Masa nikah, suami datang sehelai sepinggang, takde bekas hantaran, duit mas kahwin simpan dalam poket. Aku malu

Sewaktu datang merisik dulu, dikhabarkan dia tak ada pekerjaan tetap, menganggur tapi keluarganya jaga agama, adik – adik hafal quran. Bila bab hafal quran ni aku terus sejuk hati nak terima. Balik rumah mentua, pelik ayah mentua tak suka nak salam..

#Foto sekadar hiasan. Bismillah.. Assalamualaikum… Berat nak cerita hal peribadi, tapi hati yang ters4kiti ini sering rasa ingin berkongsi, ingin meluah. Agar mereka yang samar tentang masalah hubungan aku dengan dia dapat sedikit tafsiran betapa azabnya batin aku bersama dengan bekas suami dulu.

Barangkali aku rasa terdesak untuk berumahtangga kerana mahukan seorang lelaki yang menjadi teman sejati, impian inginkan mahligai syurga yang indah. Tapi realitinya aku sedar diri yang aku tidak cantik, tidak kaya, tidak cerdik dan anak d4ra tua.

Tidak hairanlah kenapa tiada orang yang sudi mengorat atau menjadi teman lelaki, aku cuba sendiri mencari jodoh di laman sosiaI dan biasanya tidak panjang, sekadar perkenalan. Jadi aku sangat sangat pasrah dan berdoa bersungguh pada Ilahi yang telah menetapkan jodoh agar segera hadirnya insan itu.

Dan pada suatu hari, ada jiran datang merisik. Aku nekad jika ada orang meminang terima sajaIah, risau jika ditolak tidak akan ada lagi yang datang. Maka, jodoh aku itu melalui orang tengah. Kami hanya berhubung melalui sms waktu itu, tiada keluar berdua, lantas dia hantar keluarga meminang aku.

Dalam tempoh pertunangan dah mula nampak banyak yang tak kena. Aku suka jika bermesej rindu tapi dia agak serius dan suruh aku topup kan kredit. Dia ajak bernikah segera sebulan lepas bertunang seperti tergesa tapi keluarga nasihatkan ambil masa tiga bulan agar tidak timbul fitnah.

Urusan perkahwinan aku buat sendiri, naik turun butik, beli cincin kahwin, pergi pejabat agama. Dia ada datang menghantar duit hantaran yang cuma bernilai 3k. Dan majlis kenduri kahwin mencecah 15k. Dari awal seakan dia tidak bersungguh mahu menjadikan aku permaisuri hati.

Bayangkan datang akad nikah tak bawa apa – apa dulang, duit mas kahwin hanya di dalam poket, lafaz akad nikah sehingga tujuh kali, lepas akad boleh balik tak sempat nak bergambar. Waktu itu aku malu dengan kawan, dengan saud4ra, dengan orang kampung.

Kakak aku dah menunjukkan ketidakpuasan hati. Aku mengadu terk3jut dengan sikapnya kepada ibu bapa aku. Di hari pertama aku sebagai isteri hati dah ters4kiti. Tiada kenduri di beIah lelaki, aku mengikutnya balik ke rumah keluarganya dengan meminjam kereta ayah aku.

Keluarganya besar, 10 adik beradik, dia anak sulung. Sewaktu datang merisik dulu, dikhabarkan dia tak ada pekerjaan tetap, menganggur, tapi keluarganya jaga agama, adik – adik hafal quran. Bila bab hafal quran ni aku terus sejuk hati terima saja dirinya tanpa selidik siapakah dia sebenarnya.

Dan aku terkedu dengan melihat keluarganya. Ayahnya jenis cakap menengking, cakap besar bab – bab agama konon semua tahu, adik – adiknya sekolah madrasah ulum, hafal quran tapi ketawa mengiIai, duduk rumah baju ketat kain terbeIah, keluar rumah jubah hitam berniqab.

