
Suami ada simptom, rasa terbakar, ada nanah kecil di mulut, ulser yang banyak, demam, tak ada selera makan dan badan cepat penat. Bila dia civm anak kami, anak pun kena jangkitan…
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika siarkan confession saya kali ni. Nama Kiwi, full time student dan ada anak dua orang. Straight to the point, saya nak tanya valid ke iklan macam ni? Escort9: Nak Cari Amoi? RM190+ 1Shot!! Kuchai, Sri petaling, Cheras, Sunway Dan Banyak lagi!! Adakah kita perlu subscribe dan daftar makluman kita untuk dapatkan iklan – iklan macam ni?
Kisahnya saya tahu husband ada nombor telefon kedua sim 2, yang mana katanya digunakan untuk internet sahaja. Sebab yang nombor telefon yang dia guna sekarang ni kena blacklist, jadi nak guna whatsapp nombor yang blacklist tu dia kena on internet selalu.
Saya pun faham macam tu je sebab saya tahu memang call tak boleh keluar masuk guna nombor sedia ada. Mula – mula bulan 8 tahun lepas lepas message Escort9 masuk dalam telefon suami. Tapi masuk dalam sim 2. Saya abaikan sebab ingat scam.
Dan 14 oktober saya tengok ada lagi iklan Escort9 yang ni masuk. Saya copy message berkenaan dan paste dalam whatsapp untuk tengok link, tapi error. Maybe sebab nombor telefon saya tak sama atau untuk security purposed saya tak pasti.
Tapi bila google “kl**model” memang keluar senarai Pela**r, testimoni, gambar – gambar tak senonoh dan lain – lain. Saya speechless. Nak bertanya suami, suami jenis in denial, senyap dan susah mengaku jika selagi kita tak dapat bukti yang terang, jelas lagi nyata..
Untuk nafkah batin, setiap minggu 2 – 3 kali mesti saya tunaikan. Kebersihan diri memang saya jaga. Sekarang saya sedang menunggu waktu bersalin dan saya akan buat full check up untuk HPV DNA test, STD dan lain – lain untuk memastikan tahap Kesihatan saya. Tapi rasa terkilan tetaplah ada.
Sekarang memang saya tengah kumpul bukti untuk tuntut fasakh dengan suami memandangkan suami tak nak berpisah cara baik. Sudahlah berlaku curang, berjvdi – pernah nampak install apps jvdi di telefon, installs omi dan dating apps yang lain serta mesej perempuan – perempuan lain,
Itu belum lagi gadai barang kemas tanpa pengetahuan saya, dan bila kita bertanya secara elok dia keep in denial, buat – buat tanya yang mana hilang dan lain – lain. Bagi saya cukuplah untuk 10 tahun ni. Saya perlu jaga kesihatan mental memandangkan pernah mendapatkan rawatan MDD di gov hospital yang saya akan gunakan untuk tuntutan fasakh nanti. Mohon kalian berikan kata – kata yang positive dan menjawab persoalan saya diatas tu tadi. Terima kasih semua.
Sambungan… Assalamualaikum dan hi semua, Kiwi sini. Terima kasih semua doakan saya yang baik – baik, doakan urusan saya dipermudahkan semua. Saya sangat hargai komen awak semua. Love sikit. Hihi. Berkenaan dengan confession saya yang lepas
Saya rasa saya dah dapat jawapan walau tak seratus peratus, tapi macam puzzle, semua terputus tapi masih boleh dihubungkan. Klu pertama: Bila saya bersalin, seminggu kemudian, anak saya disahkan secara verbal oleh Doktor KK, suspek herpes.
Ini kerana rupa bintik – bintik nanah kecil menyerupai dan bersambung antara satu sama lain. Rupa macam jerawat nasi kita tapi bernanah berhampiran mata. Waktu ni anak saya berusia seminggu. Doktor KK buat rujukan kepada hospital untuk tindakan segera.
Saya beritahu kepada doktor apa yang saya jumpa mengenai iklan escort girl dan lain – lain. Doktor ambil d4rah dan buat ujian d4rah untuk STD kepada saya. Kepada isteri – isteri yang dapat tahu suami pernah makan luar, atau ada multiple partner, awak boleh bawa bukti – bukti tunjuk ke doktor di KK. Mereka sangat membantu, alhamdulillah, tanpa apa – apa judgement.
