
Dulu ibu mertua yang beria hasut suami aku macam – macam sampai tak mengaku cucu. Sekarang bila anak aku dah keluar, muka sebiji macam suami, ibu mertua merayu jangan bercerai. Ayah mertua sampai h4ramkan suami dan..
#Foto sekadar hiasan. Admin tolong hide profile aku ya. Aku teringin nak luah pengalaman aku jadi isteri dua kali. Aku kahwin dengan suami pertama, alhamdulillah aku bahagia. Walaupun ada sedikit pend3raan mental, tapi aku tetap bahagia dengan suami. Suami sangat sayangkan aku, sampai sekarang pun aku tahu dia masih sangat sayangkan aku.
Aku tak cakap suami jahat. Sepanjang kami kahwin, kalau ada masalah dengan ipar duai, dia lah orang pertama yang pertahankan aku. Dia takkan biar adik beradik dia pijak maruah aku. Dia memang jenis yang akan berdiri di belakang aku bila aku dianiaya.
Pernah sekali aku basuh baju dan sidai elok – elok. Petang tu bila aku angkat baju, semuanya dah koyak dan digunting – gunting. Aku mengadu dekat suami sebab aku memang agak manja dengan dia. Walaupun dia sangat baran dengan semua orang, aku tetap selesa bercerita dengan dia.
Aku menangis depan dia sambil cakap habis baju aku rosak. Aku tak cakap pun tu kerja ipar aku sebab suami anak bongsu, takkan kakak – kakak dia nak buat kerja macam tu kan. Tapi dia sendiri cakap mesti anak saud4ra dia yang buat.
Dia terus meng4muk dan pecahkan cermin tingkap rumah kakak dia sekali dengan pasu bunga. Entahlah apa lagi yang dia buat lepas tu. Aku cuma duduk dekat rumah masa tu. Sejak hari tu, tak ada dah adik beradik dia yang buat hal dengan aku. Mengata belakang tu memang ada, tapi aku malas ambil tahu.
Dua tahun kami kahwin, semuanya indah bagi aku. Kami tak sweet macam orang lain. Suami baran, aku pula manja. Suami kuat memaki, aku yang manja ni asyik menangis saja. Tu lah yang aku cakap sedikit pend3raan mental tu. Makian dia taklah teruk dekat aku.
Kalau dia marah pun, tak sampai tahap meng4muk tak tentu pasal. Kalau aku terasa dan menangis, cukup setakat tu saja dia marah sebab marah dia akan hilang bila nampak aku menangis. Pantang bagi dia kalau ada orang buat aku menangis.
Masalah kami mula bila aku mengandung. Dia tak suka aku mengandung dan pernah suruh aku gugurkan kandungan aku. Memang tak lah, mana ada orang yang kahwin tak nak jadi ibu. Lepas tu mulalah fasa ipar duai masuk campur, tapi semuanya belakang suami.
Kakak dia datang rumah mak aku dan tanya betul ke aku mengandung anak suami. Alasannya sebab suami pernah suruh aku gugurkan anak tu. Masa tu aku memang terk3jut dan sedih. Mertua aku dulu baik. Tapi bila anak – anak dia cakap macam – macam, dia pun berubah.
Pelik juga sebab dia sebagai mertua sanggup suruh aku buat ujian DNA. Sedangkan sepanjang kami kahwin, tak pernah aku ke mana – mana tanpa suami. Suami tahu anak tu anak dia. Tapi untuk pertama kali dalam hidup, dia tak pertahankan aku sebab dia takkan bantah mak dia.
Mereka nak buat ujian DNA dekat rumah saja. Bagi aku memang pelik sangat permintaan tu. Jadi masa tu ayah aku ambil aku balik rumah. Keluarga mertua ni ramai yang ada kabel dan pengaruh, jadi ayah aku tak nak ambil risiko.
Memang tak lah dia nak bagi orang ambil DNA anak aku sesuka hati. Masa tu anak masih dalam perut lagi dan baru lima bulan. Aku cakap tunggu anak lahir dulu baru buat ujian DNA kalau masih nak buat. Tapi keluarga dia terus buat kesimpulan aku tak nak buat sebab kononnya bukan anak suami.
Aku memang sedih sangat dengan tuduhan tu. Tak pernah terlintas aku akan diperlakukan macam tu. Aku minta cerai dengan suami masa aku mengandung tujuh bulan. Baru masa tu dia pujuk aku dan minta maaf. Dia mengaku dia tak suka aku mengandung sebab dia tak nak tengok aku s4kit.
Dia juga minta maaf dengan ayah aku sebelum bawa aku balik semula. Itulah pertama kali dia pegang perut aku. Anak dah bergerak masa tu sebab kandungan dah tujuh bulan. Mungkin dari situ dia rasa naluri kebapaan tu mula muncul. Esoknya dia cakap dia dah mula sayangkan anak aku.
Dari awal mengandung sampai dah sarat, apa yang aku nak makan semuanya dia tunaikan. Tak ada satu pun yang aku minta dia tak dapatkan. Tapi sampai hari aku s4kit nak bersalin, dia berubah. Mungkin sebab dia tak boleh tengok aku s4kit, dia terus hilang dan tak muncul langsung.
Aku selamat melahirkan anak perempuan. Muka anak aku memang sebiji macam ayah dia. Aku tunjuk dekat keluarga dia dan memang tak perlu pun ujian DNA lagi sebab tengok muka pun dah tahu anak siapa. Tapi semua tu dah tak bermakna bagi aku masa tu.
Suami hilang pada hari aku nak bersalin rupanya sebab dia pergi menangis dan cari tempat bersandar. Dia keluar dengan perempuan lain waktu aku bert4rung nyawa dekat hospital. Kelakar kan. Dan dia tidur dengan perempuan tu. Aku tahu semuanya daripada kawan dia sendiri.
Seminggu lepas tu, kawan dia telefon aku dan cerita semuanya. Aku tanya sendiri dekat dia dan dia mengaku. Masa tu memang h4ncur berkecai hati aku. Anak pula dia langsung tak pernah tengok dan sentuh. Aku memang tak boleh terima dia buat aku macam tu.
Aku minta dia lepaskan aku sebab aku tak mampu terima apa yang dia dah buat. Keluarga dia tuduh aku mengandung anak orang lain, tapi dia sendiri yang tidur dengan perempuan lain. Akhirnya kami bercerai. Gitu saja kisah aku dengan suami pertama.
Sepanjang aku dalam tempoh edah, suami masih berkawan dengan perempuan yang dia tidur tu. Tapi macam biasa, kalau aku minta apa – apa untuk anak, dia tetap bagi. Bekas suami tak ada kasih sebagai seorang ayah. Dia cuma beli pampers dan baju anak bila aku minta.
Kalau aku tak minta, memang dia tak ingat pun dia ada anak. Bekas ibu mertua aku pula sampai aku kahwin lain masih berharap aku rujuk semula dengan anak dia. Bekas ayah mertua aku pula h4ramkan perempuan bekas suami tu jejak rumah dia. Aku tak boleh luah dekat orang terdekat sebab semua orang terdekat aku dah anti dengan suami. Ni kisah benar dan bukan rekaan. Terima kasih. Terima kasih sebab sudi baca luahan aku.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.