Makcik rindu zaman anak – anak makcik masih kecil dulu. Makcik rindu nak bersembang dengan mereka. Pernah cucu makcik cakap, mak dia pesan jangan nak rapat dengan makcik sebab makcik ni jahat. Kotor. Kadang – kadang makcik doa kat Allah, biarlah makcik m4ti….
#Foto sekadar hiasan. Kejadian ini berlaku pada Ahad yang lalu, pada pukuI 2.45 petang. “Nak, boleh tak tukar seat bas dengan makcik? makcik tak boleh duduk dekat seat 1B ni, nampak jalan. Nanti makcik s4kit dad4 sepanjang jalan”.
“Boleh makcik”, aku baIas dengan senyuman. Bas transnasi0nal bergerak menuju ke terminal bersepadu selatan (TBS) dari Taiping. Mata aku mula rasa berat. Mengantuk. Baru nak terlelap tiba – tiba, “nak balik KL ni belajar ke kerja? tinggal dengan keluarga ke kat KL?” tanya makcik yang sama dekat aku.
“Saya dah kerja makcik, menyewa dengan kawan – kawan dekat area KL sebab tak ade family kat KL ni” jawab saya dengan malas sebab dah mengantuk sangat. “Makcik ni duduk dengan anak dekat KL, mengasuh cucu – cucu. Tapi anak – anak makcik tak pernah ambil berat atau kisahkan makcik”.
Makcik dah lama kehilangan suami. Sebab rindu sangat kat kampung, makcik balik Taiping kejap. Anak dengan menantu bising, katanya menyusahkan dia tak ade orang nak jaga anak – anak dia. Sepanjang makcik duduk dengan anak ni, tak pernah pun anak makcik tanya pasal makcik penat ke tak jaga anak – anak mereka. Tak pernah tanya makcik, mak dah makan ke belum? lapar ke tak?
Yang mereka tau rumah kemas. Makanan dah siap terhidang sebelum dan selepas dorang balik kerja. Makcik ni anak ramai, 10 orang. Kerja bagus – bagus semua tapi semua kedekut. Tak nak upah orang jaga cucu – cucu dengan kemas rumah ni. Depa cakap membazir bayar lebih.” Aku terk3jut bila makcik mula mengelap air matanya.
Terdengar sedikit esakan. Tak tau macam mana nak tenangkan makcik tu. “Makcik kadang – kadang terasa nak. Makcik selalu masak untuk anak, menantu dengan cucu – cucu. Perangai makcik lepas masak makcik pi rehat dulu.
Selalu makcik tidur dulu. Bila makcik jaga, tengok semua makanan dah habis. Anak makcik siap cakap, kalau mak lapar masak sendiri atau makan je apa yang ada kat dapur tu. Jangan sibuk nak minta saya masak atau belikan makanan dekat luar. Menyusahkan! Ni makcik balik dari TBS, mesti tak ada apa – apa makanan untuk makcik.
Makcik kena makan siap – siap. Kalau beli bawa balik rumah mesti anak makcik marah sebab katanya makcik pentingkan diri. Tak beli untuk orang lain”. “Makcik penat, nak. Bila balik rumah anak sulung asyik disuruh kemas rumah je. Bila balik rumah anak ke-2 makcik asyik kena sidai kain je.
Bila balik rumah anak – anak yang lain, makcik kena jaga cucu – cucu sambil kemas rumah. Tak pernah dibayarkan duit kat makcik. Makcik pening, s4kit atau demam tak pernah dibawa ke kIinik. Ni makcik naik bas balik KL, jalan pun tak larat. Terketar – ketar kaki makcik nak turun tangga. Rumah anak makcik dari TBS dah la jauh. Makcik kena naik LRT kemudian naik teksi”.
Kali kedua aku melihat makcik mengesat air matanya. “Makcik, nak saya call kan anak makcik ke minta satgi ambil makcik kat TBS? Mana tahu dorang segan dekat saya.”
“Jangan nak, nanti bila balik anak – anak makcik marah pula.” Aku terdiam. Tak tahu nak bertanya apa. Suasana senyap je. Aku yakin semua penumpang bas terdengar perbualan kami sebab memang hanya suara makcik ni je dari tadi.
Kebetulan radio bas tak dipasang. Penumpang belakang aku seorang makcik juga menitis air matanya. Sebak mungkin. “Makcik rindu zaman anak – anak makcik masih kecil dulu. Makcik rindu nak bersembang dengan mereka. Rindu nak dengar cerita – cerita mereka. Cucu – cucu makcik rapat sangat dengan makcik.
Tapi anak – anak dengan menantu tak suka. Pernah cucu makcik cakap, mak dia pesan jangan nak rapat dengan makcik sebab makcik ni jahat. Kotor. Yelah, makcik ni orang kampung je nak. Mungkin betul la anak makcik kata. Makcik ni jahat. Mulut makcik ni jahat sangat. Bila makcik tegur kesalahan anak – anak semua membenci. Kadang – kadang makcik doa kat Allah, biarlah makcik m4ti.
Tak menyusahkan sesiapa lagi. Anak perempuan makcik cakap, makcik ni beban. Mulut makcik ni jahat. Bila cakap je meny4kitkan hati.”
