
Kalau BF aku sudi terima aku sebagai isteri, aku sanggup h4mbakan diri aku kepada dia. Satu hari aku drive aku ternampak satu kIinik, ada tulis boleh lakukan ujian HlV. Oleh kerana hidup aku pun telah tak bermakna lagi, aku pun singgah..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum korang. Nama aku Sha. Ketika kejadian ini berlaku umur aku 26 tahun. Apa yang aku nak cerita di sini adalah pengajaran yang paling penting kepada semua perempuan di luar sana. Dan juga untuk aku luahkan dan kurangkan str3ss dan depr3ssion yang aku alami sejak kejadian ini berlaku.
Pengajaran yang aku nak bagitahu di sini ialah, kalau korang perempuan, elakkanlah ke mana – mana seorang diri. Aku bekerja sebagai seorang akauntan di sebuah syarik4t multinasional. Kalau aku sebut pasti semua tahu.
Selepas intern, aku terus dapat kerja di tempat yang sama, gaji yang aku terima membolehkan aku hidup selesa. Aku juga part time modelling untuk iklan – iklan pakaian di socmed, dari belajar lagi aku dah buat kerja ni.
Ceritanya bermula begini. Sejak kuliah di universiti, aku telah aktif berbasikal bersama group basikal yang terdiri dari kawan – kawan aku dan juga kawan kepada kawan – kawan aku. Setelah graduasi dan bekerja, aku masih lagi join trip cycling bersama kumpulan yang sama kerana kami tinggal di tempat yang tidak berjauhan.
Hampir setiap hujung minggu, kalau aku tak sibuk dengan kerja, tidak balik kampung atau keluar dengan BF, aku akan join cycling bersama kawan – kawan. Ini salah satu cara untuk aku kekal fit dan kurus, dan aku tak berminat untuk ke gym.
Tambah lagi dengan berbasikal aku boleh hirup ud4ra segar, berjumpa kawan – kawan dan luangkan masa bersama. BF aku juga tidak ada masalah untuk aku berbasikal dan dia memang tidak minat dengan sukan ini. Satu hari lepas waktu kerja, ada beberapa ahli group kami yang ajak untuk berbasikal pada waktu petang.
Memandangkan keesokan hari adalah hari minggu dan aku tidak ada kerja tambahan yang perlu disiapkan maka aku decide untuk join. Sekurangnya hari minggu aku boleh rehat di rumah, shopping atau masak. Kami berbasikal kurang lebih 2 jam di laluan biasa.
Setelah berbasikal kami berhenti sebentar untuk bersembang sebelum pulang ke rumah masing – masing. Jam pun dah pukuI 7 lebih, kami pun untuk pulang. Kebiasaannya aku akan pulang bersama seorang lagi rakan aku.
Ika, yang juga rakan satu universiti aku dul tapi oleh kerana dia kerja lewat pada hari tersebut, aku pulang seorang. Jar4k dari tempat akhir kami bersama ke apartment aku adalah dalam 20 minit perjalanan. Aku pun cycle pulang seorang diri.
Ada banyak laluan untuk ke apartment aku tapi laluan yang aku lalui tu memang kebiasaan lengang dan banyak semak dan juga ladang atau hutan simpan. Sewaktu dalam perjalanan pulang, aku tiba – tiba dilanggar oleh sebuah motosikal, lalu terjatuh di bahu jalan berhampiran rumput dan semak yang tinggi.
Aku lihat dua orang turun dari motosikal dan aku fikir mereka nak tolong aku untuk bangun. Aku tanya macam mana boleh terIanggar sebab aku ride kat tepi jalan bukan kat tengah. Seorang tu datang dan tolong aku untuk bangun dan waktu aku nak berdiri dengan betul, tiba – tiba dia tarik tangan aku masuk ke dalam semak.
Aku terk3jut dan cuba rentap tangan. Tapi dia cuba pengang bahu dan badan aku dan tolak aku masuk ke dalam semak. Aku panik tapi tak kuat untuk Iawan orang lelaki. Yang seorang lagi tu macam terpinga – pinga dan kemudian ikut kami masuk ke dalam kawasan semak. Di sebalik semak tu ada kawasan ladang yang agak lapang.
Di situ aku ditolak dan terjatuh ke atas tanah. Aku cuba jerit dan tanya you nak apa, kemudian lelaki tadi keluarkan senjata lipat dan halakan kepada aku dan tunjuk isyarat diam. Aku kata kalau you nak duit I ada, aku pun cuba keluarkan duit dari poket di belakang baju cycling suit aku.
