Saya menyesal kahwin dengan orang kampung, miskin. Minta bersalin dekat hospitaI swasta pun tak mampu

Waktu awal2 nak kahwin, ayah langsung tak izinkan kami berkahwin sebab suami hanya kerja kampung. Jauh beza dengan saya orang berada. Tapi kerana cinta saya turutkan kemahuan nak berkahwin dengan suami. Semua kerja rumah suami buat sebab saya tak pandai. Bila saya mengandung kakak dan abang – abang saya bagitahu bersalin di hospitaI kerajaan teruk jadi saya p4ksa suami cari duit untuk bersalin di hospitaI swasta.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Sedikit kisah dari saya seorang pend0sa. Saya datang dari keluarga yang berada, apa sahaja yang saya nak semua saya boleh dapat tapi syaratnya kena dengar dan ikut semua cakap ayah saya.

Pada tahun lepas saya berkenalan dengan seorang pemuda yang hanya kerja di kampung sahaja dan gaji dia pun biasa – biasa je. Saya namakan pemuda tu (A). Bila ayah saya dapat tahu saya kawan dengan (A) dan A orang kampung dia cepat – cepat carikan jod0h untuk saya.

Ayah saya p4ksa saya kahwin dengan orang yang tak pernah saya kenal dan tak pernah saya jumpa. Saya pun desak (A) untuk kahwin tapi A tiada wang simpanan. Saya cakap saya akan uruskan semuanya dengan syarat A jumpa ayah saya dan masuk meminang.

Bila keluarga A jumpa dengan ayah saya, ayah saya terus tolak pinangan A. Saya sedih sangat – sangat sampai saya minta pertolongan mak untuk pujuk ayah saya. Saya p4ksa A untuk jumpa ayah saya buat kali ke-2. Dia ikut kan jer.

Dia pun suruh pakcik – pakcik dia datang jumpa ayah saya. Ayah saya tetapkan syarat. Kalau betul saya nak kahwin dengan A . Lepas kahwin ayah saya terus buang saya. Dan tak mahu lagi ambik tahu pasal saya. Dipendekkan cerita, kerana cinta saya pun setuju dan akhirnya kami kahwin.

A carikan rumah sewa untuk kami duduk berdua. Saya tak pernah buat kerja – kerja rumah sebab memang dari kecik semuanya disediakan oleh pembantu rumah. A tak pernah marah saya. A jugak yang cuci baju saya, kemas rumah, siapkan makanan saya.

Saya betul – betul bahagia dengan A. Ayah saya tak pernah lagi peduli pasal saya. Adik beradik saya semuanya sibuk dan tak pernah ambik tahu pasal saya. Tiba – tiba ujian Allah datang. A tak mampu nak bayar sewa rumah dan akhirnya mak panggil saya duk dengan mak.

Sepanjang duduk dengan mak. Ayah saya tak pernah sekali pun balik rumah. Dia duk rumah isteri ke-2 dia. Mak tak kisah janji mak nak anak – anak mak ada dengan mak. Maka sayalah yang banyak bantu kami. Saya kemudian disahkan mengandung.

Suami sangat happy dan kami jalani hidup normal macam biasa. Dan sekarang kandungan saya dah masuk 34 minggu. Kakak dan abang – abang saya tanya nanti anak bersalin dekat hospitaI mana. Saya pun jawab hospitaI kerajaan.

Mulalah diorang cakap yang hospitaI kerajaan tak baguslah, akan dapat layanan teruklah. Jadi saya jadi takut dan p4ksa suami saya cari duit untuk saya bersalin hospitaI swasta. Suami saya cakap dia tiada duit. Saya pun m4ki hamun suami saya.

Saya cakap saya menyesal kahwin dengan dia. Orang kampung, susah hidup dengan orang miskin, dah macam – macam c4ci m4kian saya pada suami saya. Duit nafkah saya dia memang tak pernah bagi sebab duit gaji dia cukup – cukup untuk belanja seharian.

Setiap hari saya desak suami saya, macam – macam yang saya ungkit apa yang saya dah buat untuk dia. Tapi dia tetap bersabar dan hanya minta maaf dengan saya sebab tak mampu nak sediakan apa yang saya nak. Pada satu hari kami berg4duh besar.

Saya ungkit dari A smpai Z. Dan saya minta suami ceraikan saya dan saya halau suami saya keluar dari rumah saya. Tapi suami saya hanya diam sebab saya tahu dia tiada sesiapa dia seorang anak yatim. Tetiba suami saya datang pada saya dia menangis teresak – esak, dia minta maaf dengan saya.

Itu lah kali pertama dalam hidup saya. Saya tengok suami saya mengalirkan air mata. Mungkin dia sangat str3ss atas desakan saya. Hati saya sangat – sangat tersentap. Demi Allah saya sayangkan suami saya tapi bila mengandung em0si saya, nafsu amarah saya menguasai segala – galanya.

Saya pun melutut depan suami saya dan kami sama – sama nangis. Dia cakap dia betul – betul tak mampu untuk bayar hospitaI swasta. Bila saya cvri – cvri buka wallet dia saya tengok ada RM13 sahaja. Berder4i air mata saya.

