Mentanglah aku menantu tak kerja, mertua dan kak ipar tuduh aku curi iron mahal

Seterika biras aku tu bukan yang biasa-biasa, jenis pakai wap tu memang mahal. Mak mertua suruh laki aku geledah barang dalam rumah, takut aku sorokkan. Kemuncaknya bila mak mertua call suami dan suami aku buat loudspeaker, dia keluar ayat…

Kisah ni sebenarnya jadi masa Raya 2022 yang raya terk3jut tu. Tapi disebabkan kes ni, raya 2023 pada aku jadi tak best dah di rumah mertua. Aku seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak. Aku jadi surirumah lepas anak kedua lahir.

Suami aku cikgu jadi tiap kali cuti sekolah, giliran suami untuk jaga ayahnya yang stroke di kampung. Suami aku bergilir jaga dengan 4 orang adik beradik lain. Perjalanan hampir 8-10 jam kami tempuh untuk sampai ke kampung suami.

Rumah parents aku 20 minit je dari rumah aku, suami aku pun tak kisah bila-bila aku nak pergi rumah parents. So, apa salahnya aku ikut balik seminggu-dua kan untuk sama-sama tolong jaga ayah mertua. Mak mertua aku pun m4kin berusia.

Dia cuma uruskan suami dia bila anak – anak lain dah pergi kerja. Yang paling banyak uruskan ayah mertua ialah abang ipar aku yang duduk sekali di rumah tu dengan isteri dan 3 orang anak. Ok, meh la cerita pasal seterika kan.

Macam biasa la, bila balik kampung memang aku akan guna seterika mak mertua aku. Seterika standard yang biasa punya – sama macam aku punya kat rumah. Sampailah ada aku balik sebelum masuk bulan puasa – mak mertua cakap seterika dia rosak dah.

Aku ni pulak memang nak kena iron baju tudung apa semua sebab kedut sangat. Yela semua duk berlipat dalam beg kan. Mak mertua aku pun suruh la pinjam seterika biras aku (isteri abang ipar aku). Aku ni segan tapi dah terp4ksakan.

Biras aku ni ok je, cuma dia bukan jenis banyak borak. Borak pun kejap – kejap je. Dia lebih suka duk dalam bilik dengan anak – anak. Aku tak kisah pun dia tak friendly ke apa sebab pada aku dapat biras yang jenis pendiam pun satu nikmat jugak.

6 tahun aku kahwin, takde la adegan nak bersaing ke apa. Masa raya pun kitorang tak pernah masak sama-sama sebab family mertua aku jenis tempah makanan. Siapa nak masak untuk anak, silakan takde siapa kisah. Jadi pada aku, rasa bersyukur sangat dapat family mertua yang sangat baik.

Apatah lagi, aku satu – satunya ‘menantu luar’. Sehinggalah satu kejadian berlaku 5 hari selepas raya – masa aku dah sampai ke rumah sendiri. Suami aku datang kat aku dan cakap – “Saya tahu awak tak buat sebab saya percaya kat awak.

Tapi saya nak tanya awak ada nampak tak sesiapa guna seterika Kak Long (biras aku)?” Aku jawab takde pulak abang. Kenapa? Suami aku jawab – mak cakap awak curi seterika Kak Long. Ya Allah terk3jut aku dengar! Suami bagitau mak dia call dan terus terjah tanya – bini mu curi seterika Kak Long kan? Suruh dia balik, pulangkan semula.

Disebabkan kes seterika mak mertua rosak dan aku pinjam seterika Kak Long masa sebelum puasa tu, jadi aku nekad masa raya aku bawak je seterika sendiri. Sebab yelah, takkan nak pinjam seterika biras aku. Kan raya, dia pun mesti nak guna.

Seterika dia pulak bukan kaleng – kaleng – yang guna wap tu harga pun mau ratus ke ribu. Aku pun takut nak guna orang punya barang mahal – mahal. Mujur aku reti jugak guna sebab tengok review kat GoShop tu. Lepas kejadian iron mak mertua rosak, anak buah suami aku yang belajar kat U, amik iron board tu nak letak kat bilik dia kat kolej. Yelah, nenek dia punya kan – takkan aku nak bising?

Jadi senangnya, aku iron je dalam bilik alas kain pelik4t. Suami dan anak – anak saksi aku duk iron baju dalam bilik masa malam raya. Esoknya, kakak ipar aku pulak wasap. Cakap pulangkan balik seterika biras aku, kesian biras aku kena beli seterika baru katanya.

Aku malas reply, aku baca je. Mak mertua aku call, aku malas jawab. Diorang tahu waktu tu suami aku takde kat rumah, so diorang serang aku masa tu. Benda ni berlarutan sampai 5 hari lebih kurang – selagi seterika tu tak jumpa.

Biras aku takde pulak wasap atau call aku, cuma mak mertua dengan kak ipar sorang tu je. Kak ipar sorang lagi tak masuk campur. Siap suruh laki aku geledah barang dalam rumah, takut aku sorokkan. Mentang – mentang aku bawak beg ikea biru yang besar tu masa balik kampung – dah dituduh aku sorok seterika dalam tu.

