
Perempuan tu cakap, dia dah lama sayang dan jatuh hati dekat suami aku. Suami ceraikan aku masa aku tak ada kerja, tak berduit dan masih berpantang. Baru ni FB aku kena godam, hantar gambar – gambar tak senonoh. Bila aku check location dekat Taiping!
#Foto sekadar hiasan. Apa yang aku nak confess ni bukan cerita rekaan. Ia kisah benar dan apa yang terjadi dekat aku nih sangatlah mempengaruhi persepsi aku terhadap lelaki. Aku student IPTA. Umur aku 22 tahun. Aku ibu tunggal dan aku bercerai dengan suami aku, Aliomar (bukan nama sebenar) 4 tahun lepas.
Aku ada seorang anak perempuan, Ain (bukan nama sebenar), yang baru je dilahirkan masa aku bercerai dengan dia. Ceritanya macam ni. Aku bercerai dengan suami masa aku lagi beberapa hari nak habis berpantang. Dalam erti kata lain, Ain baru je dilahirkan.
Masa cerai tu, Aliomar yang isi borang cerai, tapi dia isi atas nama aku, kononnya aku yang tuntut cerai. Aku just tinggal sign borang tu je. Punca penceraian aku ialah aku just minta untuk tinggal berasingan dengan mertua aku. Itu sahaja.
Memandangkan Aliomar nih kerja dengan government dan boleh apply kuarters, jadi aku rasa benda tu tak menjadi isu ataupun membebankan. Hanya tinggal nak ataupun taknak je. Mak ayah Aliomar ni tak uzur atau sakit, kerja medical assistant di hospital belah utara dan orang berada.
Dalam hal ni, pertamanya, aku rasa tak menjadi isu pun kalau tinggal berasingan dengan mertua aku since mertua aku masa tu sihat walafiat. Lagipun, anak – anak bujang dorang pun tinggal kat rumah tu nak tengok – tengokkan mak ayah dorang.
Kedua, ada conflict antara aku dengan mak mertua aku, yang mana memang dari awal perkahwinan mak mertua aku tak terima aku. Mungkin sebab family aku ni susah, tak setaraf dengan dia. Aku cerita masa awal – awal perkahwinan lagi mak mertua aku dah bagitahu yang sebenarnya dia ada calon menantu pilihannya sendiri.
Tapi, Aliomar tetap nak pilih aku masa tu. Bukan tu je, mak mertua aku jugak pernah warning aku supaya jangan nak minta apa – apa dari Aliomar tu dan jangan nak susahkan hidup anak dia. Tapi, aku hormat mak mertua aku. Tak pernah sekalipun aku melawan atau tinggikan suara masa tinggal sebumbung dengan mak mertua aku.
Aku kenal Aliomar ni 8 tahun. Dalam tempoh tu jugak aku kerja sambil belajar. Tapi, bagi aku kalau kau bagi seribu tahun pun kau takkan kenal perangai lelaki macam mana. Sepanjang 8 tahun kenal, Aliomar ni baik sangat dan adik beradik aku rapat gila dengan dia. Orang kata kamceng gitulah. Sikap peramah, mulut manis dan budi bahasa dia buatkan kami semua terpikat.
Semua mak saudara aku berkenan nak buat menantu termasuklah mak aku sendiri. Aku pada mulanya taknak pun dekat Aliomar ni sebab dia takde kerja tetap masa tu. Tapi disebabkan mak aku sendiri yang berkenan, so aku ikutkan jelah.
Pilihan mak ayah adalah pilihan terbaik bagi aku. Sampailah satu masa tu, dia betul – betul tekad nak kahwin dengan aku. Masa tu aku belum habis degree lagi, tapi dia kata dia tak kisah dan dia sendiri benarkan aku nak habiskan degree lepas kahwin.
Aku pegang kata – kata dia dan setuju untuk kahwin. Tapi, apa yang jadi lepas kahwin tak macam yang aku expect. First day kahwin lagi dia dah tunjuk perangai sebenar dia. Habis je kenduri, dia sendiri ikut mak ayah dia balik Perak. Dia balik bukan sebab dia kena kerja esoknya ataupun dia kena drive mak ayah dia balik, tapi sebab dia sendiri nak ikut mak ayah dia balik.
Mak – mak saudara aku tertanya – tanya mana pergi pengantin lelaki. Tapi, mak ayah aku jaga nama dia, kata dia kerja, tu yang kena balik. Lepas beberapa bulan kahwin, Aliomar paksa aku berhenti belajar, berhenti kerja dan balik Taiping sedangkan masa tu aku lagi beberapa bulan nak habiskan degree.
