
Aku akui memang aku pandang jijik dengan ayah sebab hobinya berjvdi dan sumber yang dia suap ke mulut kami. Gaji ayah sampai 5k tapi masih tak cukup. Aku memberontak berhenti kerja sebab duit gaji aku tak dapat pegang. Semua dapat dekat ayah modal dia berjvdi…
#Foto sekadar hiasan. Salam. Aku wanita berusia 30 tahun. Anak sulung daripada 5 beradik dan satu satunya anak perempuan. Mesti korang ingat aku manja kan? Adik lelaki aku dapat layanan best daripada mak bapak aku kot. Aku? Dah macam ketua keluarga.
Dari kecil keluarga aku sederhana sahaja. Sampai satu masa waktu tahun 90 an dulu ada kes kegawatan ekonomi. Jadi ekonomi ayah aku juga terjejas sampai sanggup pergi main jvdi. Macam mana aku tahu? Waktu kecil dulu ayah bawa kami keluar dan parkir dekat – dekat dengan kedai 4D.
Aku pun mengeja lah perkataan pada papan tanda kedai tu. S…p…0…r…t…s… t…0..t…o…. Sp0rts T0to! Ayah aku punyalah marah dan tak bagi sebut perkataan tu lagi. Aku pun blur. Kenapa? Masa tu darjah berapa aku tak ingat, tapi memang aku tak faham.
Sampailah aku dah sekolah menengah, aku terjumpa longgokan resit Sp0rts T0to. Dan aku terus teringat peristiwa ayah aku tak bagi sebut perkataan tu, tapi kenapa ada di rumah? Aku pun jadi sangat ingin tahu dan mula menyiasat apa benda Sp0rts T0to tu sebenarnya. Dan akhirnya aku faham.
Waktu sekolah memang aku akui tak pandai sangat. UPSR dan PMR 2A sahaja. Nak minta apa pun pada ayah aku memang takkan dapat. Jadi pandai – pandailah aku simpan duit belanja sekolah. Masa keputusan SPM diumumkan, aku tak dapat pergi. Sekolah jauh, terp4ksa tunggu ayah aku balik.
Mak ayah aku keluar pergi beli barang sahaja pun. Dah tahu aku nak pergi ambil keputusan, boleh buat macam tak penting sahaja. Mungkin mereka ingat keputusan aku sendu. Kawan – kawan aku pun telefon dari sekolah cakap aku dapat 7A 2B. Aku tak percaya.
Bila ayah dan mak aku sampai rumah, aku beritahu nak pergi ambil keputusan. Masa ni aku tak beritahu lagi keputusan aku berapa. Tapi mereka tak nak pergi sebab nak balik kampung. Sampai di kampung baru aku beritahu keputusan aku berapa. Aku tak kecil hati, tapi terkilan sahaja.
Masa tahun pertama masuk universiti kami berpindah ke Taiping. Cuti semester sahaja mesti aku sengaja tak nak balik. Sebab aku malas nak ambil tahu pasal rumah tu. Duit PTPTN aku ayah aku yang ambil. Dapatlah aku duit makan. Nak beli buku, fotostat sahaja dekat orang. Malam malam makan nasi lemak seringgit.
Keputusan aku di universiti 2.7 sahaja. Aku akui keputusan teruk sebab aku sendiri yang berusaha tapi tak pandai. Nak buat pembentangan pun rasa rendah diri, tak percaya pada diri sendiri. Aku memang lemah dan loser. Aku tak salahkan ayah aku sebab mungkin makanan yang masuk ke dalam perut aku daripada sumber yang tak bersih. Aku rendah diri dengan didikan ayah aku.
Kerja pertama aku, ayah aku dah minta kad ATM aku terus. Dia yang pegang. Biasalah, aku dapat duit makan sahaja. Kereta ayah dah dijual. Ayah aku suruh beli kereta baru atas nama aku. Ayah aku yang pakai. Nak membeli belah ni mimpi sahajalah.
Ya, waktu ni ayah aku masih bekerja dengan gaji RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Tapi masih tak cukup, aku pun tak tahu. Gaji aku waktu ni RM1,000 sahaja kot. Bila aku dah mula kerja ni, baru aku tahu ayah aku selalu turun Kuala Lumpur. Katanya urusan kerja.
Kadang – kadang mak dengan aku pun ikut pergi Kuala Lumpur. Baru aku tahu juga ayah aku akan selalu singgah kelab ni sebab main mesin jvdi. Macam mana aku tahu? Dia angkut mak dengan aku sekali. Tapi kami kena tunggu dalam kereta. Sedih aku waktu ni bila tahu per4ngai ayah tak berubah juga.
