
Aku maafkan suami. Tapi suami buat hal lagi, dia kahwin senyap – senyap pendatang asing, bekerja di kedai Pakistan. Mereka lari, kahwin dekat Filipina masa aku mengandung anak ke-4. Bila terbongkar, suami ceraikan perempuan tu dengan talak 3. Masalah belum habis..
#Foto sekadar hiasan. Cerita aku bertahan hidup selama tujuh belas tahun dengan lelaki yang tak menghargai aku. Kiranya aku bertemu jodoh dengan orang w4rga asing. Pada awal perkenalan, dia cakap dia dalam urusan selesaikan dokumen dia sampai ke kami masuk alam merisik dan pertunangan.
Masuk alam perkahwinan pada tahun 2008, semuanya nampak macam biasa saja. Sekarang kami dikurniakan lima orang anak. Dalam masa itu, aku terlalu banyak makan hati. Dia punya hobi suka main perempuan, suka tipu aku siang malam.
Nafkah pun cukup makan saja, beli beras dan ikan sekadar apa adanya. Anak pertama lahir pada tahun 2009, masa tu dia nampak ok saja. Bila anak kedua lahir pada tahun 2010 dan disahkan ada k4nser d4rah, kami hampir tiga tahun menetap di hospital untuk rawatan anak.
Dia datang melawat bila dia mahu saja. Waktu itu paling s4kit bila dapat tahu dia main perempuan w4rga asing yang juga tukang cuci pinggan di tempat dia lepak dengan kawan – kawan dia minum petang. Sampai perempuan tu mengandung, sedangkan masa tu aku juga mengandung anak ketiga. Sebab dia suami pilihan aku, aku bertahan.
Kami hampir bercerai, tapi dia menolak dan minta maaf, janji tak ulang lagi. Sekejap sahaja d3rita itu hilang, tapi aku masih hidup dalam bayang – bayang takut. Aku tutup rapat – rapat apa yang dia buat. Tapi sampai satu saat dia buat hal lagi.
Dia kahwin senyap – senyap dengan perempuan w4rga asing yang juga tiada kad pengenalan, bekerja di kedai Pakistan. Terlanjur lagi sampai akhirnya mereka lari balik ke Filipina untuk kahwin di sana. Kebetulan masa tu ibu mentua aku s4kit kuat di sana.
Hati isteri mana yang tak risau bila tahu suami hilang tak balik balik. Ingatkan kena tangkap atau kemaIangan. Sekali rupa – rupanya lari dengan pasangan selingkuhnya. Bila dapat khabar dia kahwin di sana sedangkan aku juga mengandung anak keempat, tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu. Dugaan apa lagi ya Allah.
Singkat cerita, dia minta maaf lagi. Katanya tak akan ulang. Janji nak ceraikan perempuan itu, tapi bohong lagi. Walaupun hati tak pernah yakin, demi anak – anak yang masih kecil aku kuatkan juga diri. Hidup dalam rumah tangga yang tak sihat buat aku berubah jadi isteri yang pemarah, tak percaya apa saja yang dia cakap, selalu rasa s4kit hati.
Sampai ke hari ini umur aku sudah tiga puluh tujuh tahun, dan aku disahkan ada k3ncing manis. Tapi sekarang aku sudah boleh hidup berdikari, ada usaha kecil sendiri yang boleh tampung aku dan anak – anak tanpa tunggu duit nafkah dia.
Walaupun hati sudah m4ti rasa, aku masih tetap bersama sebab fikirkan anak – anak. Tapi satu sifat baharu dia pula muncul. Dia suka tuduh aku curang. Penat betul. Siang malam dia cari salah aku, tuduh aku jumpa lelaki. Tapi aku bertahan sebab dia masih ada di rumah, walaupun dia tak bekerja dan sudah tak main perempuan.
Akhirnya aku mengandung lagi, anak keenam. Mula – mula dia ok saja, happy sebab nak ada bayi lagi. Tapi itu sifat sementara. Lepas tu dia cari alasan tuduh aku selingkuh. Dia cakap aku mengandung bukan anak dia. Hari – hari dia was – was.
Hati isteri mana yang tak sedih bila suami sendiri tak percaya. Sampai aku masuk wad seminggu pun dia boleh tanya aku keluar malam di sana dengan siapa. Aku pergi ke klinik sebab nak pantau k3ncing manis dan kandungan, dia boleh marah – marah.
Bila dia aku bawa pergi klinik, dia pula meng4muk cakap doktor tak pandai. Alasannya sejuk tak tahan penghawa dingin, tapi tuduh aku berjalan dengan lelaki. Singkat cerita, kehidupan aku masa ni penuh dengan tekanan. Masalah kami tak habis – habis.
Demi masa depan anak – anak dan demi kesihatan aku sendiri yang aku selalu abaikan, aku halau dia keluar dari rumah supaya dia boleh fikir sendiri apa yang dia dah buat. Bertahun aku bertahan, menghargai dia walaupun dia tak ada apa – apa untuk aku.
Yang paling pedih, baru – baru ini aku dapat tahu perempuan yang dia cakap dia nak tinggalkan itu bersalin anak kelima mereka. Sedangkan dia sudah lafaz cerai talak tiga. Kenapa boleh dia beranak dulu daripada aku. Jauhnya dia hanyut.
Semoga Allah ampunkan segala d0sa dia. Betul la orang cakap, lelaki kalau sudah hobinya selingkuh, sampai tanyakan selingkuh pun rasa macam bukan salah. Konflik baharu pula muncul masa aku tengah sarat mengandung. Suatu hari jiran bagi tahu yang suami aku selalu balik ke kawasan rumah pada waktu malam, sembunyi – sembunyi.
Katanya dia tanya – tanya pasal aku, pasal anak – anak. Tapi bila aku tanya elok – elok kenapa datang senyap – senyap, dia naik marah dan fitnah aku pula yang jumpa lelaki. Padahal dia yang menyelinap macam pencuri. Hati aku m4kin taw4r.
Dalam masa sama, aku dapat tahu dia ada hantar mesej kepada bekas pasangan selingkuhnya, tanya pasal anak mereka. Yang perempuan pula siap minta dia balik ke sana. Masa tu aku betul betul rasa macam menjadi isteri sekadar tajuk di atas kertas. Aku diam saja, tapi dalam diam aku simpan semua bukti.
Doakan aku bersalin selamat pada bulan ini. Berbahagialah di sana dengan rasa selingkuhmu. Aku harap satu hari nanti dia akan nampak buruk dan baik dirinya sendiri. Kalau hendak cerita pun takkan habis. Maafkan aku kalau ada tulisan yang kurang faham.
Komen Netizen :
Nadieya Anastasia II : Kalau macam tu, jauhkan diri dan cerai saja kak. Kakak umur tiga puluh tujuh masih belum terlambat untuk jaga diri, jaga emosi dan anak – anak. Kesian anak – anak hidup dalam hubungan t0ksik dan bapa macam tu.
Suami kalau kaki perempuan dia takkan berubah. Dia yang curang tapi dia akan tuduh kakak yang buat belakang dia sedangkan dia nak tutup salah dia. Nak bertahan sampai bila. Sampai cemburu tu menguasai nafsu sampai ada yang m4ti ke. Kesian anak – anak tu. Yakin dengan rezeki Allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.