Mereka isi borang dan ambil cap jari bapa saya semasa bapa dikaf4nkan

Lepas 6 bulan Umi meninggaI, ayah pula meninggaI dunia. Masa ayah meninggaI kami adik beradik jadi fam0us. Ramai orang datang, tapi diorang datang ambil baju umi, pinggan mangkuk, bIender pun kena ambil. Ayah anak tunggal, tapi masa ayah meninggaI, ada ramai adik beradik jauh datang mengaku w4ris harta..

#Foto sekadar hiasan. Nama saya Shasha, bukan nama sebenar, saya cuma nak ceritakan kisah hidup saya sebab tiada orang yang sudi dan faham situasi saya. Sedikit pengenalan, saya seorang anak yatim piatu, umi dan bapa saya meninggaI semasa saya berumur 6 tahun.

Umi meninggaI bulan januari 2006 dan bapa meninggaI bulan jun 2006. Umi meninggaI sebab s4kit k4nser p4yud4ra, selepas umi meninggaI, bapa tiba – tiba mendapat s4kit jantung. Saya ada 4 adik beradik dan saya adalah anak ke-3.

Saya mempunya seorang kakak, seorang abak dan seorang adik lelaki. Saya akan singkatkan cerita, keluarga saya ni bukanlah keluarga yang tidak baik, malah keluarga saya ni boleh dik4takan sebagai keluarga yang berpelajaran, cuma ada sesetengah sikap keluarga yang menjadi masalah untuk saya..

Selepas ibubapa saya meninggaI, saya dan adik beradik sempat tinggal bersama keluarga sebeIah bapa di Semp0rna. Sepanjang tinggal bersama mereka, kami ni boleh dik4takan tidak terjaga sangat. Tapi yang sangat merasai tekanan tu adalah pada abang saya, sebab dia ni seorang yang aktif, jadi aunty dan uncle selalu marah dan pukvI dia.

Semasa umi masih hidup, umi saya ni boleh dik4takan mendidik anak dengan sangat baik, seperti mana orang barat didik anak mereka. Jika kami buat salah (semasa umur masih kecil 5 tahun ke bawah), umi tak pernah marah kami, umi selalu slow talk kalau ada sikap kami yang umi rasa tak betul.

Ada juga waktu di mana umi terlepas cakap, dengan tinggikan suara, itupun semasa umi tengah penat, tapi selepas tu umi akan datang dekat kami balik dan minta maaf. Dan banyak lagi cara didikan umi yang memang diimpikan oleh seorang anak.

Tapi itu hanya saya dapat rasakan sehingga umur 5 tahun. Al-fatihah buat umi. Tak lama kami adik beradik tinggal di Semp0rna selepas ibubapa kami meninggaI, selepas tu nenek iaitu ibu kepada umi, ambil kitorang pergi Keningau.

Pada awalnya, semua okay. Saya dijaga oleh seorang nenek dan seorang makcik (janda satu anak). Selepas setahun dijaga oleh nenek, akhirnya kami adik beradik terp4ksa dipisahkan kerana nenek tidak mampu tampung kami adik beradik.

Saya dan abang dijaga oleh nenek, manakala adik dan kakak dijaga oleh makcik di Selangor. Jarang sangat jumpa, bila berjumpa rasa sangat janggal dengan adik dan kakak. Jadi, saya hanya tinggal berasama abang dan seorang sepupu lelaki iaitu Abdul (bukan nama sebenar).

Lama kelamaan, saya mula merasakan kelainan dan ketidakselesaan di rumah tu. Saya mula merasakan ketidakadilan dalam layanan anak – anak. Makcik saya seorang yang sangat garang. Cepat b4d m0od terutama awal pagi.

Panas baran dan boleh dik4takan malas. Malas buat kerja – kerja rumah. Walaupun sudah ada satu anak tapi cara hidup dia seperti seorang remaja, bangun lambat, tak masak, suka video call dengan kawan – kawan. (Sebab masa ni tengah fam0us video call).

Makcik saya didik saya dan abang dengan terlalu tegas. Kitorang berdua kalau buat salah sikit, kami akan dipukvI terus. Mereka gunakan cara memukuI untuk didik kami. Kami sudah merasa macam – macam cara d3nda dan pukuIan dari mereka.

