Mama janda anak 5, tak bekerja. Saya yang bekerja bagi duit untuk mama dan adik – adik. Mama datang rumah saya minta duit. Saya halau mama, saya suruh suami halau mama. Lepas seminggu mama whatsapp..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rga Facebook, kepada admin terima kasih sudi siarkan kisah saya. Setelah hampir 2 tahun memendam rasa, akhirnya di sini juga untuk saya meluahkan apa yang saya rasa dan ingin mohon pendapat w4rga facebook. Mohon maaf jika penulisan saya yang agak panjang.
Saya berumur 36 tahun dan suami pula berumur 44 tahun. Alhamdulillah, rumahtangga kami bertambah indah apabila Allah hadirkan seorang anak lelaki selepas berusaha mendapatkan anak selama 10 tahun. Sepanjang kehidupan saya dari bujang sampai lah berkahwin, saya menggalas tanggungjawab sebagai kakak dan ketua keluarga kepada 3 adik beradik perempuan saya.
Alhamdulillah, semua dari mereka ada yang sudah bekerja dan masih belajar. Masalah bermula apabila saya mula mengandung 2 bulan dan suami bercadang untuk saya berhenti kerja. Saya pernah keguguran sebanyak 6 kali atas faktor – faktor tidak cukup rehat dan kesihatan, tambahan pula perjalanan ke tempat kerja agak jauh (1 jam 24 minit).
Pada mulanya, saya agak berat hati tetapi berlaku pend4rahan di usia kandungan 4 bulan. Suami pujuk lagi untuk berhenti kerja sebab syarik4t tidak membenarkan cuti 1 tahun tanpa gaji. Maka, saya pun berhenti.
Alhamdulillah, memang gaji suami lebih dari cukup untuk menyara “kami”. Saya bekerja sebab memikirkan gaji yang agak lumayan dan galas tanggungjawab pada keluarga. Untuk pengetahuan para pembaca, dari saya remaja sampai la mengandung 9 bulan, saya tidak pernah sekalipun lupa untuk menghantar belanja kepada mama (mama saya janda anak 5 dan tidak bekerja).
Tibalah waktu saya bersalin, suami saya call mama saya untuk bagitahu saya sudah selamat bersalin di Johor Bharu. Tak terlayan ucapan tahniah, WhatsApp call dari kawan – kawan dan sahabat serta juga adik beradik saya.
Yang sedihnya, tiada 1 panggiIan dan WhatsApp pun dari mama saya selepas saya bersalin. Malah, ibu mentua saya yang tidak putus – putus call dan bertanya khabar. Saya cuba call mama tapi dia reject. Saya WhatsApp tapi cuma dibaca tanpa dibaIas. Saya tanya adik – adik, mereka cuma membisu.
Bermula saya berpantang ditemani suami (suami cuti 2 minggu) untuk menguruskan saya. Agak lewat nak cari penjaga pantang sebab saya ingatkan mama saya akan jaga saya seperti yang dia janji. Sedangkan adik saya dah ready untuk menghantar dia ke rumah saya, tapi dia kata dia tak nak tanpa bagitahu sebab apa. (Rumah mama di Rawang).
Sepanjang saya bawa anak saya balik ke rumah dan berpantang, setiap masa dan saat air mata saya tak pernah berhenti mengalir airmata mengenangkan apa salah saya sampai mama saya tak pedulikan saya. Jika ada salah, saya faham.
Saya m4ti akal mencari apa salah saya sampai mama buat macam ni. Sampai penjaga pantang agak marah dengan saya sebab dia takut saya mer0yan. Ya, saya dapat penjaga pantang last minute recommended from my bestie.
Saya cuba call berkali – kali, tak putus WhatsApp yang saya bagi tapi tidak dilayan oleh mama saya. Cuma adik – adik saya ada datang melawat. Sampaikan suami saya call pun mama saya reject. Hati saya m4kin r3muk bila mana saya tahu mama saya dan kakak saya pergi bercuti ke Bangkok semasa saya tengah berpantang.
Habis berpantang, saya ada balik ke Rawang untuk berjumpa mama saya tapi maIangnya mama saya ikut rombongan Family Day biras dia ke Krabi. Masa itu, saya memang nekad, saya tak akan bagi lagi duit bulanan macam sebelum ini. Diam tak diam. berlalulah masa selama 1 tahun 2 bulan.
Tiba – tiba satu hari, mama kata nak datang rumah dan kami sambut macam tak ada apa yang berlaku. Masa mama saya pegang anak saya, saya berlari ke dapur konon – konon terlupa tutup api gas, sebenarnya saya menangis kerana anak saya sudah 1 tahun lebih baru kenal nenda dia.
(Panggil neknda sebab anak – anak buah saya semua panggil neknda). Tak macam anak – anak kakak saya, semuanya mama saya yang uruskan ketika berpantang. Mama saya datang sebab nak tinggal dengan saya. Katanya, senang biar dia jagakan anak saya dan saya boleh bekerja lagi.
Dia kata boleh bayar dia macam pengasuh yang lain sebanyak RM500. Muka suami saya memang agak lain. Lalu saya terus tanya mama saya, mana mama masa 1 tahun 2 bulan ini? Kenapa sekarang baru datang? Apa saya ada lakukan apa – apa salah sepanjang menjadi anak mama? Dan apa salah saya?
Dia cuma jawab, “Mama tahu mama salah, setiap orang lakukan kesalahan, mama minta maaf.” Hahahaha, semudah itu. Saya tak tahu apa yang ada dalam benak fikiran dia. Saya jaga adik – adik saya macam anak sendiri. Saya galas tanggungjawab yang sepatutnya dia galas.
Saya sediakan rumah untuk dia berteduh. Saya tanggung segala – galanya seorang diri sampai diri sendiri tak ada apa. Saya buka pintu, saya cakap, “Mama, kakak balik lah.” Saya pun naik atas bawa anak saya. Saya cakap kat suami, “Abang tolong suruh mereka balik dan jangan pernah datang sini lagi.”
Hati saya s4kit, hati saya r3muk. Saya tahu saya berd0sa halau mereka. Tapi saya nak elakkan lidah saya dari lebih berbisa dan mengungkit segala hal. Ada ke yang pernah rasa macam saya rasa? Ket4gih kasih sayang mama dari kecil?
Kenapa lahirkan saya? Mama lahirkan saya untuk besarkan anak – anak dia ke? Macam – macam persoalan di otak saya. Selepas 2 minggu kejadian itu, mama saya ada WhatsApp minta duit belanja. Dan dia kata, “Kenapa nak jadi anak derh4ka?” Saya block WhatsApp, saya block nombor mama saya.
Saya anak derh4ka ke sekarang? Allah terima tak solat saya? Allah akan buat anak saya macam mana saya buat kat mama saya tak? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran saya. Saya buntu.. apa perlu saya lakukan. Allah marah tak kat saya layan mama saya macam tu?
Komen W4rganet:
Anis Anis : Orang cari kita bila dia perIukan sesuatu je, dik. Jangan sesekali bagi mama tu jaga anak. Tak pasti sebab ikhlas atau sebab duit. Mama ada 5 anak kan, suruh mama minta duit dengan anak – anak yang lain. Kamu terlalu baik, dik.
Sebab tu orang ambil kesempatan. Jangan mimpi bila kita buat baik, orang baIas baik walaupun ahli keluarga sendiri. Tapi maafkan mama tu supaya mental kamu tak terjejas. Apa – apa pun dia masih mak kamu. Pikir anak dan suami sudah.
Chik Yong Cik Lan : Puan dah jalankan tanggungjawab sebagai anak. Sekarang biar adik – adik puan pula ambil tanggungjawab tersebut. Cukuplah suami dan anak – anak yang ada di samping Puan. Teruskan kehidupan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.