Dia ambil duit, phone dan kunci yang aku keluarkan dan campak ke tepi. Dalam keadaan terbaring atas tanah. Selepas itu, apa yang berlaku adalah mimpi ngeri yang ditakuti oleh semua perempuan. Korang boleh agak apa yang berlaku.
Aku hilang mahkota aku pada hari itu. Mulut aku disumbat dengan pakaian dalam aku sendiri. Aku hanya menangis ketika itu menahan s4kit. Setelah selesai, lelaki tadi mengarahkan lelaki kedua untuk lakukan hal yang sama kepada aku.
Dengan pisau yang dipegang aku tidak berani untuk menjerit. Jika aku apa – apa jadi pasti tak ada siapa yang tahu aku di mana. Setelah selesai, mereka terus pergi tinggalkan aku terbaring dalam kegelapan senja sambil menangis.
Aku langsung tidak dapat lihat muka mereka, yang aku tahu hanya warna helmet dan jaket yang dipakai. Jenis dan nombor motosikal pun aku tak tahu. Perlahan – lahan aku bangun dan mengenakan semula seluar. Aku dapat rasakan cecair yang mereka tinggalkan di bahagian tubuh aku.
Betapa jijik dan h1nanya diri aku ketika itu. Aku bernasib baik tidak dibvnvh dan ditinggalkan. Memandangkan seluar cycling suit aku hari itu adalah shorts, yang ada cuma Iuka – Iuka di kaki dan betis akibat jatuh dan struggle atas tanah terkena duri.
Aku bangun dan berjalan pulang ke rumah dalam gelap, yang ada hanya cahaya kuning lampu jalan berselang – selang. Sampai di guardhouse apartment, aku nampak wajah aku di cermin guardhouse, rambut kusut dengan rumput kering dicelah – celah rambut.
Guard tu pun pandang pelik tengok aku kusut dan dengan air mata masih mengalir. Sampai di rumah, aku terus ke bilik mandi dan menangis teresak – esak. Tak tahulah jiran – jiran sebeIah dengar atau tidak. Aku mandi dan sental tubuh selama sejam lebih. Aku geli sebab aku dah kotor dan jijik.
Selepas mandi aku terus buang pakaian tadi sebab aku geli dan benci. Kat sini aku b0doh, sebab aku dah terbuang segala bukti. Sepanjang hujung minggu aku hanya duduk termenung di rumah, message dari BF dan kawan sekerja aku hanya reply sekadar saja.
Minggu hadapannya aku ambil cuti selama seminggu untuk tenangkan diri, tapi ternyata aku tak upaya untuk hadapi perasaan ini. Aku tr4uma dan takut untuk keluar rumah. Aku terbayang – bayang ada per0gol yang tunggu di luar rumah dan di lift serta tangga apartment setiap kali aku keluar dan masuk.
Pintu rumah dan bilik aku pastikan berkunci dan aku letakkan pis4u dapur di tepi katil. Sampailah aku terlalu depr3ss, aku minta kawan baik aku, Shifa, untuk temankan aku di rumah. Aku minta Shifa untuk peIuk aku kuat – kuat waktu aku tidur.
Shifa merasa pelik dengan keadaan aku dan p4ksa aku cerita apa berlaku. Aku hanya menangis. Hanya selepas 2 malam Shifa temankan aku dan p4ksa aku cerita, aku pun ceritakan apa yang berlaku. Aku minta dia janji untuk tidak bagitahu keluarga dan BF aku kerana aku takut apa yang mereka akan fikirkan.
Kalau BF aku tahu apa terjadi, dia nak tak lagi kahwin dengan aku memandangkan aku bukan lagi anak d4ra. Dan kalau dia jar4kkan diri dari aku tentulah aku akan lagi depr3ss. Keluarga aku juga tentu akan susah hati dengan apa yang berlaku kepada satu – satunya anak perempuan mereka.
Shifa dah berkahwin so dia tak boleh teman aku banyak hari. Dia p4ksa aku buat laporan. Bab ini panjang lagi ceritanya cuma aku tak tulis di sini. Dia juga carikan tempat untuk aku dapatkan kaunseling. B0dohnya aku kerana lambat kerana terlalu tr4uma.
Sepatutnya dari awal lagi aku buat check up di kIinik sementara bukti per0gol masih ada dalam tubuh aku. Aku juga tidak dapat mengecam wajah mereka. Di sini korang boleh lihat, aku bukan saja jadi m4ngsa orang jahat, tetapi juga keb0dohan aku sendiri. Memang aku b0doh. BF pun pernah kata you ni cantik tapi too naive.
Di tempat kerja aku hanya google tentang kisah – kisah m4ngsa yang senasib sampai terganggu tugasan. Aku tidak beri perhatian dalam bilik meeting dan tidak dapat focus dalam presentation. Oleh kerana aku seorang pekerja yang agak perform sebelum ini, HoD aku tidak complaint apa – apa, cuma tanya are you ok sahaja.
Selepas Shifa tak dapat temankan aku, kerana tr4uma dan depr3ssion, aku p4ksa BF aku untuk temankan aku di rumah. Aku p4ksa dia untuk peIuk aku waktu tidur supaya aku rasa selamat. Dalam fikiran aku waktu itu, kalau BF aku nakkan aku pun aku akan relakan saja, alang – alang aku memang sudah kotor.
Tapi BF aku orang yang baik. Dia p4ksa untuk aku cerita apa berlaku. Aku menangis sampai basah baju dia. Tapi aku tahan untuk cerita kerana aku takut dia tinggalkan aku. Aku hanya beritahu yang aku str3ss kerja dan berasa anx1ety. Hanya satu malam tu saja dia nak temankan aku.
Dia offer untuk tidur dalam kereta di luar apartment. Kalau ada apa – apa aku boleh terus call dia. Dia juga offer untuk aku tidur rumah parents dia, tapi aku tak nak sebab nanti mesti mak dia tertanya – tanya dan rumah family dia agak jauh dari tempat kerja.
Family dia memang dah kenal aku, mak dia pun follow socmed aku. Jadi, selebihnya aku tidur sendiri dalam keadaan tidak lena dan lampu semua terbuka. BF aku juga sem4kin pelik sebab setiap hari aku minta dia untuk ambil dan hantar aku sampai depan rumah kerana aku takut untuk berjalan dari tempat parking dan naik lift sendiri.
Ini kerana tempat parking apartment tu agak kelam, sama macam waktu aku kena r0goI dulu. Kalau BF aku tak available, aku akan tunggu jiran aku keluar waktu pagi dan aku akan keluar sekali. Setelah beberapa minggu menyusahkan BF, aku tidak lagi minta dia untuk hantar, ambil, dan tunggu aku, sebab dia akan lewat sampai ke tempat kerja.
Rakan – rakan di tempat kerja juga perasan aku sem4kin tidak ceria. Aku kurang bergaya dan pakai seluar jeans yang tebal dan aku ik4t tali pinggang ketat – ketak so kalau orang nak buat apa – apa susah nak buka. Setelah beberapa waktu, aku fikir aku boleh beransur pulih dan harapkan penjahat tersebut terima baIasan dari tuhan, dipanah petir atau diIanggar l0ri.
Rupa – rupanya ini hanya permulaan kepada apa yang aku alami. Aku sedar period aku lewat beberapa hari. Ini memang selalu berlaku, cuma lepas apa yang terjadi, aku menjadi panik. Kerana aku banyak google tentang hal ini, aku juga terbaca berkenaan pes4kit HlV dan ini sangat menakutkan aku selama beberapa hari. Ok, aku berhenti tulis sekejap sebab nak menangis dulu…
Ok done menangis, sambung balik. Korang bayangkanlah, dari hidup aku yang indah dan sempurna, bekerjaya, keluarga dan ibu bapa yang baik, serta BF yang handsome yang aku plan untuk hidup bersama dan berkeluarga nanti, tiba – tiba semua tu berubah sekelip mata. Bagaimana kalau aku pregnant dan ada peny4kit HlV?
Di dalam bilik sendirian aku bayangkan hidup aku h4ncur seperti kaca berkecai. Keesokan hari lepas kerja aku beli kit ujian UPT di farmasi, aku lega kerana aku tidak hamil dan period datang seperti biasa. Aku juga beli kit ujian HlV secara online, kerana panik aku main beli saja yang murah yang ada dalam tu asalkan cepat sampai.
Setelah sampai dan pulang dari kerja aku lakukan ujian ikut instruction yang diberi, setelah beberapa minit keputusan di kit tersebut menyatakan positive. Aku double cek dengan kertas instruction dan tunggu lagi beberapa minit. Still positive. So at that moment I thought my life had ended already. No more bright future for me.
Aku terduduk di dalam bilik mandi beberapa jam. Entah apa d0sa yang aku lakukan sampai diuji begini. Aku kasihankan mak ayah aku, macam mana la aku nak bagitahu diorang. Mama papa, maafkan Sha. Depr3ssion aku sem4kin teruk. Aku munt4h dan demam.
