Adik beradik aku semua perempuan. Sehari selepas mak meninggal, pakcik datang tanya harta. Inilah realiti masalah faraid anak perempuan bila berdepan saudara mara yang gelojoh

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

masalah faraid anak perempuan

Bermulanya masalah faraid anak perempuan selepas ibu dan ayah meninggal dunia tanpa anak lelaki, menyebabkan harta pusaka jatuh kepada adik-beradik mereka. Sehari selepas jenazah dikebumikan, ada ahli keluarga yang datang tergesa-gesa menuntut harta arwah abah tanpa memikirkan perasaan kami yang masih bersedih..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Terasa nak cerita pengalaman aku dengan urusan faraid kedua orang tua aku. Aku kehilangan emak pada umur 17 tahun. Officially yatim piatu umur 25. Adik beradik semua perempuan. LagiIah kena faraid bila mereka meninggal dunia.

Masa emak meninggal, urusan faraid diselesaikan oleh abah aku. Adik beradik mak ramai, berbelas ada. Jadi banyaklah proses semua. Masa tu aku memang tak ambil tahu langsung. Jadi bila dah besar ni, barulah tahu cerita sikit – sikit.

Ada pakcik aku, sehari lepas mak pergi, terus pergi dekat abah senaraikan berapa bahagian yang dia sepatutnya dapat. I’m like, whattttt? Apa jadah terus tanya pasal bahagian dia. Kubur mak baru sehari kot. Tapi itulah pakcik aku. Abah aku tak layan. Ingat nak buat faraid ni sehari dua dah selesai ke?

Nak pula pakcik aku langsung tak pernah tanya khabar kami adik beradik. Harapkan kami sajaIah melawat dia sebagai pakcik. Ada satu lagi, mak aku ada kembar. Bila mak meninggal, memang antara yang obvious sedih kembar dia. Sehari dua lepas meninggal tu kot, aku jumpa dia, salam semua dengan drama air mata lagi.

Satu soalan aku takkan lupa dia tanya aku, “Arwah mak tak ada sebut apa – apa ke pasal makcik sebelum dia meninggal?” Masa tu aku budak lagi kan. Jadi jawablah tak ada apa – apa. Dia pergi kira meng3jut jugalah. Lepas dah lama tu baru aku faham maksud soalan dia.

Rupanya selama mak aku ada, dia banyak financially support makcik aku ni. Jadi bila mak meninggal, maybe dia rasa lost sebab dah tak ada orang tolong dia dari segi kewangan kot. Tu yang tanya kot ada amanah akhir mak nak suruh tolong makcik aku ni in case ada apa – apa. Aku pun malas nak ambil pusing. Lantaklah. Dia ada family. Bukan tak ada.

Alhamdulillah, dalam adik beradik mak aku ramai yang tolak bahagian masing – masing atau bagi kepada adik beradik yang kurang kemampuan. Dalam ramai – ramai adik beradik mak aku ni, memang ramailah yang ambil tahu pasal kami.

Ada yang okay, ada yang biasa – biasa, ada yang betul rapat. Tapi faraid mak memang aku tak tahu sangatlah sebab bawah umur kan. Tu satu pengalaman. Lepas tu, abah aku meninggal. Jadi macam biasa, sebab tak ada anak lelaki kan, jatuh kepada adik beradik.

Abah aku ada rumah. Salah seorang kakak dia nak tuntut rumah tu. Tu pun sehari dua lepas kebvmi abah. Aku rasa masa tu nak gelak besar. Nak gelak saja, tak nak nangis. Jangan salah faham, aku baik dengan makcik aku tu. Cuma aku pun tak faham kenapa dia terdetik nak tuntut rumah abah.

Maybe sebab abah aku banyak tanggung dia bulanan bagi duit, kalau s4kit bagi duit, balik kampung hulur duit. Jadi bila abah aku meninggal, dia rasa kehilangan dari segi situ kot. Kotlah. Tapi tak fikir pula aku punya kehidupan yatim piatu dah. Aku diam saja masa dia cakap pasal rumah tu.

