Masa dpt isinar terus beli emas 1 badan, skang buat drama nk pinjam duit dekat mak aku

Aku dapat tahu penyewa rumah mak dan sepupu aku sibuk beli emas masa dapat duit isinar. Kemain besar emas masing – masing. Tapi tiba – tiba dia wassap minta tangguh bayar sewa rumah dekat mak aku sebab perniagaan tak baik sebab COVID. Bila tengok gambar raya dengan emas berkilau, baju meriah macam artis.. 

#Foto sekdar hiasan. Assalamualaikum wbt semua. Salam Syawal juga. Aku Orked. Tiba – tiba pulak bercerita pasal penerima ISinar time – time raya ni. Sebenarnya lama dah niat nak kongsi cerita pasal penerima ISinar ni, tapi selalunya berakhir dengan bebelan dalam hati saja.

Tapi sejak ramadan syawal ni m4kin menjadi – jadi pula. Maka, jadila confession ni. Ingat tak dulu masa awal – awal penerima ISinar dapat duit masing – masing. Ramai yang dok canang dekat socmed beli emas sebesar alam.

Ramai jugak yang dikecam sebab tak sensitif dengan penerima lain yang terdesak perIukan duit tu untuk kelangsungan hidup. Haa, ni pulak sisi lain penerima ISinar ni. Ada relate jugak ni. Semua ni yang berlaku disekeliIing aku.

Harap dapat sedikit pengajaran. Sebelum tu, aku explain pasal diri aku dulu. Aku suri rumah tapi dulu pernah bekerja lama. So duit KWSP aku pun adalah jugak. Aku antara penerima ISinar, alhamdulillah. Tapi aku sejenis yang suka ketepikan sedikit cash untuk kec3masan.

Aku adalah jugak membeli barang yang lama dah teringin tapi tula, fikir banyak kali jugak sebelum beli sebab dok teringat duit ISinar ni bukan selalu akan terima, rasa lebih banyak percentage aku kena simpan. Begitulah aku…

So, kisahnya macam ni: Kisah 1: Aku ni tinggal di taman perumahan dekat area tempat asal aku jugak. Mak aku pun duduk taman yang ni. Cuma mak aku pembeli terawal dulu la. Nak dijadikan cerita, sepupu kaum kerabat aku pun ada yang duduk dekat sini jugak

Aku ada seorang kakak sepupu yang duduk selang beberapa lorong saja dari lorong rumah aku. Aku namakan dia Kak B. Kak B ni seorang peniaga kedai makan, tak besar tapi memang ada regular customer. Cuma sejak covid meIanda, business Kak B tak baik sangatlah.

Disebabkan Kak B pun pernah bekerja, Kak B pun jadi salah seorang yang layak menerima ISinar. Husband Kak B pun penerima ISinar jugak. Siap dapat dalam RM60k lagi. Masa awal – awal dapat ISinar tu, Kak B antara orang terawal yang beli emas.

Boleh tahan besarnya. Siap lengkap set satu badan. Aku time tu tak kata apa pun, yelah emas kan pelaburan. Duit kau kan, suka hatilah nak buat apa pun. Tapi part yang tak syok jadi bila duit dah habis beli emas dan kesannnya terkena jugak dekat orang lain.

Aku ada bagitahu kan bisnes Kak B tak baik sangat sekarang. Lepas duit dah habis, boleh pulak Kak B ni sibuk buat drama air mata nak meminjam duit dekat mak aku dan aku. Kata tak ada duit sebab bisnes tak baik.

Bila suruh leburkan emas, katanya rugi kalau jual sekarang. Sebab baru lagi beli, harga jual kurang dari harga beli. Aduhhh. Panas pulak hati aku ni. Masa beli emas tu kau tak fikir pun pasal nak spare duit time susah sedangkan kau dah sedia maklum business kedai kau tak baik mana sekarang.