Saya teringat abang saya, tidak sengaja letak pendrive dalam poket seluar dan pendrive tu milik aunty saya. Seluar tu dimasukkan dalam mesin basuh. Makcik saya ni marah giIa. Sangat d4hsyat abang saya dipukvI masa tu. Tidak dinafikan, salah abang saya tu memang besar, mungkin pendrive tu penting untuk makcik saya, tapi saya tidak rasa pukuIan boleh mengubah keadaan pendrive tu kepada yang asal,

Yang lebih menyedihkan, cara kami dididik tidak lah sama seperti mana makcik didik anaknya, Abdul. Isu pilih kasih ni lebih besar dari isu denda, pukvIan yang mereka suruh. Kenapa kitorang saja dilayan macam ni? Anak dia orang sendiri tak pula?

Bila bangun pagi, makcik saya akan bangun yang terakhir. Saya dan abang, bila dengar makcik bangun, kita orang akan berlari dan pura – pura sibuk, pura – pura sapu lantai walaupun sudah disapu. tapi Abdul tidak akan rasakan apa – apa.

Dia boleh saja bangun lambat dan dengan seIamba bangun dan terus tengok tv. Kitorang kalau bangun lambat, rasa macam dah buat kesalahan besar. Dan bila bangun kita orang takut sangat, dan terus cari kerja yang perlu buat, menyapu, buang sampah, cuci pinggan dan sebagainya.

Abdul ni boleh mandi di bilik mandi yang ada air panas. Tapi saya dan abang kena mandi di bilik mandi yang tak ada air panas. Kitorang tak kisah tak dapat mandi air panas tapi sikap pilih kasih tu, yang buat kita orang rasa terkiIan.

Bila kitorang mandi di bilik mandi yang ada air panas, macam satu kesalahan dan d0sa besar yang sudah kami buat. Sehingga kitorang rasa janggaI bila ada waktu kita orang curi – curi mandi dekat situ. Sebenarnya banyak lagi, tapi malas nak taip.

Isu kedua, saya sangat – sangat terkiIan dengan nenek saya. Nenek saya suka banding – bandingkan saya dan abang dengan orang lain. Abdul tak pula kena buat macam ni. Bila raya, semua makcik, pakcik, sepupu – sepupu akan berkumpul dekat rumah nenek, sepatutnya waktu ni adalah waktu yang menggembirakan, tapi bagi saya, inilah waktu yang paling saya benci, tr4uma, takut dan macam – macam.

Sebab waktu ni, nenek saya suka cerita semua perkara buruk tentang kami dekat orang lain. Benda – benda yang memaIukan pun semua dicakap terus ja, apa lagi, saud4ara mara saya ni ketawa terb4hak – b4hak tanpa fikir perasaan kami.

Korang faham tak rasa dia, bila orang sebut a1b kita, dan semua orang ketawa kuat – kuat dekat kita. Hanya yang pernah rasa akan tau. Ada satu isu lagi, kadang – kadang makcik – makcik saya ni suka marah dekat kami padahal diorang sendiri pun tak buat.

Paling ketara, pernah satu hari tu (masa tu umur tahun 3), saya pergi sekolah petang untuk latihan sukan, saya tak pakai tudung, saya balik rumah, memang dimarah betul, tapi orang yang marah tu tak pakai tudung pun. Saya baru tahun 3, tak d0sa pun tapi dia marah padahal umur dia tu dah 30+.

Tak kisah lah dia nak marah. Yelah kan, tengok apa yang ditegur bukan siapa yang menegur. Tapi begitukah kita nak didik anak? Lagi satu, kami ni disuruh supaya cakap slow dan sopan dengan orang tua. Tapi dalam masa yang sama kami dibesarkan dengan tengok makcik – makcik kami ni meninggikan suara dengan mak dia orang iaitu nenek saya..

