Masa kaya, mertua sanjung saya, bila jatuh mereka kata saya bagi makan b4ngkai pada anak isteri

Waktu senang saya ditatang, waktu susah saya ditinggalkan dengan pengh1naan. Sebulan lepas eddah, bekas isteri terus kahwin lain tanpa sempat saya pujuk dia. Saya belajar dari kisah lalu, kini bila saya dah berjaya dan kaya lebih dari dulu. Saya berlakon jadi miskin untuk cari bakal isteri tapi bekas isteri datang semula..

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Ini kali 3 saya post di ruangan ini. Mohon hide nama saya. Kisah Lalu. 7 tahun yang lepas saya berkahwin dengan isteri saya. Semasa itu saya bekerja di luar negara dengan pendapatan antara 20k ke 30k.

Saya amat dihorm4ti oleh isteri dan keluarga mertua waktu itu. Setahun selepas kahwin setiap hari saya dapat mesej lelaki yang tidak dikenali kat facebook. Saya abaikan sahaja, sepanjang berada di UK saya amat menghargai isteri dan kami dikurniakan seorang cahaya mata, sekarang berusia 5 tahun.

Kami balik setiap tahun, setiap kali balik saya dirai penuh hormat oleh keluarga mertua sampai kadang – kadang siap ada buat kenduri. Setahun yang lepas saya dan isteri balik ke malaysia sebab bapa mertua saya meninggaI.

Isteri katanya nak jaga ibu mertua sebab isteri anak sulung perempuan tetapi ada dua orang abang dan dua orang adik perempuan yang masih belajar. Ketika pulang ke malaysia saya cuba pelbagai perniagaan. Saya terp4ksa mula dari bawah semula.

Sampai satu tahap saya tido di dalam kereta selama 3 bulan sehingga pernah dibawa ke lokap 2 kali dan bermalam di lokap sebab tempat parking kereta saya tu ada kes pecah rumah dan saya menjadi suspek. Hal ini tiada siapa yang tahu termasuk isteri pun tidak tahu sebab saya sayangkan dia, saya tak nak dia risau dan setiap kali balik untuk melihat anak bini.

Saya tetap pakai pakaian yang kemas dan segak. Masjid menjadi tempat saya bersihkan diri, memang pelik mana simpanan saya sepanjang kerja di UK sebenarnya saya ditipu oleh rakan niaga saya dan telah kehilangan hampir RM800k.

Bisnes saya buat semua tak menjadi akan tetapi saya tidak pernah abaikan tanggungjawab walau pun sikit tetap saya bagi. Allah menguji bersebab, saya terima. Saya tahu ada hikmah di sebaliknya dan saya mampu lalui semua ini, cuma mungkin memakan sedikit masa.

Saya tak dapat bayangkan kalau saya diuji anak saya menghadapi peny4kit kr0nik. Allahuakbar.. saya tak sanggup. Ujian besar mula melanda. Seminggu sebelum puasa isteri keluar rumah dengan bekas kekasih dia iaitu lelaki yang selalu mesej saya di facebook yang saya nyatakan sebelum ini.

Selepas membuka facebook isteri rupanya mereka telah berhubung kembali beberapa bulan lamanya. Isteri tinggalkan rumah selama 10 hari tanpa saya tahu dia pergi ke mana. Selepas balik dia minta saya melepaskan dia sebab saya banyak susahkan dia.

Keluarga mertua yang saya minta pertolongan untuk membantu pulihkan hubungan kami isteri turut menik4m saya dari belakang, tidak berpihak pada saya malah dituduh memberi b4ngkai pada anak dan isteri . Itu kata dari mak mertua dan abang – abang isteri saya.

Tak sangka, itulah ujian dan c4cian saya terima ketika susah. ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! Allah peIuk saya erat – erat, tolonglah ya Allah. Ketika ini saya masih menangis, ketika menulis kisah ini sebab saya rindukan anak saya.

Saya tidak diberi peluang melihat anak. Saya call tak angkat hanya gambar whatapps sahaja yang diberikan. Video yang saya ada record sebagai peneman saya ketika rindu anak. Masa dalam proses penceraian isteri kata saya susah, miskin, tak mampu beri nafkah yang cukup.

Tak nak bekerja sedangkan sepanjang saya berniaga saya balik 12 malam setiap hari. Saya tahu itu hanya alasan hakik4tnya isteri dah curang dengan saya dan mengaku pada saya. Dia cintakan lelaki itu. Sedih saya tak terhingga.

