Waktu nikah, rupanya suami bawak rombongan keluarga palsu. Entah pakcik makcik mana yang dia angkut..

Duit gaji pertama aku, aku tak dapat rasa langsung. Semua dia kebas. Sedihnya tuhan je yang tahu. Sampai aku dah tak tahan, aku call bank cakap kad atm aku kena curi. Satu hari kawan kerja aku buat kerja giIa suruh aku lari dari suami..

#Foto sekadar hiasan. Aku berumur 26 tahun. Usiaku yang masih muda, tapi aku rasa terlalu banyak perkara, bebanan yang aku terp4ksa lalui hanya kerana aku tersalah pilih teman hidup (sekarang masih lagi dalam proses penceraian).

Thank u admin kalau cerita ni disiarkan. Buat masa sekarang, aku harap ada kata – kata positif yang boleh membantu aku untuk teruskan kehidupan. Aku berkahwin pada usia 22 tahun. Masa tu baru habis belajar. Kitorang cuma nikah, dia janji nak buat majlis hujung tahun.

Hmm aku ok jela, dah cinta punya pasal. Waktu tu pun per4ngai elok lagi. Tak buat ta1k lagi. Lepas kahwin, aku dapat kerja dekat Pahang so aku stay kat situ dengan laki aku. Masa ni lah macam – macam drama bermula.

Benda first sekali yang aku takleh lupa, rupanya rombongan yang dia bawak masa majlis nikah tu, bukan family dia. Entah pakcik makcik mana dia kutip, suruh berlakon. Lepas kahwin baru dia bawak pergi jumpa family betul dia dekat Terengganu.

Barulah mak dia cakap per4ngai laki aku ni memang teruk. Dah berapa banyak perempuan terkena. Dah berapa kali nasihat pun tak jalan. Terduduk aku masa tu. Salah aku jugak, sepanjang perkenalan kitorang yang hanya beberapa bulan, aku tak pernah nak balik kampung dia, cuba kenal family dia.

Tapi tulah, things happen. Aku dibutakan dengan cinta. Betapa bod0hnya aku bila fikir balik, macam mana aku boleh mudah sangat percaya cakap dia. Duit gaji pertama aku, aku tak dapat rasa langsung. Semua dia kebas.

Sedihnya tuhan je yang tahu. Sampai aku dah tak tahan, aku call bank cakap kad atm aku kena curi. So laki aku dah takleh nak keluarkan duit lagi dah. Aku ingat lagi, dia tak pernah nak bawak aku balik kampung aku dekat Johor.

Macam macam alasan dia bagi. Eleh, aku tahu je sebenarnya dia tak nak balik sebab takut mak aku tanya bila nak buat majlis. Yelah, dia dah pandai – pandai janji, lepas tu tak nak tepati plak kan? Aku ingat lagi, masa aku baru lepas pant4ng seminggu anak first, ayah aku meninggaI.

Ayah aku memang s4kit dah lama, aku dah berulang – ulang kali cakap nak balik kampung dekat laki aku, tapi berjuta alasan dia bagi. Plan asal memang nak bersalin kat kampung pun, last – last terberanak kat Pahang. Sorang – sorang weh.

Aku takde siapa dekat sana. Aku nak je lari balik kampung tengok ayah aku s4kit, tapi aku sarat. So aku sabar je tunggu. Hari yang mak aku call bagitahu ayah aku dah meninggaI, memang aku terkiIan sangat. Mer0yan jugak lah aku masa tu.

Haih. Kesian arw4h ayah aku, dia ulang – ulang tanya kenapa aku tak balik. Make it short, lepas 3 bulan pant4ng, aku start kerja balik. Aku kerja shift. Laki aku ni dia bisnesman. So bila aku kerja, dia boleh jaga anak sebab waktu kerja fIeksible la kan kononnya.

Awal – awal je okay, dah lama lama aku dah start datang kerja lambat, sebab laki aku takde dekat rumah, nak kena tunggu dia balik kerja. Bila aku cakap suruh cari pengasuh, dia buat dek je. Haih. Bila anak nangis merengek kat rumah, dia datang bawak anak tu gi tempat kerja sebab katanya baby nak ngemp3ng. Sukati dia je. Aku tengah kerja kot.

Tapi alhamdulillah, kawan kerja aku semua faham situasi aku. Things getting w0rse, bila ada satu hari tu laki aku keluar rumah, tak balik – balik. Padahal aku nak pergi kerja lagi berapa minit. Bila call cakap otw otw otw. Nak tak nak, aku terp4ksa bawak anak aku yang masih kecik tu lagi pergi tempat kerja aku.

Haritu jugak kawan kawan aku bagi plan giIa. Dorang suruh aku Iari. Sebab dorang tengok aku tersiksa sangat hidup macam ni. Kadang laki datang tempat kerja bawak anak nangis – nangis. Datang kerja lambat semua. Dengan per4ngai laki aku lagi yang dah start ada perempuan lain.

Masa tu plannya lari, just untuk bagi dia pengajaran, memang tak terfikir nak cerai ke apa ke. Bincang dengan boss semua, semua pakat bagi aku cuti, and kompIot if laki aku datang, cakap dorang taktau aku katne. So aku plan nak lari dekat rumah kakak aku kat KL dengan bantuan kawan – kawan kerja aku.

Aku lari pergi KL sehelai sepinggang je, cuma bawak dokumen – dokumen penting. Aku selamat sampai ke KL, phone pun aku m4tikan masatu, so dia tak boleh carik. Nak dijadikan cerita, laki aku ni call mak aku kat kampung, menyamar jadi polis.

Mak aku tahu plan giIa aku ni, so dia tau aku kat KL. dia call pukuI 1am, konon cari aku katne. Mak aku dengar polis je, dia terus bagitau aku dekat rumah kakak aku dekat KL. dalam pukuI 4am camtu mak aku tersedar kot benda tu, dia terus call bagitau aku sebab dia rasa tak sedap hati.

Betul. Memang laki aku yang call cari aku. Awal subuh dia dah datang dengan geng – geng dia dekat depan rumah kakak aku. Disebabkan mak aku bagitau awal, kakak aku sempat call polis dan polis dah standby dekat luar rumah.

Laki aku datang, kec0h jugaklah masatu. Polis cakap ni hal rumah tangga, so esok bawak pergi pejabat agama, settIe sana. Haaaih, ingatkan laki tak guna tu boleh la kena tangkap ke apa kan. So pagi esok tu pagi – pagi lagi kitorang dah pergi pejabat agama untuk sesi kaunseIing. Drama lagi masa sampai kat pejabat agama tu.

kitorang datang kereta asing, tapi sampai sekali lah. Aku keluar je kereta, dia tarik tangan aku masuk dalam kereta dia yang penuh dengan kawan – kawan laki dia. Ya Allah. Tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu. Benda tu jadi sp0ntan, aku takleh nak buat apa.

Aku masuk je kereta, terus dia Iock. Tapi nasib baik kakak aku cepat, dia terus jerit suruh guard tutup pintu pagar. Guard tu pun terpinga – pinga, tapi tarik jela pagar tu. Habis semua orang keIiling pandang. Nak tanak, dia terp4ksa keluar dari kereta.

Kau tahu apa pihak pejabat agama tu cakap masa ni? Ok kita masuk dalam untuk sesi kaunseling. Jantan macam dia ni kaunseIing pun tak masuk dah. Sesi kaunseIing tu sejam, bagi a4 paper tulis apa yang tak puashati kat pasangan masing – masing.

Penuh aku tulis satu A4 tu, tapi laki aku riIek tak tulis pape. Dah macam h4mbar sangat pastu aku cabut keluar bagi alasan anak aku nangis nak susu. Aku tinggalkan la laki aku dengan kaunselar kat dalam tu. Itu lah kali terakhir aku jumpa dia.

Dan aku buat police rep0rt atas anc4man keseIamatan. Selang beberapa hari, aku dah dekat kampung, dia whatsapp aku tanya, betul ke nak cerai. Aku cakap ye, dan dia ceraikan aku talak satu melalui whatsapp. Dia bukak file permohonan cerai kat Terengganu (rumah family dia).

Hari yang aku kena panggil datang mahkamah, boleh pulak laki aku buat hal tak datang. Aku datang dari jauh kot, family aku esc0rt semua, boleh plak dia tak datang. Aku ingat senang la settIe. Dah macam ni, aku cakap aku nak tutup case, aku nak bukak case ni kat kampung aku je.

