Semasa kami sekeluarga kena Covid, jiran – jiran terdekat langsung tak tanya khabar. Sedangkan sebelum ni aku rapat dengan diorang, selalu membawang. Malah jiran sebeIah rumah pun tak ambik tahu. Tiba – tiba datang dua org jiran ‘jauh’..
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih sebab siarkan luahan aku. Aku bukan nak cerita pasal hal rumah tangga tapi hal jiran tetangga. Ok. Sebelum tu aku nak bagitahu covid ni banyak membuka mata aku. Aku dapat mengenal siapa Iawan siapa kawan.
Jiran aku semua baik – baik. Bertepuk ta4mpar bersama – sama. Selalu bertukar – tukar makanan or buah – buahan, senang nak minta tolong kalau aku susah. Bahagiakan aku? Bertahun – tahun aku bahagia dengan jiran – jiran yang baik hati selalu bertanya khabar, ringan tuIang.
Suatu hari yang indah, aku dapat berita suami aku positif covid. Aku ingat lagi hari itu hari rabu. Suami aku dah s4kit urat, batuk sikit – sikit. Petang rabu dia pergi swab test. Esok petangnya baru dapat result. Suami aku positif covid.
Dalam pada itu anak sulung aku dah mula demam. Bila suami aku positif, aku suruh anak sulung aku jangan keluar bilik. Suami aku pun dah kuarantin dalam bilik dah. Tinggallah aku 4 beranak kat luar. Tiba – tiba aku dapat 1 wasap dari jiran aku bertanya adakah suami aku positif covid.
Aku pun mengiyakan. Tak kan aku nak tipukan. Berita suami aku positif cepat betul tersebar macam virus covid jugak. Maka tersebarlah berita itu. Berdesup – desup wasap masuk. Esoknya Jumaat, aku dan 4 orang anak aku pun pergi buat swab test di kIinik swasta.
Aku angkut semua anak aku 1 kereta cuma yang sulung tu sahaja yang drive sendiri sebab dia dah demam. Aku lalu depan rumah jiran aku. Nampak jiran aku yang selalunya ramah mesra dengan aku kat ampai kain, mukanya jadi pucat bila nampak aku anak beranak 1 kereta.
Macam nampak malaik4t m4ut. Tak senyum pun. Selalunya dia akan menjerit ramah menegur aku. Aku pun tak pikir apa masa tu. Tunggu punya tunggu dari hari lepas swab test tak jugak dapat result. Akhirnya aku buat keputvsan, aku sekeluarga terus walk in to kIinik kesihatan daerah.
Pagi nak pergi ke kIinik kesihatan tu masuk 1 wasap yang mengatakan anak lelaki aku yang bongsu tu negatif. Hati aku dan yang lain dah berbunga – bunga riang. Aku teruskan jugak niat untuk ke kIinik daerah bersama suami dan anak nombor 2 aku.
Sampai sana orang dah ramai. Beratur punyalah panjang. Dalam beratur panjang tu masuklah wasap yang mengatakan aku dan ketiga – tiga anak aku positif. Aku pasrah. Sampai giliran aku, aku tunjuk result swab test aku dan aku kena kuarantin di maeps.
Balik rumah aku kemas barang – barang. Rasa macam dah tak balik lagi ke rumah. Pergi yang tak kembali… haaa gitulah yang aku rasa. Wasap berdesup – desup masuk bertanya khabar. Dari sed4ra mara dan kawan – kawan yang jauh.
Jiran aku yang dekat dan selalu membawang????? Haaahaa entah di mana gamaknya. Tapi dalam kepayahan Allah hantar 2 orang jiran yang bukan sebeIah rumah aku, yang ala – ala berani m4ti untuk tolong aku. 2 orang inilah yang buatkan aku menangis sebak, terharu, rasa terhutang budi sangat – sangat, seolah – olah mereka berdua tak ada rasa takut langsung di jangkiti covid.
Sanggup pergi belikan barang – barang untuk aku naik motor sebab dia tak pandai bawak kereta. Bayangkan kedua – duanya tak boleh bawak kereta. Yang lain nampak aku pun lari, cepat – cepat nyorok. Yang aku sangat – sangat terkilan ada sorang jiran aku tu yang selalu wasap aku walaupun tengah malam mengadu macam – macam sampai saat aku tengah menaip ni pun langsung tak pernah wasap aku bertanya khabar.
Sedih tak??? Mesti lah aku rasa sedih, padahal duduk depan rumah aku jer. Anak lelaki bongsu aku negatif covid. Aku suruh dia pasang khemah tidur dalam khemah seminggu. Tak ada jiran yang datang bertanya khabar anak aku.
Tak ada jiran yang tanyakan makan minum anak aku yang kononnya sebelum – sebelum ini teramat lah baiknya. Aku bukan harapkan mereka tanggung makan minum anak aku tapi sebab sebelum ini mereka ini tersangatlah baiknya sekurang – kurangnya tanyalah khabar anak aku yang sorang – sorang duduk dalam khemah tu.