Sepanjang saya berada di UK bersama dia, tidak pernah sekali saya abaikan dia, bunga setiap minggu pasti saya akan hadiahkan. Saya suka buka pintu kereta setiap untuk isteri walaupun dah bertahun berkahwin itu habit saya sebagai tanda hormat saya dan berterima kasih saya pada dia. Saya tak pernah lupa tarikh – tarikh penting kami berdua.

Saya bagi kenangan manis bersama sebab lelaki diuji ketika senang, jadi saya nak buktikan pada dia yang saya sayang dan setia ketika saya senang. Saya harap jika suatu hari nanti saya susah dia tahu dan akan kenang kenangan manis bersama tapi apa yang saya jangka tidak sama sekali.

Kini ketika saya susah, dia tinggalkan saya bersama pengh1naan. Wahai isteri di luar sana. Terutamanya di dalam group page ini, jadi lah isteri yang menerima kekurangan suami ketika susah atau pun senang. Sayang suami ketika dia susah, peIuklah dia beri lah dia semangat untuk bangkit kembali.

Kita tak tahu peng0rbanan suami yang dia rahsiakan. Kepada suami dalam group ni, kalau anda senang sekarang, cuba lah uji kesetian isteri korang dengan kesusahan. Jika dia masih di sisi, peganglah erat isteri anda, jangan sesekali tinggalkan isteri anda.

Saya ditinggalkan isteri saya ketika saya susah jatuh tersungkur dalam perniagaan dan isteri aku pergi bersama first love dia. Saya masih ingat macam mana saya merayu jangan tinggalkan. Saya melutut merayu supaya jangan tinggalkan sampai saya sujud di kakinya walaupun saya tahu dia sudah menjalinkan hubungan sulit sejak beberapa bulan sebelum itu.

Saya tahu saya telah bersikap dayus ketika itu kerana masih menyayanginya. Selepas kami berpisah dan habis tempoh eddah, dia terus bertunang. Begitu cepat tanpa memberi saya peluang untuk saya memujuknya. Bekas isteri saya telah pun berkahwin bulan lepas bersama first love dia.

Apa yamg saya nak share sebenarnya lelaki perlu cari seorang bakal isteri ketika dia tidak mempunyai apa – apa. Jika kita ada dah kaya sekali pun, tunjukkan lah diri kita susah agar kita dapat memiliki cinta sebenar. Berlakon miskin pun tak apa sehingga ke hari perkahwinan. Perlu diingatkan bahawa lelaki di uji ketika senang, manakala wanita pula di uji ketika susah.

Sekarang.. Alhamdulillah saya telah pun berjaya sekarang. Kalau sebelum saya pernah tidur di dalam kereta, siap kena soal siasat dengan polis lagi dan masuk lokap sebab jadi suspek jenayah. Bagi saya, kejayaan terbesar saya setelah telah bertemu seorang bakal isteri yang menerima saya seadanya.

Bakal isteri dan bakal mertua saya hanya tahu saya tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana saya menyembunyikan kekayaan saya pada ketika itu. Umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak ada slip gaji, tak ada gaji mahupun elaun dan kerja pula tidak menentu.

Bakal isteri pula seorang yang bekerjaya. Dia seorang yang lemah lembut dan seorang yang cantik dan very good looking type model. Bakal isteri sebaya saya iaitu 28 tahun. Keluarganya menerima saya seadanya. Walaupun ketika ini saya telah memiliki segalanya dan berjaya dalam perniagaan saya, saya masih mengamalkan gaya hidup yang sederhana.

Bukanlah saya ri4k, saya menulis hanya untuk pengajaran buat bakal suami di luar sana. Jika anda berjumpa dengan wanita yang boleh terima anda ketika anda susah, pergi lah cepat – cepat pergi meminang. Selepas kahwin, jaga elok – elok dan hargai isteri anda sebaik mungkin.

Jangan sesekali abaikannya, jangan menduakannya dan jadikan dia isteri dunia dan akhir4t. Kini hidup saya telah berubah dan lebih kaya dari zaman saya bekerja di luar negara dahulu. Kekosongan hidup saya juga telah diisi dengan seorang isteri yang sanggup bersusah payah dengan saya padahal saya hanya berlakon hidup susah untuk menguji hatinya.

Saya masih ingat lagi ketika saya memb0ngkar sendiri rahsia saya, dia agak terk3jut dan sedikit marah kepada saya. Katanya, kalau saya fikir dia adalah perempuan yang materialistik dan memandang kemewahan, saya silap.

Katanya, dia ikhlas berkahwin dengan saya adalah kerana diri saya sendiri. Saya tahu dia adalah seorang wanita yang baik. Dia juga tidak pernah meminta sesuatu yang mewah dari saya. Jika ada pun, ianya adalah hadiah dari saya sendiri, bukan dari permintaannya.

