Makin lama aku tengok abang dan kakak ipar macam ambil kesempatan bila duduk dengan ummi dan abi

Abi pernah mengeluh bila aku tanya tentang bil – bil yang dia kena bayar sorang. Abang aku bukannya tak mampu nak tolong bayar sama – sama. Bila anak – anak menangis masing-masing buat tak tahu, sebab tahu ada ummi dan abi yang akan pujuk cucu – cucu. Pernah sekali tu aku balik dari universiti aku tengok ibu yang kena sidai baju – baju diorang…

#Foto sekadar hiasan. Harap sangat admin approve confession ni sebab aku nak semua yang rasa nak tinggal dengan mak ayah lepas kahwin, tolong fikir habis – habis. Kalau yakin tak akan jadi anak yang membebankan mak ayah, silakan.

Intro sikit, aku seorang perempuan, ada 9 orang adik beradik dan masih single. Kakak dan abang aku dah berkeluarga. Family kitorang ok je, alhamdulillah happy. Keluarga aku tak ada la kaya raya tahap macam Neelofa tapi oklah.

Cerita ni daripada pemerhatian aku sendiri je sebab keluarga abang dan kakak aku tinggal serumah dengan kitorang. Memandangkan aku masih single, aku rasa seronok sebab banyak benda aku dapat belajar dairpada diorang yang dah lagi dewasa.

Cuma sepanjang aku duduk serumah dengan diorang yang mana termasuklah pasangan dan anak diorang, aku mak1n lama mak1n rasa aku lebih baik untuk tak duduk sekali kalau aku dah kahwin nanti. Kesnya, sebab anak yang duduk kat rumah ibu bapa bukannya ibu bapa yang duduk kat rumah anak.

Sebabnya, bila dah duduk serumah ni kan, biasalah, bil api air, barang dapur, sabun baju, semuanya sharelah kan. Nak bahagi – bahagi setiap org bayar? Dah nama pon ayah sendiri, memang malas nak berkira dengan anak sendirilah. Rumah abi aku sendiri pulak tu. Dan memandangkan abi aku ni kira berkemampuanlah jugak, dia memang bayar je. Tak ada pun minta bayar balik. Sebelum ni aku ingatkan bukannya guna duit ayah aku bayar bil, tapi bila aku tanya, ayah aku jawab “Mana pulak, abi lah bayar” lebih kurang camtu, dengan nada yang tak berapa nak senang.

Patutnya, anak dan parents kira dua – dua kena kongsilah kan bayar. Kalau tak bahagi sama rata pon, sekurang-kurangnya bertimbang rasalah. Ada bulan anak bayar ada bulan parents bayar.

Tapi yang silap sikit pasal abang aku ni, dia banyak duit tapi takde pulak usaha nak bayarkan jugak dah dia dan keluarga dia pon duduk kat rumah tu. Duit bulan – bulan pon tak ada nak bagi kat ummi abi. Tu aku terkilan sikit.

Habis pasal belanja rumah, pasal kerja rumah pulak. Mesin basuh baju kat rumah aku ada dua. Bila basuh baju, kitorg akan tolong menolong untuk sidaikan baju yang dah siap basuh tu. Tapi lama – lama, dah macam lepas tangan pulak. Basuh je baju, pastu dah terbiasa ada orang lain sidai so dah macam tak teringat pon nak sidai. Dan basuh lagi lagi dan lagi.

So kain yang nak kena sidai pon bertambah. Aku paham kalau diorang sibuk dengan kerja dan anak – anak. Tapi, ceritanya sempat pulak keluar rumah jalan – jalan sampai lewat malam tapi baju sendiri tak tersidai. Yang aku lagi tak boleh tahan, bila aku balik universiti, aku nampak ummi aku yang tolong sidaikan. Sedih.

Aku cuba bersangka baik, diorang penat. Tapi masalahnya, sebagai orang yang dah berkahwin dan patutnya berdikari sendiri, diorang sebenarnya cuma perlu uruskan hal kain baju tu je. Sapu vakuum mop rumah, tak payah kesah dah. Memang tak payah buat pon. Sebab abi aku upah maid datang setiap minggu. Tu pon sekali lagi, abi yang bayar semua.

