Masa saya berg4duh tarik rambut dengan betina tu, saya tertumbok muka ibu mertua

5 tahun kahwin kami masih tak ada zuriat, menambahkan lagi kebencian mertua pada saya. Suatu hari tiba – tiba mertua suruh kami balik kampung. Beria dia masak katanya ada tetamu. Rupa – rupanya calon isteri untuk suami, ibu mertua kata saya manduI, suami berhak kahwin lain..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum nama saya Misya (bukan nama sebenar). Berumur 35 tahun dan berkerja dalam bidang professional. Maafkan saya jika coretan saya agak panjang. Saya bertemu dengan Hariz (bukan nama sebenar) semasa sama sama latihan penjawat awam.

Pertama Kali melihat Hariz terus saya “cair”. Semua ciri – ciri lelaki idaman saya ada pada Hariz. Chinese look, berbadan tegap, tinggi dan soft spoken. Saya pula biasa, berkulit sowo matang dan tinggi. Saya bukan kategori perempuan yang cantik.

Jadi saya pendam saja perasaan. Takut kena reject. Setiap kali berselisih saya akan berikan senyuman yang paling manis boleh. Kalau ada peluang memang saya akan curi – curi pandang dia. Bila terp4ksa bercakap memang saya akan control habis.

Control ayu orang kata. Mungkin ini yang dinamakan cinta. Dipendekkan cerita, setelah tamat latihan, saya ditempatkan di utara tanah air manakala Riz di tempatkan di Putrajaya. Suatu malam, saya menerima SMS dari nombor yang tak dikenali.

Masa tu saya meIompat riang bila tau itu adalah Riz. Ya, Riz lelaki idaman saya. Happy sangat saat tu. Riz kata dah lama perhatikan saya, cuma bila dah confirm kerja, baru berani nak approach. Hati saya jangan cerita la, berbunga bunga.

Saya sanggup balik kampung tiap – tiap minggu masa tu. Sebab nak jumpa dengan Riz. Orang tengah angau, lautan api pun sanggup ku renangi. Memang perjalanan cinta kami smooth saja, selepas beberapa bulan kami buat keputvsan untuk berkahwin.

Oh ya, saya dan Riz sebaya. Keluarga saya dari negeri beradat manakala Riz dari Selatan. Keluarga saya merestui hubungan kami tapi lain pulak keluarga Riz. Semua setuju kecuali ibu Riz. Ibu mohon supaya Riz berfikir semula kerana susah jika berkahwin dengan dengan orang dari negeri beradat seperti saya.

Pemahaman mereka jika bercerai nanti tinggal sehelai sepinggang. Adik beradik Riz semua berkahwin dengan orang satu negeri. Jadi keputvsan Riz untuk berkahwin dengan saya mendapat tent4ngan dari Ibu. Kami tekad untuk berkahwin.

Riz kata lepas kahwin mesti hati ibu lembut. Ya, saya juga berfikiran begitu. Mana mungkin saya tolak Riz, dia lelaki paling saya sayang masa tu. Riz minta saya cuba ambil hati ibu lepas kahwin. Urusan majlis perkahwinan kami berjalan lancar, majlis di tempat saya memang meriah dan di sebeIah Riz buat kecil – kecilan.

Ibu tak suka jadi adik beradik Riz sahaja yang tolong uruskan. Alhamdulillah selesai majlis kami. Sebelum saya lupa, Riz adalah anak Mak. Memang Ibu adalah segalanya bagi dia. Riz tak pernah membantah arahan ibu kecuali kahwin dengan dengan saya.

Riz pujuk ibu untuk izinkan. Walaupun ibu tak suka, tapi ibu izinkan juga. Di awal perkahwinan, kami PJJ tetapi selepas beberapa bulan, Riz minta saya berhenti dan duduk dengan dia. Riz minta saya mohon untuk tukar atau berhenti.

Ya saya setuju untuk berhenti dan duduk dengan Riz sebab permohonan untuk tukar tak diluluskan. Di fikiran saya masa tu, saya cuma nak duduk dekat dengan Riz. Rezeki saya, dalam masa sebulan saya mendapat kerja berdekatan dengan kawasan kami.

Saya dan Riz memang happy sangat masa tu. Saya lagi la bahagia, Riz ada depan mata dan dapat kerja. Saya betul – betul 0bses dengan Riz. Riz sorang yang fit dan pentingkan kesihatan, jadi saya memang ikut dia bersukan dan gaya hidup sihat dia.

Saya memang akan cuba jaga penampilan dan cuba nampak sempurna depan Riz. Setiap pagi saya akan bangun awal dari Riz sebab saya tak nak dia tgk muka saya serabut. Saya akan buat sehabis baik selagi boleh. Saya akan cuba sedaya upaya bersiap awal untuk elak nampak serabut depan Riz.