Dalam beg tu ada air fryer tau tak sebab anak – anak aku suka makan ayam bakar. Mak mertua aku sendiri nampak aku guna air fryer tu kat dapur. Tapi yelah dah aku ni nampak salah kan. Kemuncaknya bila mak mertua aku keluar ayat – sebab tu aku tak suka bini mu tak kerja, jadi gini la.

Dia ngidam benda mahal tapi mu kena jimat, panjang tangan la dia. Masa tu suami aku load speaker tau, aku nangis terus masa tu. Oh baru aku tau, sebab aku tak kerja jadi aku dibenci rupanya. Biras aku tu pangkat bos kat syarik4t swasta.

Asbab kejadian ni, aku sedar mana kedudukan aku. Suami aku terus peIuk aku dan cakap dia percayakan aku. Suami saja lah kekuatan aku masa tu. Jujur cakap, kalau suami aku pun tuduh aku, memang jadi Hulk dah aku.

Malam tu aku doa tengah malam moga masalah ni selesai. Moga seterika tu jumpa la cepat. Esoknya, takde call dan wasap dari mak mertua dan kak ipar aku. Aku pelik eh kenapa senyap, seterika dah jumpa ke. Suami aku call pun diorang tak jawab.

Suami aku pun cakap mesti seterika tu dah jumpa, ada la tu siapa salah letak. Malam tu, suami aku call kak ipar sorang lagi yang tak masuk campur tu. Tadaaa! Terbongkar la kisah sebenar. Anak kak ipar aku yang guna rupanya! (yang ambil  iron board macam aku cerita kat atas tu)

Masa raya ke3, kami keluar beraya rumah sed4ra. Anak kak ipar ni dia tak ikut. Dia nak iron baju so dia masuk bilik biras aku ni, amik seterika tu. Disebabkan dia tak reti guna seterika wap tu, dia jadi takut kalau seterika tu rosak sebab baju dia still kedut lepas gosok.

Padahal dia tak isi air kat seterika tu, bukannya rosak. Dia dah kalut masa tu, so dia sorok seterika tu kat dalam bilik nenek dia (mak mertua aku). Mak mertua aku sendiri yang jumpa seterika tu dalam pintu almari bawah, kebetulan dia nak cari barang dia masa tu.

Mak mertua aku pulak memang syak cucu dia sorang tu lah sebab cucu tu je berani masuk bilik neneknya. Kak ipar aku yang call anak dia dan lepas kena desak, baru dia mengaku. Bingo! Kesannya, aku jadi tawar hati lepas apa yang jadi.

Aku buat hal aku je masa raya 2023. Yelah walaupun jadi masa raya 2022, ko ingat aku tak kecik hati ke kena tuduh pencuri? Tiada satu pun perkataan maaf yang aku terima. Mak mertua dan kak ipar aku buat tak tahu macam takde apa yang jadi.

Aku basuh je pinggan kat dapur, layan sed4ra beIah suami. Tapi bila semua dah balik, kerja rumah dah setel, aku terus masuk bilik dengan anak – anak. Takde hati dah nak duduk ruang tamu lama – lama. Lantak lah, aku malas nak fikir apa pandangan orang lain. Masa untuk jaga hati sendiri. Terima kasih suami sebab percayakan saya dan pertahankan saya. – Bunga Raya Pink (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Norlaila Mohd Din : Saya ada sebuah kisah ala ala cam tu, seorang rakan bercerita kat saya. 20 tahun dulu dia pernah marah sangat dengan rakan sekerja dia atas sebuah kesilapan di opis, marah package m4ki siap pasal dia agak baran.

Tapi rakan sekerja tu tenang je dan minta maaf. Tak lama tu kawan saya dapat tau yang rakan sekerja dia tu tak bersalah sebenarnya, cuma silap faham. Kawan tu terkilan sangat malu pun ada. Dia mengeluh, kenapa la tak pertahankan diri, kenapa tak m4ki dia balik, tak la dia tahan rasa bersalah ni bertahun – tahun.

Di situ saya belajar tingginya kesabaran rakan tu, baiknya akhlak dia. Betul janji Allah, kebenaran akan menang. Begitu juga saya belajar bahawa rasulullah dan sahabat sangat tinggi kesabaran, sehingga Allah mengiktiraf kemuliaan sahabat dan dijamin syurga. Innallah ha maaassobiriiin, wabassyiriisssobiriiin. Sungguh menginspirasikan saya yang sangat tipis kesabaran ni….

Farah Rifhan : Saya tak nak komen banyak sebab takut terhasut lak sebab memang panas hati baca kisah ni. Satu je saya nak cakap, TT dan suami TT orang yang hebat kerana tidak melawan dan bersabar. Alhamdulillah TT mempunyai suami yang bagus kerana bersama dan percaya kepada TT. Sesungguhnya janji Allah itu benar, Dia akan bersama dengan h4mbaNya yang benar dan sabar. Jujur saya cakap, saya tak mampu jadi hebat macam TT.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.