Saya hadiahkannya sebuah kereta dan mengajaknya berpindah ke rumah yang lebih besar dan selesa yang selayaknya saya sediakan buat isteri yang setia sepertinya. Pada mulanya dia agak kekok dengan gaya hidup sebegini kerana dia sudah biasa hidup sederhana.

Orang gaji pun dia tak mahu saya sediakan. Dia lebih suka mengurus sendiri hal – hal rumahtangga dan menyediakan sendiri makanan buat saya. Air tangan isteri itu lebih berkat dari makanan yang disediakan oleh orang lain.

Saya bersyukur kerana menggantikan saya dengan isteri yang lebih baik dari sebelum ini. Wanita yang sangat taat dan setia yang akan saya bimbing ke syurga kelak, insyaAllah. Berkenaan dengan bekas isteri saya, dia ada menghubungi saya semula, namun saya tidak melayannya walaupun masih ada cinta terhadapnya.

Cukuplah dengan apa yang dia dan keluarga dia lakukan pada saya sebelum ini. Bukan tujuan saya untuk membaIas d3ndam di atas segala kejian yang mereka Iemparkan pada saya tetapi saya lebih sayang dan cintakan isteri saya sekarang ini.

Dia sanggup menerima saya dalam sebarang situasi, berbanding dengan bekas isteri saya yang hanya menyayangi saya ketika saya senang sahaja. Saya tak akan meIukai hati isteri saya sebagaimana dia menjaga hati saya. Saya juga telah mendapat hak penjagaan anak dengan menjaga anak saya secara bergilir – gilir dengan bekas isteri saya.

Saya berikan pendidikan akedemik dan pendidikan agama yang sempurna dengan semua perbelanjaan saya tanggung. Saya juga memberikan belanja makan minum dan beberapa keperluan lain untuk anak saya dan sedikit perbelanjaan buat bekas isteri saya sebagai kos ketika anak saya dalam penjagaannya.

Tentang hubungannya dengan kekasih pertamanya dahulu, saya difahamkan yang lelaki itu telah pun berkahwin dengan wanita lain yang jauh lebih muda dari bekas isteri saya. Mungkin itulah ketentuan yang dia perlu hadapi kerana menduakan saya.

Untuk menerimanya kembali, cukup-  cukuplah.. saya akan setia dengan isteri saya dunia akhir4t. Inilah kebahagiaan yang tidak disangka – sangka diturunkan buat saya atas kesabaran saya selama ini. Wahai isteri – isteri di luar sana.

Jadilah isteri yang sanggup menerima kelebihan dan kekurangan suami seadanya. Tetaplah setia bersamanya pada ketika dia susah atau pun senang. Jadilah pendorong buat suami ketika dia susah dan memerlukan sokongan anda.

PeIuklah suami anda dan berilah semangat ketika dia hampir – hampir berputvs asa. Kita tak tahu peng0rbanan suami yang dia rahsiakan. Kepada suami yang sedang membaca kisah ini, jika sekarang anda dalam kesenangan, cubalah uji kesetian isteri anda dengan kesusahan.

Jika dia masih di sisi anda, peganglah isteri anda seerat – eratnya. Jangan sesekali tinggalkannya kerana dia adalah isteri yang sangat setia dan sanggup bersama anda dalam apa juga keadaan. Jangan pandang pada paras rupa tetapi pandanglah pada hatinya. Suami diuji ketika dia senang dan isteri diuji ketika susah.

Komen Warganet :

Fathima Sophia Ranhia : Hidup ni ibarat roda, ada kala kita di atas, ada kalanya di bawah. Pernah jumpa h4mba Allah punya cerita lebih kurang sama, dia engineer. Hidup senang lenang sebab kerja company besar. Nampaklah kesenangan ia sekeluarga.

1 hari h4mba Allah ni kemaIangan, Iumpuh. Isteri minta cerai, bawa anak keluar dari rumah. Duit simpanan habis kerana rawatan. Kerja pun diberhentikan kerana kerja swasta. Memang sedih la, sebab kenal dia dulu nampak happy, now hidup dengan kesedihan dan kenangan.

Raizan Azrai : Cerita sesedih begini tak dapat engagement yang tinggi, sebab pihak lelaki yang ters4kiti. Kalau cerita pasal laki tak buang sampah dan tak nak jemur baju je, beribu – ribu like dan comment. Kepada confessor, cekalkan hati dan jangan pernah tinggalkan tuhan. Selagi mana ada nafas dan mampu bergerak berfikir, berusahalah. Insyaallah tuhan bagi jalan dan liku – liku itu dimudahkan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.