Isteri saya dah umur 50 tahun lari ikut ustaz, sanggup tinggalkan anak istimewa..

Isteri teringin nak buka FB bila tengok anak – anak semua ada FB. Saya benarkan dan anak saya sendiri ajar dia buka fb. Saya tahu dia kesunyian, jadi biarlah dia ada fb agar dia gembira. Satu hari anak istimewa call, dia menangis cakap takut, hujan lebat ada kiIat. Dia cakap, emak sudah keluar belum balik lagi..

#Foto sekadar hiasan. Saya hairan bagaiman Haiza sanggup tinggalkan 4 orang anak kami, seorang daripadanya anak istimewa yang dia sangat sayang. Lebih maIang Haiza bukan masih muda, sebaliknya usianya dah dekat 50 tahun dan anak sulung kami sudah pun bekerja. Jadi apa sebenarnya yang dia mahu cari dalam hidupnya selama ini.

Saya bukan suami kaki pukuI, malah banyak membantu dia dalam kerja rumah tangga, malah saya beri dia duit untuk perbelanjaan membeli pakaian dan kegunaan peribadi. Kerana dia suka berpakaian mahal. Saya ikutkan kehendaknya sebab dia tidak ada ramai kawan di kejiranan kami sebab sibuk menguruskan anak istimewa kami dan keluarga.

Kerana di rumah ada computer, anak – anak ada facebook, maka Haiza teringin buka facebook, saya benarkan dan anak saya sendiri ajar dia buka fb. Saya tahu dia kesunyian tinggal dengan anak istimewa kami, jadi biarlah dia ada fb agar dia gembira.

Bila dah pandai saya tak tahu dia buka 2 akaun dalam fb. Bermula dari situlah dia berkenalan dengan seorang lelaki yang pandai mengg0da dan mahir dengan ayat – ayat cinta. MaIangnya dia tidak tahu bezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Dia percaya terus.

Sebenarnya tidak lama dia kenal dengan lelaki tersebut sebab pada bulan puasa tahun lepas dia baru ada fb. Tetapi dalam masa singkat hubungan mereka telah menjadi erat. Saya mula sedar perubahannya bila dia sering terima mesej yang tak pernah berlaku sebelumnya. Bila ditanya, katanya kawan. Peliknya malam tengah tidur pun ada mesej.

Saya mula mengesyaki sesuatu, satu hari saya buka mesej dia dan saya terlihat perkataan yang aneh – aneh, bila tanya katanya kawan perempuan. Saya diam juga. Nak jadikan cerita satu hari anak istimewa saya telefon saya ke pejabat. Saya terk3jut bagaimana dia pandai telefon saya, kerana setahu saya dia tidak tahu nombor telefon saya. Dia menangis, katanya hujan lebat ada p3tir kiIat dia takut. Saya terk3jut bila katanya emak sudah keluar belum balik lagi. Setahu saya Haiza tidak pernah tinggalkan anak kami sendirian

Dalam diam saya cari bukti, anak sulung saya celik computer buka akaun fb ibunya. Dia terk3jut kerana katanya ibunya bercinta dengan lelaki lain. Dia sendiri tidak sanggup baca luahan cinta mereka berdua. Barulah terb0ngkar aktiviti Haiza selama ini. Rupa hubungan mereka sudah erat walaupun baru beberapa bulan berkenalan. Anak saya merayu supaya saya bertindak menyekat kegiIaan ibunya yang bercinta itu.

Sungguh saya tak sangka baru berkenalan dan baru ada fb sudah jatuh cinta dan tak tahu bezakan antara buruk dan baik. Saya nasihatkan dia supaya tidak melakukan kerja – kerja bod0h. Ingat diri dah tua, anak – anak dah besar, malulah kepada mereka. Saya juga tanya Haiza apa yang kurangnya layanan saya terhadapnya selama ini. Semua kehendaknya saya sediakan. Dia mengaku kesilapannya.

Tidak berapa lama kemudian nak jadikan cerita Haiza minta izin saya untuk melihat dan menjaga ibunya yang s4kit. Saya lebih hairan, sebab bukan baru ibunya s4kit sudah lama dan dia tidak pernah menjengok apa lagi menjaga ibunya. Sebab hubungannya dengan ibu dan adik beradiknya yang lain tidak berapa baik. Mereka sering berseIisih faham.

Kerana dia mengaku dah insaf dan ingin berbakti kepada ibunya yang s4kit saya izinkan. Tapi adik – beradiknya kehairanan, sebab hubungan mereka sentiasa tegang. Ketika keluar rumah pergi menjaga ibunya itulah Haiza ambil kesempatan lari tinggalkan rumah dan anak – anak. Saya terk3jut bila dia tak balik ke rumah dan tidak dapat dihubungi dengan telefon. Adiknya di kampung pula beritahu Haiza tidak ada.

Saya buat 2 kali laporan polis apabila Haiza tidak pulang ke rumah. Saya bimbangkan keselamatannya. Harapan saya supaya dia dapat ditemui dan dibawa balik, tetapi Haiza gagal di kesan. Namun hasil pencarian dari fb milik Haiza saya dapat mengesan lelaki tersebut. Dari situ saya dapat mengesan isteri lelaki tersebut yang jadi teman Haiza.

Isterinya bernama Su, dari beliau saya dapat tahu suaminya mengaku dirinya seorang ustaz dan pernah jadi penceramah jemputan, kerana dia pernah belajar sekolah pondok di Kelantan, dia mengaku ustaz walaupun tahu sedikit soal agama. Dia pernah berkahwin 2 kali dan menceraikan mereka sebelum berkahwin dengan Su. Dia ada 6 orang anak.

Ustaz ini tak berkelayakan pun, sekolah pondok pun tak habis, tetapi dengan sedikit asas agama dia berjaya memperdaya wanita jatuh cinta padanya. Kata Su dia ditinggalkan setelah duit simpanannya berjumlah lebih RM80K habis di kikis oleh suaminya ustaz ini. Dia juga m4ngsa g0daan dan pujukan sebelum berkahwin, ketika itu dia seorang balu kepada seorang pegawai kerajaan. Bagaimana pun mereka tidak mempunyai anak.

Lebih maIang dia tinggalkan Su ketika Su s4kit dan hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda, sebab ced3ra dipukuI oleh suaminya. Walaupun dia tidak cac4t sepenuhnya, tetapi untuk jangka masa yang panjang dia terp4ksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Hingga kini dia masih menjalani rawatan.

Kata Su dia pernah buat laporan polis dipukuI oleh suaminya, tetapi maIangnya pihak hospitaI tidak menjumpai laporan kesihatannya menyebabkan laporan poIis yang dibuatnya tidak dapat dipanjangkan oleh pihak polis. Memang lelaki Islam tak ada masalah kahwin lagi kalau isterinya s4kit, tetapi dalam kes ustaz ini Su s4kit kerana dia yang pukuI. Semuanya kerana dia tidak dapat wang lagi dari Su. Dan dia tidak boleh berkahwin dengan Haiza sebab kami belum bercerai.

Kata Su suaminya buat pelbagai jenis pekerjaan termasuk jadi pemandu lori, tetapi maIangnya pekerjaannya tidak pernah kekal kerana sikap panas barannya. Dia tidak suka kerja di bawah perintah orang. Dia lebih suka bergaul dengan kawan – kawannya dan berIagak macam orang banyak duit.

Berbalik kepada cerita Haiza tadi, dia bukan banyak duit, tetapi adalah sedikit simpanan dan sedikit barang kemas yang saya belikan, tetapi rasanya kini hidupnya mungkin terhimpit kerana Haiza tidak ada simpanan lagi. Kata saud4ra yang pernah terjumpa Haiza, kini Haiza terp4ksa bekerja untuk menyara hidupnya. Bila tak berduit untuk bayar sewa rumah dia pernah menumpang di rumah saud4ranya beberapa bulan. Kini pindah lagi setelah jejaknya dikesan.

Saya pernah merayu kepada saud4ra Haiza supaya pujuk Haiza balik, sebab kami bukan bercerai. Dia lari tinggalkan rumah. Masalahnya, anak istimewa kami terlalu rindukan ibunya hinggakan dia selalu demam, dan saya amat bimbangkan kesihatannya. Tetapi saya hairan mengapa Haiza buta hati dan perasaan melalui keperitan hidupnya sekarang.

Dulu Haiza tidak pernah bekerja, dia cuma uruskan keluarga. Makan minum semua saya sediakan, tetapi sekarang dia terp4ksa bekerja untuk hidup dan beri wang untuk ustaz tersebut. Apa jadi ayat – ayat cinta mereka dahulu.

Kata Su dia tak terk3jut jika Haiza jadi sepertinya. Dulu dia juga begitu, jadi bod0h ikut setiap arahan ustaz. Hingga duitnya habis, kini dia ditinggalkan. Dia bimbang Haiza juga jadi bod0h sepertinya. Itu kepandaian ustaz dan ilmunya, kerana itu Su masih takutkan ustaz.