Aku keliru gila masa tu, antara nak turut perintah suami ataupun teruskan impian aku nak habiskan degree. Macam – macam dia cakap kat aku, isteri nusyuz lah, itu lah, ini lah. Tapi, ayah aku masuk campur dan pertahankan aku sebab masa tu lagi beberapa bulan aku nak habiskan degree.
Bukannya aku tak balik Perak. Aku balik tiap hujung minggu. Start dari situ, keadaan jadi tegang. Dia gaduh teruk dengan mak ayah aku dan dia kurang ajar dengan mak ayah aku. Dia bukan lagi Aliomar si mulut manis pijak semut tak mati. Tapi, alhamdulillah, aku dapat degree jugak akhirnya.
Mak ayah aku happy lah anak dia dapat degree, satu – satunya anak dorang yang ada degree time tu, biasalah orang tua. Habis je degree, aku turut perintah dia untuk berhenti kerja dan balik Perak, sambung cari kerja dekat sana. Aku dapat banyak panggilan interview dekat KL masa tu, tapi aku tolak demi suami.
Aku menganggur lama masa cari kerja dekat sana. Korang faham – fahamlah susahnya nak dapat kerja, lagi – lagi bila kau nak specific location area Perak je. Sampailah aku mengandungkan Ain. Sampailah Aliomar ni dapat kerja tetap dengan government.
Masa aku tengah mengandungkan Ain, Aliomar minta nak kahwin lain. Aliomar pujuk aku, katanya aku boleh berehat kat rumah, tak perlu bekerja dan dia dengan isteri baru tu boleh kerja cari duit untuk tanggung aku dan anak. Apa perasaan kau bila kau tengah sarat mengandung, tapi suami kau nak kahwin dengan orang lain?
Selepas bersalin, Aliomar hantar aku balik rumah mak ayah aku untuk berpantang di sini. Dalam masa yang sama, sebenarnya dia tak benarkan aku balik berpantang rumah mak ayah aku. Tapi, aku teringin nak mak aku sendiri yang jaga aku masa aku dalam pantang.
Sebab mak kau akan jaga kau macam mana orang lain tak boleh nak jaga kau. Lagipun, dia hanya cuti beberapa hari je untuk jaga aku masa tu dan mak mertua aku memang tak ambil kisah langsung. Jadi, salah ke berpantang di rumah mak ayah sendiri?
Selama aku berpantang, which is masa tu kami belum putuskan nak bercerai, Aliomar tak pernah tanya atau ambil tahu pasal aku. Senang cerita, tak call langsung. Lepas je kami dah putuskan nak bercerai, aku ada mesej bakal isteri baru Aliomar tu. Aku kata, “Sepatutnya awak nasihat dia, supaya kekalkan perkahwinan kitorang demi anak.”
Tapi, apa yang perempuan tu balas? “Saya tak boleh kak, saya memang dah jatuh cinta first time dia masuk kerja lagi.” Apa lagi yang aku boleh cakap? Akhirnya kami bercerai. Dia ceraikan aku masa aku tak ada kerja, tak berduit dan masih berpantang.
Aku terima dia masa dia tak ada kerja tetap pun. Bila selidik balik sekarang, boleh pulak dia sediakan rumah berasingan dengan mak ayah dia untuk isteri baru tu. So, apa punca penceraian tu aku pun confuse. Adakah itu muslihat dia? Ikut pemahaman aku, dia memang dah tekad nak kahwin dengan orang lain.
Jadi, untuk menutup salah, dia tak sediakan rumah asing macam yang aku harapkan. Jadi, dia ceraikan aku atas sebab kononnya aku sendiri yang tuntut cerai sebab kononnya dia tak mampu nak sediakan rumah asing. Korang tak rasa macam tu ke?
Dah 4 tahun benda ni berlaku dan selama 4 tahun ni, usia Ain, dia tak pernah ambil tahu pasal Ain. Dia tak pernah call atau datang jenguk anak dia sendiri dan tak pernah bagi nafkah. Tapi, tiap kali birthday Ain, dia akan wish dekat Facebook termasuklah tahun ni.
Aku baca satu persatu komen kakak, mak dan cousins dia dekat post dia tu dan aku pun tinggalkan komen. Komennya berbunyi: “Assalamualaikum. Kalau sayang, kalau rindu takkan lah sampai tak ambil tahu dan tak bagi nafkah langsung. Kalau betul – betul sayang, mesti call tanya khabar dan datang lawat.