Perjalanan kerjaya dan kewangan kami juga baik. Saya memang agak workh0lic, rajin training dan ambil cert. Jadi, saya selalu tukar kerja untuk dapat gaji yang lebih stabil. Walaupun sibuk berkerja, saya tetap akan cuba layan Riz dengan sehabis baik.

Ibu mertua seperti dari awal memang tak suka saya, jadi apa yang saya lakukan semua tak kena. Setiap kali pulang ke rumah mertua memang saya akan makan hati. Kalau saya masak mertua tak akan makan lepas tu akan minta biras atau adik ipar masak lauk baru.

Takut saya letak r4cun katanya. Saya dah cuba bermacam cara untuk untuk ambil hati ibu, belikan hadiah, berikan duit, masak, kemas rumah tapi semua tak menjadi. Tiap – tiap tahun, hari raya pertama, kami beraya di kampung Riz ini termasuk Hari raya Haji.

Kalau ada kenduri sebeIah keluarga Riz dan saya, saya akan mengalah. Saya dah cuba sedaya upaya namum saya tetap dibenci. Ibu tak kan berhenti membebeI setiap kali kami balik. “Habislah anak aku tinggal sebeIah sepinggang”, “anak aku dah kena ubat guna guna”.

Macam – macam drama dan h1naan saya terima. Kalau tak tahan sangat saya akan masuk bilik dan menangis sepuas hati. Biasanya Riz akan datang memujuk. Minta saya sabar dengan ibu. Masa ni saya rasa lega. Ya, setiap kali saya dih1na, Riz akan pujuk.

Pak Mertua, ipar dan biras semuanya sangat baik. Itu antara faktor saya boleh bertahan. Setelah usia perkahwinan kami hampir 5 tahun, kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun, sepanjang perkahwinan kami sangat bahagia.

Kehidupan kami sangat bagus. Siang kami berkerja, setiap malam kami akan bersembang luangkan masa tentang kerja dan kehidupan di pejabat. Lepas tu layan movie sama – sama. Bila hujung minggu kami akan holiday, jalan – jalan, tengok bola.

Pergi sokong JDT, Sokong Harimau Malaya (Rindunya masa ni). Lepas kahwin Riz memang minta saya jangan aktif di media sosiaI. Jadi, saya memang tak bukak FB, IG dan lain – lain platform. Kami habiskan banyak masa bersama.

Memang saya wanita paling bahagia di dunia pada masa tu. Ibu pula memang tak berhenti membenci saya. Saya dipanggil perempuan manduI, tak guna, perempuan sih1r dan banyak lagi. Selagi Riz ada dengan saya, saya bertahan.

Suatu hari, ibu menelefon Riz minta kami ambil cuti dan balik segera. kami tergesa – gesa balik malam tu juga. Sampai di rumah, ibu tersenyum – senyum di pintu dan minta Riz rehat sebab esok ada perkara penting katanya. Esoknya, ibu kerah biras dan ipar untuk masak sedap – sedap.

Rupanya ada tetamu nak datang. Apa yang penting? Kenapa nak minta kami balik? Macam – macam perkara di fikiran saya. Dari jauh saya nampak ibu memeIuk tetamu tersebut. Nampak sangat mesra. Saya kenalkan tetamu tersebuat sebagai Sara.

Seorang gadis yang putih melepak, berkaca mata dan agak chubby. Ibu minta Riz ke ruang tamu untuk berkenalan. “Ini Sara, ibu nak Riz kawin dengan Sara” . Masa ibu sebut kahwin, jantung saya terus berdegup laju. Tangan Riz saya genggam erat. Ya Allah, dugaan apa ni.

“Sya kan manduI, Riz kena kahwin untuk zuriat,” ujar ibu. Riz tunduk, diam tak keluarkan apa – apa perkataan. Saya rasa dunia gelap, terus lari masuk ke dalam bilik. Menangis sepuas hati, kemas beg dan terus balik Selangor. Dari Saat itu start baca bl0g dan artikel berkaitan “trying to c0nceive” cara untuk hamil.

Saya cuba kawal em0si, berfikiran positif, makan makan sihat, workout dan doa kepada Allah yang satu. Sara masih mengganggu Riz. Saya abaikan tentang Sara. Saya cuba kekal positif dan percayakan Riz. Beberapa bulan kemudian, alhamdulillah saya hamil.

Riz dan saya sangat gembira. Rasa macam mimpi. Terima kasih ya Allah. Terima kasih. Riz ambil pembantu rumah untuk tolong buat kerja rumah. Memang Riz betul – betul menjaga semasa saya hamiI sehingga melahirkan dan berp4ntang.