Dah habis duit, baru sibuk nak meminjam sana meminjam sini. Siap buat drama air mata masa bukak sekolah hari tu, tak ada duit nak beli kelengkapan sekolah anak – anak. Raya kali ni pulak buat drama lagi tak ada duit nak beli baju raya anak – anak.

Aduhhh, aku tak boleh hadam betul kisah dia ni. Boleh tolong urut kepala aku tak? Dahla tu, husband dia yang terima duit ISinar banyak – banyak tu pergi mana? Tak boleh kah nak keluarkan duit untuk anak – anak ni?

Bila aku cadangkan suruh mintak dekat husband dia, katanya tak berani sebab husband dah bayar banyak termasuk sewa dan utiliti kedai makan. Sekali lagi, garu kepala aku bila dengar. Kalau aku, aku lebih suka susahkan husband aku dari susahkan orang lain.

Kak B boleh pulak jawab dekat aku, husband aku bergaji bulanan, tak kisahlah kalau aku mintak duit dekat dia. Masalahnya, aku memang bukan jenis memintak dekat husband sendiri kalau bukan terdesak.

Banyak keinginan aku yang aku tak layankan pun sebab rasa keinginan tu hanya nafsu sementara. Aku berbelanja berpada – pada sebab sedar aku bukannya ada income sendiri pun nak berjoIi sakan. Aku pentingkan simpanan.

Dan sudahnya, aku tak pinjamkan pun duit dekat Kak B. Bagi aku, kalau nak pinjam, baik gadaikan emas tu dekat arrahnu. Bila – bila mampu boleh t3bus balik. Tak melibatkan manusia, senang sikit. Aku hanya  sedekah ja barang – barang dapur dekat Kak B.

Tapi, mak aku la yang baik hati sangat pinjamkan. Aku dah siap – siap pesan dekat mak aku, kena selalu ingatkan Kak B pasal hutang dia tu. Kalau tak, nanti beratnya dekat akhir4t sana. Kita yang meminjamkan ni pun confirm paling kurang ada rasa lain sikit lepas dah pinjamkan. Itu yang aku nak elakkan. Dahla tinggal pun berdekatan ja. Pusing – pusing jumpa jugak.

Kisah 2: Kisah kedua ni mengenai kisah penyewa rumah sewa mak aku pulak. Aku gelar Kak Y. Sebelum mak aku beli rumah ni, mak aku memang dah beli rumah pangsa berdekatan jugak. Dekat sanalah kami adik beradik membesar sebelum mak ayah diberikan rezeki lebih dapat beli rumah teres ni. Sekarang rumah tu disewakan kepada Kak Y ni.

Kak Y ni pun surirumah. Kak Y bukan asal daripada sini tapi kami ada mutual friend la kiranya. Kak Y ni berkawan dengan kakak sepupu aku yang lain pulak, Kak Siti sebab sama tempat kerja lama sebelum Kak Y berhenti kerja dan jadi suri rumah.

Sekarang Kak Y buat business online. Of course, Kak Y pun penerima ISinar, Masa awal – awal dapat ISinar dulu, Kak Siti pernah upload gambar dekat fb, terserempak dengan Kak Y dekat kedai emas. Tempat lain tak pernah  terserempak pun, alih – alih dekat kedai emas juga diorang berdua ni terjumpa.

Aku tak friend pun dengan Kak Y dekat fb, sebab tak syok bila kita tau aktiviti penyewa kita kan. Dahla aktiviti sewa menyewa ni melibatkan pembayaran. Dan of course, aktiviti melibatkan duit ni agak sensitif sikit.

Tapi sebab Kak Siti yang upload, aku taulah Kak Y ni antara mereka yang menyerbu kedai emas lepas terima ISinar. Lepas tu nampakla Kak Y ni dok pakai gelang emas baru, boleh tahan besar. Aku pandang jelah sebab sekali lagi, duit dia ikut sukalah nak buat apa.

Yelah, area tempat tinggal masih sama, confirm akan terserempak dekat mana – mana. Tapi sekali lagi, scene tak syok jadi bila duit dah habis dilaburkan dekat emas tu tanpa berfikir untuk menyimpan.

Kak Y whatsapp mak aku mintak tangguh bayaran rumah sebab business online dia tak baik sangat sejak bulan march lepas. Nak guna duit untuk raya jugak katanya. Aku tau pun sebab selalunya duit sewa Kak Y transfer ke bank account aku dulu sebelum aku bagi cash dekat mak aku.

Duit tu selalunya mak aku guna untuk beli barang dapur bulanan. Jadinya aku dengan kakak aku kena keluarkan duit lebih nak bagi dekat mak aku dulu. Duit bulanan yang kami anak – anak bagi biasanya untuk bayar bil – bil utiliti rumah mak aku.

Mak aku kata pinjam, of course kami anak – anak anggap sebagai pemberian sajalah. Mula – mula tu aku nak fikir baiklah jugak, orang kes3mpitan duit agaknya musim raya covid ni. Tapi bila nampak status whatsapp gambar raya Kak Y, nampaklah gelang emas bersinar Kak Y tu dalam gambar, dengan baju meriah macam artis, rasa tak sedap tu datang jugak dalam hati.

Yelah, kita bersungguh simpan duit untuk masa – masa terdesak, orang lain senang – senang macam tu ja berbelanja. Bila dah takda duit, senang ja cari penyelesaian pinjam meminjam, hutang piutang, tangguh bayaran dekat orang lain. Ni aku dalam usaha husnuzon supaya tak fikir lebih – lebih dekat Kak Y ni. Tengah urut – urut d4da sendiri supaya bertenang.

Kisah 3: Haaa. Yang ni kisah baik. Aku ada jiran nama S. Pun penerima ISinar. S ni sejak terima ISinar, dia jadi extra pemurah dekat jiran – jiran. S ni suka masak memasak ni. Sedap jugak masakan S. Jadi sejak terima ISinar ni, aku perasan S ni kerap bagi makanan dekat kami jiran – jiran.

Ada saja lauk yang dia bagi. Dah aku pulak serba salah nak kejar membaIas bekas makanan S. Memanglah orang memberi ni bukannya mengharapkan baIasan, tapi kita sebagai penerima akan rasa segan bila kerap terima tanpa memberi sama.

Aku pulak ada anak kecik, selalunya masak makanan simple – simple ja. Nak bagi jiran menu masakan aku yang simple tu rasa segan pulak. Nak masak extravaganza bukan boleh selalu. Yang aku boleh buat, aku masak menu complicated dalam satu hari tu.

Bolehlah buatkan aku baIas bekas S semua sekali. Tapi aku tak lupa, selalu doakan agar S murah rezeki. Itu sajalah kisah penerima ISinar aku. Pesan aku, beringat – ingatlah dalam berbelanja. Duit ISinar ni pun bukan kekal dapat sampai bila – bila.

Beli apa pun tak salah, melaburlah beli emas ka, beli saham ka, asalkan tinggallah sedikit simpanan cash untuk kec3masan. Jangan bila dah sesak, baru sibuk nak susahkan orang lain. Kena ada ilmu pengurusan kewangan.

Sekian, Turut terkesan dek penerima ISinar yang boros berbelanja, – Orked, pemerhati tak berbayar (Bukan nama sebenar)

Marini Marissa : Hutang tu lebih h1na dari tanggung rugi bila leburkan emas. Kalau hilang beberapa ratus, itu tetap lebih mulia dari hutang orang. Kalau kita ada asset, tak payah la hutang duit orang. Alhamdulillah saya dapat iSinar jugak.

