Aku ibarat kain buruk, dlm keadaan mengandung mertua hasut suami halau aku keluar

Suami kata dia dan keluarga dia boleh terima aku walaupun janda anak satu. Tapi baru 3 bulan kahwin suami nak ceraikan aku sebab mertua hasut dengan alasan aku tak pakai tudung. Sekarang ni mereka berjaya pisahkan kami hanya sebabkan aku beli sambal yang aku mengidam..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku teruskan dengan kisah aku sebab aku dah tak tahu nak buat apa. Aku tak tau kenapa, masa mula – mula sebelum kahwin semuanya ok. Suami kata dia boleh terima aku janda anak, aku jadi ibu tunggal selama 4 tahun sebelum kahwin semula dengan suami.

Tapi lepas kahwin jadi lain. Baru 3 bulan kahwin, baru sehari bersanding beIah lelaki, suami aku nak ceraikan aku dengan alasan aku tak ikut cakap dia. Aku tak tutup aur4t. Ok fine, aku terima. Aku kena h3ntam dengan ahli keluarga dia, aku terima dan aku berubah.

Sekarang mereka kaitkan dengan anak aku plak. Masalah ni jadi sebab suami aku suka mengadu dengan mak dia. Setiap kali kami berg4duh, dia akan ngadu dengan mak dia, jadi mak dia beng4ng dengan aku. Mak mertua suka sound aku, wassap bukan – bukan.

Adik beradik dia pun masuk campur siap remove aku dari group wassap family. Tapi aku tak layan semua tu. Aku str3ss sangat sampai effect study aku, effect kandungan aku dan aku kena depr3ssion teruk. Mak mertua aku call mak aku h1na mak aku macam – macam.

Aku penat dengan mak mertua yang terlalu sibuk hal anak menantu. Rumahtangga aku kena control dengan mak mertua aku, suami aku ikut je kata mak dia. Hari tu depan family aku, dia kata nak pert4hankan rumahtangga sebab fikirkan anak dalam kandungan.

Tapi lepas balik rumah mak dia, kena brainwash dengan mak dia terus tak sampai berapa jam ubah fikiran. Siap ajak pergi pejabat agama nak file kan cerai. Aku ni dibuat macam kain buruk, aku sampai hilang sabar dengan mak dia sebab jaja cerita dengan kawan ofis aku, jaja cerita dengan sed4ra mara dia.

Sampai atok suami aku nak ser4ng mak aku alasan sebab mak aku tak reti didik anak. Aku confuse, aku takde aibkan suami aku pun, aku takde lari ikot jantan tapi cara mak dia jaja macam malu sangat ade menantu macam aku sedangkan abang ipar aku syok – syok bersekedudukan dengan tunang dia, takde plak mak dia sibuk.

Siap datang rumah abang dia lagi dah macam laki bini. Aku ade baca adik dia wassap suami aku, suruh suami aku ceraikan aku. Bila pejabat agama putvskan kami tak boleh bercerai sebab aku tengah mengandung, mak dia buat cerita lain plak.

Mak dia cakap kemurungan selagi nampak anak dia dengan aku. Mak dia siap kata, kalau apa – apa jadi kat dia, suami aku akan jadi anak derh4ka. Suami aku takut tapi aku cakap dengan suami aku, tolong pert4hankan rumahtangga ni, jangan jadik lalang.

Lepas suami aku pun fikir balik, dia dah ok tapi mak dia m4kin menjadi – jadi. Bila aku keluar dengan suami aku, mak mertua aku akan call banyak kali. Siap cakap suami aku menyorok dari mak dia, konon suami aku lari ikut aku pergi rumah mak aku laa. Ya Allah, dah macam mer0yan aku tengok.

Sekarang ni diorang dah berjaya pisahkan kitorang sebab aku beli sambal je tapi dah jadi isu besar. Sambal tu aku dah lama order dengan makcik dia kat fb. Lepas tu aku deactivate fb kejap, jadi makcik dia tak boleh la tag aku kat fb.

Mungkin makcik dia nak bagitau sambal da siap, dia ingat aku block dia. Semalam aku bukak kejap fb, nampak makcik dia post kat fb, “aritu ade orang tu nak sambal, pastu dia block kita plak.” Siap tag adik suami aku. Aku bacalah komen bawah – bawah tu memang tujukan kat aku sebab dia kata orang tu ngidam.

Jadi aku pm mak cik suami aku, aku just cakap, “makteh jangan salah anggap, saya tak block makteh. Saya deactivate fb, memang saya nak sambal tu. Harap makteh tak salah anggap yer.” Itu je dan makcik dia tak reply.

Rupanye dia screensh0t dan dia hantar kat mak mertua aku. Tak tahu la ape yang diorang borak, mak mertua aku meng4muk. Habis suami aku kena m4ki hamun dengan mak dia. Suami aku takkan nak Iawan mak dia jadi m4ngsanya adalah aku.

Suami ugvt nak pukuI aku semua. Aku dah explain tapi dia tak nak dengar sampai abang aku terp4ksa datang sebab suami aku ugvt nak pukuI. Sekarang ni, dia dah halau aku kuar dari rumah, aku balik umah mak aku. Sampai hati suami aku dan family dia buat aku macam ni.

Untuk pengetahuan semua, ni adalah cucu pertama keluarga suami sebab tu aku harap kandungan aku bertahan dan selamat lahir. Bukan sebab tak belajar dari pengalaman lama, 4 tahun aku hidup sendiri lepas cerai dulu sebab aku takut pisang berbuah 2 kali.

