Masa kecik ayah diam je bila rumah kami kena lelong. Ibu susah payah cari rumah sewa. Ayah buat hal lagi, tuan rumah kunci pagar sebab ayah tak bayar

Dari kecik tengok ibu bayar semua hal rumah, bil dan keperluan anak – anak. Ayah memang tak guna langsung. Rumah kena lelong buat tak tahu, rumah sewa tertunggak sampai kena halau. Bila dah besar, aku beli rumah untuk ibu duduk. Aku buat perjanjian, kalau ayah tak bayar, aku halau dia keluar

#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Benda yang aku nak kongsi ni, benda dah lama aku pendam. Aku pendam dah lama, jadi aku kena jugak luahkan bagi ringan sikit beban aku pendam ni. Aku benci ayah aku. Aku tahu kalau tak ada dia, tak adalah aku lahir ke dunia ini.

Tapi sejak aku kecil, aku memang banyak membesar dengan ibu sahaja. Ada juga masa dengan ayah, dia hantar dan ambil aku dari rumah pengasuh. Datang ambil sijil UPSR aku, tapi masa itu pun muka macam tengah marah. Datang pun lambat, macam tak ikhlas pun ada.

Sampai sekarang aku masih ingat suasana hari itu. Orang lain gembira ayah datang bagi semangat, tapi ayah aku datang macam terp4ksa. Sepanjang aku membesar, ibu yang paling banyak beli barang dapur, barang rumah, keperluan aku dan adik – adik.

Dari kecil sampai besar, baju raya, baju sekolah, keperluan sekolah, yuran sekolah, kereta, semuanya ibu yang uruskan. Walaupun ibu mampu, tapi itu sebenarnya tanggungjawab seorang ayah. Bukan ibu sahaja yang patut pikul semua benda.

Tentang rumah pula, bil api air, semua itu aku ingat dulu ayah aku yang bayar. Rupanya tak, langsung tak. Ada satu masa itu aku tingkatan dua atau tiga, aku balik rumah nampak surat merah dekat pagar dan rumah tak ada elektrik. Aku balik sekolah penat, nak berehat.

Biasanya lepas makan aku sapu rumah sedikit, kemudian tidur. Tapi masa itu lain betul. Lepas ibu balik kerja, baru aku dapat tahu rumah itu kena lelong. Lama sangat ayah tak bayar. Tapi masa itu aku kecil, tak faham apa – apa, ikut sahajaIah apa yang berlaku.

Yang buat aku geram, ayah sebenarnya sudah lama tahu rumah itu kena lelong, tapi dia langsung tak bagitahu aku, ibu atau adik – adik. Rupanya dia siap dah cari rumah sewa lain untuk kami anak – beranak. Itu pun tanpa berbincang satu keluarga, dia buat keputusan sendiri.

Ibu masa itu baru balik kerja, penat, str3ss dan terus kena hadap suasana cemas untuk pindah rumah. Kami terus angkat barang apa ada, itu pun banyak tak cukup sebab kereta sendiri pun kena tarik. Ayah pinjam kereta kawan dia untuk pindahkan baju dan barang lain.

Bila ingat balik, memang nampak sangat ayah dah tahu lama dari awal, cuma dia tak bagitahu kami. Sebab itu perpindahan itu jadi huru – hara, dengan aku esoknya nak sekolah. Ibu marah – marah masa itu, tapi aku faham dia sangat tertekan.

Rumah yang ibu jaga, renovate, kemas cantik – cantik, tiba – tiba bukan milik dia lagi. Sedih sangat kalau fikir balik, sebab rumah itu sebenarnya banyak dibayar guna duit ibu. Begitulah kehidupan aku. Lepas pindah rumah sewa baru, walaupun tak adalah baru sangat, tak ada siapa pun setuju sebenarnya nak duduk situ.

Tapi sebab terp4ksa, semua ikut sahaja. Sampai aku umur sembilan belas tahun, tengah diploma di UITM Lendu, satu hari aku balik rumah. Ibu cakap rumah sewa itu kena rantai. Ayah buat hal lagi. Dia tak bayar sewa sampai tuan rumah halau.

Tapi ibu tetap sabar, ikut berpindah lagi ke rumah sewa lain. Sama macam sebelum ini, ayah tak berbincang dulu, tahu – tahu dah pindah. Ayah siap bagitahu orang yang kami pindah sebab nak dekat dengan rumah opah, konon senang nak ziarah mak mertua.

Ayah memang suka guna nama ibu dalam apa – apa hal. Ibu aku ini pula memang terlalu penyabar. Kadang – kadang aku tengok ibu, aku rasa aku takkan mampu jadi sekuat itu. Sekarang ibu aku sakit buah pinggang tahap empat, kena dialisis tiga kali setiap minggu.

Doktor cakap sebab d4rah tinggi. Sebab ibu aku tak ada peny4kit lain. Ibu aku dulu sihat, ceria, kuat. Tapi sekarang semuanya berubah. Dalam hati aku, aku memang syak ibu s4kit teruk sebab dia terlalu banyak pendam dan str3ss dengan per4ngai ayah.

Aku memang salahkan ayah. Tak salah pun kan? Memang itu puncanya. Tapi sampai sekarang ibu masih duduk dengan ayah. Kami masih duduk sekali, cuma aku sekarang dah kahwin. Bila aku balik kampung, masih jumpa muka ayah itu.

Kadang – kadang rasa marah sangat sampai terdetik benda buruk dalam kepala. Bila aku dah besar ini, aku akhirnya faham kenapa ada kes anak bvnvh bapa. Perasaan itu wujud bila seseorang terlalu lama dis4kiti. Tapi aku masih ada iman. Aku takkan buat benda giIa. Cumanya perasaan itu wujud bila seseorang terlalu tersepit.

Mula – mula aku tak nak cerita benda ini dekat suami aku, tapi lama – lama aku penat nak sorok per4ngai ayah aku. Aku penat nak menipu. Salah ke aku nak cerita sahaja dekat suami aku? Aku manusia biasa, aku pun penat. Disebabkan keluarga aku tak ada rumah tetap, selepas satu tahun aku bekerja, aku buat keputusan beli rumah atas nama aku sendiri supaya keluarga aku ada tempat tinggal.

Termasuklah ayah yang aku panggil jantan tak guna dalam hati itu. Sebelum beli rumah itu, aku buat perjanjian hitam putih dengan ayah, menyatakan dia kena bayar dekat aku rumah itu sepanjang dia duduk situ. Kalau gagal, dia kena keluar.

Ibu marah tindakan aku, tapi seperti aku cakap, aku bukan ibu aku. Aku dibesarkan dalam keadaan yang aku rasa tak layak pun untuk rasa begitu lama. Terlalu banyak kalau nak cerita pasal ayah aku dari kecil sampai sekarang. Senang cakap, ayah aku gagal jadi ayah.

Nafkah wajib semua ibu aku yang tanggung. Belum campur ayah m4ki hamun ibu aku. Dengan orang luar dia baik, tapi dengan keluarga sendiri dia sangat zaIim. Sekarang aku dua puluh lima tahun. Aku simpan d3ndam dengan ayah aku. Aku benci dia sangat. Salah ke aku benci dia? Ada orang lain yang pernah rasa macam ini? Berd0sa ke aku?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :