Maksu mesej mama suruh bela anak-anak dia 24jam sebab dia sibuk kerja. Masalahnya 3 orang, upah RM900 sebulan!

Kalau dulu lagi dasyat, maksu pernah duduk di flat sama blok dengan kami masa mula bisnes dia dulu. Waktu tu anak dia dua je dan pagi – pagi rutin papa saya kena hantar anak dia sekolah lepastu rushing pergi beli breakfast untuk dia laki bini sebelum papa saya pergi kerja. Senangkan hidup, tak pakah fikir apa pon..

#Foto sekadar hiasan. Salam pembaca semua. Di sini saya nak meluah hal yang dah lama saya pendam. Saya jugak perIukan cadangan pembaca semua macam mana nak berhadapan dengan mak saud4ra saya yang saya rasa sangat takde common sense dan agak biadap.

Hal ni dah lama saya pendam sejak remaja lagi, sekarang saya dah dah dewasa umur 20-an dan sudah kahwin tahun lepas. Cerita ni pasal makcik (auntie) saya. Auntie ni ialah adik bongsu mama saya, umur dia dah 30-an, sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak.

Mama saya ada 4 beradik je, auntie ni yang bongsu. Masalah dengan auntie saya ni dia suka susahkan mama papa saya dan layan mama ayah macam kuIi batak dia dan suami dia. Dia business owner ya, ada butik dan juga cafe hipster.

Masalah yang paling besar dia ni, dia suka beranak. Setahun akan keluar sorang, rezeki katanya tapi bila dah beranak semua letak rumah saya. Sebab dia dan suami dia sibuk katanya urus business. Rumah saya dah la flat, ada 2 bilik kecik je.

Semenjak anak first dia keluar dulu sampai dah besar panjang sekarang memang selalu kena tinggal rumah saya terutamanya bila dia nak bersalin anak baru. Kena tinggal sini sampai dia habis pantang dan masa tadika dulu pun tinggal rumah saya je.

Dia hanya akan ambik anak dia masa hujung minggu, tu pun mama ayah saya kena hantar ke rumah atau  kedai dia yang jauhnya tu 2 jam jugakla. Tapi anak sulung tu dia dah ambik balik duduk dengan dia bila dah masuk darjah satu.

Masa tu saya baru nak masuk universiti. Rasa lega kejap masa tu sebab bayangkanlah dari zaman sekolah sampai SPM memang rumah saya bingit dengan budak – budak. Dengan adik – adik saya campur dengan anak auntie saya lagi 2 orang masa tu, memang macam tin sardin rumah kami.

Tak tenang langsung nak study ke apa. Lagi str3ss saya yang sulung ni kena gosok baju sekolah budak tu semua, nak masak lagi. Sebab masa tu mama kerja cuci pinggan waktu petang sampai malam kat restoren. Memang str3ss nak m4mpus zaman tu

Cerita sekarang pulak yang si sulung dah darjah 5, yang no 2 dah darjah 3, yang ketiga baru masuk tadika, yang keempat baru 3 tahun dan yang last tu pulak setahun. Ni list anak auntie saya ya, jangan confuse. Macam yang saya cakap tadi dia ambik anak sulung dia duk dengan dia masa darjah satu kan dan nak tahu tak sekarang dia nak hantar balik anak dia suruh duduk rumah mama.

Masalah bukan sorang je tapi 3 orang sekali dia nak suruh duduk rumah mama. Katanya anak dia tak dengar cakap, takde disiplin dan mama saya ni tegas katanya bolehlah tolong ajar anak dia. Ni bukan suruh duduk pagi balik petang tau tapi suruh duduk 24jam, setiap hari.

Sekolah nak pindah sekolah di area rumah saya, makan minum mama saya yang akan urus, hantar ambik ke sekolah mama saya jugak urus. Nanti hari PIBG ke kalau ada perjumpaan ibubapa ke, mama saya jugak kena pergi.

Untuk pengetahuan pembaca, yang anak no 3 dia memang dah letak rumah saya sejak tahun lepas ya. Masa tu saya kerja kL, jarang balik rumah. Saya balik sebab berhenti kerja kl sebelum kahwin dan masa balik tu memang terk3jut apasal budak ni ada sini pulak.

Mama saya cakap, “oh dia dah daftar tadika tepi rumah ni dah dengan acu. Boleh diorang pergi sekolah sekali. Acu ada kawan sikit kat rumah ni.” Mama papa memang takde nak bincang dengan saya. Acu ni adik bongsu saya sama umur dengan sepupu dia Nina tu.