Ya, aku bersyukur pada mulanya berkahwin dengan suami aku sebab aku mengharapkan dia membimbing aku. Aku pilih dia sebab akhlak dia walaupun dia lagi muda tapi aku tak sangka tu semua palsu. Penerimaan keluarga dia semua palsu. Aku tak sangka semua tu jadi.

Aku selalu pesan dengan suami aku suruh cakap dekat mak mertua, jangan la masuk campur sangat hal kita. Ini hal rumahtangga kita tapi mak dia suka call dia suruh balik makan. Kat situ mak dia akan tanya, bini ko tak masak ke?

Kadang – kadang sampai aku rimas. Pernah satu hari, aku s4kit, suami aku cakap tak payah masak sebab aku tak sihat dia boleh beli je makanan. Lepas tu mak dia asyik kol dia, tanya dah makan ke? Bini ko tak masak ke?

Kemudian suami aku singgah la umah mak dia masa nak pergi kerja, mak dia menangis – nangis cakap anak dia ada bini tapi makan tak terjaga apa semua sedangkan aku s4kit kat umah. Masa baru 2 bulan kahwin, aku bunting pelamin tapi Allah lebih sayangkan anak aku.

Kandungan aku ade masalah, doc suruh gugurkan. Masa aku pregnant, suami aku tolong la angkat pinggan makan aku, masa tu kenduri rumah makcik dia. Rupanya mak mertua aku berangin mase tengok laki aku angkat pinggan aku, siap sound anak dia. Tak malu ke jadi h4mba bini.. Allah, sebak aku dengar.

Masa tu laki aku cakap dengan aku.. mak dia marah.. Pastu laki aku explain, “Teha pregnant mak, angah nak ringankan beban dia.” Mak dia tak boleh terima. Suami aku rajin kemas rumah, tu pun mak dia ingat aku h4mbakan anak dia.

Sedangkan aku tak pernah suruh pun.  Bila aku masak, suami aku kemas dan tolong basuh pinggan. Bila aku basuh baju, suami aku sidai dan lipatkan. Aku tak pernah suruh pun dia sendiri nak buat. Itu pun jadi masalah kat mak dia..

Sambungan… Terima kasih semua sebab bagi sokongan . Ya, sekarang aku memang tak kuat, aku banyak diamkan diri. Memang aku sangat depr3ssion tapi aku bersyukur sebab masih ada family yang kuat sokong aku dari belakang.

Kalau ikut memang tak kuat lagi – lagi dengan keadaan aku macam ni. Aku percaya Allah ade dengan aku. Inilah mak mertua paling k3jam pernah aku jumpa. Bekas mak mertua aku pun tak pernah buat apa dengan aku.

Sekurang – kurangnya dia mengaku anak dia bersalah. Kali ni memang tak nak langsung mengalah. Aku tau, sekali diorang dah berjaya pisahkan kami, dia akan buat suami aku benci aku. Owh lupa, mak mertua aku tu b0moh dan bidan kampung.

Sebenarnya semua orang kampung dah tau kes aku berg4duh besar dengan mak mertua aku. Pasal aku tak tahan dia buruk – burukkan aku dengan kawan ofis aku. Aku malu giIa sebab tu tempat aku cari rezeki. Laju sangat mulut dia nak aibkan menantu sendiri.

Baru aku tau cerita, orang kampung memang tak suke mak mertua aku sebab mak mertua aku ade kes dengan mak mertua dia sendiri. Sampai diorang cakap, cukup – cukuplah buat d0sa dengan mak mertua dan suami sendiri. Jangan tambah d0sa dengan menantu plak.

Bapak mertua aku dah lama tak balik kampung jumpa mak dia sendiri sedangkan bapak mertua aku tu anak sulung. Sampai sekarang dia tak balik kampung sedangkan kampung mak mertua aku dengan bapak mertua aku sama.

Masa aku kahwin pun family mertua aku tak jemput beIah bapak mertua aku. Mak mertua aku memang jenis jahat mulut, aku dah perasan lama. Dia suke mengutuk semua orang malah dengan mak aku yang baru kenal dengan dia pun, dia boleh cerita pasal mak mertua dia, kutuk mak mertua dia.

Mak aku terk3jut, ramai kata bapak mertua aku kena guna – guna. Wallahualam aku tak berani nak sahkan, orang kampung yang cakap. Sekarang ni mak aku selalu ingatkan, kalau sedih sentiasa pegang tasbih, banyakkan buat solat sunat. Allah je yang boleh tolong.

Tapi kalo suami aku bukan j0doh aku, mak aku suruh relakan dan redha. Tapi aku tak akan redha dengan perbuatan keluarga dia. Aku redha kalau jadi penceraian tapi sampai m4ti aku tak akan ampunkan keluarga dia sebab mereka la punca keretakkan rumahtangga aku.

Komen Warganet :

Salmah Ghani : Kasihannya tt.. banyakkan bersabar ye.. jaga kesihatan baik – baik. Lagi – lagi tengah mengandung. Kalau dah begitu buruk layanan keluarga mertua pada tt, lepaskan je la. Susah kalau hidup tak tenang macam tu. Suami awak tu nampak sangat tak m4tang. Tujuan kahwin sekadar nak kahwin je ke. Tak fikir tanggungjawap yang dia kena pikul.

Azizan Mohd : Teha jangan p4ksa diri untuk terima sesuatu. Perkare pahit yang lalu patut kamu jadikan panduan dan hidup. Bukan tangkap muat asalkan bersuami. Cinta tak bawa ke mane. Lepas ni jadikan kekuatan pengalaman hidup kamu Teha. Your world is not end jike terjadi lagi penceraian. Pilih kebahagiaan dari d3rita memanjang. Semua atas diri kita kebahagiaan kita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?