Masa suami miskin, ada lelaki kaya datang dalam hidup aku. Suami sanggup ceraikan aku. Satu hari, aku balik rumah, tengok suami menangis sebab mak mertua halau

Lelaki kaya tu siap datang jumpa aku dan suami. Dia jamin akan bahagiakan aku lebih baik dari suami. Suami dengar dan sanggup lepaskan aku asalkan aku bahagia dengan lelaki kaya. Satu hari aku balik rumah, aku nampak suami korek tanah sambil menangis…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, ni Facebook kawan aku. Tolong hide ya, terima kasih admin. Cerita dia macam ni, aku ni suri rumah sepenuh masa dan suami aku kerja sendiri. Ni tahun ke 3 perkahwinan aku tapi perkahwinan aku diuji sangat berat.

Pertama, suami aku diuji kawan tik4m belakang sampai putus sumber rezeki kami. Kedua, selepas tahu suami aku susah, adik beradik belah suami mula jauhkan diri, keluarga aku pula mula berubah sikap pada suami aku. Ketiga, suami aku mula menipu aku dengan pinjam duit sana sini tanpa pengetahuan aku.

Kalau korang nak tahu hutang suami aku dah mencecah RM4000 lebih. Ya, suami aku sanggup buat apa sahaja untuk melihat aku bahagia dan selesa, tapi bagi aku cara yang dia buat tu salah kerana hutang dia ni juga kami berg4duh besar sehingga ramai cadangkan supaya kami bercerai.

Aku tahu perceraian bukan jalan yang terbaik dan aku tahu suami aku menipu mungkin tak nak susahkan hati aku fikirkan soal duit. Aku mahu kerja untuk membantu dia, tapi alasan dia biar dia yang kerja, biar dia yang susah. Dia tak nak aku penat cari duit pikul tanggungjawab dia walaupun aku cakap aku nak membantu dia je. Soal ni pun kami g4duh.

Yang lagi parah bila hadirnya sorang lelaki dalam hidup aku secara tiba – tiba. Dia seorang yang berjaya dan aku mengaku aku selesa dengan dia. Dia tahu aku dah kahwin, dia tahu suami aku susah. Dekat situ dia ambil kesempatan dengan cara belikan macam – macam untuk aku, dengan kasi duit belanja, belikan baju, belikan gelang dan banyak lagi.

Suami aku mula menghidu perbuatan aku ni. Suami aku berbincang dengan aku, katanya dia nak lepaskan aku. Dia nak aku hidup senang, dia nak aku bahagia, dia tak nak aku hidup susah. Oh lupa nak cakap, kami ada bela 20 ekor kucing. Memang sayang sangat – sangat dekat kucing – kucing ni, maklumlah tak ada anak lagi.

Masa suami aku cakap macam tu, aku tanya dia kenapa dia cakap macam ni. Dia jawab yang dia tak nak ada isteri sebab sejak kami kahwin terus hidup susah. Dulu dia senang je, selalu kahwin murah rezeki tapi lepas kahwin dengan aku macam bawa baIa je.

Okey start dari situ kami berg4duh lagi besar sampai jiran – jiran dengar. Masa tu Allah tunjukkan keajaiban pada kami. Kucing yang kami bela tiba – tiba datang. Ada yang peIuk kaki aku dengan suami, ada yang cuba panjat dekat badan aku dan ada yang gesel kepala dekat kaki aku dengan suami. Cara mereka pandang ke arah kami sayu sangat sangat.

Masa tu pula lelaki tu datang rumah kami. Lelaki tu siap cakap lagi, “Saya akan jaga awak lagi baik dari suami awak.” Aku pandang suami aku, aku tatap wajah dia. Aku tanya suami aku betul ke dia nak lepaskan aku. Suami aku hanya diamkan diri dan suruh aku pergi dari rumah.

Ya, dekat situ aku jadi isteri derh4ka. Aku kemas baju terus tinggalkan dia. Lelaki tu hantar aku duduk rumah kawan aku dulu. Sehari lepas tu aku dan suami g4duh, aku suruh lelaki tu hantar balik rumah semula. Aku jalan perlahan – lahan, aku tengok suami aku tengah korek lubang. 3 ekor kucing kesayangan aku m4ti. Aku terkejut, aku nangis diam – diam.

Masa tu aku dengar suami aku cakap, “Sayang, rehatlah puas – puas dekat syurga nanti. Maafkan saya sebab tak mampu jadi tuan yang sempurna.” Bulan ni bulan terakhir dia tinggal dekat rumah sewa ni sebab kena halau dengan mak mertua. Kami sewa rumah mak dia.

Aku tengok dia nangis semahu – mahunya. Aku patah balik. Aku terus pergi dekat lelaki tu, aku cakap aku nak hidup dengan suami aku. Tak kisah susah macam mana pun kehidupan kami, aku tetap nak bersama suami aku. Aku ambil gelang dan rantai emas yang dia bagi tu, aku hulur dekat dia semula.

Lelaki tu puas pujuk rayu tapi aku tetap berkeras masih sayangkan suami dan cukuplah aku jadi isteri derh4ka. Suami aku lebih perlukan aku sekarang dan tu kali terakhir aku jumpa lelaki tu. Sekarang aku bahagia dengan suami aku walaupun kami makan nasi putih tanpa lauk dan kucing aku dari 20 kini tinggal 10 je sebab dah bagi dekat orang.

Itu pun fikir 2 – 3 kali, bengkak juga mata kami ni nangis. 10 ekor ni suami tak nak bagi orang sebab dia kata nanti dia sunyi dan menganggap mereka ni anak – anak kami. Kami makan pun kongsi juga dengan kucing – kucing ni. Tolong doakan kami supaya jodoh kami panjang dan tolong doakan agar suami aku dapat kerja sebab dah 1 minggu cari kerja ni tapi masih belum jumpa.

Kami mungkin akan dihalau dari rumah hujung bulan ni sebab mertua aku nak sewa dekat orang lain. Dia tahu anak dia tengah susah dan tak mampu bayar sewa lagi. Sekarang ni kawan aku yang tolong. Doakan juga agar hati kami kuat dan selalu ingat Allah.

Sekarang dalam fikiran aku, susah macam mana pun kami lagi susah orang – orang dekat luar sana. Itu je cerita aku tamat. Eh sebelum tamat tu, mana tahu ada rezeki suami. Suami aku ni reti berubat orang kecuali babitkan barang hilang tak lepaslah. Bayaran seikhlas hati, kuasa makcik pakcik bukan hebat mana pun, mana tahu ada rezeki kami. Amin.

Ulasan Pembaca :

Firdaus Shakirin : Kalau dalam keadaan terdesak dan sangat – sangat memerlukan duit, awak dan suami boleh kerja di kedai, pasar raya, kilang mahupun jadi security. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk kerja berdasarkan minat atau keinginan. Sekarang masa untuk kerja, untuk dapatkan duit demi kelangsungan hidup. Kerja ada banyak sis, cari betul – betul dan insyaAllah tak makan nasi putih tanpa lauk dah lepas ni.

Azizi Bin Alias : Best jalan cerita. Tahniah kerana tak berputus asa dengan suami. Sy4itan tengah menangis sebab gagal buat korang berpisah. Moga diberkati dan dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Respect awak sis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :