Masa majlis kahwin aku, ayah bawa isteri muda yang kami tak pernah tahu. Mak malu depan tetamu dan hampir pengsan

Mak tiri aku cantik. Aku tak nafikan. Dia orang bekerjaya, berpangkat, Jauh berbeza dengan mak, hanya surirumah yang berk0rban masa, tenaga jaga anak – anak. Mak tiri tuduh aku b0mohkan abah, dia sumpah anak dalam kandungan aku s4kit..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Dalila (bukan nama sebenar), berumur 26 tahun dan sudah berkahwin dan beranak dua. Hari ni bukanlah tujuan aku nak ceritakan tentang hal rumah tangga aku, peribadi aku, perihal hari raya,atau apa – apa sajaIah. tetapi aku ingin meluahkan pada kalian tentang abah.

Ya Abah. Tentang kerinduan aku pada insan yang bergelar abah. Abah aku seorang ask4r, abah kuat, abah gagah perk4sa. Selalu waktu kecik, abah selalu bercerita pada kami pengalaman dia masa rekrut, pengalaman dia masuk hutan, pengalaman dia jaga sempadan, pengalaman dia semua best – best la bagi aku dan adik – adik aku ni.

Sampaikan kami 4 beradik berebut – rebut nak jadi ask4r macam abah bila kami besar nanti. Aku ingat lagi dulu, kami tak ada kereta, abah beli kereta corona secondhand buruk sebab katanya nanti senang aku dengan mak nak balik kampung, tak payah susah – susah naik bas lagi.

Masa aku 4 tahun, mak beranakkan adik aku, Dina. Masa tu ekonomi gawat, abah tak cukup duit, makanya terp4ksa abah jual kereta kami demi menampung kelangsungan hidup. Dina pulak dilahirkan tak cukup bulan, Dina s4kit kulit, merata – rata abah dengan mak bawak Dina berubat.

Syukur Alhamdulillah sekarang Dina dah pulih dari s4kit kulit dia dan dah membesar jadi anak d4ra yang cantik. Selang dua tahun, mak beranak lagi. Kali ni adik aku kembar dua orang lelaki. Adam dan Addin. Adam dengan addin rapat betul dengan abah.

Tidur nak dengan abah, tengok tv nak dengan abah. Pendek kata semua benda nak kena ada abah. Abah pun memang pandai melayan anak – anak. Tiap – tiap hari sabtu, abah pinjam kereta jiran, bawak kami pergi pasar malam, beli ayam goreng, popcorn.

Nanti balik rumah, mak dah siap tanak nasik, abah akan suap nasik panas – panas dengan ayam goreng dan kicap kat semua anak – anak termasuk mak sekali. Abah suap nasik sedap sangat. Menambah – nambah kami semua makan.

Lepas makan nasik, masing – masing akan ambik mangkuk sorang satu, nanti abah bahagikan sama rata popcorn yang beli kat pasar malam tadi. Sebungkus seringgit harga popcornnya. Abah bahagi 4 bahagian pada anak – anak sama rata.

Abah dengan mak kongsi makan berdua sebungkus. Alasan abah, budak-budak tak boleh makan popcorn banyak-banyak. Nanti sakit gigi. Betapa segala memori itu mengigit segenap hati..

Selepas Adam dan Addin 4 tahun, abah berhenti jadi ask4r, katanya nak balik kampung, nak cuba nasib berniaga kat kampung. Kami sekeluarga pindah, ke rumah yang tak siap wiring, tak ada lampu, tak ada kipas. Tapi adanya abah pada masa tu, kami rasa selamat.

Abah buat wiring sendiri, lama – lama rumah yg kami diami sem4kin cantik. Abah rajin bertukang. Pagi – pagi abah berjual nasik lemak yang mak masak, jualan sem4kin hari sem4kin laris, menu pun sem4kin bertambah.

Tiba – tiba, ada orang tak puas hati pada abah, seminggu berturut – turut nasi lemak jualan abah basi pada pukuI 6.30 pagi, orang tak nampak abah bukak gerai. Abah takut ambil risik0, dia ambil keputusan nak berhenti berniaga, abah cuba nasib minta kerja masuk kerajaan semula.

Alhamdulillah, abah berjaya dapat jawatan kerani kat sebuah universiti awam. Dalam masa yang sama, abah tekad sambung belajar. Masa ni keluarga kami susah, abah sibuk belajar, abah selalu pesan pada mak dan anak – anak, jangan risau, abah buat semua ni untuk masa depan kita, untuk kesenangan kita nanti.

Walaupun hidup kami kais pagi makan pagi kais petang makan petang, kami bahagia. Sungguh bahagia. Petang – petang abah bawak kami sekeluarga beriadah di taman, hujung minggu abah kerap bawa kami mandi sungai. Bahagiakan kita waktu itu abah, walaupun tanpa wang ringgit..

Pada awal tahun 2013, aku dapat tawaran sambung degree, sekampus dengan abah, yang masa itu abah sedang dalam final year nak habiskan master. Aku bangga dengan abah, anak orang kampung yang repeat spm tah berapa kali, berjaya sampai ke tahap ini.

Abah waktu ini pun dah bukan lagi kerani, abah dah jadi pensyarah part time di salah sebuah universiti awam jugak. Long story short, kehidupan kami sekeluarga dah jadi sangat banyak berubah. Abah dah jadi orang berduit, entah kenapa aku rasa abah sem4kin menjauh dengan kami sekeluarga.

