Terus aku meraung bila aku dengar jawapan dari keluarga arw4h suami tentang harta faraid

Selepas arw4h suami meninggaI dunia, aku berjumpa dengan seluruh ahli keluarga mertua. Aku ceritakan segalanya tentang harta faraid. Aku terk3jut dan terus meraung bila dengar jawapan dari mertua termasuk adik beradik arw4h suami yang lain. Aku tertanya, boleh ke macam tu?

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Milah (bukan nama sebenar) berumur 32 tahun. Suami aku telah meninggaIkan aku pada penghujung November tahun 2019 bersama dengan dua orang puteri. Sorang berusia 7 tahun dan yang kecil berusia 4 tahun.

Aku ingin berkongsi kisah ini kerana bagi aku ia sangat istimewa untuk pengajaran diri aku dan kita semua. Di akhir – akhir ini banyak isu tentang harta faraid di sociaI media. Adik ipar yang terIampau strict nak faraid harta abang, bapa mertua yang tak subulu dengan anak bertahun – tahun tetiba muncul bertanyakan hak.

Benar masing – masing ada hak. Dan kerana itu Allah telah menetapkan hukvm faraid untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Sebelum suami aku meninggaI dunia, aku dan dia mengusahakan gerai makan tepi jalan.

Sebelum itu suami aku bekerja kilang selama hampir 7 ke 8 tahun namun atas beberapa isu beliau telah berhenti kerja. Aku pula sebelum itu bekerja sebagai seorang kerani di pejabat kontraktor dan berhenti kerana masalah penjagaan anak.

Jadi selepas suami berhenti kami bersepakat meniaga nasi campur di tepi jalan. Kami mempunyai sebuah kereta waja second hand yang dibeli dengan harga RM5k dari kawannya. Rumah pula suami beli semasa bekerja kilang, rumah flat kos rendah.

Alhamdulillah suami jenis pandai merancang juga. Kalau harap aku ni, jenis dapat duit habis. Ada je benda nak dibelinya. Dah la income kecik. Mujurlah suami pandai mengawal belanja. Jadi kami ada sedikit saving di tabung haji, insuran nyawa aku dan dia, rumah (masih hutang) dan kereta tanpa hutang.

Suami aku ada 5 orang adik beradik. Dia anak ke tiga. Ada 2 kakak dan 2 adik lelaki. Ibu dan ayah mertua ku hanya bekerja kampung dengan mengusahakan sawah padi. Bila bukan musim padi, mereka berjualan sayur kampung yang ditanam sekeIiling rumah.

Begitu juga adik beradik suami. Kedua kakaknya sudah berkahwin. Yang seorang berniaga online, suami seorang guard, dan kakak kedua seorang tukang jahit baju dan suaminya bekerja kilang. Dua adiknya masih belajar. Seorang bakal MA, dan seorang lagi di sekolah menengah.

Pada pandangan mata kasar keluarga mereka semuanya biasa – biasa sahaja. Tidak mewah tapi cukup. Keluarga mentua aku ni bukanlah kategori orang alim. Ayahnya bukan kaki surau tapi tidaklah sampai tak solat. Sesekali dia ke surau. Kebiasaannya tidak. Mereka suka berkaraoke jika berkumpul.

Kalau kenduri kend4ra tu, ada juga joget lambak. Kiranya semua jenis sporting. Panjang betul intro. Arw4h suami meninggaI akibat kemaIangan jalan raya. Aku tidak pernah bersedia dengan semua itu. Semasa dia meninggaI, aku tak menangis. Terk3jut.

Aku hanya terbayang kehidupan aku dengan dua orang anak perempuan, macam mana aku nak berniaga, nak angkut barang – barang setiap hari. Memikirkan semua itu aku jadi Ielah. Insan sekeIiling memeIuk memberi kata semangat, aku hanya mampu angguk dan memandang mereka tanpa sempat aku had4m pun apa yang mereka kata.

Selepas pengebvmian arw4h aku balik, mandi dan solat maghrib. Kemudian tertidur keletihan dan terjaga lebih kurang jam 3 pagi. Masa itu dunia terasa lain. Baru datang rasa sedih, tak percaya, rasa sunyi dan berbagai perasaan lagi.