Korang fikir sendiri lah, setiap hari tengok, makcik marah – marah, meIawan cakap, tinggi suara, j3rit dekat ibu dia orang. Lepas tu suruh kami cakap elok – elok? Cakap sopan – sopan. Beginikah cara didik anak? Sebenarnya banyak lagi, tapi ni baru 1/10 dari cerita saya.

Orang yang hadapi tak sama dengan orang yang mendengar. Tapi siapa yang senasib dengan saya, mesti akan faham. Alhamdulillah, sekarang saya sudah 21 tahun, saya sekarang mengaIami masalah ps1kol0gi, dulu lagi teruk.

Sekarang alhamdulillah m4kin okay selepas saya mula ikut usrah dan beberapa usaha untuk berubat. Segala puji bagi Allah tuhan yang maha menjaga h4mba – h4mba Nya. Cuma sekarang ni cepat str3ss, bila ada masalah sikit, kepala jadi sangat – sangat s4kit, tak tau nak cakap macam mana s4kitnya.

Tapi masa ni selalu cuba balik dengan Allah. Abang saya juga mengaIami masalah ment4I, alhamdulillah hanya min0r saja. Saya hanya nak tunjuk kepada ibubapa, kesan yang akan jadi pada anak, anak yang dari kecil hidup dalam ketakutan ni.

Bila besar nanti, bila dia orang ada masalah, diorang tak akan kongsi dengan ibubapa. Simpan sendiri dan lama – lama hingga makan diri sendiri. Saya lebih kesiankan abang saya, bila dia marah, dia akan sembunyikan diri dia. Dan masa tu, mata dia jadi merah, barang – barang yang ada dekat dengan dia, akan dibuang dan dir0sakkan.

Tidak kisah cermin ke, kayu ke memang h4ncur dibuat oleh dia. Nak salah kan dia sebab tidak sabar pun susah sebab saya tau apa yang dia hadapi dan kenapa dia jadi macam ni. Tapi alhamdulillah, kami sekarang tak mengikut sikap seperti makcik dan nenek kami.

Kami masih bercakap dengan baik dengan orang lain dan semua keluarga kami. Masalah keluarga ni masih berlarutan hingga harini. Tapi saya masih cuba untuk terus kuat dan lebih Positif. Ohh, tambahan, harap semua tak salah faham.

Saya hanya kongsi masalah saya, tapi saya dari dulu sentiasa doakan supaya mereka tidak diaz4b jika Allah murk4 dengan apa yang jadi. Saya masih mencuba cari kebaikan mereka yang ada dan dengan itu saya harap Allah akan maafkan mereka.

Saya masih belajar untuk bersyukur dengan duit yang mereka pernah gunakan untuk makan kan kami. Saya sayang mereka dan saya selalu doa supaya dapat berjumpa dengan mereka di syurga nanti. Saya tak pernah lagi doakan yang buruk – buruk dekat diorang.

Cuma ada waktu – waktu saya teringat dengan apa yang mereka buat. Hati saya memang sudah maafkan, tapi kenangan difikiran akan tetap ada. Kalau boleh reset fikiran ni tak apa lah. Tak tahu nak cakap macam mana lagi.. Harap semua faham lah. Sorry kalau cara penceritaan tak jelas. Saya tak fasih sangat..

Sambungan.. Dipendekkan cerita, semasa ibubapa saya hidup, mereka bekerja sendiri, buka resort di Pulau MabuI. Nama res0rt biarlah rahsia. Masa tu kami adik beradik masih kecil, dan membangunkan sebuah res0rt ni sememangnya tidak mudah.

Pelbagai kesusahan ibubapa saya hadapi. Tapi kami masih kecil, tidak tahu sangat peng0rbanan mereka, tapi ada juga dengar sikit – sikit cerita dari orang sekeIiling. Selepas umi saya meninggaI bulan Januari, tinggal bapa saya seorang yang usahakan syarik4t tu.

Dan dalam tempoh ni, ramai wanita – wanita, janda – janda yang muncul untuk menjadi pengganti umi saya. Masa ni, keluarga kami boleh dik4takan fam0us di kalangan wanita. Tidak lama selepas umi meninggaI, bapa pula yang jatuh s4kit (peny4kit jantung), masa ni, ada satu janda tu selalu datang nak tengok – tengokkan bapa saya.

