Masing2 lari taknak jaga ibu, bila nak duit semua cepat. Aku berk0rban jaga ibu, tapi aku kena tuduh curi barang kemas ibu

Duit untuk pembedahan jantung ibu pun suami aku yang bayar. Sekarang suami suruh aku ikut dia pergi Dubai, bila abang dengar dia mengam0k. Dia kata kalau aku tak jaga ibu, dia h4ramkan aku balik kampung. Kalau jadi apa – apa dekat ibu, aku tak boleh tengok…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku ingin buat pengakuan tentang keluarga aku. Apa yang aku rasa sekarang adalah perit dan serik. Rasa serik dan perit nak buat baik pada keluarga sendiri, adik beradik. Aku rase tidak dihargai oleh keluarga sendiri. Segala kebaikan yang aku buat hanya sia – sia.

Beginilah ceritanya Aku ade 5 orang adik beradik dan aku yang ke 4. Grad dari UIA. Berkahwin dengan seorang warga asing tapi Alhamdulillah dia sangat baik. Selepas berkahwin aku mengandung dan tinggal bersama keluarga aku.

Masa tu mak aku sihat lagi. Mak aku ade peny4kit k3ncing manis, jantung dan d4rah tinggi. Aku tak bekerja walaupun ade degree. Walaupun aku tinggal dengan mak ayah aku tapi segala duit perbelanjaan dapur, bil api elektrik aku yang bayar.

Setiap bulan aku akan bagi duit bulanan RM400 dekat ibu, tak pernah miss. Belum lagi kira aku belanja makan kat luar, baiki ape yang rosak dekat rumah. Dan setiap kali suami aku balik, sebelum dia bertolak balik ke Dubai beliau akan bagi duit poket kat ibu bapa aku, bagi duit kat adik aku yang bongsu.

Dia akan bawa keluarga aku makan kat tmpat yang mewah. Beratus – ratus habis. Dan pernah bila mak aku perlu menjalani 0peration salur jantung, suami aku yang hulurkan duit tapi masih terdengar mulut – mulut yang mengata. Iaitu adik beradik aku sendiri.

Kakak aku yang no 2, tidak bekerja tapi sering bergossip dengan ibu tentang aku. Katanya aku mampu menyewa tapi kenapa masih menumpang di sini. Aku ni kedekutlah, aku belajar tinggi tapi b0doh tak bekerja dan macam – macam lagi kata – kata h1naan. Tang mana kedekut aku pun tak tahu.

Kalau keluar dengan keluarga, selalunya memang aku lah yang keluar duit belanja. Aku bukan tak mau bekerja tapi setiap kali aku kerja anak aku akan jatuh s4kit. Demam yang melampau sampai malam – malam munt4h, badan yang gemuk akan jadi kurus kering.

Lagipun suami aku tak benarkan aku bekerja. Katanya dia mampu menyara aku dan anak. Kalau aku kerja siapa yang nak jaga anak aku. Dah la ayahnya dok jauh. Aku tinggal 3 tahun di rumah ibu bapa aku. Masuh tahun yang ke-4, aku pindah duduk menyewa.

Selepas menyewa barulah aman sikit hidup aku. Tahun ini aku berkira – kira untuk ke tempat suami aku. MaIangnya 4 bulan lepas ibu aku dimasukkan ke hospitaI. Ibu aku ade peny4kit k3ncing manis yang kr0nik sehingga perlu menjalani diaIisis cuci buah pinggang.

Perut ibu aku ditebuk untuk proses diaIisis. Selepas keluar wad doktor syorkan ibu aku perlu penjagaan rapi. Adik aku merayu supaya ibu tinggal dengan aku sebab persekitaran rumah kampung aku adalah kotor. Rumah banyak yang dimakan anai – anai, kiri kanan jiran – jiran memelihara ayam dan kambing.

Petang – petang ada la orang kampung bakar sampah, tidak sesuai dengan keadaan ibu aku. Aku setuju sebab kesian dekat ibu, lagipun macam – macam janji manis adik. Dia janji nak jaga ibu aku sama – sama. Suami aku tidak kata apa – apa.

Semuanya berg4ntung pada aku. Masuk bulan ni dah 3 bulan ibu tinggal bersama aku. Ulang alik pergi hospitaI untuk diaIisis. Adik beradik lain tak datang menjenguk, semua lepas tangan kecuali adik aku yang bongsu. Kak aku yang sulung tinggal jauh negeri lain.

Kak yang no-2 tak bekerja tapi langsung tak datang menjenguk, sama la dengan per4ngai abang aku. Baru – baru ini adik aku ingin bekerja, dia nak kerja di KL. Habis lupa akan semua janji dia untuk menjaga ibu sama – sama.

Tinggallah aku siang malam menjaga ibu yang macam baby. Makan bersuap, kena tukar pakai pampers, kena mandikan. Penat letih, tidak tidur malam, hanya Allah yang tahu. Dalam masa yang sama aku kena jaga anak lagi yang berumur 4 tahun.

