Kawan – kawan aku dah geledah almari aku. Mereka jumpa duit RM10 satu – satunya duit yang aku ada. Aku masih ingat, aku sumpah Iaknat. Aku bangun pagi – pagi solat hajat supaya Allah tolong. Sehinggalah, satu hari..
#Foto sekadar hiasan. Tidak lama dulu kita pernah mendengar ada pemimpin kita yang beberapa kali melafazkan sumpah muhabalah untuk membuktikan betapa beliau tidak bersalah atas segala tohmahan terhadapnya. Setiap kali aku mendengar dan membaca kisah beliau, pasti aku teringat kisah aku sendiri, betapa besarnya kesan dari lafaz sumpah itu sendiri.
Betapa kerdilnya kita ketika melafazkannya, dalam hati begitu mengharapkan agar Allah memberikan petunjuk untuk membuktikan kita ni bersih dari segala fitnah. Aku mulakan dengan sedikit perkenalan tentang diri. Aku Na.
Selepas kem4tian ayah, aku mohon masuk asrama, supaya tak menyusahkan ibu untuk ulang alik menghantar dan menjemput aku. Aku ada seorang adik OKU. Biarlah ibu fokus dalam menjaga adik. Aku boleh berdikari. Itu fikir aku bila minta ibu masukkan aku ke asrama.
Kisah aku ni berlaku puluhan tahun dulu, lebih tepat ketika aku di tingkatan 5, di sebuah sekolah di hujung Malaysia. Tapi tak mungkin akan aku lupakan selagi hayat di kandung badan. Di sekolah aku bukanlah pelajar pintar, biasa – biasa saja.
Tiada kawan rapat, maklumlah anak yatim, miskin pulak. Agaknya kawan – kawan takut berkawan dengan aku. Kisah bermula beberapa minggu sebelum SPM. Hari itu Sabtu, ada outing. Biasanya aku tak keluar sebab tak ada keperluan, lagipun aku tak ada duit. SPM pun dah dekat sangat.
Tapi entah kenapa, minggu tu aku rasa nak sangat keluar. Rasa otak dah tepu, m4kin banyak hadap buku, rasa m4kin str3ss. Kena keluar tengok dunia. Biasanya bas sekolah akan bawa siapa yang nak keluar dan tinggalkan kami di bus stand. Tapi ada juga ibu bapa yang datang untuk bawa anak mereka keluar.
Oleh kerana aku memang tak ada duit, sampai di pekan, aku terus menuju ke satu taman permainan di tepi tambak, tak jauh dari bus stand tu. Duduk di satu bangku, buka buku. Sesekali pandang laut, rasa tenang sikit jiwa aku.
Tak jauh dari bangku aku ada sepasang suami isteri berserta anak mereka duduk dan makan – makan. Anak mereka, sekitar umur 3 tahun, berlari – lari sambil di diawasi sang ayah. Tiba – tiba, anak itu berlari ke arah aku sambil menjerit ‘Ashu, ashu’, dan terus memeIuk kaki aku minta dipangku. Aku terpinga – pinga.
Datang ayahnya sambil berkata ‘Lia, itu bukan Ashu la sayang’ sambil ketawa diikuti ibunya pula. Rupanya dia menyangka aku ini mak usunya. Menurut ayahnya, Lia ni memang agak rapat dengan mak usunya dan muka aku memang seiras dengan mak usu nya tu.
Berkenalan lah kami selepas itu. Mereka, aku panggil kak Ros dan Abang Man, memang ramah orangnya. Pertemuan kami hari itu berakhir apabila mereka minta diri bila Lia dah mula meragam dan penat nak tidur. Sebelum beredar, Abang Man memberi aku seplastik jajan, biskut dan makanan yang tidak habis mereka makan tadi.
Kak Ros pula memberi aku sekeping note merah. Agaknya kesian sebab sebelum tu aku ada bagitau yang aku ni tak ada ayah, dan keluar outing tak beli apa – apa pun. Bukan sengaja nak meraih simpati, cuma bila mereka tanya, itu lah yang aku jawab.
RM10 cukup besar ertinya waktu itu, apatah lagi bagi aku yang memang jarang berduit. Sekembalinya aku ke asrama, aku terserempak dengan A dan B (watak jahat dalam kisah aku ni). Aku tak jumpa mereka dalam bas tadi sebab mereka outing dibawa mak ayah masing – masing.
Aku perasan, A memandang aku atas bawah, melihat plastik makanan di tangan aku, kemudian berbisik – bisik dengan B. Tapi aku tak buat salah, tidaklah aku terasa apa – apa. Malam itu timbul cerita di asrama, yang B kehilangan duit dari lokernya.