Belum apa – apa dah suruh kita orang adik beradik panggil dia mami. Selain daripada wanita dan janda – janda, keluarga terdekat pun ikut sama, menjadi rapat dengan bapa saya. Bapa saya cuma anak tunggal tapi ada 2 adik tiri lelaki. 1 adik tiri ni, ada masalah keluarga sehingga terp4ksa tinggal di rumah kami masa tu.

Sekeluarga pindah, bini dan anak – anak semua pindah rumah kami. Dan ada juga ramai orang lain yang sering pergi ke rumah kami, masa ni kami ni macam fam0us sekejap. Pendekkan cerita, selepas bapa saya meninggaI (tidak sempat kahwin dengan mana – mana perempuan).

Ramai orang datang rumah kami dan ambil semua barang – barang dekat rumah tu. Pinggan mangkuk diambil, bIenderr pun diambil, kamera diambil, dan macam – macam. Masa fasa ni, boleh dik4takan satu kampung tu, hampir setiap hari, saya asyik nampak orang tu pakai baju umi saya.

Pergi sini, “ehh, baju umi”.. pergi sana, “eh, baju umi.” Tak kisahlah mereka mau ambil baju – baju tu, tapi segala pinggan mangkuk pun diambil. Yang lagi melucukan, seperti saya katakan tadi, selepas umi meninggaI, keluarga kami jadi fam0us dan setelah bapa saya meninggaI, keluarga kami jadi lebih berganda fam0us.

Sehingga ada satu pakcik ni, yang tidak tau datang dari mana, dik4takan pakcik tu keluarga juga tapi sudah bau – bau bacang. Boleh dik4takan d4rah tu dah nak hilang dah, boleh pula dia muncul. Ambil bot kitorang (bot yang digunakan untuk pergi resort di Pulau MabuI).

Masa ni syarik4t masih baru lagi. Jadi syarik4t cuma ada 1 bot dan selepas bapa meninggaI, pakcik tu ambil dan siap parking di depan rumah dia. Ambil senyap – senyap pula tu. Saya pun kadang – kadang keliru dengan manusia macam ni dan masa ni juga, berlaku banyak perg4duhan BESAR dikeluarga sebeIah bapa.

G4duh sebab syarik4t tu. Bot tu nasib berjaya dapat balik. Ada sampai perg4duhan guna p4r4ng. Sebab tu lah, kenapa penting ibubapa yang ada harta, buat wasi4t siap – siap, bukan untuk doakan supaya cepat meninggaI tapi untuk elakkan benda macam ni berlaku.

Bayangkan yang tidak pernah jumpa sebelum ni, boleh terjumpa, siap mengaku dia layak untuk w4ris harta tu. Ternyata, benda begini ada kemungkinan untuk jadi. Tidak lama selepas tu, saya dan adik beradik diambil oleh keluarga sebeIah ibu di Keningau.

Sebenarnya, yang paling berhak untuk ambil alih syarik4t tu adalah nenek saya iaitu ibu kepada umi saya. Syarik4t tu adalah atas nama umi saya, bukan bapa. Lesen, pinjaman dan lain – lain semua umi saya yang buat. Lagipun, umi saya lepasan graduan dalam kos business, jadi idea untuk buka syarik4t ni adalah umi saya.

Jadi memang nenek saya yang berhak. Dan masa ni, adik tiri yang tinggal dekat rumah kami tu datang meminta supaya nenek saya izinkan dia orang untuk ambil alih. Mereka cakap dan janji akan bagi duit tiap bulan, sara kami sambung belajar dan lain – lain.

Dan akhirnya nenek saya bagi. Tapi dia orang ni tiada persetujuan hitam putih pun, hanya cakap je. Jadi bermula dari situ, mereka yang ambil alih. Semasa kami màsih kecil, uncle selalu kirim RM500 untuk perbelanjaan kami. Mungkin masa tu syarik4t masih difasa awal, ekonomi belum stabil.

So, okay saja lah, bila meningkat sekolah menengah, uncle kirim RM1k setiap bulan. Sekarang saya dan adik beradik sudah sambung belajar. Kakak dan abang kerja sudah. Kakak dan abang tidak dapat sambung belajar. Kakak tidak dapat sebab keputvsan SPM biasa – biasa, itupun sebab kakak ni ada s4kit.

Abang pula lepasan kolej v0kasi0nal, lepas tu, terus kerja di Perodua. Saya dan adik sekarang tengah belajar di UMS dan UIA. Masa di universiti, uncle akan kirim duit terus ke akaun kami  sendiri. Tidak melalui makcik atau nenek lagi. Pendekkan cerita, sekarang syarik4t tu sudah maju.

Uncle pun sudah hidup kaya dan Uncle tidak kirim duit bulan – bulan kepada kakak dan abang saya dengan alasan mereka sudah kerja. Bila mereka minta, uncle akan bagi. Kalau tak, uncle tak bagi lah. Kalau dalam setahun tu, abang minta sekali, sekali tu je la dapat.

Kalau dalam 5 tahun mereka tak minta, tiadalah uncle nak bagi. Hidup uncle, kaya, baju pakaian memang semua branded, tiada yang brand pasar. Kereta sudah 4 / 5 / 6 biji. Ada sebiji mercedez, jam roIex, rumah batu, ada orang gaji, driver.

Pada masa tahun 2017, saya baru dapat tahu rupanya mereka ada buka hotel, cafe dan restoran. Bukan restoran yang macam kedai mamak, tapi kedai yang memang standard lahh. Uncle ni ada 4 orang anak lelaki semua. Anak first tidak dapat sambung belajar, ada problem dan terp4ksa dikahwinkan.

Walaupun masa tu belum ada kerja, tapi kahwin di sp0nsor oleh uncle, dapat juga kahwin mewah. Anak kedua sambung belajar, tapi asyik fail dan ulang paper. Last – last dia tak nak sambung, lepas tu kahwin. Kahwin glam0ur jugaa, dalam dewan.

Kekayaan yang mereka ada tu sudah buat sampai ke cucu hidup senang. Anak dia, lepas kahwin, terus ada rumah sebiji. Cucu – cucu uncle sekarang ni pun, nampaklah macam cucu orang kaya, standard, bergaya. Inilah kisah hidup mereka.

Kisah hidup saya dan adik beradik nak tahu macam mana? Kakak saya tak dapat sambung belajar. Dia kerja di kedai jual laptop. Tak lama dia kahwin, kahwin di masjid selangor. Makcik tulis surat supaya pihak masjid boleh tolong buatkan majlis kahwin di sana.

Disebabkan pihak masjid tau bahawa kakak saya seorang anak yatim piatu, jadi masjid pun bagi sewa rendah dekat kakak saya, alhamdulillah, sewa mereka bagi sangat – sangat rendah. Moga Allah Iimpahkan rezeki yang meluas buat keluarga mereka aamiin.

Meja kerusi mereka sp0nsor, dan pelamin. Kakak saya berimpian nak kahwin ala – ala open garden, tapi hanya impian saja lah. Tapi j0doh kakak tak panjang. Selepas 2 tahun lebih mereka bercerai. Kakak bawa diri ke Korea untuk tenangkan diri, dan nak cari duit lebih banyak.

Sampai harini, kakak masih nak kerja sana, sebab rasa sana lebih besar gaji. Dia bekerja di kiIang buat kereta. (Saat menulis ni, saya tengah sedih, menangis, bila terkenang kesusahan adik beradik saya). Abang saya pula, selepas habis kolej v0kasi0nal, sepatutnya dia akan ada k0nvo di negeri 9 tak silap, yang pasti di semenanjung.

Abang tinggal di Sabah, abang tak pergi k0nvo sebab rasa mahal untuk beli tiket. Untuk diri sendri pun tak. Mampu, ini kan lagi untuk datang bersama keluarga Di samping tu, abang ni ada layanan tak berapa baik dari makcik. Yang pernah baca penulisan saya sebelum ni akan faham.

Jadi abang tidak bagitahu bahawa dia ada k0nvo. Jadi akhirnya, sijil kena pos saja. Selepas tu, dia tiada kerja, 1 tahun lebih juga, dia ada buat kerja part time di hotel. Itupun tak selalu kena panggil. Bila hotel ada event besar saja baru dia orang ni dipanggil kerja.

Abang saya ni pandai repair alat elektronik, jadi dia ada juga buat repair – repair fon, laptop permintaan dari kawan – kawannya. Saya tak tahu kenapa uncle tak terfikir langsung nak serap abang saya kerja di syarik4t tu. Tambahan, masa abang menganggur ni, dia tinggal sendiri di rumah Keningau.

Sebelum ni tinggal bersama nenek. Tapi nenek jatuh s4kit, dan dijaga oleh anaknya di Tawau. Saya dan seorang sepupu juga tinggal di sana tapi kami berdua sambung belajar, jadi kami tinggal di hostel universiti. Jadi abang tinggal sorang di rumah.

Makan cari sendiri, ada juga keluarga terdekat, tapi tidak tahu kenapa tidak terdetik untuk mereka belikan makanan untuk dia. Cukupkan makanannya di rumah. Datang sebulan sekali, setahun 3 kali, boleh buat apa ja? Keluarga sekeliling pula pandai complain.

Kenapa abang saya tidak jaga rumah tu elok – elok, kenapa tak pot0ng rumput. Ingat p0tong rumput guna air liur ka? Kadang – kadang keluarga bukan main mengh1na abang saya ni di group family whatsapp sebab tak pandai jaga rumah lah, tak pandai urus diri lah.

Mereka biarkan abang saya hidup sendiri di sana. Abang saya ni ada masalah mentaI sikit tapi tak teruk tapi bila dih1na oleh keluarga macam tu, apalagi yang dia boleh buat dalam keadaan seorang diri di rumah? Memang kaca – kaca semua pecah lah, kayu jati pun boleh patah.

Abang saya ni sangat beradab. Tidak pernah langsungggg dalam hidup dia cakap kasar atau meIawan. Tak lama makcik di Selangor ambil dia dan tolong dia mohon kerja di Perodua. Masa ni pun jadi isu, keluarga marah – marah sebab semua adik beradik saya dibawa ke Semenanjung.

Kakak dan adik memang di Semenanjung sejak kecil tapi dah 1 tahun lebih kot mengganggur. Tiada pun yang nak bagi perhatian dekat abang. Bila aunty bawa ke Semenanjung, tolong dia cari kerja, semua bising dan macam – macam keluar dari mulut.

Memang anak lelaki boleh hidup di mana pun kena c4mpak tapi ada lelaki tak pandai urus hidup dia. Belum pandai cari kerja tetap selepas habis belajar Abang saya ni spesiaI, sendiri boleh fikir, kalau kita ada anak yang spesiaI. Lembab sikit dalam pelajaran, pastilah kita sebagai ibubapa akan usaha tolong anak kita.

Bayarkan tuisyen, pantau diorang belajar, dan macam – macam. Bukan biarkan dan complain saja. Cerita saya pula, berbeza sikit dari cerita adik beradik yang lain. Saya ni setiap bulan minta uncle duit belanja sebab saya masih belajarkan.

Kalau saya tak minta duit sama uncle, tiada yang nak sara saya belajar. Kadang – kadang uncle ni datang Kota KinabaIu untuk shopping dan jalan – jalan. Jadi memang saya akan turut dibawa jalan, beli apa yang saya nak. Masa dia orang tengah pilih baju mahal – mahal, saya pun disuruh untuk beli sekali.

Baik kan? Memang baik sehingga lah satu hari ni, saya dengar dari mulut orang, bini kepada uncle saya ni nak kahwinkan saya dengan anak dia. Mula – mula saya cuba relaks. Yelah, sebab dari mulut orang lain kan.. Tapi satu hari, depan – depan saya mereka cakap.

Walaupun bunyinya seperti nada yang tidak serius, tapi ternyata betul lah. Benda tu memang ada keluar dari mulut mereka. Korang rasa apa tujuan dia orang buat macam tu? Takut harta tu hilang, jadi nak kahwinkan saya ni dengan anak diorang??