Degupan jantung terasa laju dan aku sukar bernafas selama beberapa minggu. Di tempat kerja dan juga bersama BF aku jadi pemarah. Aku nak dapatkan ubat depr3si tapi aku takut ada rekod depr3ssion dan dibuang kerja.
Oleh kerana terlalu str3ss aku beli sekotak r0kok dan hisap sebanyak mungkin. Dan berkotak lagi selepas itu. Satu rumah bau r0kok, sampai pergi kerja pun orang tegur kenapa bau r0kok. BF pun tanya yang sama. Untuk lupakan depr3ssion serta takut tinggal seorang pada waktu malam, aku juga ikut rakan yang aku kenal dari modelling untuk minum ar4k tanpa pengetahuan BF dan kawan – kawan aku yang lain. Ini berlarutan selama beberapa bulan dan duit aku banyak habis di situ.
Beberapa kali juga aku terlalu buat perkara yang bukan – bukan dan dihantar pulang oleh kawan aku. Korang tak payah try la sebab tak sedap pun. Banyak kali juga dia terus tumpang tidur di rumah aku dan aku lega kerana ada teman.
Aku hampir kantoi dengan BF bila aku minta dia tolong pegangkan purse masa aku pergi toilet, dia buka dan ternampak resit bayaran minuman alc0hol. Cuma dia tak perasan sebab tulisan atas resit tu dah pudar. Kerjaya aku adalah segalanya.
Dan kerana kerjaya aku terganggu kerana apa yang aku lakukan ini, aku rasa aku perlu berhenti berkelakuan begini. Aku kerap sampai office lewat dan tak dapat siapkan kerja yang patut aku siapkan di rumah. Parents pun macam concern sebab aku dah jarang call waktu malam.
Mungkin tuhan masih sayangkan aku. Satu hari aku drive aku ternampak satu kIinik di deretan rumah kedai, dan di luar kIinik tu ada tulis boleh lakukan ujian HlV. Oleh kerana hidup aku pun telah tak bermakna lagi, aku pun singgah dan kata aku nak buat ujian. Ujian ini agak mahal berbanding kit yang aku beli online.
Selepas beberapa hari aku dapat keputusan, and you know what, it’s negative. No HlV. KIinik tu minta aku untuk datang semula beberapa bulan seterusnya untuk test yang kedua kerana test pertama tu agak awal. Dan kedua – duanya negative.
B0dohnya aku pergi beli test kit online. Sia – sia aku depr3ssion ambil r0kok dan alc0hol. Bertambah – tambah d0sa aku lakukan, sedangkan aku sepatutnya berdoa dan minta pertolongan dari Allah. Setelah apa yang berlaku, depr3ssion aku beransur kurang, kerana ketakutan aku yang lebih besar telah pun hilang.
Walaubagaimanapun, tr4uma itu masih ada dan aku kerap mimpi buruk. Sekarang aku tengah kumpul kekuatan untuk bagitahu BF aku apa yang terjadi, yang aku bukan per4wan lagi. Kalau dia reject aku akan terima dan tak salahkan dia. Ini takdir dan ujian aku.
Yang paling utama aku sihat dan boleh terus hidup dan kerja dan belanja family aku sekali sekala. Kalau BF aku sudi terima aku sebagai isteri, aku sanggup h4mbakan diri aku kepada dia. Aku akan buat apa yang dia minta dan akan patuh.
Aku sedar sekarang aku sudah tidak layak untuk dia. Ramai lagi anak d4ra yang dia boleh pilih. Korang sedih tak baca kisah aku ni? Sekarang aku cuba lebih banyak berdoa dan jaga solat. Aku simpan scarf dalam handbag supaya senang nak singgah surau atau masjid.
Aku banyak belanja rakan – rakan tempat kerja makan supaya aku rasa happy. Aku bersyukur kepada tuhan kerana uji dan keluarkan aku dari ujian ini. Sebelum ini memang aku banyak tinggal solat atas faktor kerja, pakaian, malas nak remove make up, dan aktiviti berbasikal. Berdoa memang jarang sekali.
Kalau keluar dengan BF aku hanya tunggu di luar surau. Mungkin itu harga yang perlu aku bayar untuk d0sa aku selama ini. So berbalik kepada tajuk, nasihat aku kepada perempuan di luar sana, kita lemah secara fizikal. Pastikan kalau nak keluar atau berjalan janganlah seorang diri. Terima kasih semua. – Sha (Bukan nama sebenar)
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.