Aku banyak makan hati dengan layanan keluarga dia, mereka seperti tak suka diri ini, terutama ayahnya. Jika balik ke rumah mentua nak bersalam dengan ayahnya pun susah sebab dia tak pandang, Jika memasak, ayah mertua tak makan, kata tak kena cara masak. Jadi jika aku duduk rumah mentua memang makan hati.

Suami pula jika ada yang tak kena akan tengking depan keluarganya. Berubah air muka aku, s4kit hati, memang selalu niat nak bercerai. Tapi pujuk hati agar sabar, malu jika bercerai, tunggu 5 tahun mungkin hidup akan stabil… Nyata lebih teruk.

Kami tak mampu kumpul harta, duduk di rumah mak ayah, tiada kereta pinjam sahaja, duit simpanan terp4ksa disembunyi dari pengetahuan suami kerana dia langsung tiada simpanan. Duit simpanan aku sem4kin susut kerana tidak menyimpan selalu keluar.

Selepas kahwin aku masih kerja, dia banyak di rumah memilih kerja atau malas, jadi aku keluar pagi balik petang dia merungut, isteri mesti selalu ada di rumah, siapkan makan pakai tidur. Aku melihat pemikirannya terlalu ortodok dan sempit.

Sering juga bertelagah tak sefahaman. Contoh dia tak bagi aku mengundi kerana kata politik kotor, aku ikutkan, dia kutuk dan komen itu ini tentang kerajaan, aku pening. Yelah apalah sumbangan dia untuk negara sumbangan untuk isteri pun berkira.. B0doh sombong.

Itu belum dia komen orang agama, imam ni salah, mufti tu tak betul, sehingga mak ayah aku pun dia cari kekurangan. Aku tahan sabar. Apa ertinya perkahwinan jika tidak suka dan bahagia. Rezeki adik – adik perempuan dia berkahwin dengan keluarga alim dan bekerjaya bagus.

Aku bagai kecil hati, sebab kami miskin, bila balik kampung tak bawa apa sangat buah tangan tapi jika keluarga adiknya balik macam – macam benda berharga, enak dan cantik dibawa untuk mentua. Sungguh jika kami balik bagai tak dirai jika adik ipar balik macam – macam lauk mahal beli. Aku kecil hati dan tak pandai ambil hati..

Bab ilmu agama juga cetek, mengaji tak betul, jadi sering pasang sahaja alunan mengaji dari henfon sehingga diperli henfon pula yang dapat pahala. Aku hairan orang yang alim hafal Quran tapi mulut suka sindir, mengumpat diri aku, bab solat ngaji mereka ok.

Cuma suami aku memang tak ok. Solat ikut suka, aku tak pernah berkesempatan menjadi makmumnya kerana dia langsung tak menunggu aku dan jika aku sempat dia solat sangat laju. Dia pandai mengaji jika aku tanya dia tak mahu tunjuk.. kami sangat bermasalah komunikasi..

Selepas dua tahun baru aku dapat hamil, aku sangat bersyukur, tapi bila aku beritahu dia hanya diam seperti tiada perasaan, aku kecewa, aku cemburu melihat orang yang suka share aksi suami bila tahu isteri mengandung sangat teruja dan dia diam buat tak tahu.

Sepanjang mengandung dia langsung tak bertanya masalah, aku pergi seorang ke kIinik, beli barangan baby sorang – sorang. Waktu nak bersalin pun dia buat tak tahu je, tidur je kita dah s4kit sangat baru dihantar ke hospitaI, lepas bersalin tak dapat hubungi suami rupanya dia tidur dalam kereta.

Terkilan, sepatutnya dia tolonglah banyakkan berdoa agar dimudahkan segala. Sepanjang berpantang dia hilangkan diri, aku berpantang di rumah mak ayah aku, mak ayah aku sering juga mengeluh dengan sikap lepas tangan dan kurang memberi nafkah.

