Masa lambat dapat anak suami kata saya manduI. Masa dapat anak kedua, dia marah saya sebab tak jarakkan anak

“Awak pernah gugurkan anak sebelum kahwin ke? Orang kata kalau pernah gugurkan anak susah mengandung! Keturunan saya tak ada yang manduI.” – Suami

Advertisements

#Foto sekadar hiasan. Sejak sebelum hamiI, saya dah mula merasa penangan suami. Tetapi kerana malu pada teman – teman pejabat juga kepada keluarga saya diamkan, saya tutup rapat – rapat, saya tak mahu mereka tahu. Sebab dulu saya yang puji suami saya baik. MaIangnya bila muka dah Iebam tentu orang bertanya, “kenapa muka u ni? Bila saya kata jatuh, mereka tanya lagi, jatuh kat mana?” Pendek kata pelbagai soalan saya kena jawab.

Biasanya untuk mengelakkan soalan yang memalukan itu, saya ambil cuti sehari dua. Sebenarnya itu pun susah juga, mereka tetap tanya. Tetapi lama kelamaan disebabkan kerap sangat mata bengk4k dan saya pernah dimasukkan ke hospitaI kerana jari patah. Mereka tak tanya lagi, mereka cuma nasihatkan saya supaya bersabar. Pelik jugak, mereka seakan faham keadaan saya. Dari riak wajah, mereka kelihatan amat simpati.

Advertisements

Saya berkahwin ketika berusia 26 tahun. Dua tahun lamanya saya tak mengandung, macam – macam suami tuduh saya, dia salahkan saya kerana manduI. Pernah dia tanya soalan meng3jutkan katanya “Awak pernah gugurkan anak sebelum kahwin ke? Orang kata kalau pernah gugurkan anak susah mengandung.” MenggigiI badan saya menahan sabar, saya jawab tidak, tetapi suami tak puas hati. Katanya keturunannya tak ada manduI? Ini salah saya!

Advertisements

Berkat doa dan kesabaran saya memohon kepada Allah setiap hari, akhirnya saya hamiI. Tetapi hamiI bukan jawapan saya tak kena marah. Saya fikir tentu dia gembira saya hamiI. Tetapi tidak. Bila saya ajak ke kIinik, dia suruh pergi sendiri. Confirm saya hamiI 3 bulan. Masa hamiI memang saya tak kena tamp4r. Agaknya dia kesian tengok saya selalu munt4h dan tak lalu nak makan. Waktu itu saya rasa lega tak perlu masak, kerana dia makan di luar.

Tetapi masalahnya bila dia makan di luar dia sering tak berduit, minta duit saya untuk beli makan. Kerana tak sihat, saya berilah duit supaya dia diam. Masa nak membeli peralatan dan pakaian bayi yang akan lahir, dia kata tak ada masa. Untung kawan pejabat temankan saya. Dari merekalah saya dapat tahu mana nak cari tukang urut dan sebagainya.

Advertisements

Saya tak boleh minta tolong emak bantu masa dalam pant4ng, sebab suami tak izinkan. Katanya jangan menyusahkan orang tua. Jadi pandai – pandai saya cari tukang urut.

Saya rasa bertuah kerana tukang urut tinggal dalam kawasan perumahan flat yang sama dengan saya. Dan beliau beritahu ada seorang ibu tunggal yang mahu jaga anak orang. Saya amat bersyukur, semuanya mudah untuk saya sedangkan suami semua dia buat tak tahu. Pendek kata walaupun masih muda, semua kena buat sendiri. Emak nasihatkan saya bila dia datang ke rumah kakak. Di situ kami sering telefon dan bertanya khabar.

Advertisements

Emak dan adik beradik pernah datang ke hospitaI jengok saya dan sekali lagi bila anak saya demam. Tetapi mereka pulang sebelum suami balik. Sebab emak tahu perangai menantunya.

Bukan saya mengadu, tetapi emak dan kakak boleh teka mengapa muka saya Iebam dan 2 jari saya patah dan dimasukkan ke hospitaI sebelum hamiI dulu. Sejak itu emak nasihatkan saya. Dia tak p4ksa saya kahwin, itu pilihan saya, maka saya buatlah pilihan demi keselamatan diri. Kakak berterus terang, katanya kalau dah tak tahan tak salah minta cerai. Tetapi ketika itu cinta saya pada suami amat tebal, saya salahkan diri sendiri.

Nak jadikan cerita selepas anak sulung berusia setahun, saya hamiI lagi. Kali ini suami hangin katanya, “pergi kIinik berpuluh kali, tak tahu ke tanya misi ke supaya tak kerap beranak?” Semua serba salah. Tak hamiI salah, kerap hamiI pun salah.

Saya katakan, oleh kerana saya lambat hamiI dulu, maka saya takut merancang, takut tak hamiI lagi, saya mahu anak lagi. Katanya dia bukan suruh saya beranak tiap – tiap tahun, jarakkan. Tetapi dulu dia tak cakap jadi saya buat pandai sendirilah. Saya tak berani tanya banyak, salah tanya dia cepat naik angin. Dan saya jenis tak suka berg4duh, biasanya kalau dia tinggi suara saya diam. MaIangnya kerana diam saya sering jadi m4ngsa.

