Masa kahwin kawan offer pinjamkan kereta mewah Sampai hari majlis dia tak bawa pun kereta, diam buat tak tahu

Macam – macam aku tolong kawan aku, dah macam pembantu peribadi, kemas rumah, jaga anak dia, jaga kucing, cuci dapur. Ada satu kali, saud4ra mara dia tanya aku siapa? Laju je diorang  cakap aku ni bibik mereka!

#Foto sekadar hiasan. Hi korang. Aku Bal (bukan nama sebenar). Aku anak bongsu dan membesar dalam keluarga sederhana. Ayah pesara kerajaan dan ibu pula surirumah. Jarak umur dengan abang akak aku agak jauh. Ayah pencen sewaktu aku spm.

Dari hujung tahun tingkatan 3 lagi aku telah bekerja sambilan di pam minyak waktu cuti sekolah. Awal – awal dulu aku dimarah teruk oleh ayah dan ibu sebab bekerja di usia muda. Diorang malu dengan jiran – jiran yang anggap diorang tak mampu menyara aku.

Aku berdegil dan akibatnya yuran sekolah aku kena bayar sendiri. Balik shift malam pun aku jalan kaki sendiri tak dijemput. Aku bersyukur waktu tu tak ada perkara buruk berlaku sebab area rumah aku boleh dik4takan black area.

Pernah juga aku ditemani sekumpulan riders india yang aku buat kawan sebab selalu isi minyak. Diorang bawa motor perlahan escot aku jalan kaki. Perjalanan akademik aku alhamdulillah lancar walaupun bukan minat aku.

Lepas spm ke matrikulasi kemudian ke salah satu universiti terkemuka. Waktu matrikulasi, aku terima elaun dan waktu universiti pula aku guna ptptn. Duit ptptn selepas tolak yuran pengajian, baki yang kecil tu tak cukup untuk tampung kos hidup di kotaraya, makan, assignments dan lain – lain.

Dari sini bermula kisah yang aku ingin kongsi. Aku tak lagi bekerja sambilan di pam minyak. Selepas timba pengalaman bekerja sebagai barista, jual tudung dan kedai makan, aku cuba nasib minta kerja kerani di kilang berhampiran.

Aku berjumpa kawan sekolah lama aku, Madeline (bukan nama sebenar). Selepas tamat spm, dia kahwin dan dikurniakan anak. Kebetulan tempat aku minta kerja ni pejabat suami dia. Aku diterima dengan mudah. Awalnya aku lakukan kerja – kerja kerani yang mudah – mudah, macam sediakan dokumen, buat minit dan jawab panggiIan. Gaji seribu lebih, pada aku ok je la.

Tak lama aku bekerja, Madeline mula mengganggu waktu kerja aku. Ajak aku minum – minum, teman belanja barang rumah dan macam – macam. Suami dia seakan tak kisah dan kemudian meletak aku jawatan sebagai pembantu peribadi kawan aku.

Gaji aku tak menentu ikut berapa yang dia nak beri tapi cukup besar dan mewah. Aku diangkut pergi bercuti sekali dengan alasan dapat bantu jaga anak – anak kawan aku. Ulang alik ke universiti juga tak lagi naik bas, malah tiket kapal terbang juga dibelikan.

Aku rasa terhutang budi sebab terlalu banyak aku dapat daripada kerja yang aku buat. Sebagai baIasan, bila ke rumah kawan aku, semua aku kemas, cuci pakaian, cuci dapur, cuci rumah kucing. Pernah kawan aku buat makan – makan jemput keluarga besar dia dari kampung, aku lah orang paling sibuk urus dapur, hiasan hidangan dan tetamu.

Satu makcik dia tanya aku ni sed4ra beIah mana, laju ayah kawan aku jawab, “Dia ni bibik kitorang..” Aku kelu, malu dan cuba kawal diri. Aku hanya mampu tersenyum dan terus buat kerja aku. Jujur aku terasa. Sampai sekarang aku ingat ayat tu.

Sejak dari kes tu, aku cuba menjauh dari Madeline. Aku pernah confront Madeline yang aku terasa, dia minta maaf dan cakap yang itu hanya gurauan kasar sesama keluarga. Makcik yang tanya tu pun dah tahu aku siapa.

Kawan Madeline, merangkap pekerja sambilan. Keluarga dia tahu yang aku masih belajar di universiti terkemuka. Bermula episod banding membanding antara aku dengan Madeline oleh keluarga dia. Benda ni buat hubungan aku dengan Madeline dingin.

Tapi aku tetap layan Madeline baik. Aku sayangkan persahabatan tapi Madeline fikir aku hanya perIukan duit. Pernah juga aku dituduh ingin merebut suami Madeline tapi tak lama sebab sejak tu aku langsung tak bercakap dengan suami dia.