Kenapa aku tak nasihat? Diri aku ni jadi pendiam sahaja di rumah sebab aku malas nak ambil tahu dah. Aku kecewa dan selalu buat hal sendiri. Pasal kerja pertama aku tadi, aku pun berhenti selepas 11 bulan bekerja. Sebab apa? Sebab aku tak bahagia.
Kerja senang tapi hati tak senang. Aku sedih tak dapat pegang duit gaji sendiri. Ya, ni cara aku member0ntak dengan ayah aku. Setelah 5 bulan menganggur, akhirnya aku dapat kerja baru. Susah betul nak cari kerja di Taiping ni. Aku harap ayah aku sedar atas punca pember0ntakan aku.
Tapi sebelum tu aku cerita, selama 5 bulan aku menganggur ni, aku selalu dih1na sebab keputusan universiti tak bagus. Aku nak pergi Kuala Lumpur tak ada ongkos pula. Lagipun adik – adik aku waktu ni semua merantau di Kuala Lumpur.
Di rumah ni tinggal ayah, mak dan adik bongsu sahaja. Sedih betul dapat h1naan daripada ayah sendiri. Aku sedar diri dan memang betul pun kata – kata ayah tu. Tapi kenapa dia tak perlu cermin diri dia sendiri? Aku akui memang aku pandang jijik dengan ayah sebab hobinya berjvdi dan sumber yang dia suap ke mulut kami.
Aku mulakan kerjaya baru, tapi kad ATM aku tak dipegang lagi. Tapi ayah dah pesan awal – awal nak separuh gaji aku. Katanya modal hantar aku ulang alik pergi kerja. Okey, aku redha. Psik0 kan? Satu hari tu aku uji ayah aku. Aku kata aku mampu bagi sikit sahaja bulan ni. Punyalah melenting ayah aku.
Dia psik0kan aku pula. Katanya ulang alik hantar aku pergi kerja dekat RM800, dengan minyak naik dan macam – macam lagi. Aku malas, aku bagi sahajaIah macam biasa. Tu pun duit bantuan kerajaan bagi, ayah aku nak juga. Bila aku tak bagi, biasalah aku akan kena m4ki.
Oh, aku kerja kilang sahaja bahagian pejabat. Selalu juga kena h1na dengan ayah sebab kerja kilang sahaja. Dan akhirnya dua orang adik aku dah graduasi juga. Korang tahu tak, adik aku pun kerja kilang juga. Tapi aku tak pernah dengar ayah aku h1na adik aku.
Yang paling tragis, adik aku yang seorang lagi kerja bengkel kereta sahaja. Yang keluar daripada mulut ayah aku macam ni sahaja. “Biarlah, janji rezeki.” Hmmm… murung aku. Adik aku baru kerja kilang dah nak kahwin. Ayah aku jual rumah buat modal hantaran adik aku. Bagus betul kan?
Aku tak masuk campur, kan aku dah cakap aku malas. Selang dua tahun, adik aku seorang lagi pula nak kahwin. Aku tak kisah pun, dah jodohkan. Waktu ni 75% gaji aku ayah aku ambil sampailah umur aku 30 tahun sekarang ni. Dan aku pun berjumpa dan berkasih dengan seorang mamat ni yang dipanggil teman lelaki.
Kami merancang berkahwin. Dia pun dah masuk merisik aku. Kedua – dua beIah keluarga bersetuju. Beberapa bulan kemudian, aku ditimpa peny4kit yang menyebabkan aku ditahan di wad selama 3 minggu. Makcik aku sebut – sebut nama teman lelaki aku yang buat. Mak ayah aku terus percaya.
Masa mula mula tu aku tak faham yang makcik aku tuduh teman lelaki aku. Bila jumpa b0moh, dia asyik cakap teman lelaki aku ke yang buat. Padahal semua b0moh cakap kawan atau saud4ra yang buat. Aku terjebak pergi jumpa b0moh sebab makcik aku ni.
Kali seterusnya nak jumpa b0moh lain memang aku marah dia cukup – cukup. Ayah aku jugalah ikut idea makcik aku. Mak aku? Dia ikut sahaja cakap ayah aku. Kesian teman lelaki aku. Tapi aku tak pernah cerita pada dia. Tak ada motif pun dia nak buat aku s4kit. Aku dah lah tak ada harta. Takkanlah dia nak kahwin dengan orang s4kit.
Masa aku kena tahan wad, ayah aku dah pindah rumah lain. Alasannya nak lari daripada orang yang hantar sih1r pada aku. Masa ni aku tak sedar dia nak tuduh teman lelaki aku. Aku kena kuarantin di rumah sebulan untuk pulih pula.
