Bila keluar dengan suami, dia selekeh pakai baju koyak, rambut macam sarang burung dan tiada bau wangi, perfume

Sekarang ini, kalau dia ada perempuan lain pun aku tak hairan sebab dia sudah sem4kin lama sem4kin tak menarik dan membosankan. Aku bila keluar dengan suami, aku pakai cantik – cantik tapi dia selekeh..

#Foto sekadar hiasan. Dia cakap nak tolong sidai pakaian semasa aku menyusu anak. Tapi apabila aku keluar dari bilik tidur kami, aku tengok dia tengah duduk sambil main game sementara pakaian masih dalam mesin basuh.

Sikap dia seperti itu yang membuat aku secara autom4tik dan pelahan – lahan memandang dia sebagai seorang yang membosankan dan tak menarik. Laki aku pada hujung minggu dan selepas balik kerja, tiada yang lain selain mer0kok dan main game.

Bekerjasama mengurus rumah pun apabila dia rasa rajin dan perlu macam cuci pinggan mangkuk selepas makan dan tolong tengokkan anak. Tengokkan anak pun sambil main game. Balik kerja pun tiada nak tanya khabar aku pada setiap hari.

Berborak dengan aku pun jarang. Aku saja yang asyik tanya dia buat apa di tempat kerja. Kerja hari itu bagus tak dan bla bla bla. Ada kala sikap dia macam itu buat aku terfikir, “Dia ini kahwin dengan aku sebab apa? Sebab aku berduit? Sebab nak anak saja? Sebab nak ada orang yang urus macam mak dia urus dia??”.

Ada hari itu, lauk sudah dihidang atas meja makan, dia boleh pula masak mee. Aku berasa pelik la dengan per4ngai dia tak beradab macam itu sampai buat aku s4kit hati sangat. Aku tak kisah kalau dia nak makan mee selepas makan nasi dan lauk yang sudah dihidang.

Dulu sebelum dia dapat kerja yang dia nak, dia selalu bekerjasama mengurus rumah seperti cuci pakaian, cuci tandas, vakum rumah, mop lantai dan memasak serta bermain dengan anak. Sementara dia buat semua itu, aku sidai pakaian, lipat pakaian cuci tandas lagi satu, menyapu rumah, menjaga anak dan mencuci bekas dia memasak.

Senang kata, saling bekerjasama. Aku tak tahu la ke mana hilang sikap yang bagus itu. Dulu, dia janji nak beri nafkah belanja untuk aku pada sekian – sekian. Namun tak tepati janji. Beri pun selepas aku tanya ibu aku macam mana proses nak bercerai.

Beberapa bulan pertama saja selepas kena marah dengan ibu aku baru beri nafkah belanja yang dijanjikan selebihnya ala kadar. Aku perhati saja sikapnya. Aku redha saja dapat nafkah belanja sedikit kalau yang laki aku beritahu secara jujur yang dia tak mampu sebab aku boleh terima.

Ini, dah la tak tepati janji, jujur pun tak. Laki pengecut. Dan apabila aku imbas kembali lagi saat – saat aku bersama dia, dia setiap kali keluar berjalan dengan aku sudah tak menjaga lagi penampilan seperti pakai pakaian koyak rabak walaupun kecil, rambut macam sarang burung dan tiada bau wangi.

Aku pernah beritahu dia yang aku suka lelaki yang pakai minyak wangi dan dia cakap dia tak minat minyak wangi. Hmm nampaknya silap aku berkahwin dengan dia. Aku apabila keluar dengan dia, aku pakai cantik – cantik. Tapi, usaha yang aku perolehi tak setimpal.

Kebelakangan ini pun, dia asyik menipu aku tentang benda remeh. Kalau benda remeh pun dia menipu, apatah lagi benda lagi serius. Sejak dia kant0i menipu aku benda remeh temeh, aku cakap terus terang yang aku tak tahu dah percaya atau tak setiap apa yang dia beritahu dan aku pun tak menyimpan harapan lagi yang dia akan bersikap jujur dengan aku selepas itu sebab aku dah tawar hati.

Barang dapur pun pakai duit aku. Barang keperluan anak pun duit aku ada kadang – kadang atas ihsan ibu aku dan keluarga dia. Haih la. Pishang la mat hidup dengan laki macam ni. Apabila dia bersikap seperti segala yang aku taip di atas, aku tahu perasaan sayang dia tak sedalam mana untuk aku dan aku menerima kenyataan itu serta memilih untuk melangkah pergi perlahan – lahan supaya dia tak perasan.

Sekarang ini, kalau dia ada perempuan lain pun aku tak hairan sebab dia sudah sem4kin lama sem4kin tak menarik dan membosankan. Dia nak ceraikan aku pun, aku tak kisah. Kenapa? Sebab ibu aku seorang ibu tunggal dan aku membesar sambil melihat ibu aku mampu mengharungi segala c4baran hidup tanpa kehadiran seorang suami.