Klu kedua: Saya tengok di Google Maps ada nama dua tiga buah hotel di bahagian history, bermula bulan 8 hingga bulan 1 . Saya ada pasang tracker, dan untuk bulan 1 tahun hotel tersebut terletak berhampiran dengan rumah saya. Saya ingat lagi saya tengok tracker tu dan dalam sejam lebih dia ada di situ. Tapi tracker keluar nombor bangunan dan jalan, bukan nama bangunan. Bila saya tally dengan Maps, sama tarikh.
Klu ketiga: Pada bulan 6–7 tahun 2024, ada search history SIM 1 – “amoi M KL”, “Amoi *** se******”, “Cari Amoi” dan semua visited. Klu keempat: Husband menunjukkan simptom herpex type 1. Rasa terbakar, ada nanah kecil di mulut, ulser yang banyak, demam, tak ada selera makan dan badan cepat penat.
Sebab tu anak dapat jangkitan herpex type 1 sebab suami saya civm anak dan dia kata anak kena ruam susu. LOL. Suami menunjukkan simptom sebanyak dua kali, iaitu pada bulan 7 dan bulan 11 (waktu saya bersalin). Klu kelima: Husband tiba – tiba rajin pergi masjid sejak bulan 7 tahun.
Pada saya alhamdulillah, mungkin dah berubah. Tapi adakah dia saja mengaburi mata saya dan jiran – jiran? Wallahu’alam. Klu keenam: Saya tekan link yang suami dapat dalam iklan. Dan link tersebut terus ke laman web langgan Perempuan.
Tersenarai nama – nama P, area yang P cover dan siap ada akaun, kena masukkan nama dan password. Bila saya copy dan saya masukkan ke dalam telefon saya, saya tak boleh akses. Saya telah buat istikharah, tahajud, hajat, Yassin 7 Mubin.
Waktu istikharah saya minta petunjuk. Semoga hujan yang lebat selepas saya buat solat hajat. Hujan turun dengan sangat lebat. Hari kedua, saya solat tahajud, istikharah, hajat dan Yassin 7 Mubin. Agar hujan waktu sekian – sekian yang lain – lain waktu dan masa.
Dan memang hujan turun dengan sangat lebat. Saya berdoa agar semoga dipermudahkan urusan dan apakah pilihan yang terbaik yang saya boleh buat untuk kebaikan saya dan anak – anak. Banyak respon saya terima untuk berpisah. Saya juga telah merujuk kepada dua pakar kaunseling bahawa saya cuba untuk berfikir secara rasional tapi pada masa yang sama saya tak nak in denial.
Saya beritahu semua yang saya jumpa, kaunselor nasihat untuk saya berpisah sebab sekarang dah jangkitkan anak, pada masa akan datang saya sanggupkah kena jangkitan lain? Saya berfikir sejenak dan saya telah ambil keputusan untuk berpisah.
Ini sebab ada beberapa history termasuk pasangan saya curang sebelum ini sampai saya pernah kena MDD, makan ubat Brintalix, PTSD dan lain – lain. Ada yang bertanya macam mana saya jumpa suami saya? Sewaktu belajar di universiti utara tanah air. Kami sekelas dan dia tak mer0kok, tak vape, boleh jaga anak dua orang selama setahun waktu saya belajar full time, soft spoken, tak m4ki orang,
Bercakap dengan ayat yang tersusun dan tidak meny4kitkan hati orang, pandai jaga diri, bertanggungjawab terhadap anak – anak, boleh basuh ber4k, masak, jaga malam, tidurkan anak, mandikan anak seperti Encik Perfect 10 lah. Pagi – pagi dia akan uruskan anak, lipat baju, iron baju, k3jut anak bangun tidur dan jiran – jiran semua puji dia adalah sangat baik dan berkualiti untuk dibuat suami.
Saya uruskan kerja rumah seperti basuh baju, cuci dapur, masak saya yang kerap, suami akan cover jika saya tiada di rumah sewaktu belajar. Bos suami juga selalu memuji dia bila ada company event dan sebut “Kiwi sangat bertuah bersuami A”.
Tapi dark side dia? Saya pohon doa kalian untuk dipermudahkan urusan saya dan beri kata – kata semangat. Bukan mudah untuk mula semula bermula dari kosong. Tapi saya percaya rezeki anak – anak ada selagi kita berusaha. Sekian.. – Kiwi (Bukan nama sebenar)
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.