Selama 4 tahun Ain dibesarkan oleh seorang ibu tunggal tanpa bantuan orang lain. Mana letaknya tanggungjawab seorang ayah? Kasih sayang sebetulnya nak dizahirkan bukan macam ni. Bagitahu satu dunia awak sayang, tapi hakikatnya ambil tahu pun tidak.
Kalau makcik – makcik, pakcik – pakcik, nenek, datuk dan ayah Ain betul – betul sayangkan Ain, nak datang lawat ataupun telefon. Awak boleh PM saya, saya boleh bagitahu alamat dan nombor telefon mak ayah saya sekarang juga. Saya minta maaf kalau ayat saya ni menyinggung perasaan awak semua. Baca dan hadamlah dengan hati yang terbuka.”
Esok pagi bila aku check balik, aku tengok dia dah delete post dia yang aku komen tu. Lepas tu, dia come out dengan post baru dan perli aku stalk dia. Dalam masa yang sama, dia jugak perli mak ayah aku seolah – olah macam mak ayah aku yang tak bagi dia berhubung dengan Ain. Kakak – kakak aku yang lain semuanya marah.
Tapi, aku tenang dan buat bodoh sebab aku tahu dia tengah saiko. Apa aku buat? Aku tak layan, tak komen dan anggap macam tak nampak post dia tu. Cuma aku yakin sangat yang dia akan saiko dan terus saiko, mungkin sengaja nak bagi aku pula yang malu.
Esok petangnya, kakcik aku call aku tanya kenapa aku send benda bukan – bukan dekat Facebook pagi tadi. Aku terkejut gila masa tu. Bila check Facebook aku, ada orang hack aku. Hacker tu PM dan hantar link gambar lucah dekat semua kawan Facebook aku.
Aku malu gila masa tu. Memang aku tak fikir orang lain dah, tapi aku tahu aku tak boleh nak main tuduh. Aku suruh diri aku secure Facebook dan tukar password. Aku cuba geledah Google macam mana nak tahu siapa yang hack Facebook kita, tapi malangnya tak membantu.
Lastly, kakcik WhatsApp aku suruh check where you are logged in dekat setting yang mana dekat situ kau boleh detect device apa yang guna untuk login Facebook kau, location dekat mana kau login dan juga waktu kau login. Lepas check, aku tengok ada dua desktop, laptop aku dan laptop dia, dan dua Android yang login. Satu handphone aku dan satu lagi tak tahu siapa.
Location Android lagi satu tu ialah Kamunting. Korang tahu Kamunting dekat mana? Jawapannya Taiping, Perak. Aku tahu ini bukan bukti yang kukuh untuk menuduh sesiapa. Abang ipar aku suruh buat report dekat SKMM, tapi aku tak rasa isu macam ni diendahkan.
Jadi, aku kira banyak pengajaran yang korang boleh dapat daripada confession aku. Aku harap admin publish confession ni sebab aku rasa ini bukan macam confession kau nak salahkan mak mertua kau sedangkan kau yang pemalas. Tolong jangan jadi lelaki yang tak guna.
Kau mungkin tak dera fizikal isteri kau, tapi kau dera mental dia. Tolong jangan jadi talam dua muka. Sebelum kahwin pijak semut pun tak mati, lepas kahwin? Munafiq! Kalau kau rasa mak kau tak hingin nak bermenantukan perempuan yang kau suka, pergi lah cari orang lain yang dia suka.
Tolonglah sediakan rumah asing untuk isteri kau. Sebaik manapun hubungan mak kau dengan isteri kau, mesti akan ada conflict juga bila tinggal sebumbung. Kalau kau memang dah tak tahan sangat nak kahwin lain, tolonglah sabar sampai isteri kau habis berpantang. Boleh meroyan bini tu, tahu tak jantan?
Tolong jaga Facebook elok – elok. Sebab hacker ni memang dorang tak ada kerja lain. Jobless getew. Hati – hati lah memilih lelaki. Dia mungkin akan membahagiakan kau sepanjang hayat atau dia mungkin akan menghancurkan hidup kau. Wanita diuji saat lelaki tidak punya apa – apa dan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya. Fikirlah sendiri selebihnya sebab aku memang fail bab – bab menghuraikan nilai-nilai murni atau pengajaran ni. Sekian, terima kasih.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.