Makcik ingat lagi kata anak kedua makcik, “Sarah tu pasti buat benda tak elok di tempat kerjanya, sampai dapat lelaki pakistan”. Makcik percaya sehingga halau Sarah keluar dari rumah. Makcik tergamak menggelarkannya “Anak Ner4ka”
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua sahabatku sekalian. Nama makcik ialah Jamilah. Seorang suri rumah, sudah masuk 50 tahun usia perkahwinan dan memiliki tiga orang anak. Makcik kahwin muda, setahun selepas itu makcik dan suami dapat anak sulung lelaki.
Biasalah, anak sulung, mestilah tatang bagai minyak yang penuh. Anak lelaki pulak tu. Hampir lima tahun kemudian, kami dianugerahkan anak perempuan. Anak sulung makcik happy sangat sebab memang impiannya memiliki adik perempuan. Hidup kami cukup bahagia dan sempurna.
15 tahun selepas itu kami dikejutkan dengan berita makcik mengandung anak ketiga. Sedangkan memang makcik dan suami tidak mahu anak lagi memandang anak – anak yang ada sudah besar, dan makcik pulak dan berumur 40-an waktu itu.
Anak sulung makcik member0ntak, dia memang tidak mahu adik lagi dan terlalu menyayangi adiknya sekarang. Kerana masing – masing tidak ready untuk terima orang baru, preparation untuk bersalin memang kami tidak berapa excited.
Makcik pergi sendiri bersalin, dan bawa balik baby ke rumah seperti biasa sahaja. Anak sulung memang langsung tak pandang muka adik perempuan bongsunya. Bagi makcik, ingatkan perkara itu biasa saja kerana jarak umur, itulah kesilapan makcik sehingga hari ini makcik menyesal kerana tidak usaha untuk rapatkan hubungan mereka adik beradik.
Anak kedua makcik dianugerahkan otak yang cerdik, setiap tahun pasti makcik dan suami ke sekolah untuk melihat dia mendapat anugerah cemerlang. Makcik plan banyak perkara untuk masa depan anak kedua makcik ini.
Sehinggalah makcik terlupa yang kami masih ada anak bongsu yang kian membesar. Sarah, namanya. Sejak kecil memang pandai berdikari. Mungkin sebab abang dan kakaknya tidak pedulikannya. Pelajarannya juga sederhana.
Kami ibu dan bapanya jugak lebih fokuskan kakaknya kerana harapan keluarga. Sarah lebih banyak mendiamkan diri. Tidak pernah sekalipun makcik bertanya mengenai pelajarannya, s4kitnya ataupun apa aktiviti dia setiap hari.
Pernah sekali Sarah dijangkiti kuman dalam paru – paru dan menyebabkan dia batuk berbulan – bulan, makcik tetap buat seperti biasa. Oleh sebab itu Sarah menjadi gadis agak nakal, lepak di bandar dengan kawan – kawan.
Bila dia balik lewat, kami hanya tahu memarahinya tanpa tanya ataupun cuma selami hati mudanya waktu itu. (Ya Allah ampunilah aku). Setiap kali aktiviti keluarga, Sarah memang jenis ringan tulang. Dari potong bawang hinggalah basuh pinggan mangkuk, memang Sarah pandai.
Dia juga tidak takut untuk mandikan jen4zah arw4h neneknya ataupun jiran tetangga, kapankan sehinggalah kenduri tahliI semua dia pandai uruskan. Tapi malangnya makcik tidak nampak kebaikkannya waktu itu. Yang makcik nampak hanyalah kelemahan Sarah dalam pelajaran. (Ya Allah, ampunilah aku).
Waktu Sarah berumur 15 tahun, makcik disahkan ada peny4kit b4rah tulang. Waktu itu abang dan kakaknya masing – masing sudah ada kehidupan sendiri. Anak kedua makcik sedang meneruskan pelajaran di peringkat Universiti.
Tinggallah Sarah menguruskan makcik dari mandikan, memberi makan hinggalah makcik kuat kembali untuk meneruskan hidup. Sesungguhnya bila difikirkan balik, makcik menangis kepada Allah.. baiknya budi anak bongsuku ini (Ya Allah, ampunilah aku).
Sarah tidak dapat masuk IPTA kerana prestasi SPMnya tidak berapa cemerlang. Itu menambahkan benci kami kepadanya. Lagi – lagi anak keduaku itu selalu bercakap hal tidak baik tentang Sarah. Anak sulung aku selalu mengatakan yang Sarah ini hanyalah “mengabih boreh”, tiada fungsi dalam family. Hanya menyusahkan sahaja.
Oleh kerana itu, Sarah terbang jauh ke selatan untuk berdikari dan memasuki kolej kejururawatan swasta di sana. 3 tahun Sarah di sana dan dia berjaya menjadi jururawat di hospitaI swasta. Sarah jarang balik, ini kerana kakak dan abangnya ada di rumah kami.
Makcik pun jarang contact dia, kerana dia lebih banyak diam kalau makcik call. Anak sulung makcik bercerai dan kembali ke rumah makcik. Manakala anak kedua makcik masih tidak bekerja walaupun susah ada sijil universiti.
Waktu itu makcik masih buta. Makcik percaya kata – kata hasutan anak kedua makcik. (Ya Allah ampuni d0saku). 4 tahun selepas Sarah bekerja, dia tidak pernah sekalipun lupakan makcik dan suami. Duit sentiasa diberi. Apa yang makcik inginkan, pasti barang itu sampai keesokan harinya.
