Setiap kali balik raya, saya dimaIukan. Makcik bandingkan saya kerja tukang cuci dengan anak dia kerja cikgu. Jelas air muka mak saya tu berubah. Katanya saya dah maIukan dia, tak macam anak orang lain.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Saya berumur 32 tahun, saya merupakan seorang yang bergraduan dan pekerjaan saya adalah cleaner dan tukang kebun sekolah.
Saya ingin meluah, pada tahun ini saya tak balik raya lagi. Sebenarnya sejak tahun 2020 lagi sebab saya tak suka suasana di kampung. Kenapa saya tak suka? Setiap kali saya balik soalan yang suka di tanya kerja apa? Bagi saya itu adalah soalan yang tak berapa selesa.
Dulu zaman UPSR di tanya berapa A. Zaman PMR tanya dapat berapa A. Zaman SPM tanya lagi soalan sama. Zaman STPM tanya lagi trial dapat berapa. Lepas tu lepas STPM tanya lagi sambung belajar mana. Bila kita tak dapat sambung dia bandingkan anak dia dapat sambung belajar.
Bila kita sambung belajar dia bandingkan pulak anak dia belajar di upsi. Maklum lah kita ni sambung uni cap ayam. Bila dia tanya kita kerja apa dia bandingkan anak dia jadi cikgu lepas tu jamin masa depan. Akhirnya kita dapat tazkirah free pilih lah kerja yang jamin masa depan macam anak dia.
Dia tak tahu kita ni sah berusaha pelbagai cara nak dapat kerja tetap.. Bergelen dah print dokumen hantar sana sini. Beratus batu cari kerja seluruh malaysia. Tapi masih lagi tak dapat, masih belum ada rezeki. Mereka tak tahu bertahun kita isi permohonan tapi sangkut ujian online.
Saya bukan apa.. Bila orang tanya dekat mak saya, saya nampak jelas air muka mak saya tu berubah. Itulah akhirnya, saya kena bebel dengan mak saya. Katanya saya dah maIukan dia, tak macam anak orang lain. Sebab tu saya tekad saya tak nak balik kampung takut air muka mak saya jatuh lagi.
Saya tahu silap saya tak pandai macam orang lain. Walaupun saya belajar bagai nak giIa tapi saya b0doh. Nak buat macam mana kan. Saya grad pun lambat sebab saya sambung belajar lambat. Itu pun sebab saya repeat stpm untuk sambung belajar peringkat degree.
Kadang – kadang kena perli sepupu sepapat sebab kita tak pandai macam mereka. Mereka semua ada jadi pendidik, pegawai kerajaan, kerja Petronas, saya sahaja yang kerja kuIi. Ingin jadi pendidik tak layak sebab bukan lepasan ISMP.
Masa nak buat permohonan jurusan, saya kena perli katanya kalau saya jadi pendidik nanti anak bangsa rosak. Mereka lain sebab mereka lepasan ISMP lagi layak. Selalu kena sound kesilapan saya memilih course. Salah pilih course silap percaturan hidup pilih course yang susah dapat kerja
Kadang – kadang saya rasa sedih sangat. Seolah – olah sia – sia saya sambung belajar. Tapi tak apa.. Untuk tahun ini, masuk tahun ke-5 saya tak balik raya di kampung. Saya hanya nak jaga hati saya yang sekian lama kecewa kerana gagal dalam hidup.
Saya tak mintak gagal saya dah usaha tapi takdir saya gagal. Saya faham orang tak nak tengok usaha kita, orang hanya nak tengok result kita. Demi menjaga hati orang tua, saya ambil keputusan untuk tak balik. Hanya duduk di rantauan orang sambut raya dengan penuh sederhana.
Nasihat saya pada semua, kalau orang beraya, janganlah tanya soalan macam tu. Jangan lah tanya kerja apa, bila nak kahwin, dalam kelas nombor berapa, belajar mana, boleh berapa A? Tolong lah.. Kita tak ada hak untuk tanya.
Sekian dari saya.. Doakan saya semoga saya boleh jadi pendidik. Saya tahu saya tak layak tapi izinkan saya untuk terus berusaha doakan lah supaya saya dapat apa yang saya usaha.. – Teruna. (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Nurul Hazwani : Ada degree., ok la la tu. Akak ni ada spm je. Dari dulu pun soalan cepu emas akak hadap dengan berlapang d4da. Dibandingkan hidup dengan adik beradik lain. Akak hadap dengan berlapang d4da. Apapun dugaan akak hadap dengan berlapang d4da.
Hidup ni macam Roda dik.. Kita memang tak boleh nak halang mulut orang dari bertanya tapi kita boleh didik diri kita agar tak buat kesilapan macam orang lain. Semoga adik tabah menghadapi liku – liku kehidupan ni, aminn. Selalulah bsyukur, jangan lari dari masalah. Selamat hari raya dik
Afni Anida Adnan : Ni nasihat seikhlas hati, jangan sesekali rasa orang yang pada kita ‘tak berapa pandai’ kalau jadi cikgu, akan rosak anak bangsa. Saya pernah mendidik bakal guru: pada amatan saya, yang ‘kurang pandai’ ni lah yang paling rajin, kreatif dan paling utama, PENYABAR masa mengajar, terutamanya pada murid – murid lemah. Yang pandai – pandai semua tak dapat turun ke level pelajar lemah. Jadi, ada kelebihan pada mereka yang dah biasa struggle ni.
Nurul Nur Aziela : Mak pon, sepatutnya beri sokongan pada anak. Sekarang dah anak tak nak balik kampung dah. Adoiii, tak pasti la mak tu lega ke sedih bila anak tak balik. Errmm. Saya doakan awak ye TT. Orang selalu cakap, rezeki tak pernah salah alamat.
Masa tu selalu memang akan tiba pada masa yang tepat. Tak cepat dan tak lambat. Kita ambik je la hikmahnya. Terkadang, yang susah dapat ni lebih di hargai. Dari jenis yang pakai kabel ni, kerja acuh tak acuh je. Kita ni sama je TT, asyik gagal exam online je, haha. Takpe., kita cuba lagi. TT takpe jugak, muda lagi, baru 32 tahun. Saya ni, dah tak lepas nak mohon dah ni tapi cuba jugak. Mana tau rezeki kan..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.