Semua jadi lebih keruh bila aku beritahu yang aku nak kahwin. Suami aku dari keluarga bijak dan senang. Pakcik – pakcik suami aku juga ada beberapa berpangkat dato. Majlis pertunangan aku hanya dalam kalangan keluarga terdekat.

Tapi aku jemput Madeline dan suami sebab suami Madeline cakap nak berkenalan dengan pakcik – pakcik suami aku untuk urusan perniagaan dia. Madeline pula offer sponser beberapa kelengkapan majlis. Awalnya aku rasa seronok bila dengar ada orang nak bantu, tapi sekarang aku rasa benda tu semua beban macam aku sebenarnya berhutang.

Selesai majlis, suami Madeline masih tak berkenalan dengan mana – mana pakcik suami. Ye lah, masing – masing pun sibuk dan borak sesama sendiri pun tak pernah habis. Tak sempat pun mencelah. Tamat kisah majlis tunang, kini majlis nikah.

Sekali lagi Madeline offer sponsor kereta mewah milik dia untuk digunakan pengantin. Selain itu, Madeline nak offer yang lain – lain juga. Aku berjaya tangkas. Cuma yang kereta aku tak minta dia sediakan kereta pengantin mewah pun.

Cukup bagi pinjam kereta myvi pekerja dia pun ok. Sebab keluarga aku semua perlu guna kereta masing – masing. Suami aku pula bila dapat berita yang kawan aku nak bagi pinjam kereta, kereta dia beri sepupu yang lain guna untuk bawa barang hantaran dan sebagainya.

Tiba hari majlis, aku tak tahu mana silap aku. Madeline muram dengan aku. Kereta pun dia tak dapat beri. Aku, orang tak beri aku tak meminta lah. Nasib ada kawan aku yang kebetulan datang awal, beri pinjam kereta dia sekejap. Tapi tengah majlis dia ambil balik.

Madeline dan anak – anak dia datang lewat majlis aku tanpa suami dia. Aku pun tak tanya apa. Makan bergambar dan habis. Selesai majlis, aku dan suami perlu balik rumah mertua pula untuk majlis beIah sana pula. Majlis beIah aku alhamdulillah lancar walaupun semua aku urus sendiri.

Abang akak aku semua sibuk dengan keluarga masing – masing. Aku tak harapkan ayah ibu sebab diorang dah tua. Tapi itu lah, berat juga sebenarnya pikul sendiri ni. Tu lah kali terakhir aku jumpa Madeline. Selepas majlis aku ada tanya bila dia free untuk jumpa, tapi dia cakap dia sibuk. Aku pun pulang ikut suami. Duduk rumah sendiri.

Tamat sarjana muda, aku sambung sarjana sebab kecewa dah mohon kerja sana sini belum ada rezeki. Baru – baru ni suami Madeline text aku minta aku pinjamkan sijil akademik aku untuk mohon kelayakan CIDB. Aku berat nak beri sebenarnya sebab itu usaha aku tapi aku rasa berhutang dengan keluarga Madeline ni.

Aku dengar – dengar cerita tak best dari adik Madeline cakap yang aku belajar dulu pun guna duit dari suami Madeline. Suami Madeline pernah ada kes mahkamah dan dikelilingi hutang sebab tak masuk job. Jadi dia minta tolong aku untuk pinjamkan sijil supaya dia dapat job untuk bayar hutang – hutang dia.

Kalau korang, apa korang buat untuk hilangkan rasa bersalah aku ni? Agak buntu ye.. Terima kasih siap – siap buat korang yang berikan pandangan. Semoga Allah membaIas semua kebaikan korang. – Bal (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Salina Gunawi : Jangan beri… itu akan jadi beban seumur hidup ibarat meletak tengkuk sendiri di tali g4ntung. Sebabnya sis sendiri dah tahu yang hidupnya dikelilingi hutang dan dia hanya ingin mempergunakan you.

Ferra Zarra : First of all, awak dah bersuami, rujuk dulu suami awak tentang perkara ini. Cerita dari awal macam awk cerita kat sini.. tanya pendapat dia lebih baik puan confessor. Jangan belakangkan dia sebab apa – apa kemungkinan yang bakal terjadi selepas ini, kalau awak buat keputusan tanpa rujuk dia dan ada perkara terjadi.. mungkin akan tercetus sesuatu perkara yang tidak diingini.

Norain Noordin : Apa yang terhutangnya? Kan kerja lepas tu dibayar gaji? Jangan tiada masalah cari masalah. Lagipun sekarang kan dah menjauh? Elok macam tu. Biar ada border. Buat baik berpada – pada. Tak baca ke confession lain sebelum ni yang buat baik berlebih – lebihan apa jadi? Ajak jiran datang rumah.. makan sekali.. selalu masakkan untuk jiran.. last – last apa jadi?