Sesungguhnya Sarah anak yang baik. Sarah kembali ke rumah makcik dan menyatakan dia ingin berkahwin. Lelaki pilihannya adalah orang Pakistan. Maka kami satu keluarga tidak merestui pilihan hatinya. Makcik ingat lagi kata – kata anak kedua makcik, “Sarah tu pasti buat benda tak elok di tempat kerjanya, sampai dapat lelaki pakistan”.
Makcik percaya kata katanya sehingga menghalau Sarah keluar dari rumah. Sedangkan makcik tidak kenalpun siapa lelaki tersebut. Makcik tergamak menggelarkannya “Anak Ner4ka”. Ya Allah Ya Tuhanku, tergamak makcik menyumpah anak makcik sendiri waktu itu.
Sarah pergi dengan tangisan. Sempat lagi anak sulung makcik pekik, “kau jangan rasa satu sen pun harta ayah”. Makcik waktu tu hanya diam seribu bahasa. Sarah pergi dan tidak kembali lagi sehingga sekarang. Sudah 6 tahun kejadian itu berlaku. Dan maksudnya sudah 6 tahun kami tidak beraya bersama.
Bulan lepas jiran makcik ada bagitahu yang dia tahu lokasi Sarah dan suami. Rupanya suami Sarah adalah pensyarah di Universiti Dubai. Sarah bekerja sebagai jururawat di sana. Mereka bahagia dengan sepasang anak kembar.
Jiran makcik kebetulan ada akaun instagramnya. Dari akaun itulah makcik mengubat rindu kepada Sarah. Makcik menyesal sangat – sangat kerana tidak menghargai Sarah. Dia anak yang baik. Sekarang peny4kit makcik datang kembali, tiada seorang anak – anak makcik yang boleh menjaga makcik sepertimana Sarah menjaga makcik dahulu.
Makcik rindukan Sarah. Tapi makcik malu untuk cuba mesej dia. Makcik rasa makcik bukan ibu yang baik. Makcik hanya boleh doakan dia dari jauh. Dari luahan ini, makcik harap Sarah dapat membacanya. Sarah, Ibu memohon ampun dan maaf kerana meIukakan hati Sarah dari kecil.
Sarah anak yang baik dan apa yang Sarah miliki sekarang adalah berkat kesabaran Sarah dan doa Sarah, insan terani4ya. Ibu, kakak dan abang juga sudah mendapat kifarah masing – masing. Kakak sehingga hari ini tidak bekerja kerana masih tiada rezeki.
Walaupun Sarah tiada depan matanya, dia masih memburukkan Sarah. (Ibu tidak percaya lagi apa katanya sekarang). Abang kehilangan anak – anak kerana bercerai. Ibu pula jatuh s4kit dan depr3si melihat keadaan rumah ini sem4kin hari sem4kin teruk.
Sarah anakku, sekali lagi ibu memohon ampun dari segala d0sa – d0sa ibu. Sekiranya kita tidak berjumpa lagi, ibu harap kita bertemu di syurga nanti. Ibu rindu Sarah. Baliklah nak.. Ya Allah ampuni d0saku. – Jamilah (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Tengku Sh Mujahida : Cari peluang untuk meminta maaf dan kesalan ‘makchik’ kepada Sarah bukan hanya berharap dia membaca tulisan makchik, makchik juga patut menyedarkan kedua anak makchik yang mempunyai persepsi buruk terhadap Sarah.
Firas : Menangis saya baca kisah ni. Mengingatkan kisah saya, sama anak bongsu ada abang, kakak. Sering difitnah diburukkan kakak abang suatu ketika dulu. Sampai masa saya kahwin saya bawa diri. Tapi percayalah makcik sarah tak pernah lupakan makcik cuma hati dia terIuka dan saya pasti sarah pasti sentiasa sedih bila ingt apa yang keluarga dia buat.
Tapi rasa sayangnya kat makcik tak pernah kurang. Orang selalu cakap anak bongsu ni anak kesayangan tapi tak semua. Banyak anak bongsu yang memendam rasa kerana iri hati dari abang dan kakak. Saya pun pernah dihalau dari rumah tapi saya kuat.
Saya harung susah sendiri. Cuma sedih bila kenang. Masa dengan saya, mak sihat ceria tapi lepas kakak dan abang jaga mak dah lain sangat kurus cengkung, dah tak berapa kuat ingatan. Semuanya mend4dak dalam masa pkp.
Terk3jut bila jumpa mak, sedih sangat tapi apakan daya itu pilihan mak nak tinggal dengan anak kesayangan. Kalau dengan saya ada saja alasan. Akhirnya saya dah tak p4ksa mak. Tapi syukur saat akhir mak, mak asyik tanyakan saya dan ye saya tak sempat jumpa mak sebab dah duduk jauh bawa diri jarang jumpa.
Tapi rindu dan sayang saya kat mak tak pernah berubah. Untuk arw4h mak, adik rindu mak walau hati adik terasa, terIuka. Moga Allah tempatkan mak di syurga firdaus. Untuk makcik, contact la anak makcik sementara masih ada kesempatan insyaAllah dia pasti maafkan makcik.
Walau nak lupa tu susah tapi kasih sayang anak kat emak ni takkan pudar. Rindu takkan pernah ada noktah. Untuk semua yang ada adik beradik, jangan la burukkan adik beradik korang. Peliharalah hubungan walau masing – masing dah berkahwin. Ambil ikhtibar dari kisah Nabi Yusof. Untuk yang sedang melaluinya moga terus kuat dan sabar.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.