Moving on, pasal anak – anak diorang pulak. Memang meriah bila ummi abi aku dapat main dengan cucu apa semua. Tak ada lah sunyi sangat diorang. Tapi, mainan budak – budak ni tak dikemas. Semak rumah. Pastu ummi aku jugaklah nak kemas. Makanan pon, kadang – kadang bersepah atas lantai. Cawan sepah sana sini.

Selain daripada semak tu, biasalah hati ibu kan, sayangkan sangat anak – anak. Walaupun anak – anak dah ada keluarga dan anak sendiri pon, mesti akan risau kalau anak – anak susah atau pun penat. Bila anak – anak kakak abang aku ni nangis, kadang – kadang mak ayah diorang ni dah terjadi lepas tangan atau pun ambil kesempatan sikitlah aku rasa.

Sebab tahu ummi abi ada kan, so ummi abi yang akan pujuk budak – budak tu. Belikan makanan ke, tidurkan ke. Walaupun ummi tahu ummi boleh panggil je kakak abang and ipar – ipar aku untuk jaga sendiri, tapi tulah, hati ibu, dia tak akan biar je. Kesian kat anak penat baru balik kerja nak jaga anak pulak. Orang tua ni bukannya kuat macam kita. Tak larat diorang ni sebenarnya nak layan budak – budak.

Ummi abi aku ni bukannya jenis suka bising – bising. Tapi itulah yang bah4yanya. Sebab diorang simpan dalam hati. Tapi apa pun aku percaya diorang ni memang akan ampunkan anak – anak so insyaAllah okay untuk kakak dan abang aku.

Cumanya, disebabkan aku ni masih single dalam rumah tu dan banyak tolong juga ummi buatkan kerja – kerja rumah, ummi abi ada jugak kadang – kadang terlepas cakap pasal perangai anak dan menantu diorang.

Dan aku sebagai anak memang sangat takut aku akan jadi salah seorang yg membebankan ummi abi. Sebab benda ni kadang – kadang jadi tanpa sedar. Sikit – sikit kita sebagai anak jadi naik kepala dan tak sedar yang kita menyusahkan mak ayah. Ummi abi aku tak akan bagitahu pun yang diorang terbeban. Dan itulah yang lagi merisaukan.

Banyak sangat lagi yang jadi sebenarnya tapi aku cerita yang senang paham je la. Jadi, dari pengalaman aku ni, aku nasihatkan korang dan diri aku jugak. Kalau nak tinggal dengan mak ayah lepas kahwin, bawalah mak ayah tinggal dengan kita, bukannya kita yang tinggal kat rumah mak ayah. Supaya ada rasa tanggunggjawab untuk  uruskan rumah sendiri. Dan sentiasa beringat untuk tak menyusahkan diorang dalam apa-apa segi pon. Duit, tenaga mahupun em0si. Sebab macam aku cakap. Benda ni kita tak sedar. Tengok – tengok rupanya kita dah pon terlepas batas dan menyusahkan mak ayah kita sendiri tanpa sedar.

Sekali lagi aku ingatkan, kalau yakin takkan jadi anak yang bebankan mak ayah, silakan. – Adik Single

Komen Warganet :

Ain Nasuha : Susah macam mana pun, usahalah duduk rumah sendiri dengan anak isteri. Tak kisah la kau duduk rumah sewa ke, rumah tu beli ke janji kau duduk dengan anak bini serumah.

Bukan tak boleh jumpa langsung pun. Tapi jangan lebih seminggu hingga sebulan mahupun lebih dari tu. Kalau tak akan jadi ‘ta1k’ dalam rumah yang sebelum ni harmoni.

Megat Mohd : Mula-  mula saja best tapi lama – lama banyak yang tak best akan timbul. Ramai dalam rumah pakat duduk dengan mertua, akan jadi isu pasal bil elektrik, air. Yang pakai ekon setiap masa tak nak bayar lebih. Anak pula tak hulur duit kat mak ayah buat bayar bil. Nasib baik dapat mak dan ayah mentua yang baik dan tak sindir kak ipar tu.