Aku tak ambil pusing sebab bukan aku yang curi. Tapi aku hairan sebab memang perasan rakan – rakan satu dorm memandang aku semacam, dan berbisik – bisik di belakang aku. Esoknya, aku baru selesai solat zohor dan tangan aku masih memegang Quran, bila rakan satu dorm memaklumkan w4rden asrama nak jumpa. Aku pelik. Ada apa?
Tak banyak soal, dengan masih bertelekung aku bawa sekali Quran di tangan aku, menuju ke bilik w4rden. Di situ aku tengok dah ada A dan B. Muka masing – masing mencuka dan menjeling t4jam kepada aku. Aku m4kin hairan. Kenapa ni?
Dipendekkan cerita rupanya aku dituduh mencuri duit B. Dan w4rden meminta aku untuk mengaku sebelum perkara itu dibawa kepada Guru Besar dan ibu aku. Ya Allah. Rasa macam kepala aku dihempap batu. Bila aku bertanya, kenapa aku yang dituduh, A terus berkata dia nampak aku membeli macam – macam makanan ketika outing semalam sedangkan mereka tahu aku tiada duit.
Dan rupanya mereka dah geledah almari aku dan jumpa duit yang kak Ros beri semalam. Ya Allah, Ya Allah. Baru lah aku faham erti lirikan mata dan bisik – bisik di belakang aku dari rakan – rakan satu dorm. Aku cuba cerita pada mereka pertemuan aku dengan kak Ros dan Abang Man semalam.
Dalam esak tangis, aku cerita lagi, makanan dan duit tu mereka yang beri dan bukan aku curi. Tapi siapa akan percaya cerita aku? Siapa saksi aku? Aku takde saksi. Hanya Allah, kak Ros dan Abang Man. A menengking dan mengherdik serta mengh1na dan mem4ksa aku mengaku mencuri duit B.
Mana mungkin aku lupa kata – kata h1naannya. ‘Kalau dah miskin buat cara miskin, sanggup mencuri nak beli makanan’. Aku terduduk menangis, merayu mohon dikasihani, mohon w4rden percaya cerita aku, tapi dia hanya berdiri tegak dan berkata ‘Saya tak tau siapa yang betul siapa yang salah’.
Maka fahamlah aku, aku tiada pembela. Aku h1na di mata mereka, anak orang miskin yang mencuri untuk makan. Tiba – tiba entah dari mana, datang satu kekuatan dalam diri. Aku ada Allah. Allah pasti membela aku h4mbaNya yang terani4ya.
Sambil mengesat airmata, perlahan – lahan bangun. Aku pandang satu persatu muka w4rden, A dan B. ‘Ya, betul. Saya memang orang miskin, tapi demi Allah saya tidak pernah mencuri. Saya tidak ada saksi dalam cerita saya tapi saya tau Allah ada’
Sambil menjunjung Quran yang aku bawa (mungkin inilah hikmah mengapa tiba – tiba aku terdetik nak bawa Quran tu sekali tadi), aku lafazkan sumpah Iaknat. ‘Bismillahirohmanirrohim. Dengan namaMu Ya Allah, saya bersumpah, Wallahi Wabillahi wataallahi saya tidak mencuri duit B. Saya terani4ya dan difitnah, Ya Allah.
Sekiranya saya berbohong, maka Iaknat Allah kepada saya dan sekiranya benar saya difitnah, terIaknatlah orang yang memfitnah saya. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Melihat setiap yang terjadi. Engkau tunjukkanlah kebenaranMu ya Allah’
Aku melafazkan kata – kata itu dengan sedu sedan dan cucuran airmata tapi aku yakin masih boleh jelas didengar oleh ketiga – tiga mereka. (Nota: ketika melafazkan sumpah ini aku mengharapkan akan terjadi guruh dan petir sambar menyambar untuk membuktikan aku tak bersalah. Ala.. macam dalam cerita dulu – dulu. Tapi tiadapun apa – apa pun berlaku saat itu. Langit tetap cerah juga. Haha… Banyak sangat pengaruh filem Melayu klasik)
‘Berat sumpah awak ni Na kata w4rden. A dan B masih menjeling dan memandang aku dengan penuh benci. ‘Saya tiada pilihan cikgu. Saya tau saya tak bersalah. Saya bukan pencuri dan tak pernah mencuri duit B. Tapi semua orang tak percaya cakap saya. Biarlah Allah saksi saya dan saya tahu Allah akan menunjukkan pada kita semua nanti.
Balik ke dorm, semua orang memandang aku dengan pandangan yang berbeza. Semua orang mengelak untuk bercakap atau berselisih dengan aku. M4kin h4ncur hati aku. Tapi itu menguatkan lagi azam aku untuk buktikan aku tak bersalah.
Aku baca Yassin setiap habis waktu solat. Aku bangun pukuI 3 pagi untuk solat hajat, merayu dan berdoa dengan sesungguh hati, merintih pada Allah memohon dikasihani dan diberi petunjuk. 3 hari selepas itu, petang itu ketika aku di perpustakaan, seorang pengawas datang minta aku segera balik ke dorm kerana w4rden panggil.
Aku terus jadi berdebar- debar. Apa pulak baIa yang datang kali ni. Ya Allah bantulah aku.. Rupa – rupanya A histeria dan meracau – racau di asrama. Dalam dia tak sedar tu, dia mengaku dia yang mencuri duit B. Semua yang ada di situ turut dengar perkara itu termasuk B dan W4rden.
Ketika aku sampai A telah sedar tapi masih dalam keadaan mamai – mamai, dan mulutnya tak sudah – sudah menyebut ‘aku yang curi, aku yang curi’. Bila melihat keadaan tu, aku terus terduduk, menangis dan menadah tangan ‘Ya Allah, betapa Engkau telah menjawap tangisan dan rintihan h4mbaMu yang kerdil ini. Betapa Engkau telah membebaskan aku dari tuduhan yang sangat berat ini. Terima kasih ya Allah kerana membersihkan nama aku’.
Aku tak ingat apa lagi yang aku ucapkan tapi kebanyakan yang hadir ikut sama menangis. W4rden menghampiri dan terus memeIuk aku. ‘Cikgu minta maaf tak percaya pada Na selama ni’. Sorang demi sorang termasuk A juga datang dan meminta maaf.
Aku seolah – olah melihat pintu langit terbuka dan pelangi indah serta rama – rama berterbangan mengelilingi aku. Tiada kata – kata yang dapat menggambarkan rasa syukur dan bahagianya aku ketika itu. Kesimpulannya. Peristiwa ini sangat memberi kesan pada diri aku, betapa perlunya berani dalam mempert4hankan kebenaran. Juga menguatkan lagi keyakinan ku pada Allah yang Esa serta sentiasa berbaik sangka denganNya.
Kadang – kadang kita terfikir dan ragu – ragu, adakah Allah mendengar doa kita? Jawapannya Ya. Dia Maha Mendengar, apatah doa dari h4mbaNya yang terani4ya. Yakin dengan Nya dan Dia akan tunjukkan jalan. Jangan sesekali mempermainkan sumpah Iaknat, tetapi sekiranya itu jalan terakhir, lakukanlah kerana Allah tidak tidur, dan Dia sentiasa bersama – sama orang yang benar. – Na (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Ain Eliz : Pernah alami hal yang sama. Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, saya dituduh mencuri duit rakan sekerja beratus – ratus ringgit juga, bos panggil dan suruh berehat kat rumah seminggu.
Saya bukanlah h4mbanya yang baik tetapi bila dalam keadaan begini saya serahkan diri sepenuhnya kepada Allah, saya baca Yasin setiap hari dan alhamdulillah hari ketiga saja Allah dah tunjukkan siapa dalang di sebaliknya. Begitulah pengadilan dan kasih sayang Allah bila kita letakkan pergantungan hidup sepenuhnya kepada Allah.
Ann Xagoras : Semoga kehidupan awak diberkati dan dipermudahkan.. saya selalu juga kena fitnah dan umpat since sekolah sehingga kini. Setengahnya mengaku sendiri, setengahnya menjalani akibatnya. 1 hari teruk kena fitnah di khalayak ramai, malam tu solat hajat solat tahajud semua, nak bagi lega dan sabar hati ni, terus esok aib orang yang memfitnah terbuka luas di khalayak orang tanpa perlu saya membuka mulut.
Biasa orang yang memfitnah ni dia dalangnya.. nak menutup kesalahan dia tetapi ada jugak orang yang berkata benar tapi orang tak percaya kerana sifat bias dan dipengaruhi oleh sifat fakers. Jadi kita serah pada Allah SWT Yang Maha Mengetahui bagaimanakah akibat yang akan dilalui pada orang yang mengani4ya orang lain..kita hidup tenang – tenang seperti biasa.. Alhamdulillah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.