Saya melalui semua prosess tersebut dengan tenang dan gembira. Kami dikurniakan anak lelaki yang kami namakan sebagai Anaz. Riz sediakan semua keperluan kami. Setelah saya habis p4ntang, baru Riz bawa saya balik ke rumah mertua.

Ibu seperti biasa tak sukakan saya dan memang anak saya pun dia tak suka. Anak saya lebih mirip dengan saya. Senang cerita Anaz pun mendapat nasib macam saya. Tak disayangi. Rancangan ibu untuk madukan saya tak pernah berhenti.

Semasa PKPP dan boleh rentas, ibu datang ke rumah kami di Selangor. Masa tu terk3jut sebab ibu tak bagitau nak datang. Rupanya ibu datang dengan Sara. Gigih Sara tolong drive bawa ibu ke rumah kami. Ibu datang sebab nak pujuk Riz kahwin dengan Sara.

Ibu dan Sara plan nak bermalam di rumah kami. Saya member0ntak, cuba tunjukkan pada Riz yang saya tak suka Sara. Isteri mana kat dunia ni yang suka kalau ada orang ketiga siap nak bermalam kat rumah. Tapi Riz minta saya layan ibu dengan baik.

Ibu datang dari jauh. Saya pelik sebab tak sangka wujud lagi perempuan yang langsung tak ada rasa malu. Saya isteri Riz yang sah, tapi dengan tak malunya menggedik dengan Riz. Ibu terus terang kata nak cepatkan tarikh kahwin Riz dengan Sara.

Kali ni saya bersuara, saya kata pada ibu yang saya tak akan izinkan. Riz tak ade sebab nak kawin lagi 1. Berlaku pertengk4ran antara saya dan Sara. Sara kata dia ada hak nak kahwin dengan Riz sebab Ibu dah berjanji dan Riz mampu.

Ibu pula tak habis habis nak h1na saya. Saya hilang sabar dan terus tarik Sara. Berlaku pergeIutan antara kami malam tu. Saya lepaskan semua yang terbuku selama ini, saya tarik tudung, tumbvk muka, Iempang dan beIasah Sara cukup – cukup malam tu.

Sara pula sempat tarik rambut saya. Memang s4kit tapi hati saya lagi s4kit. Ibu nak tolong Sara, tapi Riz tahan ibu. Riz cuma kata, “stop it Sya. Stop!” Sara dah menjerit s4kit tapi saya masih belum puas. Tangan saya tak henti – henti pukuI Sara.

Ibu lari nak tolong Sara dan masa ni Saya tak sengaja tertumbvk muka ibu. Betul, Saya tak sengaja. Ibu menangis menjerit – jerit seperti hist3ria. Ibu mengatakan saya perempuan jahat sebab sanggup pukuI orang tua. Riz peIuk untuk tenangkan ibu.

Sara pun peIuk ibu juga. Hati saya yang masih belum reda minta Riz buat pilihan sama ada Ibu atau saya. Ya, inilah perkara paling b0doh yang saya pernah ungkapkan. Riz pilih ibu. Sepatutnya saya tak perlu beri Riz pilihan. Dunia saya terus menjadi gelap.

Saya lari masuk ke bilik dan menangis sepuas hati. Menangis dengan harapan Riz datang pujuk. Saya menangis sepanjang malam. Buat kali pertama, Riz tak datang pujuk. Esoknya saya terus cari Riz. Rupanya mereka semua dah balik ke rumah Ibu malam tadi.

Banyak barang – barang saya kena bawa. Kuali, Thermomix, Cooker, Diffuser, EO dan banyak lagi la. Maid pun dorang angkut sekali. Sedih. Kalau saya tahu Riz nak pergi, mesti saya tahan. Saya call adik minta dia datang untuk uruskan Anaz.

Saya sambung menangis dalam bilik. Menangis sepanjang hari. Saya call Riz, dia tak jawab, saya wasap dia, dia tak reply. Saya menangis sepuasnya dalam bilik. Saya apply cuti. Saya tak boleh buat kerja dalam keadaan sekarang.

Beribu – ribu SMS dan wasap saya bagi Riz tapi tak ada jawapan. Selang 2 hari lepas tu baru Riz baIas. Riz lafazkan taIak melalui wasap. Saya dah diceraikan oleh orang yang paling saya sayang. Dunia saya gelap lagi. Ya Allah.

Saya habiskan masa menangis di dalam bilik dan berharap semua ni adalah mimpi. Saya masih tak boleh terima kenyataan. Riz segala – galanya bagi saya. Mak dan Abah datang dari kampung. Masuk ke dalam bilik saja, Mak terus peIuk saya.