Itulah sumber kepercayaan dan keyakinan aku untuk teruskan hidup tanpa dia sebagai seorang suami aku lagi dan hanya sebagai seorang ayah kepada anak kami. Sedih memang sedih dan aku tahu selepas bercerai nanti akan ada masa aku rindu saat – saat kami.

Aku perlu terima kepedihan itu dan tetap teruskan langkah untuk pergi. Aku bagi masa terhadap diri sendiri untuk bertolak-ansur dengan sikap dia seperti itu sehingga hujung tahun ini. Kalau masih sama, nampaknya terp4ksa la aku tamat perkahwinan yang membosankan ini tanpa pengetahuannya dengan mengumpul bukti dan membuat tuntutan penceraian di pejabat agama.

Ya la. Nak minta cerai secara fasakh, beban bukti mesti la aku sediakan sekukuh dan sebanyak yang boleh. Kalau dia tanya kenapa aku minta cerai, aku akan jawab yang aku tak bahagia dan bosan bersamanya. Aku tak nak teruskan lagi penghubungan yang sia – sia pada pendapat aku.

Anak? Aku akan minta hak jagaan anak secara bersama di mana 2 minggu pertama aku yang jaga dan 2 minggu kemudian dia yang jaga. Tak perlu berebut dan aku tak akan halang dia dari jumpa dan jaga anak dia. Aku cuma nak tak nak terik4t lagi dengan dia. Aku nak bebas hahaha.

Suatu hari nanti apabila anak aku tanya kenapa bercerai dengan ayah dia, aku akan jawab, “Mak tak bahagia dan bosan sepanjang perkahwinan dengan ayah kau. Dan mak sayang diri sendiri. Jadi, mak memilih untuk tamatkannya supaya mak tak tersiksa lagi.” – Cempaka (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Aini Mohamad :

1. Puan nak suami yang terlibat sama buat kerja rumah.

2. Dan suami yang bagi nafkah kewangan.

3. Dan suami yang kemas penampilan.

4. Dan pakai minyak wangi.

5. Puan juga nak bagi masa untuk suami berubah sehingga tahun ini sahaja. (Lepas tu puan nak failkan fasakh)

Apa yang puan nak ni.. suami puan tak tahu apa – apa pun. Puan buat confession. Jadi kami netizen yang baca, dah tahu. Tapi suami puan yang serumah dengan puan.. tak tahu.

Puan, Kita tak boleh ubah orang. Tapi kita boleh diri kita. Kita juga boleh mempengaruhi orang lain jika kita nak. Bagitahu suami 5 perkara yang puan nak tu. Tak boleh nak sampaikan secara berdepan, boleh WhatsApp atau tulis atas kertas.

Bagi ke suami. Nak meng4muk baling periuk pun boleh. Asalkan 5 perkara tadi, suami tahu. Selain tu..puan juga boleh dapatkan khidmat kaunselor. Biar kaunselor nasihatkan suami. Puan sebenarnya sayang suami. Cuma mungkin suami puan lack of common sense, atau memang jenis kurang bertanggungjawab, tak berapa rajin.

Itu yang buat rumah tangga dah m4kin h4mbar dan hilang serinya. Asalnya kita nakkan kebahagiaan. Tapi m4kin melelahkan. Kembali lah kepada asal. Perkahwinan ni.. nak cari sakinah. Nak cari waddah. Akan ada kekurangan.

Tapi kita berusaha nak lengkapkan dan buat sehabis baik. Baiki komunikasi ni salah satu cara. Dapatkan khidmat kaunselor juga salah satu cara. Berdoa banyak – banyak  juga usaha. Membaca juga usaha. Solat malam juga usaha. All the best untuk puan.

Miz Atom : Dari baca story confessor, awal perkenalan pun saya dah detect something! Nampak gayanya confessor desperate nak kahwin sampai terima saja si dia. Sudah ternyata sebelum kahwin dia sebegitu, kalau dia nak ubah memang ambik masa. Pada saya, dua – dua salah!

Buat gegadis nak cari pasangan. Tetapkanlah checklist nak cari pasangan hidup bagaimana. Contoh, kalau ko jenis pembersih tetiba ko kenal bakal suami pengotor, sepatutnya ko dah reject awal! Bukannya ON terus atas alasan pasti dia berubah.

Kalau ko sejenis suka lelaki muka hensem – hensem wangi – wangi tetiba ko kenal lelaki muka macam pecah rumah dan ‘berbau’ patut ko dah reject awal, bukannya terima terus! Penyudahnya ko munt4h terhidu bau dari suami ko dan sikap pengotor dia.

Kalau ko dah tahu, dia panas baran kaki pukuI tapi ko hadap kahwin jugak dengan dia atas alasan sudah jodoh. Penyudahnya ko lah, confessor di page ini. Saya pun tak faham segelintir pompuan, dah nampak ‘red flag’ sebelum kahwin masih jugak proceed nak kahwin atas alasan si dia pasti berubah. Dia dah besar panjang kot, pepandai dialah fikir sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.