Saya betul – betul menyesal dengan perbuatan saya. Selama ni saya buta dengan 1000 kebaikan dia. Dia jaga saya dengan baik sekali. Baju saya, bilik saya, rumah saya dan kereta saya semua dia yang bersihkan. Tapi bila sekali dia tak ikut kemahuan saya habis semua saya ungkit.

Selepas kejadian tu hati saya di undang rasa bersalah yang teramat sangat – sangat. Setiap hari saya minta maaf dengan suami saya. Suami cakap dia dah maafkan saya dan saya redha bersalin di hospitaI kerajaan.

Para isteri di luar sana pesanan saya jangan pandang keburukkan suami kita tapi carilah kebaikan dia. Setiap hari saya tak putvs – putvs berdoa agar Allah taala ampunkan d0sa – d0sa saya. Saya minta agar semua pembaca dapat doa untuk saya agar urusan saya bersalin dipermudahkan Allah taala kerana saya tak mahu susahkan suami saya lagi.

Terima kasih abang kerana jadi suami terbaik di dunia buat saya. Saya sayang abang dunia akhir4t. Perkongsian yang dibuat oleh penulis mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata – rata mereka memberikan nasihat buat penulis agar sentiasa bersyukur memiliki seorang suami yang bertanggungjawab.

Di mana pun hospitaI yang menjadi pilihan nanti apa yang lebih utama adalah kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Tidak ada kurangnya jika memilih hospitaI kerajaan.

Komen Warganet :

Isma Ashraff : Syukur Alhamdulillah puan belum tersasar jauh. InshaAllah, Allah ampunkan d0sa – d0sa puan. Jangan ulangi kesilapan tersebut dan semoga keredhaan puan dan ketakwaan suami akan mendatangkan rezeki yang berIipat ganda pada puan, suami dan anak yang bakal lahir nanti. InshaAllah, aminn..

Fida Ariffin : Kalau beranak hospitaI swasta, ko tak rase s4kit langsung, memang aku akan syorkan. Tapi masalahnya ko beranak dekat hospitaI kerajaan ke swasta ke tetap jugak rasa s4kit. Ikut rezeki sebenarnya. Kalau nasibnya baik dapatlah bersalin dengan mudah dan ko akan rasa ok je dengan layanan dari hospitaI kerajaan. Ala sis, beranak kejap je.

Kalau ko beranak pagi, petang tu ko dah balik. Kalau kau beranak malam inshaAllah esoknya tengahari dah balik. Kalau tak ada masalah la. Bayar tak sampai RM100 kat hospital kerajaan. Tapi kalau hospital swasta mahu dekat RM3-4k. Huish, cukup beli baju anak sampai umur 3, 4 tahun.

Nur Fatin Azwanis : Andai kata awak bersalin swasta sekalipun pastikan betul – betul dapat keampunan suami awak supaya dipermudahkan urusan bersalin awak. Takut sedikit sebanyak hati suami awak tergur1s yang dia pend4m awak tak tahu. Berdoa lah supaya rezeki suami awak dimurahkan. Dah dapat suami baik, jaga awak dengan elok pun tak reti bersyukur.

Nur Dalilah Romli : Ramai yang bersalin kat hospitaI kerajaan Alhamdulillah selamat je puan. Alhamdulillah puan sedar apa yang puan dah buat kat suami. Moga – moga kehidupan rumahtangga puan bahagia sampai syurga, diIimpahkan rezeki dan semoga seIamat bersalin nanti hendaknya.

Sam Fisher : Dik… saya pun pernah dengar kisah yang lebih kurang macam ni dan tak sangka sekarang masih ada kes begini. Saudari sebenarnya bertuah sangat bila ada suami yang penyabar, jujur dan rajin berusaha. Saya nasihatkan supaya banyakkan bersabar dengan ujian hidup. Mungkin sebab dulu saudari hidup senang dengan Iimpahan kekayaan jadi saudari str3ss bila ada masalah kewangan.

Saudari perlu sedar, memang hospitaI swasta servisnya bagus tapi jika pes4kit tak ada harapan seperti pes4kit kanser. Akhirnya hospitaI swasta akan serahkan kes itu pada hospitaI kerajaan jugak akhirnya. Jadi untuk kata perkhidmatan hospitaI kerajaan tak bagus tu tak betul sepenuhnya.

Ambil contoh hospitaI selayang cukup bagus bagi rawatan ibu bersalin, bayi dan kanak – kanak. Lagi pun saudari berkahwin atas dasar suka sama suka jadi jangan lah hanya kerana sedikit str3ss buatkan saudari hilang pertimbangan.

Rezeki, jod0h dan ajaI itu urusan Allah. Mungkin rezeki saudari dan suami akan lebih bertambah bila lahirnya zuriat nanti. Tak usahlah dengar sangat kata – kata negatif baik pasal suami, kerjayanya mahupun pasal layanan hospitaI. Semuanya dug4an hidup dan ada ganjaran dari Allah kepada h4mbaNya yang sabar. Tenangkanlah hati, lapangkan lah jiwa.. fikirlah positif. Insyaallah semuanya seIamat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.