Anak aku tu cuma 13 tahun je umur dia. Aku tak minta jiran aku ajak anak aku tidur rumah mereka. Suami aku ada kat dalam rumah. 24 jam pintu rumah bukak sebab anak bujang aku kat luar. Makan pun order online. Itu cerita aku.
Kawan aku yang tinggal di lorong yang jauh dari aku pun sama. Kawan aku ni aku namakan dia M. Dia sekeluarga positf. Anak dia 2 orang kuarantin kat maeps. Suami dia warded sebab ada d4rah beku dalam paru – paru dia. Doktor suruh beli ubat pencair d4rah di farmasi.
M cerita tak ada sorang pun jirannya yang selama ini baik dengan dia yang selalu membawang sama – sama yang sama – sama ketawa bertanyakan khabar dia. Hatta jiran sebeIah rumah sekali pun. Bayangkan tak ada sorang pun yang dia boleh minta tolong untuk pergi farmasi belikan ubat pencair d4rah tu sehinggalah aku telefon dia.
Menangis si M bila aku telefon tanya dia apa yang boleh aku bantu. Rupa – rupanya pesakit covid ni amat menakutkan orang – orang di sekeliIingnya. Sampaikan bertanya khabar melalui telefon pun tak boleh. Apa yang aku nampak dan pelajari covid ni membuka tabir sebenar orang – orang di sekeliIing kita.
Pesan aku kalau jiran korang kena covid tanyalah khabar dia hari – hari. Tolonglah apa yang termampu. Jangan biarkan dia sendiri meIawan virus itu. Kawan aku yang berani m4ti yang tolong aku tu sampai sekarang sihat walafiat.
Tak terjangkit pun kerana tolong aku malah mereka berdua selalu ada dalam doa aku. Semoga Allah berikan kebahagiaan buat 2 sahabat aku merangkap jiran aku yang jauh yang susah payah tolong aku. Sekian. – Bunga Tanjung (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Haiyani Mohd Hashim : Saya pun bekas pesakit covid. Macam puan cakap, sebab covid ni la kita kenal siapa kawan siapa Iawan. Tapi kalau saya, saya tak harap orang tanya khabar kat saya. Lg rimas ada la. Mesej – mesej ‘semoga cepat sembuh’ pun saya tak suka nak baca.
Kita tak tau ketakutan orang. Paran0idnya orang. Bagi kita, mungkin takpe. Bagi orang lain, benda tu menakutkan. Ada yang bertanya tu, bersyukur je lah. Kenapa anak puan duk luar? Duduk je la dalam rumah tu. Suami positif?
Rasanya ramai je orang lain pun sama. Yang positif tu la kena berkurung dalam bilik. Bukan yang negatif tu yang kena keluar dari rumah. Sebab takut dekat? Haaa anak puan sendiri pun puan keluarkan dari rumah taknak bagi dekat dengan ayahnya. Inikan pulak orang luar.
Saya terfikir. Kalau orang – orang yang pumpang – pumpang sembang tak percaya covid ni, berjiran dengan orang – orang positif, pastu Ianggar bahu dengan orang – orang positif covid, atau orang positif covid tu bersin tala kat diorang, apa reaksi diorg eh? Adakah masih sembang tak kesah lagi?
Ainil Fauzi : Begitu lah kami nurse yang jaga pes4kit covid ni dianggap menakutkan. Seolah – olah kami pembawa virus. Nampak uniform nurse pun dah pandang lain macam. Bertabahlah tuan tanah, awal – awal dulu memang covid menakutkan, sekarang kita terp4ksa hidup dengan covid.
Saadiah Hassim : Alhamdulillah kejiranan kami sangat ok sebab jiran kami yang tinggal dengan anak kecik sebab suami pjj mereka berdua anak beranak positive selepas dia wassup bagitau semua jiran – jiran Tanya apa yang boleh dibantu sebab mereka kena quarantine dekat rumah.
Masing – masing tolong beli makanan dan macam – macam keperluan mereka. Kami tak masuk pun dalam rumah cuma sangkut saja dekat pagar dan wassup. Alhamdulillah semua dah ok dan dia amat berterima kasih pada semua jiran – jiran yang perihatin.
Siti Rohaizad : Covid ni seperti fitnah besar yang memecah beIahkan umat manusia. Sanggup menjauhkan dri sebab pemahaman yang berbeza dan mungkin ketakutan meIampau. Moga kita semua diIindungi daripada fitnah yang kita pun tak pasti ia fitnah atau tidak.
Sungguh kita h4mba yang tidak mengetahui. Moga terus kita diberi petunjuk jalan yang lurus dan tidak menjauhi saud4ra – saud4ra Islam kita kerana ini.
Suez Mohd : Takpe tt. Dah kenal sapa Iawan sapa kawan. Percayalah, Allah yang maha menggerakkan hati kita. Allah hantar bantuan tak melalui orang yang rapat dengan kita. Minta lah pada Allah. Biarlah jiran tu. Jangan diharap akan pertolongan manusia, buat s4kit hati. Yang pasti lepas ni lalau dengar kawan – kawan ada positif, kita hulurkan bantuan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.