Sebab jauh sangat, tak larat nak berulang dengan anak kecik lagi. Oh ye, aku lupa nak cakap. Masa aku lari kat KL tu, rupanya aku dah mengandung anak nombor 2. Aku sump4h takleh terima masa tu. Aku minum coke, makan nenas, buat kerja lasak, naik motor sampai hampir accid3nt, tapi kandungan aku tetap tak gugur.

Masa ni, aku dapat dipindahkan tempat kerja ke kampung aku (thank u boss – boss aku yang baikkkkk hati tolong arrangekan semua ni). Aku bukak file case cerai ni kat kampung aku. Tapi disebabkan aku mengandung, pant4ng, takde lesen, kerja shift, laki tak bagi kerjasama, benda ni jadi leceh tak settle bertahun – tahun.

Aku buat tuntutan fasakh, hire lawyer, iklan kat paper, still case ni tak selesai jugak. Try mintak bantuan biro guaman, katanya tak layak. Haih. Susahnya nak dapat pengesahan cerai ni rupanya…. di suruh simpan segala resit pampers susu anak aku beli, aku rasa dah naik hilang tulisan kat resit tu semua. Aku sampai dah give up nak settlekan kes ni.

Baru baru ni, tiba-  tiba pihak bank call aku bagitau aku ada tunggakan loan kereta. Rupanya laki aku beli kereta atas nama aku. Dia buat agreement guna nama/sign aku WITHOUT my c0nsent. Sedih aku masa aku dapat tahu aku ada hutang dengan bank dekat 65k.

Bank asyik call aku je. Bank cakap aku boleh dibIackIist. Aku masa ni tak cerita dekat siapa siapa. Aku depr3ss giIa. Aku just buat rep0rt police. Tapi macam tak ada tindakan apa apa je. Bank pun even aku dah bagitau yang agreement tu bukan aku yang sign, dorang pedulik apa.

Yang penting dorang nak duit. Aku tergerak hati nak cerita kat sorang rakan kerja aku, dan dia bagi cadangan report dekat bank negara. Dan sekarang, aku masih mengarang emel untuk diemelkan ke bank negara. Aku harap bank negara dapat bantu selesaikan masalah aku.

Tolong lah jangan suruh aku amek lawyer… aku dah takde duit nak bayar lawyer dah. Dan kes cerai aku masih tak settle settle. Bicara dah lebih 3 kali, tetap tak jatuh taIak. Aku sendiri dah tak faham, bila orang tanya, aku nak explain pun tak tahu.

Hidup aku bergeIumang dengan masalah. Duit aku habis bayar lawyer je nak settIekan kes cerai. Bukak file pun dah RM 500. Aku lari, aku yang kena bayar semua ni. Laki aku tak dapat dikesan. Contact family mertua, pun dorang taktau.

Buat police report pun, macam tak ada apa – apa. Aku sedih. Usia mudaku, habis macam ni saja. Penuh dengan tangisan air mata yang tak henti. Bila tengok kawan – kawan sebaya aku yang enjoy kehidupan, rasa cemburu datang. Takpelah, mungkin ini takdir aku. Aku harap aku dapat harungi semua dug4an ni, dan kes – kes ni boleh disettlekan agar aku dapat buka lembaran baru. – Icha

Komen Warganet :

Winny Winny : Silapnya puan dah terang awal – awal mertua dah bagitau per4ngai suami memang buruk tapi puan tetap nak bersama sampai anak 2 pula tu. Apa pun moga dipemudahkan segalanya

NurAz Wan : Sebab tu kena kenali betul – betul orang yang nak dipilih sebagai suami. Sebab kalau apa – apa hal, susah nak settIle kan. Sebab yang buat kerja ni, kebanyakannya lelaki. Mereka lebih simpati pada kaum sendiri walau sudah terang lagi bersuluh memang salah suami.

Malahan jangan hairan ramai lagi lelaki yang akan mencemuh dan anggap semua ini hal remeh dan yang lebih teruk tidak mempercayai. Mungkin kalau sudah anak – anak perempuan mereka sendiri yang kena satu hari nanti, baru nak percaya.

Azman Iman : Bersabarlah yang usianya masih muda berbincanglah dengan penuh hikmah dan mintalah nasihat dari alim ulamak lepas tu buatlah pilihan dengar sendiri dari bibirnya masih ada cinta atau cintaku sejati atau kau masih ada.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.