Masa tu saya macam okay, terp4ksalah sis redha walaupun sebenarnya tak setuju. Adik saya dua orang masih sekolah, kami 3 beradik je. Saya sorang je laa yang dewasa. Angah tu tingkatan 4 dan si acu tu masih tadika 6tahun.

Family saya ni golongan B40 je, mama papa saya umur 50-an dan masih bekerja. Papa kerja construction dan mama saya babysitter sebab dia suka baby. Mama papa saya ni kategori couple yang baik dan hati lembut. Suka tolong family diorang walaupun diorang sendiri pun penat.

Tak pernah mengeluh kalau adik beradik mintak tolong selalu ikut je bantu apa yang boleh walaupun mereka sendiri penat sebab tu sekarang maksu saya sampai naik tocang. Nak hantar semua anak dia yang dah sekolah tu duk dengan parents saya sampai tingkatan 5 hajatnya.

Geram je saya baca mesej phone mama 4 hari lepas. Dengan ayat memujuk lentok dia tu siap janji nak bagi RM300 untuk sorang anak sebulan kat mama papa saya. Jadi total 900 la untuk 3 orang anak dia tu sebulan dan tugas mama papa saya kena ganti dia laki bini untuk jadi mak bapak anak – anak diorang 24 jam sebab diorang sibuk jadi businessman.

Tak sempat nak hantar ambik anak sekolah. Nasib baik Mama cakap tengok dulu sebab kena bincang dengan papa kalau tak boleh jadi per4ng dunia kat rumah ni. Saya tahu mama penat, papa pon sama, sebab diorang dah tua.

Tak larat dah nak jadi garang nak disiplin budak – budak ni . Kalau zaman saya dulu ya la diorang lagi garang, lambat buat kerja yang disuruh boleh makan h4nger woi. Dan tahap diorang marah anak saud4ra ni pulak apa lah sangat.

Mampu naik suara je sebab anak orang kan. Bukan macam marah kat saya dan angah sampai naik h4nger atau r0tan pun takde masalah sebab anak sendiri. Lagi satu mama saya sejak akhir – akhir ni selalu s4kit, s4kit kepala, s4kit lutut la.

Seminggu sekali ada la kena pergi temujanji hospitaI. Doktor syak d4rah tinggi. Kalau dulu lagi dasyat, maksu pernah duduk di flat sama blok dengan kami masa mula bisnes dia dulu. Waktu tu anak dia dua je dan pagi – pagi rutin papa saya kena hantar anak dia sekolah lepastu rushing pergi beli breakfast untuk dia laki bini sebelum papa saya pergi kerja.

Saya dengan angah pulak pergi sekolah sendiri dengan basikal. Kalau basikal rosak kena bonceng 4 orang ya motor ex5 papa saya tu untuk gi sekolah. Nak ulang alik kan lewat pulak. Diorang laki bini pagi – pagi tak payah buat apa, nak tidur pon takde masalah.

Bangun je anak dah pergi sekolah, breakfirst dah ada depan pintu. Senangkan hidup, tak pakah fikir apa pon. Anak – anak balik sekolah pon papa saya ambik. Sorry laa cerita saya agak berbelit sebab saya geram sangat masa taip ni pun macam nak pecah skrin phone.

Saya pun taknak susahkan mama papa saya sejak dah kahwin ni. Duduk pun asing. Saya tengah tunggu masa je nak beranak. Saya tak pernah terlintas pun kalau dah beranak nanti nak tinggal baby saya rumah mama bila nak start kerja balik nanti sebab saya tahu mama dah tua dah penat dah.

Malah nanti pantang pun saya ambik confinement lady untuk tolong saya sebab saya taknak mama susah – susah. Kalau dia datang pun hanya untuk main dengan baby je dan rehat tak perlu sedia apa – apa untuk kami. Maksu saya follow page ni jugak, harap dia baca lah kalau story saya ni terpilih untuk disiarkan.

Tolong sekolahkan maksu saya cara jadi ibubapa yang sebenar, bukan sekadar beranak dan buat anak je reti. Sampai bab sekolah dan nak disiplin anak nak pass kat kakak sendiri sebab si kakak ni baik hati. Kasihanilah mama papa saya yang dah tua ni. Terima kasih.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.