Aku sedih sangat mujur tak mer0yan je. Aku selalu fikir nak cerai tapi pujuk hati sabar terutama bila ada anak, kasihan anak nak kasih seorang ayah bersama ibu. Rupanya aku berpantang dia main perempuan lain.. S4kitnya hati hanya Tuhan yang tahu. Aku tengok je permainan dia sejauh mana.

Aku anggap sikap dia sangat lain macam, tak sama seperti orang lain. Aku sanggup tak keluar dengannya termasuk pergi kenduri kerana dia akan s4kiti hati aku. Dia per0kok tegar, mer0kok depan depan orang sahaja kadang – kadang dengan berjubah berserban berjanggut tapi r0kok berkepul. Rupanya, dia sebenarnya kaki n4jis d4dah.

Panjang ceritanya, sebenarnya aku dah lama syak tapi tiada bukti sehingga orang lain yang beritahu. Bayangkan betapa kecewanya aku dapat suami seorang pen4gih d4dah. Bila aku mengadu pada keluarga mertua, mereka buat tak tahu, yang mereka tahu cari salah aku.

Main perempuan, pen4gih, tak bagi nafkah, tak sefahaman, aku tak serasi keluarga mentua, dia tak hormat mak ayah aku, tak ambil peranan jaga anak, kenapa aku mesti terus bertahan dengan perhubungan yang retak menanti beIah??

Lama, tujuh tahun baru aku bersungguh meminta cerai, selepas berkali solat istikharah, akhirnya dia lepaskan talak. Aku rasa bebas. Bebas dari rasa kecewa dan s4kit hati tapi sebenarnya aku juga sedih, anak ini terp4ksa melalui kehidupan dengan ibu dan ayah berpisah.

Sepanjang tujuh tahun, must4hil tiada langsung kebaikan darinya. Ada, kenangan itu sering membuat aku termenung bersedih kerana pasti aku juga ada kelemahan dan keburukan yang tidak melayakkan aku lulus sebagai isteri dan menantu.

Sesuatu yang agak terkesan kini, aku disahkan mengidap peny4kit kr0nik yang jangka hayat tidak lama. Aku mula memikirkan takut s4kit dan takut kem4tian tanpa bersedia, aku rasa sangat kurang amalan dan memikirkan anak yang akan ditinggalkan, adakah hak jagaannya akan diberi kepada bapa.

Aku muskil dengan sikap buruk bapa mereka.. Aku mula s4kit – s4kit dan aku tak mahu menyusahkan ibu bapa aku jika aku s4kit.. Adakah ini kifarah.. – Eida (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

NurAz Wan : Saya harap perempuan bujang yang membaca confession ini akan ambil iktibar. Jangan kahwin hanya sebab takut jadi andartu. Biar tidak khwin pun, selagi ada ibu bapa, ada adik beradik. Kalau mampu boleh ambil anak angkat, terutama anak yatim. Banyak cara untuk bahagia dari memperjvdikan nasib kahwin dengan lelaki yang dari awal sudah nampak sisi gelapnya.

Hazwani Abdullah : Kalau ikutkan memang hak jagaan anak lepas isteri meninggaI jatuh pada bapanya. Tapi kalau dapat buktikan yang dia tu pen4gih d4dah tak bekerja semua, memang boleh dapat hak kepada sesiapa yang sis percaya nak letakkan hak jagaan anak tersebut. InsyaAllah umur sis panjang untuk besarkan anak. Dalam masa yang sama sis bleh jugak buat wasi4t siap – siap.

Langit Awan : Sedihnya.. semoga confessor dilimpahkan rezeki berjaya di dunia dan di akhirat. Yang luaran lain dalaman lain ni yang b4haya sebab kite tertipu dengan mereka. Bukan bab penunggang agama je, luaran seperti kakak, abang, caring, naif, tapi hakik4tnya niat jahat. Sebab tu bagi saye sekarang cukuplah Allah bagi aku. Allah paling sayang kite lebih dari seorang ibu. Ni yang saye pernah baca.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.