Mak kata saya kena kuat. Walaupun Riz dah tak nak dengan saya, tapi Mak tetap sayang saya. Saya menangis lagi. Menangis semahu – mahunya. Saya nampak mata abah bergenang. Saya tak kuat. Semasa dalam Iddah saya masih pujuk Riz untuk rujuk.

Saya hantar beribu – ribu wasap dan call. Setiap malam saya akan bagitau yang saya cintakan Riz dan merayu supaya terima saya kembali. Namun tak ada baIasan dari Riz. Selepas habis tempoh Iddah, baru Riz bagi wasap yang panjang berjela.

Kesimpulannya, Riz mohon maaf sebab tak dapat nak bersama dengan saya lagi. Air mata saya gugur lagi. Saya masih belum boleh menerima yang saya memang tiada j0doh dengan Riz. Kadang – kadang saya sengaja letak status wasap gambar gambar Anaz dengan harapan Riz akan respond.

Ya, biasanya dia akan respond kalau saya letak gambar Anaz. Sampai begitu sekali saya cari perhatian dari Riz. Boleh dik4takan hampir setiap hari Riz akan Facetime dengan Anaz. Hubungan kami baik cuma kami tiada j0doh. Bila Riz wasap kata “Stay strong Sya”.

Itu pun dah cukup buat saya. Mencintai tak semestinya memiliki. Sekurang – kurangnya saya pernah rasa sangat bahagia dengan Riz. Memori paling indah dalam hidup saya. Hari ini, saya cuba bina hidup baru. Cuba lupakan Riz.

Tumpukan perhatian pada Anaz. Kembali pada Allah. Mencintai Allah pasti tak akan kecewa. Doakan saya supaya saya Istiqamah. Aktif kembali di medsos dan harap dapat berkawan dengan kelompok orang – orang yang positif.

Mungkin pembaca confession ini oleh cadangkan kepada saya group yang boleh saya join untuk kekal positif. Buat Ibu, Sya minta maaf sebab pukuI ibu. Halalkan makan minum Sya dan maafkan semua kesalahan yang pernah sya buat.

Buat Riz, saya doakan awak setiasa Bahagia. Terima kasih sebab pernah bahagiakan saya. Saya adalah Wanita terpaling bahagia – dulu. In Shaa Allah, saya juga nak jadi terpaling bahagia untuk masa akan datang. Wanita Bahagia, – Misya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Annie Mohd : Move forward sis. Time will heal. Allah tests us with what we love. Seperti sejarah Nabi Ibrahim yang sanggup meng0rbankan anaknya. Walau kita tak semulia nabi – nabi, ambil semangatnya pun dah cukup. Hal your ex dan mak mertua tu biarlah Allah mengadilinya.

Takkan terlepas walau sebesar kuman. But while mending your heart jangan lupa tuntut semua hak kat mahkamah. Ni untuk menghargai diri sendiri yang pernah jadi seorang isteri yang baik. Dan hak anak you juga.

NurAz Wan : Sebenarnya, j0doh memang setakat itu saja. Yang lain – lain tu cuma penyebab saja. Di sebalik keIukaan itu, tentu ada sisi positif kalau mahu dicari. Kalau teruskn anak puan tentu jadi m4ngsa pilih kasih si nenek dan mak mertua juga takkan berhenti mengganggu rumahtangga kalian.

Sekurang – kurangnya puan pernah bahagia. Allah sudah kata, bahagia di dunia ini cuma sementara. Bahagia yang palsu. Bahagia yang kekal cuma di syurga. Syukurlah pada yang pernah merasa bahagia di dunia, walau ianya cuma umpama tempias saja berbanding bahagia sejati. Sama – sama kita berusaha, agar kita dapat menggapai bahagia sejati di syurga.

Nurul Shahedda : Yang ni confession yang kali berapa mertua selatan tak suka orang dari negeri beradat. Takde orang yang berkahwin untuk bercerai. Makcik punya pikiran kolot sangat sampai sanggup runtvhkan rumah tangga anak sendiri, jahat sungguh.

Dah tu pergi rembat barang – barang dalam rumah menantu, sama macam confession sebelum ni. Moga misya lebih bahagia dan dikeliIingi orang yang baik – baik dan positif.

Ct Zuriah Yahaya : Aku tulis padam banyak kali ni.. Tapi nak cakap padan muka mak mertua kena tumbvk. Memang Allah dah letak rezeki dia makan penumbvk hari tu. Be strong sis. Jaga anak, cari bahagia untuk diri sendiri dulu.

Tuntut harta sepencarian, hak anak, nafkah eddah, nafkah mut’ah. Kalau sis perIukan bantuan dm saya yer. Saya bukan peguam tapi sebab ex-laki sis tu kakitangan awam lagi senang la citer dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.