
Dah berbuih mulut aku cakap jangan kacau, nanti jadi fitnah. Dah la dia tu suami orang. Sampai la, aku m4ki dia. Dia dah tak kacau aku. Satu hari, isteri dia datang ser4ng aku dekat kilang. Dia kata, dia nampak gambar aku dalam telefon suami dia. Isteri dia jerit – jerit depan kilang..
#Foto sekadar hiasan. Dulu masa berstatus isteri orang, aku duduk di Perlis. Duduk sekali dengan mak mertua aku. Rumah mertua. Dan aku suri rumah sepenuh masa. Aku dah tak ada keluarga sendiri. Anak yatim piatu sejak remaja. Aku cuma ada seorang abang yang kini di Sabah, polis sana.
Nak dipendekkan cerita, lepas suami aku meninggaI, aku tak tahu nak duduk mana. Aku minta izin dengan mak mertua nak duduk dengan dia sampai habis eddah. Dalam tempoh eddah, aku jenuh cari kerja sana sini. Tak dapat, asyik – asyik tunggu panggiIan.
Perlis ni payah sikit nak cari kerja yang gaji okey tambah pula aku tak ada pelajaran sangat. Lepas tu aku dapat la kerja kedai makan dekat Perlis. Masa nie masih dalam tempoh eddah lagi. Gaji hari. Sehari RM50 sahaja. Aku kerja sampai la eddah habis.
Lepas eddah habis, mak mertua aku minta aku cari rumah lain. Lepas tu adik ipar aku cakap dia ada nampak jawatan kosong sebagai operator kilang elektronik. Tapi dekat Ipoh. Lama aku fikir masak – masak nak mohon ke tak. Aku cuba WhatsApp nombor tersebut. Aku diminta untuk datang temu duga.
Aku tak fikir panjang. Aku tekad nak kerja sana. Jadi aku pindah kerja sini. Alhamdulillah aku dapat kerja yang gaji stabil dan okey. Aku awalnya sewa bilik sahaja. Lepas tu sekarang Alhamdulillah dah mampu sewa rumah dalam tempoh 5 bulan kerja.
Ada satu hari tu, aku naik pejabat nak jumpa HR. Tup – tup aku terjumpa kawan aku satu sekolah dulu. Dia orang HR. Sejak dia tahu aku kerja kilang tu, hampir setiap hari waktu rehat mesti kacau aku dekat kafe. Kadang – kadang aku rehat dengan kawan – kawan perempuan, dia sibuk nak join. Aku tak selesa.
Dah berbuih mulut aku cakap jangan kacau atau dekat. Aku tak nak jadi fitnah. Dah la dia tu suami orang. Dan aku tak nak kawan – kawan kilang jadi bahan gosip. Penat nak sentiasa lari dari dia. Sampai la satu hari tu, aku m4ki dia. “Boleh tak kau jangan kacau aku. Aku tak nak sebab kau selalu nak dekat dengan aku orang salah anggap. Kau tu suami orang. Aku ni pula janda. Jadi aku takkan cemarkan maruah aku sebab kau.”
Dia tanya aku, Jadi awak tak nak kawan dengan saya hanya sebab saya suami orang? Aku jawab, ‘Ya’. Sejak aku m4ki dia, dia dah kurang kacau. Cuma kalau selisih kat tempat kerja tu atau kat kafe, dia hanya senyum sahaja. Lepas 3 – 4 minggu macam tu, tiba – tiba isteri dia datang ser4ng aku dekat kilang.
Dia kata sebab dia nampak gambar aku dalam telefon suami dia, yang suami dia ambil dari Facebook. Mereka dah berg4duh dari rumah lagi dah. Aku terangkan pada isteri dia, aku tak pernah hubungi langsung suami kamu. Dekat kilang ni ramai saksi.
Suami kamu yang selalu nak dekat dengan aku, tapi aku elak. Isteri dia m4ki hamun aku sambil jerit – jerit depan kilang. Aku menangis sedu sedan. Malu ya Allah jangan dikenang. Ramai yang tengok aku jadi salah faham. Demi Allah aku langsung tak layan.
Tengah – tengah berg4duh, suami dia muncul dari belakang terus t4mpar isteri dia depan semua orang. Dia tolak isteri dia jatuh. Lepas tu pakcik guard terus pegang dia, tahan dia daripada pukuI isteri dia. Masa pakcik guard pegang dan halang, dia lafaz talak tiga kat isteri dia kuat – kuat nada tinggi depan semua orang. Semua orang yang saksi kejadian tu terkedu.
Lepas kejadian tu, satu kilang tuduh aku penyondol. Padahal aku hanya m4ngsa keadaan. Aku tak buat semua tu. Aku sedaya upaya jaga maruah aku. Hanya beberapa orang yang rapat dengan aku tahu perkara sebenar. Aku rasa nak berhenti kerja sahaja. Tapi zaman sekarang nak cari kerja baru susah.
Lepas dia bercerai pun dia masih ganggu aku. Lagi la aku jauhkan diri dari dia sebab lelaki macam tu tak layak dibuat suami. Aku cakap, “Kalau kau boleh buat isteri kau macam tu, tak must4hil satu hari nanti kau akan buat aku juga.” Macam mana ya aku nak bersihkan nama aku dekat tempat kerja?
Komen Netizen:
Melur Malik : Biarlah orang mengata. Tak luak pun sebab awak tak buat. Lama – lama nanti senyap lah. Tenang sebab awak berada di jalan yang benar. Tempat kerja baru belum tentu macam mana. Sabarlah. Selama mana mereka nak mengumpat.
Lama – lama nanti bila ada cerita hebat, cerita awak akan tenggelam. Tenang sahaja. Senyum dan teruskan tempuhi segalanya di depan. Kita tak hidup kerana pujian orang dan tak akan m4ti dengan umpat keji. Serahkan semuanya kepada Allah.
FusaeQruelinne Linny : Bagus awak ni walaupun janda tetap jaga maruah awak sebaik mungkin. Nasihat aku, awak kerja situ dulu. Tapi dalam masa yang sama cari kerja lain macam dekat pasar raya atau kedai baju. Dah dapat, awak terus berhenti kerja. Takut lelaki miang tu ganggu dan ada niat buruk dengan awak.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.