Bersyukurlah anda dapat suami bukan kaki pukuI. Saya tak tahu apa salah saya, adakah kerana muka saya tak cantik maka suami sering tak puas hati terhadap saya, saya selalu dipersalahkan. Kawan nasihat saya pakai cantik – cantik sikit, bersolek, mungkin suami akan sayang. Tapi bila bersolek dia tanya, “Apa tujuan kau bersolek, har4m! Atau kau dah ada jantan lain kat opis tu yang kau nak layan?” Kata – katanya memang bisa.

Saya pakai baju cantik sikit tak boleh, katanya, membazir. Kalau banyak sangat duit simpan, kalau tak tahu simpan biar dia simpan. Kerana saya beli pakaian cantik dia kurangkan duit belanja di rumah. Hinggakan semua urusan rumah terletak di bahu saya. Pernah dia tambah masalah saya suruh buat pinjaman kerana emaknya nak buat tambah rumah dapur. Bila saya tak mahu itulah punca saya sering kena marah dia memang cari silap saya.

Dia mula tuduh saya beri emak saya duit setiap bulan, katanya kalau dia tak izinkan har4m duit itu emak saya makan. Isteri lepas kahwin mesti bertanggungjawab kepada suami, bukan emak bapak lagi. Oleh kerana saya sering dimarah kerana masalah duit, untuk tutup mulutnya saya terp4ksa serahkan RM200 setiap bulan pada suami untuk simpanan atas arahannya, katanya untuk tabung beli rumah. Tapi saya yakin tabung itu tak wujud, namun saya terp4ksa ikut.

Kerana tabung itulah juga hidup saya m4kin tersepit untuk langsaikan makan minum anak – anak, bereskan bil selain duit pengasuh anak. Akibatnya saya sering kesempitan.

Sejak saya beri dia duit dia jarang pukuI dan ser4ng saya, tetapi dia tak suka duduk di rumah, setiap hari jumpa kawan. Ada hal nak bincang dengan kawan. Satu hari dia balik beritahu saya, dia nak berhenti kerja nak buat bisnes. Berdebar jantung saya, alasannya, kalau makan gaji sampai bila pun tak boleh senang. Gaji tak cukup dan macam – macam.

Buat permulaan nak buka bisnes, katanya, kawan boleh bantu, katanya, lepas itu dia kena buat pinjaman. Kerajaan banyak bagi bantuan untuk usahawan, maka dia mesti ambil peluang, kalau tidak ketinggalan. Tapi saya cuba nasihatkan, kalau tak pandai buat bisnes dari awal lebih baik terus makan gaji. Kebahagian hidup bukan terletak pada wang ringgit, tetapi kepada kejujuran, kerja keras dan pandai berjimat cermat. Jawapan yang saya terima ialah m4ki hamun dan bod0h. Kerana saya tak sokong dan membantunya .

Oleh kerana anak dah bertambah dua, tetapi hidup saya tidak bahagia, sebaliknya sentiasa dalam ketakutan, pertama, takut kena pukuI, kedua takut dia berhenti kerja dan ketiga, saya takut dip4ksa jadi penjamin pinjaman bank, maka saya beranikan diri bantah dia nak kongsi buat bisnes. Ketika itu dia sudah melabur lebih RM5,000 sebagai pendahuluan. Peringkat kedua dia akan buat pinjaman dengan bank dan saya jadi penjamin.

Jadi sebelum dia berhenti kerja dan buat pinjaman bank, saya tegaskan tidak akan jadi penjamin. Saya tahu akibatnya. Biarlah kena pukuI daripada kena pikul hutang puluhan ribu ringgit sepanjang hayat. Lagi pun sejak kahwin dan ketika itu sudah lebih 8 tahun saya tak rasa kebahagiaan berumahtangga, selain m4ki hamun, paling kecewa hubungan saya dengan emak dan adik beradik sem4kin renggang dan sem4kin jauh. Sepatutnya perkahwinan mengeratkan hubungan dua keluarga, bukannya memutvskan silaturrahim.

Kerana tak ikut kehendaknya dan saya sentiasa dipersalahkan, kerana itu saya nekad akan buat laporan polis jika saya dipukuI lagi, saya tidak akan berdiam diri seperti dulu. Oleh kerana saya sem4kin berani mempertah4nkan diri, keluarga saya dipersalahkan, dituduh menghasut dan h4ncurkan rumahtangga kami. Saya nafikan, saya bercakap kerana kesed4ran sendiri.

Di luar pengetahuan suami saya tanya kakak apa risik0 jika saya jadi penjamin suami pinjam duit bank. Saya pernah terbaca beberapa tahun lalu tentang seorang isteri muflis kerana jadi penjamin suami dan dia diceraikan kemudian. Cerita itu beri kekuatan pada saya.

Seperti diduga memang saya kena pukuI, dengan laporan polis dan surat doctor saya bawa ke mahkamah syariah saya failkan tuntut cerai. Tetapi biasalah saya disuruh kaunseIing, setelah setahun tersiksa duduk serumah dengan suami, akhirnya mahkamah syariah izinkan saya tinggalkan rumah, walaupun cerai belum diputvskan.

Dalam masa 2 tahun ding dong ding dong suami terus memujuk, akhirnya barulah saya diceraikan. Suami minta rujuk sebab ketika itu dia sudah berhenti kerja dan bisnes entah ke mana. Dia kesal minta diberikan peluang kedua. Tetapi cukuplah pend3ritaan yang saya tanggung selama ini. Kerana itu cerita isteri kena pukuI suami patut dapat perhatian mahkamah syariah dan polis, jangan ambil mudah, sebelum nyawa melayang.