Allahu akhbar.. Saya sedih sangat masa tu. Allah saja tau. Sedihhh sangat – sangat. Saya sedih sebab saya sayang mereka dengan ikhlas sebelum ni tapi kenapa jadi macam ni. Walaupun saya tetap tak akan kahwin sebab kahwin tak kan terjadi dengan p4ksaan.

Tambahan.. uncle saya ni ada belikan saya 1 kereta dan 1 rumah. Kereta dan rumah tu dik4takan untuk kami adik beradik. Sedangkan anak dia tak perlu kerja, dapat kahwin, ada sebiji rumah, buat sendiri, rumah batu, kereta apatah lagi.

Kami pula hanya sebiji kereta, kongsi 4 orang. Itupun kami adik beradik bukan tinggal sekali pun. Jadi siapa di Sabah, dia saja lah dapat guna. Iaitu saya seorang saja lah. Rumah pula dibeli, rumah apartment, tingkat 4 pula. Tapi uncle tak bagi duduk lagi sebab nak bagi orang lain sewa dulu supaya boleh backup untuk bayar rumah tu. Nampak kah keadilan di situ?

Saya tidak kisah mereka nak hidup mewah TAPI sebelum nak hidup mewah. Mewahkan dulu adik beradik saya, kakak saya kerja jauh untuk cari duit. Pernah dikejar imigr3sen sebab masa tu belum dapat permit kerja. Abang saya kerja di kiIang buat kereta.

Sudah 3/4 kali pengs4n sebab tak cukup tidur, Masuk hospitaI, berd4rah hidung sebab terlalu panas. Mesti panjang sudahkan saya taip. Tapi korang baca saja terus tau, ada lagi yang korang akan terk3jut. Selepas beberapa tahun, baru ada satu rahsia terb0ngkar.

Pada tahun 2019, cerita ni terb0ngkar, sebab ada seorang pakcik ni, korang tau siapa pakcik ni? Pakcik ni lah yang ambil bot tu dan parking di depan rumah dia tu. Selepas tak berjaya ambil bot dan syarik4t tu. Dia buat cara lain. Dia ni selalu ikuti perkembangan abang saya dan sembang – sembang tanya khabar.

Pakcik ni tunggu abang saya sehingga umurnya 21 tahun. Sebab antara kami 4 adik bradik. Abang saya yang paling berkuasa untuk ambil balik syarik4t tu. Lelaki sulungkan. Jadi dia cerita semua rahsia – rahsia yang tersimpan selama ni..

Seperti saya cakap tadi. Uncle saya ambil alih syarik4t tu tiada surat hitam putih. Rupanya, semasa bapa saya meninggaI, diorang dah ambil surat siap – siap di mahkamah. (Tak tau surat apa, surat amanah jaga syarik4t atau w4ris harta), Wallahualam.

Diorang isi borang tu dan ambil cap jari bapa saya semasa bapa saya dik4f4nkan.. Nice! hebat sangat manusia zaman sekarang. Dan ada satu cerita lagi. Semasa bapa saya masih hidup, bapa saya ni ada s4kit jantung, tapi tak serius sehingga perlu ditahan dihospitaI.

Jadi bapa saya masih boleh ke sana sini urus pelancong yang datang. Dan satu hari, semasa bapa di rumah, bapa makan aiskrim dan satu coca – cola. Dan orang cerita dekat kami. Bahawa uncle ada guna ilmu hitam, yang caIitkan sesuatu di tempat minum, bila orang tu minum, akan s4kit dan m4ti.

Saya lupa apa nama benda tu tapi benda tu menggunakan air mandi m4y4t lah orang cakap. Dan pada masa tu, selepas saja bapa saya minum air tu, terus tumb4ng dan dikejarkan ke hospitaI. Selepas bapa saya sedar, memang bapa saya seperti orang yang tidak siuman, dan tidak lama selepas tu, tidak lama, bapa saya meninggaI.

Pernah satu hari tu, aunty tanya uncle saya tentang benda ni sama ada betul atau tak. First, aunty saya tanya pasal cap jari tu. Uncle saya akui benda tu betul dan dia cakap lagi, “tapi saya bukan buat sendiri masa tu” Korang faham tak? Maksudnya ada lagi manusia – manusia lain yang buat benda tu sama.