Lepas sihat sebenarnya aku dapat kerja baru tapi kena pergi latihan di luar Taiping selama 3 bulan. Masa ni memang aku dah lama sangat tak jumpa teman lelaki. Bila dah balik ke Taiping, satu hari ni teman lelaki aku nak hantar aku balik rumah dari tempat kerja. Itulah perjumpaan pertama kami selepas aku masuk wad dan latihan.
Bila sampai rumah, punyalah melenting ayah aku. Dia cakap kenapa tunjuk rumah baru pada teman lelaki aku. Macam mana peny4kit aku nak pulih. Aku tergamam. Memang niat ayah aku tak mahu kami bersama dah sejak aku dekat wad. Tapi aku buat b0doh sahaja. Aku masih jumpa dia.
Makcik aku pula rajin melawat rumah sejak kes aku tunjuk rumah baru pada teman lelaki. Makin menyucuklah dia. Ayah aku ajak jumpa b0moh lagi. Memang keraslah aku tak nak ikut. Aku bagi ceramah baru dia tak ajak dah. Aku cakap syirik sahaja jumpa b0moh – b0moh ni.
Satu hari kakak teman lelaki aku bertunang, jadi aku tak dapat pergi sebab tak ada kereta. Aku kirim sahaja pada teman lelaki aku nak laksa yang mak dia buat. Sebab aku ni h4ntu laksa. Lepas Maghrib baru dia lapang sikit nak hantar ke rumah. Enam bekas dia hantar.
Ayah aku marah. Dia suruh buang semua laksa tu sebab takut ada s4ntau. Ayah aku marah kenapa teman lelaki aku datang rumah lagi. Bermulalah episod sedih aku. Masa hari jadi aku yang ke 29, mak aku cakap dia tak restu aku berkawan dengan teman lelaki aku dah. Dia cakap teman lelaki aku tak layak untuk aku. Semudah tu sahaja.
Cincin risik semua mak ayah aku simpan. Mereka cakap cincin tu terkena s1hir. S4kit hati aku. Mak ayah aku tak bagi aku keluar rumah. Dikuarantinnya aku. Nak pergi mana – mana, ayah aku kena hantar. Loser kan? Teman lelaki aku nak jumpa aku, aku ajak dia makan tengah hari sahaja waktu kerja. Lepas dua bulan baru aku cerita pada dia. Dia? Sedihlah.
Kami putus atas permintaan aku. Sebab aku nak jadi anak solehah sangat kan? Tapi sebenarnya aku tersiksa jiwa dan raga. Selama ni aku ikut sahaja cakap ayah aku. Aku bagi sahaja apa dia nak. Aku telan sahaja apa yang dia h1na. Sumpah, tak ada keikhlasan lagi aku nak tinggal di rumah ni.
Ayah pernah ajak pindah ke Kuala Lumpur dan aku cakap aku tak nak. Apa yang ayah aku balas? Bila adik bongsu dah graduasi dan dapat kerja di Kuala Lumpur, dia nak pindah ke Kuala Lumpur dan tak nak hiraukan hal aku lagi. Macam tu sekali?
Ayah aku tak pernah berubah. Aku masih jumpa lagi resit – resit 4D baru – baru ni. Aku dah tak sanggup duduk serumah lagi. Semakin lama aku di rumah ni, aku rasa seperti ner4ka. Kalau mak ayah orang lain, aku rasa mereka pasti seronok tengok anak perempuan nak kahwin. Tapi aku? Lain pula.
Ada kawan – kawan aku bagi pendapat yang mak ayah aku tak bagi kahwin sebab takut aku tak bagi duit lagi. Aku nak sahaja keluar dari rumah ni. Tapi bila difikirkan, bila aku keluar rumah adakah aku dikategorikan sebagai anak derh4ka? Maaf, panjang sangat. Apa yang terbuku di hati. -Ila
Ulasan Pembaca :
Nor Hasila : Blah sahaja lah wehhh! Kau tahu ayah kau berjvdi, kau bagi duit. Apa kau ingat kau tak bersubahat ke? Dok kejar tak nak jadi anak derh4ka, tapi d0sa lain kau kaut juga. Aku pula lemas tengok betapa lemahnya kau ni. Bina diri sendiri. Berhenti salahkan ibu bapa kau atas semua ni. Kau dah dewasa, kau buat pilihan hidup kau sendiri.
Kalau kau masih tinggal di rumah tu dengan semua benda ni, nampaknya kau sendiri yang mencari masalah. Macam kau perlukan seseorang untuk dipersalahkan bila hidup kau tak menjadi. Sedarlah, perempuan! Serius, kalau kau masih tinggal di rumah tu, memang tak ada siapa yang boleh dipersalahkan selain diri kau sendiri. Ambil alih hidup kau sendiri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.