Aku menangis semahunya. Aku pandang anak – anak yang sedang tidur. Tak boleh berfikir jauh bagaimana masa depan mereka tanpa ayah. Yang pastinya aku kena kuat untuk mereka. Selepas arw4h meninggaI, atas nasihat kawan, aku pun ke sana sini menyelesaikan antaranya kwsp, hutang rumah dengan bank, ejen insuran, tabung haji (tempat saving kami). Kwsp suami tak letak penama.

Tapi menurut kawan walaupun ada penama duit kwps tetap kena difaraid, begitu juga insuran kerana ada bahagian saving dalam insuran. Rumah pula suami letakkan nama aku sebagai penerima hibah. Jadi selepas dikumpulkan, anggaran kasar adalah dalam 70k juga jumlah yang bakal difaraidkan kerana aku tiada anak lelaki.

Aku berjumpa dengan keluarga mertua. Aku yang minta semua ahli keluarga termasuk adik beradik suami datang ke rumah mentua. Aku ceritakan semuanya dengan detail sebelum proses permohonan sijil faraid. Masa itu ditemani ejen insuran yang juga kawan aku.

Kami suami isteri ambil insuran dengan dia. Jumlahnya tidak lah beratus ribu sebab tak mampu bayar bulanan tinggi. Pada masa kami ambil insuran tu, kami fikir ambik jelah bagi sekadar ada. Sikit pun takpe. Tapi bila terjadi begini, alhamdulillah ada juga lah duit yang boleh diharap.

Kami hanya ambil untuk diri kami berdua je untuk anak – anak tak ambil insuran atau medical card sebab tak mampu bayar bulan. Suami kata, “tak ape kalau apa – apa dengan anak, pergi je hospitaI kerajaan, andai kata anak pergi dulu kita tahu nak cari duit.

Yang penting kalau kita m4ti, duit yang ada ni untuk kebajikan anak”. Semasa aku ceritakan kepada mentua, inilah reaksi yang aku tak pernah terfikir sama sekali akan berlaku. Ayah mentua kata “kamu tak perlu faraid duit – duit tu. Ambil semua untuk kegunaan kamu dan anak – anak.

Walaupun kami ni ada hak, tapi ayah nak halalkan pada kamu”. Kemudian mak mentua mengangguk “betul. Tak payah bagi dekat ibu dengan ayah. Kami ni alhamdulillah sihat lagi, ada kudrat lagi. Pandailah kami cari sendiri kalau nak makan”.

Masa tu terus berlinang air mata. Bukan aku gembira sebab dapat makan sorang tapi aku sedih, terharu. Kenapa mereka begitu? Sedangkan ada sesetengah orang, duit faraid ni ibarat durian runtuh bukan? Kakak ipar kata, “kalau dah bahagi – bahagi nanti berapa je tinggal untuk kau”.

Adik ipar yang berdua memandang aku sambal angguk – angguk kepala. “Kitorang tau akak susah sama – sama dengan abang. Dengan anak kecik meniaga tepi jalan. Kitorang ni tak pernah tolong pape pun. Takkanlah bila abang tak ade kita nak ambik duit hasil usaha abang dengan kakak”

Terus meraung aku masa tu. Allah sedihnya. Dalam hati aku hanya terdetik “boleh ke macam tu?”. Disaat orang lain yang lebih alim dari mereka ni boleh berubah hanya sebab duit, tapi keluarga mentuaku yang biasa – biasa ni jadi sangat faham pula pada keadaan menantu mereka yang tiba – tiba menjadi balu.

Macam tak logic kan? Aku sendiri susah nak percaya. Sedangkan mereka bukan kaya. Masing – masing ada kesusahan sendiri. Aku ucap terima kasih pada mereka kerana kebaikan ini. Walaupun aku dapat semua duit tapi aku tetap hulur sedikit pada mentua.

