Aku marah mak sebab dia basuh baju aku dengan clorok sampai rosak baju. Aku marah sangat sampai campak baju dekat muka dia dan cakap mak bod0h. Aku langsung tak minta maaf, aku tahu masa berlalu telah merawat Iuka dia. Hinggalah bila aku sendiri mempunyai dua orang anak, mereka sangat Iiar…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua warga maya. Ini adalah sebuah kisah benar dan cetusan rasa seorang wanita. Mudah – mudahan ada kebaikan dan keinsafan pada diri kita semua. Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku.
Aku cakap kat dia “orang tua tak ada otak”. Aku marah dia sebab dia basuh baju aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak baju tu kat muka dia. Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia.
Akhirnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat Iuka dia. Dari tahun ke tahun, aku ada kehidupan sendiri. Aku berkerjaya dan berkeluarga. Aku dikurniakan dengan2 orang anak. Tapi maIangnya, kedua – dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik.
Diorang amat Iiar. Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang d0sa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu.
Ya, d0sa aku herdik dan campak baju kat muka dia. Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia. Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia.
Dan aku memang tiap – tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba – tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia. Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak baju orang kat muka Mak.
Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat – sangat. Masa tu aku dah mula sebak. Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah. Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu.
Bahkan dia dah nekad, kalau dia m4ti, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : “Ya Allah, tangan inilah yang pernah meIukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berk0rban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukvm la dia”
Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras tak akan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.
Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku c1um tangan tua itu lama – lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membeIai rambut aku ketika aku masih kecil dulu – dulu.
Bersama – sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku tak akan lupakan sampai bila – bila. Mak cakap “kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang tak akan maafkan kau sampai bila – bila.
Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti”. Aku angkat kepala dan aku peIuk Mak. Sedu – sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada.
Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu. Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat.
Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni. Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua – dua anak remajaku datang meIuru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peIuk tubuh aku.
Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : “Maafkan kami mak. Kami banyak buat salah pada mak”. Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah.
Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak – anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga.
Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik – baik Perencana. Tuan – tuan dan Puan – puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka.
Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik.. – Karyawan Bisu
Komen Warganet :
Zaimah Binti Kamaruzman Kamaruzman : Memang tanpa ibu kita tak ada dekat dunia ni. Kasih sayang IBU ibarat air sungai yang mengalir, tiada penghujungnya.
Mohd Faizol : Sayangi ibu dan orang tua jika masih ada kesempatan. Jangan dikesali nanti.
Siti Mariam : Hargailah ibu dan bapa kita, supaya anak – anak akan menhargai kita pula, kalau ibu dah tiada, kita terus merindui ibu kita. Tak akan sama orang lain dengan ibu kita Oleh itu jagalah perasaan ibu dan ayah kita. Mereka tak pandang harta anak – anak, tapi apa yang mereka nak dan pandang ialah hormat anak pada meraka. Ini lah keluhan ibu dan bapa sekarang.
Zakiah Yahya : Nak peIuk mak tapi mak dah tak ada. Rindu arw4h mak. Sangat menyentuh. Begitulah hati seorang ibu. Rindu yang paling sarat adalah rindu pada orang tersayang yang telah pergi. Allahuakhbar..
Farieda Abdullah : ALLAHU… berat bahu menanggung d0sa.. Selalunya tutur katalah yang banyak menik4m hati ibu tanpa kita sedar..
Sabariah Eda Eda Efeida : AllahuAkhbar, Subhanallah. Jasa ibu tidak terkira. Kita tak akan mampu baIas segala jasa ibu kita. Al-Fatihah buat arw4h ibu saya. Bagi yang masih ada ibu, sayangiIah, santunilah ibu anda dengan sebaik – baiknya. Walau sebesar gunung udud sekalipun kebaikan yang dikau lakukan buat ibumu.
Namun tak akan mampu membaIas segala jasanya selama ini. Maka, minta maaflah kepada ibu kalian selagi masih bernyawa. Teruslah berbuat baik hingga ke nafas yang terakhir ibu kalian. Saya mohon kongsi ye, terima kasih.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.