“Anak ko tu kurang ajar akak. Jangan dengar apa yang dorang cakap. Biarkan je. Dorang ingat memang lahir je terus kaya ke. Kalau tak akak dengan arw4h suami yang tanggung, dari kanak – kanak lagi dah m4ti”, baIas makcik di kerusi belakang aku dengan berem0si sekali.
Marah sangat. Aku membiarkan sahaja makcik tu termenung melayan perasaan sedih. Kadang – kadang aku tak faham, seorang anak yang berjaya, doktor, peguam, planner kilang, cikgu tak kan tak mampu nak upah pengasuh dan bibik untuk kemas rumah, jaga anak – anak dan masak.
Kenapa nak mengharapkan kudrat seorang mak yang dah tua untuk membuat semua kerja. Tak cukup ke dari kecil smpai tua siap dah beranak – pinak nak menyusahkan juga seorang mak. Dah la tak dibayar. Dider4 perasaan, em0si dan fizikaI seorang tua. Bas berhenti di RNR Sungai Buloh. Makcik belakang aku memimpin tangan makcik tadi untuk turun tangga.
Airmata aku mengalir juga. Kesian aku tengok makcik ni sebab jalannya dah tak larat. Nak turun tangga bas ni bukan main lambat sebab takut jatuh. Anak – anak makcik mungkin berjaya dekat dunia tapi kalau masih buat makcik macam ni, mungkin dia akan menempah ner4ka untuk diri sendiri sebab mereka anak derh4ka (maaf aku sangat marah masa taip ni).
PukuI 6 petang, telefon makcik ni berbunyi. Anak dia call, aku dengar sendiri anak dia marah mak dia sebab tak sampai lagi. Dia kata jangan balik lambat sebab tak ade orang nak jaga anak – anak dia. Siap pesan suruh makan siap – siap kat TBS. Dorang dah habiskan lauk untuk dinner. R3muk hati aku mendengar.
Banyak lagi yang makcik ni kongsi dengan aku. Sikap anak – anak perempuan makcik ni yang sangat kurang ajar. Mungkin bagi kalian syurga kalian dekat bawah tapak kaki suami tapi korang kena ingat, bukan suami korang yang tanggung korang dari korang kecil sampai sebelum kahwin. Aku terp4ksa meninggaIkan makcik ni pulang sendiri dari TBS ke rumah anaknya sebab kami pergi ke laluan yang berbeza tapi aku tahu makcik ni dah lama sangat pend4m perasaan sedihnya.
Sebelum kami berpisah, makcik ni pesan kat aku, “nak, makcik tahu anak seorang anak yang baik. Sebab bila makcik tengok anak layan mak ayah masa tunggu bas tadi hati makcik jadi cemburu. Beruntungnya keluarga anak. Dekat mana la salahnya kami ini mendidik anak – anak kami sampai begitu sekali sikapnya.
Kalau anak lelaki makcik belum berkahwin, nak makcik jod0hkan kamu dengan anak makcik sebab makcik tahu, kamu mungkin tak akan layan makcik macam anak – anak dan menantu makcik yang sekarang. Ingat nak, walau buruk dan jahat macam mana sekali mak dan ayah kamu, jangan la sekali – kali tinggikan suara, herdik mereka. Kami cuma nak perhatian je.
Cukuplah dengar kami bercerita, layan la kami ni dengan baik. Makcik cuma nak anak – anak makcik manja dengan makcik macam zaman kanak – kanak dulu. Biarpun keluarga makcik miskin dulu, tapi kami bahagia. Bila anak – anak dah kaya dan berjaya, makcik rasa lagi fakir miskin dari dulu”.
Aku terlupa nak ambil no telefon makcik tadi. Aku berdoa semoga Allah beri kekuatan dekat makcik untuk hadapi dugaan ni. Anak – anak yang masih ada ibu ayah, berbakti lah dekat mereka. Janganla jadi anak derh4ka. Tak guna kalian bina rumah istana dekat dunia ni tapi dekat akhir4t terp4ksa mengemis untuk ke syurga Allah.
p/s: Doakan aku supaya da rezeki untuk berjumpa makcik ni balik. Aku nak tolong dia. Menyesal pula haritu tak minta no hp dan alamat. Mak aku pun bising. Huhu. Hati tisu… – Farhana
Komen Warganet :
Siti Nursharina Sah Allam : Seorg ibu boleh jaga dan membesarkan 10 orang anak dengan keder4tnya tapi bila anak dah besar, seorang pun tak sanggup jaga seorang ibu yang m4kin tua dan uzur, hati ibu mana tak luluh.
Ct Muradah : Ya Allah sedihnya dibuat begini.. Bukan salah ibu mengandung., memang anak-anak makcik tak kenang budi. Malu mengaku orang kampung, orang miskin. Sampai mak sendiri di buat macam orang gaji.. Memang ada segelintir anak – anak yang lupa dar4tan bila sudah berjaya, senang dan berduit. Semoga Allah memberikan petunjuk kepada mereka dan semoga makcik ini dipermudahkan urusannya, aamiin..
Iza Mustafa : Anak ni bukan boleh diberi muka sangat nanti dia pij4k kepala. Kalau duduk serumah, kita masak untuk kita nak makan, anak masaklah sendiri apa dia nak makan. Jangan tolong masak, sekali tolong mesti nak selalu. Jadi ibu hati kena keras, jangan terlalu lembut sangat. Kita nak ajar anak bukan nak menyusahkan, hidup kita berapa hari je lagi.