Aku tolong repairkan kereta bapa mertua, sesekali beri duit belanja pada anak – anak buah dan adik – adik suami yang masih belajar. Aku belikan rantai yang berharga RM2k untuk mak mentua, dan dua kakak ipar. Bukan nak tunjuk ada duit, tapi aku rasa serba salah.

Bukan juga niat nak membazir atas duit yang ada. Aku pujuk mereka supaya terima. Anggap ini hadiah dari suami. Niat aku ikhlas. Tiap minggu aku bawa anak – anak jenguk atok dan nenek. Kebaikan mereka membuatkan aku mahu hubungan ini kekal sampai bila – bila.

Aku mahu puteriku kenal inilah atok, nenek, pakcik dan makcik mereka yang di luar nampak biasa tapi hati mereka sangat hebat. Aku berharap andai suatu hari nanti aku berada dalam situasi mereka, aku boleh buat perkara yang sama dengan mempunya sifat empati yang tinggi terhadap orang lain.

Aku dah tak meniaga tepi jalan tapi aku ambil tempahan makanan online. Tempahan kecil – kecil untuk pejabat, majlis kecilan setakat 50 ke 100 orang makan. Aku buka akaun saving di tabung haji dan sspn untuk anak – anak.

Belajar berjimat untuk masa depan anak. Buat masa ni belum terfikir nak cari pengganti. Doakan aku terus kuat dengan ujian hidup ini. Terima kasih untuk keluarga mentua. Semoga Allah gandakan rezeki untuk kalian. – Milah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ellyuna Rose : Alhamdulillah, rezeki dapat keluarga mertua yang baik.. Saya yang baca pon jadi terharu. Syukur sangat. Saya pun kem4tian suami tahun lepas, pembahagian harta pon telah selesai sebab saya tiada anak. Alhamdulillah, ada juga rezeki.

Nia Zalia : Confessor juga berjiwa besar, terus jumpa family mertua untuk urusan faraid. Tak ada nak seIindung – seIindung jumlah yang difaraidkan. Tak ada nak lengah – lengahkan urusan. Bila kita jaga hubungan sesama manusia, Allah pon permudahkan urusan.

Ada sesetengah orang bila dah nampak jumlah duitnya mula rasa tak cukup, lalu melambat – lambatkan proses, buat susah. Kalau orang sebeIah sana yang mulanya ikhlas nak serah semua sempat la terjangkit peny4kit hati dulu. Set4n cucuk sana sini. Jadilah perg4duhan berpanjangan.

Nik Noor Akma : Kalau keluarga arw4h suami sebaik ni, tak tahu la macam mana baiknya arw4h suami akak ni. Ya Allah mesti akak ni sangat – sangat terasa kehiIangan bila suaminya tiada. Semoga akak kuat membesarkan anak – anak perempuan akak. Insya Allah, Allah rancang yang terbaik untuk akak sekeluarga.

Rohaya Aya : Allah, begitu besar hati mereka yang kita nampak kecil ini. Saya membaca dengan Iinangan air mata. Betapa tulus hati keluarga suami puan, semoga Allah merahm4ti hidup mereka dan puan sekeluarga dan jangan sesekali memisahkan anak – anak dgn keluarga mertua puan sampai bila – bila.

Safiah Ahmad : Allahuakhbar! Kebaikan dibaIas dengan kebaikan. Saya menangis bukan teresak – esak tapi sampai meleleh air mata terharu. Sungguh masih ada insan yang punya hati suci murni dari bapa mertua, mak mertua, kakak dan adik arw4h.

Begitu juga TT tidak gelap mata dan melupakan mereka. Semoga TT, anak  -anak dan seluruh keluarga arw4h suami TT dirahm4ti Allah, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan. Aamiin

Dayang Ruzainah Zakaria : Alhamdulillah. Hebatnya percaturan Allah kepada insan yang teruji dan terpilih. Awak kehiIangan suami tapi meraih kasih sayang yang besar dari keluarga mertua. Bertuahnya awak, terasa ringan beban yang terpikuI.

Dalam duka ada cerita bahagia. Semoga awak terus berjiwa besar dan bahagia dengan cara awak. Mudahan anak – anak awak menjadi orang – orang yang berjaya, penyejuk hati dan mata.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.