Sepanjang 3 bulan ibu tinggal dengan aku, semua kemahuan ibu aku turutkan. Cakap saje dia nak ape semua aku bagi, nak makan ape saja aku belikan. Dari rumah takde aircond, aku belikan aircond untuk ibu sebab panas el nino.

Sedangkan bilik aku sendiri takde aircond tapi untuk ibu aku beli. Duit bulanan dari boleh simpan RM800 sebulan habis licin malah tak cukup, tak boleh simpan langsung. Duit untuk bayar sewa rumah, bil api air, yuran sekolah anak, belanja makan minum semua habis.

Duit simpanan pun aku terp4ksa korek tapi aku tak berkira. Baru – baru ini suami ajak aku sekali lagi pergi ke Dubai. Bila aku bagitahu keluarga aku, semua marah dekat aku. Mereka bising, kalau aku pergi sana, ibu aku siapa yang nak jaga?

Kalau suami aku balik pun selalu ada masalah, dia balik sini nak rehat – rehat, jalan dengan family. Yelah, jarang jumpa kan. Masalahnya siapa nak jaga ibu aku kalau aku takde kat rumah? Ayah aku kerja, dia datang malam sekejap je untuk urut ibu aku sebab ibu selalu s4kit sendi – sendi saraf kena orang urutkan.

Kalau bagitau kakak dan abang aku, macam – macamlah alasan diorang bagi. Aku tersepit antara ibu dan arahan suami. Tapi seorang isteri mesti dengar kata – kata suami kan? Lagipun ni kali ke-2 aku  tangguhkan plan nak ke Dubai.

Jadi aku rasa nak letak ibu kat kampung, sebab ayah dan abang aku ade kat sana boleh jaga ibu. Bila dengar macam tu mengam0k sakan abang aku. Dia kata kalau aku hantar jugak ibu balik, dia nak halau aku dan dih4ramkan aku jejak rumah ibu aku.

Kalau jadi apa – apa dekat ibu nanti, dia tak akan dibenarkan aku jumpa ibu. Ayah aku tak tau pasal ni. Kakak no 2 macam biasalah mengata aku macam – macam. Sampai fitnah aku curi barang kemas ibu aku. Padahal aku yang jumpa barang kemas tu. Demi Allah aku tak ambil pun.

Sekarang ni aku banyak diam je. Ape yang aku buat, jaga ibu aku, belikan makananan ke, belikan baju raya untuk ayah ke semua aku buat senyap – senyap. Biar Allah je menilai. Tentang nak ikut suami tu aku bagitau suami untuk tunggu dulu. Tapi sampai bila??

Aku perati je bila nak duit cepat je adik beradik aku datang, bila susah ingat pun tak. Masa dorang senang apa ntah lagi. Selama ini aku banyak buat semua benda sendiri je. Dah la suami duduk jauh. Abang aku tu tak sedar diri, ade hutang 20k dengan aku, itupun tergamak nak halau aku bagai.

Memang sedih bila diri tak dihargai. Sekarang ni aku belajar to say NO. Lantaklah dia diorang nak kata ape. Sesungguhnya aku serik dan perit dengan per4ngai diorang. Aku kecewa sangat – sangat. –cik kecewa–

Komen Warganet

Zee Mohamad : Firstly tahniah sebab sanggup berk0rban untuk jaga ibu saudari. Ingat.. tak semua orang dapat peluang untuk berbakti pada ibu bapa. InsyaAllah.. besar ganjarannya nanti. Saudari boleh upah maid ataupun jururawat peribadi sementara saudari bersama suami dan anak – anak. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Bincang elok – elok. InsyaAllah semoga dipermudahkan segalanya.

Ahmad Hilmi : Aku ade idea untuk adik beradik macamni. Aku mintak confessor ni hambur je kekecewaan yang terpendam tu kepada setiap adik beradik yang perlu dihambur tu. Bagi reti sikit. Kalau tak hambur, tak reti nak sentap, tak reti nak sedar diri.

Aku yakin, kalau sis takde, dorunk susah dan belum tentu mak sis terurus. So “vet0” power ade dengan sis actually, just dorunk berani pijak sebab sis tak bersuara. Manusia tak kira walau adik beradik sekalipun, kadang – kadang kene ajar sikit sebab kurang ajar. Lagi – lagi sis ade abang, orang yang paling wajib dipertanggungjawabkan untuk jaga seorang ibu.

Amal Husna : Memang susah jaga orang yang s4kit, tak dinafikan.. Insha allah pahala jaga mak tu besaar sangat. Moga Allah berkati hidup awak. Cuba bincang baik – baik dengan suami dan juga adik / ayah (since abang kakak tak nak cooperate). Mungkin perIukan maid untuk bantu urusan rumah etc. Moga dipermudahkan semuanya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.