Pakcik aku satu pun nak tuntut bahagian dia, tapi aku tak kisah sangat sebab dia pun hidup tak senang, plus memang jaga kami adik beradik walaupun dari jauh. What happened was makcik aku satu lagi pujuk adik beradik yang lain untuk lepaskan bahagian masing – masing, fikirkan anak yatim piatu, tu saja peninggalan arwah yang ada untuk anak – anak.

Jadi semua decide untuk lepaskan bahagian masing – masing. Urusan faraid diselesaikan dalam masa setahun. Masa pergi mahkamah, orang dekat kaunter pun puji, “Bagus, cepatkan urusan faraid. Orang lain makan belas tahun tak siap.”

Funny thing was, few months lepas abah meninggal, makcik aku yang nak tuntut rumah tu meninggal jugak. Suami aku cakap jugak, “Kalau rumah tu betul – betul tukar nama dekat makcik, bila dia meninggal rumah tu jatuh dekat anak – anak dia pula. Habis anak abah ni dapat apa?”

Terdiam jugak aku bila dengar laki aku cakap gitu. Betul jugak kan. Tapi nasiblah rezeki rumah tu untuk anak abah jugak. Simple saja kes faraid aku sebab banyak yang lepaskan bahagian masing – masing. Cuma bila bab harta ni kadang – kadang boleh nampak jugak siapa yang gelap mata atau tak.

Kita dok cakap ni memang bahagian aku, tapi masa isi borang sekecil harta pun kena declare untuk difaraidkan. Wallahualam. Ni ada orang bagitahu aku masa uruskan faraid abah. Tak senang beb, sebab buat sendiri melainkan guna Amanah Raya.

Tapi standby duitlah. Nak kena keluar masuk bank, selesaikan hutang dulu. Yang penting, hutang. Yang cerita pasal hukvm faraid, yang marah lebih – lebih, dah pernah merasa ke buat urusan faraid? Tanya saja. Orang tengah sedih tak habis, sibuk dok tanya harta arwah.

Adoi, penat emosi tau masa tu. Time tu sampai rasa tak nak ambil langsung bahagian abah sebab terk3jut dengan per4ngai makcik sendiri. Tapi aku tersedar. Abah aku kerja penat – penat untuk dia selesa dengan anak – anak. Apa kena mengena dengan saudara – saudara lain pula. Kita Iawan. Hahaha.

Well, itulah sedikit sebanyak pengalaman cerita faraid aku pernah merasa. Nak mudahkan urusan, ambillah hibah. Buat wasiat. Aku ada anak semua perempuan. Awal lagi buat hibah. Untuk anak – anak jugak kan. Tak nak jadi urusan macam ni lagi. Well, semoga urusan dipermudahkan untuk semua yang sedang menghadapi. – Puan Bee – Bukan nama sebenar

Komen netizen :

Noor Afidah Alias : Puan buat hibah tu pun baca betul – betul buku plan dia ya. Jangan nanti bila puan dah tak ada, anak naik turun mahkamah, hibah kena cabar dekat w4ris lain pula. Kenal pasti betul – betul penama jenis apa yang tak boleh dicabar di mahkamah, yang jumlah hibah jatuh betul – betul pada penama sahaja.

Rozita Mohd : Sebab harta boleh putus saudara. Sedangkan jaga silaturahim tu punca rezeki lancar. Rugi orang yang lebihkan harta dari silaturahim. Lagi jelek kalau yang kaya yang merendah – rendahkan orang miskin. Tersangat jelek per4ngai rakus dunia ni.

Jika orang miskin, desakan hidup memang boleh buat mental dan ada orang bvnvh diri kerana tekanan hutang dan bankrap. Makcik yang nasihat lepaskan bahagian masing – masing tu yakin dengan rezeki Allah dan jenis rajin berusaha cari rezeki sendiri kot dan jiwa pengasih pada anak saudara apatah lagi anak yatim yang dikasihi baginda SAW. Bertuah ada mak saudara yang pengasih begitu. Maafkan jugak makcik yang tak mampu berdikari. Air dicincang takkan putus, busuk – busuk pun tetap adik beradik parent, ujian kesabaran seorang hamba.

Apa kata anda? Hantar kisah anda di sini

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5134 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.