Tahun 2014 aku kahwin, abah bawa k3jutan di hari bahagia aku yang akan aku kenang sampai bila – bila. Abah bawa isteri muda dia. Yang muncul entah dari mana – mana. Yang kami tak pernah tahu akan kewujudannya. Yang umurnya 3 tahun muda dari abah.

Mak hampir rebah, tapi mak gagahkan diri sebab malu pada semua orang. Malu pada tetamu yang datang, malu pada semua. Aku dah rasa macam taknak kahwin masa tu. Terk3jut sedih marah, semua ada. Adik aku yang kembar baru umur 15 tahun masa kejadian.

Tiba – tiba kami semua berfikir.. Patutlah abah dah tak nak suap kami macam dulu – dulu lagi.. Patutlah abah selalu suruh aku dan Dina ambil lesen kereta cepat – cepat dengan alasan senang nak bergerak ke mana – mana kalau dia outstation.. Patutlah abah selalu balik lewat.. Dan macam – macam lagi alasan yang menyi4t – nyi4t hati dan sanubari kami sekeluarga.

Mak kemurungan, hampir 3 bulan mak cuba nak Iawan kemurungan mak, end up mak mengalah. Kalau betul dah itu jodoh abah, mak terima. Tapi mak cuma mintak abah adil. Mak tau abah mampu dari segi kewangan, sebab tu mak relakan. Kuat dan tabahnya mak.

Mak tiri aku cantik. Aku tak nafikan. Dia orang bekerjaya, berpangkat, Jauh berbeza dengan mak, seorang suri rumah yang berk0rban masa dan tenaga jaga anak – anak. Tapi bagi aku dia tak patut. Tak patut hadir di saat ini.

Umpama dia hadir di waktu dan masa yang salah. Dia juga ada tuduh aku guna – gunakan abah, sump4h anak dalam kandungan aku c4cat. Tapi tak apa lah, tu cerita lain kali, aku dah malas nak cerita pasal dia. Sejak tahun lepas, abah m4kin berubah.

Abah dah jarang balik rumah mak. Kadang – kadang aku drive jauh dari rumah aku ke rumah mak, harapan aku nak spent time dengan mak dan abah. Tapi selalunya aku hampa, hanya mak sorang sambut aku dengan senyuman di muka pintu. Aku sahut senyuman mak, dalam masa yang sama, hati aku cari abah.

Sekarang hampir 8 bulan aku tak jumpa abah. Facebook abah pun dah lama aku tak nampak. Aku whatapp pun dah tak berbaIas, aku call pun dah tak berangkat. Raya ni pun aku cuba nak call abah tapi hampa. Hingga malam raya ke 3, aku bukak akaun fb fake, cuba search nama abah. Tuptup, ada! Ya Allah.. Rindunya aku pada abah.

Raya pertama abah tukar gambar profile, dengan isteri kedua dia, dan anak – tiri dia, 4 orang juga sama macam adik beradik aku ; 2 perempuan dan 2 orang lelaki. Rupanya selama ini abah block fb aku. Aku tak tau nak rasa sedih ke, marah ke, kecewa ke. Yang aku rasa sekarang hanyalah kosong.

Mungkin abah rasa abah dah jumpa pengganti mak dan semua anak – anaknya. Mungkin abah dah tak sayang kami, mungkin abah anggap kami merimaskan abah dan keluarga baru abah. Tetapi percayalah abah, kami merindui abah. Sangat – sangat rindu.

Abah ada bank in 2500 pada mak setiap bulan untuk segala perbelanjaan mak dan adik – adik, tapi mak cakap dah 7 bulan abah tak balik. Kenapa abah sanggup buat kami macam ni. Kadang – kadang aku rasa macam tak percaya. Benarlah orang kata, kebenaran itu meny4kitkan.

Semoga suatu hari nanti, Allah satukan keluarga kita semula, dan kita bahagia macam dulu – dulu. Aku rindu abah suap nasik, rindu menyanyi ramai – ramai dalam kereta, rindu mandi sungai ramai – ramai. Benarlah, kadangkala kehidupan berduit itu yang merupakan ujian buat kita.  Abah baliklah, ila rindu nak civm tangan abah, nak peIuk abah. – Dalila (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Safiah Suleiman : Ya Allah. Sedihnya baca. Benarlah. Kesetiaan seorang suami tu diuji bila dia punya “segala – galanya”. Insan yang ada dengan dia waktu susah dulu dia campak je senang – senang. Harap Allah kurniakan syurga tertinggi untuk kalian. Apa yang berlaku semua ada hikmah. Allah kehendakkan camtu. Moga tt sekeluarga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Ilahi.

N Syahirah Nor : ‘Betapa segala memori itu menggigit segenap hati..’ this sentence hit me hard. Semoga ayah puan kembali ke pangkuan keluarga. Untuk keluarga baru dia, biarlah. Jangan dibaIas perbuatan ayah atau ibu tiri.

Kita tak ada kuasa, tak mampu pun untuk memaksa orang supaya balik pada kita. Hanya doa yang kita boleh buat, berdoalah walaupun ia makan masa, satu hari nanti, Allah akan titipkan kebahagiaan itu semula.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.