Simpan 100% dalam ASB. Untuk backup mana tau masa depan hilang kerja. Walaupun emas tu pelaburan tapi emas kalau dengan kita ada possibility hilang, kena curi dan sebagainya. Tetap saya rasa lebih baik simpan di ASB yang ada dividen setiap tahun. Nak beli emas, kumpul saving dari gaji. Ini saya lah.

Nur Aina Qistina : Betul sangat – sangat. Isinar tu untuk membantu kehidupan korang di masa covid ni. Tapi kau dah beli emas sampai tak ada simpanan langsung lepas tu menyusahkan orang pinjam sana sini. Adoiii, dah tu tak nak pula jual semula emas tu.

Nur Izzah Othman : Siapa cakap beli emas hiasan sebagai pelaburan tu kena fikir balik. Sebab nak dapat balik modal tu makan tahun. Seingat saya, 7-8 tahun lepas harga emas rm180/g (ingat sebab beli cincin dan gelang emas untuk kahwin).

Sekarang rm230/g. Naik rm50 je. Pastu kalau jual di kedai emas, kedai tak ambil RM230/g. Kalau pajak di arrahnu, mungkin dapat RM230/g. Saya dulu macam tu la, dok ingat emas perhiasan ni pelaburan. Kalau betul ada yang melabur, beli jongkong emas.

Emas perhiasan ni setakat syok pakai je. Untuk pelaburan, beli hartanah lagi untung. Saya beli rumah pangsa harga RM130k lepas kahwin. Sekarang, nilai dah cecah RM200k. Rasanya kalau jual, lepas tolak hutang bank dan segala bagai fees, dapat la untung dalam RM60k.

Zara Quinn : Saya ada kawan FB ni, tak pernah kenal betul – betul selain FB dan dulu pernah main game sama – sama. Dia chat nak pinjam duit. Mula – mula nak pinjam 500 katanya sangat urgent. Saya pun cakap kat dia jangan lupa bayar sebab tu duit rumah.

Tiba masa dijanjikan dia bayar juga tapi lewat sikit. Pastu kali kedua, dia pinjam lagi 300. Sampai masa dia janji, tak bayar. Minta tangguh. Untuk pngetahuan, dia ni kena kerajaan, nurse lelaki, ofc gaji stable tiap bulan.

Saya ni cuma makan gaji dengan c0mmissi0n, tak ade customer tak ada gaji. Dan saya bukan penerima isinar. Dia tangguh – tangguh sampai lebih sebulan. Chat dia ignore. Pastu akhirnya dia bayar jugak. Kali ketiga pinjam lagi 100, janji nak bayar minggu depan.

Aku cakap tak ada duit dia merayu – rayu sebab motor rosak lah, duit sewa bilik nak bayarlah, tak ada makan la. Aku kesian bagi la pinjam. Dari bulan 12 tahun lalu dia janji, nanti – nanti sampai hari ni tak bayar. Aku cakap kat dia kau tak payah bayar la hutang kau tu, aku halalkan.

Terus aku block tapi bulan lalu dia add Aku pakai FB lain, cakap nak minta no akaun sebab nak bayar hutang tapi 50 dulu. Sampai ke sudah tak bayar – bayar pun.

Lala Imawari : Hahahaha… Betul lah cik orked, bukan sekeliIing cik orked je. Rasanya ramai je yang ade pengalaman berjumpa dengan manusia – manusian yang hidup si sekeliling cik orked. Bila dinasihat supaya bijak berbelanja, dik4tanya kita d3ngki, walhal sebab kita tahu, nanti susah kita juga yang dicari.

Bagi saya simple, semua orang ade nafsu, ade keinginan, tapi kenalah bijak. Kalau kita mampu beli gelang 10g, ape kata beli je yang 5g pattern yang sama.. Duit lebihan simpanlah untuk kec3masan. Tahun depan ekonomi akan jadi lebih menc4bar. Takkan masih nak mengharap bantuan – bantuan dari kerajaan sahaja. Kita sendirilah perlu bersiap siaga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?