menunggu masa yang sesuai dan gunakan peluang tersebut untuk kenakan aku.

Aku memang tak berkenan dengan majoriti staff di company aku atas dasar per4ngai hip0krit dan t0ksik mereka. As a trainer, aku perlu pastikan semua staff are fully equip with current company knowledge. Mereka juga perlu menguasai bahasa Inggeris sebab client kami ada mat salleh.

Jadi aku selalu buat test. Aku memang buat penilaian jujur dan siapa – siapa yang fail memang kena repeat test. Ada yang cuba bodek atau rasu4h simple – simple sebab nak lepas tapi aku tak layan. Jadi boleh bayangkan tak berapa ramai staff yang benci aku?

Aku tenang sahaja dan justify diri aku dengan HR. Memang aku akui company ada rules and regulations tapi takkan langsung tidak boleh bertimbang rasa kat staff – staff yang susah dan haiwan? No matter how much aku argue, aku tetap kena warning letter.

Owner company aku memang k3jam. Mereka hanya memikirkan keuntungan company sahaja dan tidak peduli pada kebajikan staff. Mereka bukan orang Islam jadi bila aku sebut pasal konsep rezeki semua aku kena sound balik.

HR aku cakap keep your faith and believe to yourself. Masa ni Ray datang berjumpa dengan aku. Dia banyak memberikan sokongan kepada aku. Dia tanya apa plan aku selepas ni. Aku jawab nak berhenti kerja. Sebab aku dah tahu memang aku kena t4rget.

Dari tahun lepas aku tak dinaikkan pangkat atas alasan remeh – temeh. Lepas dari insiden tersebut, memang aku kena t4rget. Ada sahaja salah aku dipetik HR. Aku masih menjaga budak – budak dan kucing – kucing tu. Ray tolong aku dapatkan kerja di company lain.

Aku kena go through series of interview dan akhirnya dapat kerja. Company baru aku so much better then company lama. Bila nak resign, sombong sungguh HR tu perli – perli aku. Dia cakap aku boleh left early sebab company dah ada pengganti. Habis madu sepah dibuang.

Nenek Melati pun terp4ksa berhenti kerja sebab company ada bagi dia warning letter juga. Ray tolong sekali arrange Nenek Melati kerja di company sama dengan aku. Aku dan Ray sama – sama berjumpa dengan pihak – pihak yang berkenaan untuk memberikan bantuan kepada Nenek Melati dan budak – budak tuu.

Syukur kepada Allah SWT, banyak bantuan yang mereka dapat. Kucing – kucing kat company lama pun aku angkut sekali sebab takut terbiar nanti. Ali dan Abu jaga mak kucing dengan 3 anak dia, yang lain aku bagi orang. Aku dan Ray masih keep in touch walaupun berlainan company and guess what?

Dia melamar aku hahaha. Aku memang tak sangka dalam diam rupanya dia ada perasaan kat aku. Patutlah dia beria tolong aku dan suruh aku resign. Company lama aku ada rule suami isteri tidak boleh kerja sekali. Pandai dia take advantage hahaha.

Aku macam nak marah tapi nak gelak pun ada. Halus je cara dia. Kami sama – sama suka kucing jadi aku rasa itu yang menarik kami untuk dekat dengan satu sama lain tanpa sedar. Aku cakap aku kesian kat dia so aku terima lamaran dia hahaha.

Kami dah berkahwin hampir 6 tahun dan ada 2 buah hati. Ray dinaikkan pangkat dan bekerja di company lain. Company lama aku gulung tikar disebabkan tempias pandemik. Owner company lama aku memang sekarang serabut dengan hutang.

HR aku pernah try apply kerja kat company Ray tapi kena reject lollll. Nenek Melati dan budak – budak tu masih berhubungan dengan kami. Kucing – kucing tu dah beranak pinak dan meluaskan empayar mereka. All of them are part of my family now.

Di company baru aku ni pun aku masih lepak dengan makcik – makcik cleaner. Ramai lagi staff yang susah – susah jadi aku tolong setakat yang mampu. Aku memang pantang tengok orang kelaparan. Aku sediakan tempat kat office aku di mana aku simpan stok – stok makanan.

Aku halalkan kepada siapa – siapa untuk makan. Biskut, roti, Maggi dan macam – macam. Aku meminta semua pembaca di sini jika ada yang berkemampuan tolonglah membantu sesama kita. Kalau company buat makan – makan, tolonglah jangan membazir.

Kalau ada lebih, beri kepada staff yang tidak berkemampuan. Sambil – sambil tuu, bagiIah sikit makanan dekat kucing – kucing ke atau mana – mana haiwan yang mendekati anda. Aku percaya dengan secebis kebaikan yang kita buat akan dibaIas dengan segunung kebaikan oleh Allah SWT. Aamiin. – Maya (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Amalina A M. Azmi : These are my opinion. Might well differs from all of you. Hmm patut kalau TT nak tolong, TT boleh tolong luar waktu kerja. TT pun cakap pasal konsep rezeki ,tolong orang etc kan, tapi TT dah sign kontrak untuk setuju dengan rules and regulation company.

So in short, TT dah diper amanah dengan eset company dll. Saya tatau la jaga amanah lagi besar ke tolong orang lagi besar tapi bagi saya, jaga amanah datang dulu baru tolong orang. Bab bawak masuk binatang dalam office tu memang a legit concern la by HR.

Ramai orang aIIergic kucing. bayangkan kalau sebab TT bawak masuk kucing tu ada staff aIIergic sampai bengk4k – bengk4k mata kena MC ke. Dah kacau kerja. Bawak 3rd party masuk pun biasa sebab concern tentang safety.

Memang boleh cakap alaaaa budak je dorang bukan threat. Memang tapi if anything happened to the kids, jatuh ke apa ke, company akan dipersoalkan. Aa bab curi tulang? TT dah sign contract akan kerja for certain – certain hour for certain – certain day kan.

In exchange of your time and efforts, you will be paid accordingly. So TT dah berjanji dan perlu amanah dengan janji tersebut. So bila keluar tanpa sebab TT dah Ianggar amanah tu. Ya saya strict. Sebab bagi saya amanah dalam kerja ni berkait rapat dengan berkatnya gaji yang diterima.

Ramai dok pelik gaji tiris so dok cari kerja part time la bersedekah la untuk tampung tiris tapi lupa bab tak amanah dan berkat. Lagipun, niat tak menghalalkan cara. TT berniat nak tolong orang tapi TT pecah amanah (rules office). Tak kisah la later dapat kawen la company lama bungkus ke tak semestinya asbab TT pun TT nak bangga.

Era Syahirah : Alhamdulillah.. orang yang banyak memberi Allah pasti limpahkan lagi rezekinya. Semoga rumahtangga pun sem4kin bahagia. Mudah – mudahan lebih ramai lagi orang macam tt. Anyway padan muka dengan company lama gulung tikar.. terkena kifarah dah.

Cik Puan QI : Ya Allah… Suka sangat kisah nih. Thank you, orang baik hati. Moga Allah tambahkan lagi rezeki Maya, suami (Ray), anak – anak, dan Nenek Melati sekeluarga. Ali dan Abu InsyaAllah membesar jadi anak yang berjaya di dunia dan akhir4t.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.