Tahniah, anda memang hebat. Dan bila ditanya tentang ilmu hitam tu, uncle saya menafikan. Mestilah tak mengakukan, kalau dia iya kan, kes polis sudah jadinya. Ya Allah, jika harta ni tidak ditakdirkan buat kami, kami redha ya Allah tapi cukupkan lah kami di syurga mu ya Allah.

Tinggikan darjat kami meskipun kami juga tidak terputvs – putvs melakukan d0sa. Saya tidak meminta untuk kalian yang membaca doakan supaya kami mendapat harta tu. Tapi saya hanya minta kalian doakan agar kami dapat masuk syurga Allah. Itu saja. Kami adik beradik banyak d0sa juga tapi kami ingin masuk syurga. Tolong doakan semua. Dan semoga doa itu juga kembali pada kalian. – Shasha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cik Ros : Macam novel dan drama ceritanya. Tak sangka berlaku di dunia realiti. Tapi kan kau kata bisnes semua atas nama mak kau. Ayah kau cuma urus syarik4t saja.

Dan yang pakcik kau buat cap jari kat surat entah apa tu waktu bapa kau dik4f4nkan. Jadi bapa kau bukan pemilik syarik4t sepenuhnya dan cap jari dia mungkin tak laku sepenuhnya. Bab – bab macam ni kena tanya pihak yang pakar.

Rujuk balik hak – hak syarik4t dan harta semua tu. Nanti kau dah habis belajar kau urus semuanya. Pasti ada yang masih ada yang tersembunyi sebab pakcik kau masih konsisten beri duit belanja bulanan dan sikit harta kat family kau hingga sekarang (walaupun kau sorang je rasa).

Padahal dorang boleh jer buat tak tau atas alasan syarik4t tu hasil usaha mereka dari kau kecil hingga besar.

Shahaizat Debon : Kalau dia cuma pemegang amanah, boleh ambil balik. Kemungkinan yang tengok dari cerita, syarik4t nama ibu. Ayah tak sempat tukar nama syarik4t sebab baru kem4tian, dia cuma pemegang amanah.

Jadi uncle awak cuma ambil alih hak sebagai pemegang amanah. Ini kalau syarik4t enterprise. Kalau sdn bhd , ada nama ayah dan ibu. Uncle ambil nama ayah atau ibu, masih boleh tuntut.

Pelangi Hitam : Fuhhhhh, makan harta anak yatim tu weyyyyyyyy, az4b tu nanti nak menjawab, silap haribulan atas dunia pun Tuhan dah tunjuk pembaIasan, aku doakan moga Allah kabulkan permintaan confessor dan ada keadilan suatu hari nanti, sesungguhnya doa orang yang terani4ya ni sangat makbuI dan p0wer.

Mariam Kitchen : Sedih baca confession awak, sampai ke hati saya 200%. Saya memahami sebab melalui situasi yang sama. Cuma jalan cerita kita berbeza. Orang yang tak mengalami memang dia tak faham.

Pernah jugak sampai ke telinga saya sesorang yang tau kisah saya yang saya cerita pada kawan, dik4ta macam drama. Untuk orang yang tak percaya ada senario d4hsyat macam ni berlalu di aIam reaIiti.

Untuk pengetahuan drama – drama dekat tv tu berdasarkan kepada kisah nyata laa. Takpelah kalau orang tak percaya sebab tuhan tak takdirkan jalan cerita macam kita untuk dia.

Hanya kita yang melalui jer yang faham p3rit pedih dia macam mana. Satu lagi saya nak komen, orang kalau berkehendak harta kita, macam – macam cara m4nipulasi dia boleh buat dan akan buat, semata – mata nak jadikan harta orang milik dia. Kadang – kadang tak terfikir dek akal.

Fazidah Abdul Kadir : Biasalah kalau orang meninggaI je semua harta ada ja yang nak boIot, dia kaya atas duit h4ram tu takkan ke mana. Semoga ada baIasan terbaik untuk sis adik beradik dan baIasan terbaik untuk orang – orang yang zaIim.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.