Masa bertunang, mak mertua bisik dekat aku, siap bagi warning nak teruskan atau tak perkahwinan. Lepas kahwin dia bisik lagi sampai aku nak nangis

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami hantar rombongan merisik sekali dengan tunang. Lepas sarung cincin dekat tangan aku dan salam, sekali mak mertua bisik dekat telinga, dah berapa lama kenal anaknya? Serius ke nak dengan anak dia? Kalau tak suka cakap awal – awal..” Aku terdiam

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Admin boleh tak siarkan perangai mertua aku. Sebelum kahwin dengan suami, waktu berkawan dengan suami, kononnya aku ni baik call suruh bangun. Ada sekali call, mak mertua angkat. Mak mertua cakap kenapa call pagi – pagi. Ada apa – apa masalah ke?

Awak ada apa – apa hubungan ke dengan anaknya. Macam – macam soalan dia tanya. Aku gugup, cakap nanti call semula sebab ada kerja nak buat. Dan sebelum off fon dengar mak mertua cakap, kenapa takut ke? Suara garang kot. Siapa tak cuak. Masa tu suami takde. Tertinggal fon masa hantar adiknya pergi sekolah.

Tak sampai setahun berkawan dengan suami, suami hantar rombongan merisik sekali dengan tunang. Lepas sarung cincin dekat tangan aku dan salam, sekali mak mertua bisik dekat telinga, dah berapa lama kenal anaknya. Aku cakap setahun lebih.

Tipu sunat, padahal tak sampai setahun kenal. Lepastu mak mertua tanya lagi, serius ke nak dengan anak dia. Anak dia kerja biasa. Cukup – cukup makan. Aku pun cakap serius. Mak cakap, kalau tak suka cakap awal – awal. Aku diam je. Lepas kahwin barulah aku tahu perangai sebenar mak mertua aku.

Aku berhenti kerja di ibu kota dan duduk dengan suami lepas lahirkan anak. Rumah kami dengan rumah mak pak mertua tak sampai 5 minit pun. Kami duduk asing sebab adik beradik suami semua lelaki. Suami jaga batas aurat aku dengan adik adiknya. Suami anak sulung dan aku menantu pertama.

Mak mertua aku seorang yang pengemas dan pembersih. Lepas masak, mak mertua akan basuh atau cuci dinding yang terpercik minyak, lantai dia mop. Tempat masak dia cuci. Dapurnya sangat sangat kemas. Bayangkan kuali yang mula – mula guna masa mak mertua baru kahwin, putih licin berkilat. Buktinya pembersih dan jaga barang elok – elok.

Bila aku tengok gerak geri mak mertua, aku tengok pula gerak geri suami, sebiji perangai macam mak dia. Lepas kahwin barulah aku tahu, dia tu anak mak. Anak mak yang sangat rajin dan bertanggungjawab. Alhamdulillah, dikurnia mak pak mertua dan suami yang sangat baik.

Mak mertua suka masak dan aku tak berapa pandai masak. Masa bujang dulu aku sangat jarang masak. Aku kerja dan ada tukang masak. Bila balik rumah mak aku, mak aku yang akan masak sebab ayah aku suka masakan mak aku. So dalam tempoh sebelum kahwin boleh kira berapa kali aku masak.

Kalau mak mertua masak lebih, dia akan call suruh datang atau bungkuskan untuk aku. Ayat mak mertua aku, mak masak simple je. Sekali aku tengok 3 atau 4 jenis lauk dia masak. Seminggu 2 atau 3 kali mak akan ajak ke rumahnya untuk makan makan. Mak dan pak mertua pemurah, tiap kali gaji, ada je buah tangan untuk aku dan cucunya.

Masa pantang, aku berpantang rumah mak mertua sebab anak demam kuning. Rumah mak mertua dekat dengan hospital, senang ulang alik. Aku sempat pantang rumah mak aku 3 hari je. Yang selebihnya rumah mak mertua. Alhamdulillah sepanjang pantang aku dilayan dengan baik. Sampai sekarang pun sama.

Layanan yang diberikan sangat menyentuh hati aku. Kalau gaduh dengan suami, mak mertua dengan ayah mertua akan marah suami dan pujuk aku. Suami cakap, dia dianak tirikan. Macam – macam ujian kami sekeluarga, tapi kasih sayang mak mertua dan pak mertua tetap sama. Alhamdulillah.

Mak mertua aku dapat mertua yang tak dapat terimanya masa kahwin dengan pak mertua sebab mak mertua orang susah. Pak mertua orang ada – ada juga. Keluarga pak mertua tentang perkahwinan sampai main sihir menyihir dekat mak mertua aku, supaya rumah tangga mak dan pak mertua berontakan.

Bila aku ikut mak dan pak mertua berubat, dengar ustaz tu cakap, macam macam keluarga pak mertua buat untuk pisahkan. Tapi tak boleh lawan kuasa Allah kerana jodoh pak mertua dengan mak mertua sangat kuat. Sekarang barulah mertua dan adik beradik pak mertua berlembut hati, berbaik sikit – sikit dengan mak mertua.

Mak mertua cakap dengan aku, dia tak nak jadi mertua yang jahat. Dia terima menantu dia seadanya dan anggap menantu macam anak sendiri. Mak mertua cakap tak nak aku jadi macam dia. Alhamdulillah aku dikurnia suami, mak dan pak mertua yang baik. Mak mertua aku dapat pengalaman mertua dan ipar yang tak baik, tapi tetap layan mereka elok – elok.

Dan aku jadi menantunya pun layan macam anak sendiri. Raya pertama kedua aku raya rumah mak aku, dan raya ke 3 baru raya rumah mak mertua dengan pak mertua. Masa salam mak mertua, sekali mak mertua bisik dekat telinga aku, mak sayang sangat menantu mak yang sorang ni. Nak menangis masa tu tapi aku gelak je.

Aku pun sayang mak. Terima kasih terima aku seadanya sebagai menantu. Terima kasih Allah untuk kurniaan ni, walaupun sebenarnya ujian kami sekeluarga sangatlah hebat. Kami orang – orang yang terpilih untuk ujian ini, hanya Allah yang dapat menolong. Terima kasih admin tolong siarkan perangai mertua sebelum dan selepas kahwin.

Komen netizen :

Hunny Yusof : Cerita lebih kurang macam mak aku, bukan menantu pilihan, kena maki selalu, kena sihir. Macam macam lah kena buat mak abah ni berpisah. Tulah, kuasa Tuhan. Jodoh kuat, Allah tak izinkan penceraian. Alhamdulillah 49 tahun dah usia perkahwinan. Mak selalu pesan jangan jadi macam dia. Rezeki aku Alhamdulillah dapat mentua baik sangat – sangat.

Nurul Aini Che Aziz : Alhamdulillah, aku pun dapat mak mertua dan bapa mertua baik jugak. Semasa kahwin, 2 tahun tinggal rumah diorang. Kadang – kadang balik rumah umi seminggu. Macam tu lah sampai 2 tahun. Sekarang ni duduk rumah sewa dekat dekat je rumah mereka. Semoga orang – orang yang rapat dengan aku, orang – orang yang baik – baik semuanya.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5138 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.