Mertua dah 70 lebih, sibuk ajak suami aku jalan pergi pasar setiap minggu. Sekarang awal – awal aku dah booking suami

Suami dah mula ajak aku duduk sekali rumah mak mertua, siap suruh berhenti kerja. Aku boleh je jaga mertua tapi tunggu la dia s4kit, terlantar dulu baru aku jaga. Kalau tak sibuk nak ajak berjalan pergi pekan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama aku Gerhana. Terima kasih sebab sudi membaca cerita aku yang tak seberapa ni. Ketika aku dok taip cerita ni, aku masih lagi dekat tempat kerja. Aku sedang berlapang dengan Mertua yang cemburu dekat menantu.

Aku ada seorang mertua yang telah kem4tian suami beberapa tahun yang lalu. Pada awal pekahwinan, mertua aku ni sudah ada tunjuk tanda – tanda nak kami tinggal bersama dengan dia. Usia perkahwinan aku telah menjangkau lima tahun pada tahun ni.

Tapi Ibu saud4ra suami aku telah pesan awal – awal lagi supaya aku duduk asing apabila sudah berkahwin nanti. Untuk pengetahuan semua, laki aku dulu seorang duda. Awal perkahwinan suami aku dengan bekas isteri, mereka jugak duduk serumah dengan mertua. Punca peceraian mereka aku sendiri pun tidak tahu.

Dari apa yang suami aku cerita, bekas isteri dia selalu nak balik rumah ibu ayah dia dan tak mahu tinggal sekali dengan dia. Tapi mak mertua aku bising kata bekas besan dia kata kat dia macam – macam. Tapi mak mertua aku pun tak kurang hebatnya buat dekat orang, dia cakap orang buat dia, dia buat kat orang memang tak rasa ka?

Benda pertama yang aku buat selepas kahwin adalah mecari rumah sewa. Aku memang tak mahu duduk sekali dengan mertua. Masa mula – mula nak pindah, mak mertua macam tak berapa setuju nak duduk asing, mak mertua aku tanya rumah yang dia duduk ni siapa nak duduk nanti.

Padahal dia kalau boleh nak kami duduk sekali. Tapi aku berkeras jugak untuk duduk asing sebab aku nak kena ulang kerja jauh. Mujur aku kena berulang kerja jauh, kalau tempat kerja dekat, memang cerai awal la aku dengan suami aku sebab masuk campur tangan mertua.

Maka berpindahlah kami ke rumah sewa dan jalani hidup dengan aman dan bahagianya. Keadaan m4kin rumit bila usia perkahwinan kami berginjak ke angka lima ini. Mak mertua aku dia ada astma. Tapi jarang la astma dia datang menyer4ng. Setahun dalam dua kali macam tu.

Yang aku perasan, semenjak dua menjak ni dia tak boleh aku luangkan masa dengan suami aku tambah lagi bila hujung minngu. Setiap kali hujung minggu tu ada sahaja agenda dia. Mak mertua aku ni kalau boleh setiap minggu nak beli ikan.

Dia cakap, ikan kena beli setiap minggu baru lalu nak makan, padahal sudah 4 tahun dia beli ikan 2 minggu sekali. Setiap minggu dia nak anak dia bawak dia keluar pergi pekan. Untuk pengetahuan korang, aku dengan suami aku memang akan balik setiap minggu dan rumah mak ayah kami duduk dekat.

Semalam di rumah mertua dan lagi semalam di rumah mak aku. Kadang – kadang aku rasa mertua aku ni jeleous dengan aku, sebabnya kalau aku ajak laki aku pergi keluar, dia mesti cakap kesian tengok laki aku nampak penat dan letih sahaja.

Yang aku pelik kalau suami aku buat kerja dekat rumah dia, boleh dia suruh buat macam – macam seperti tebang pokok, mesin rumput. Bab mesin rumput, kalau boleh dia nak suami aku mesin rumput setiap minggu dekat rumah dia punya tak nak aku luangkan masa dengan suami aku.

Ni belum termasuk kalau dia ajak kami berjalan, by the way aku memang tak akan pernah bawak mertua aku pergi bercuti. Masa awal perkahwinan aku macam terk3jut jugak, tiba – tiba dia kata nak ikut aku pergi bulan madu dengan husband aku dekat Langkawi, aku waktu dengar tu speechless jugak la.

Aku cakap la, kami nak pergi bulan madu bukan nak buat Family Day. Tu pun masa dekat Langkawi dia ada call kata rugi tak ikut kami. Aku kalau seboleh memang tak mahu bawak dia pun. Ada tempat yang boleh bawak dia, ada tempat aku nak privacy.

Jadi, bila aku nak bercuti mana – mana memang aku dengan suami tak akan cerita. Kami pergi bercuti senyap – senyap dan bila balik baru bagi tahu. Masa tu dia buat la ayat anak menakan dia marah pergi mana – mana tak bawak dia berjalan.

Lepas tu orang itu, orang ni marah tak bawak mak pergi berjalan sekali. Kadang – kadang aku rasa nak tanya orang tu, kenapa nak marah kami tak bawak dia berjalan. Cuba la bawak mak mertua aku pergi berjalan sekali.  Akan rasa kami yang tumpang dia berjalan.

Mertua aku yang akan atur nak singgah mana, nak pergi rumah siapa. Lagi pun mak mertua bukan larat sangat nak berjalan, dia s4kit lutut. Akan berhenti kat mana – mana. K3jam sangat ka aku dengan dia? Kadang – kadang aku cuba nak bawak dia berjalan dengan senang hati, tapi dia mengarah nak melawat orang ni, nak melawat orang tu, nak kena singgah sini.

Kalau tempat yang aku nak pergi dia kata tak berkenan nak pergi. Lagi satu mertua aku ni dia suka sangat nak makan dekat rumah orang, tapi aku dibesarkan dengan budaya tak boleh nak makan dekat rumah orang, tak suka menyusahkan orang nak masak untuk kita.

Daripada kecil mak ayah aku ajar, kalau nak singgah rumah sapa – sapa, dorang akan bawak makan dekat luar dulu sebelum singgah rumah saud4ra. Tapi mak mertua aku ni straight akan cakap nak pergi makan sana.

Bak kata pepatah, aku cuba nak memahami mak mertua aku, tapi kalau aku bagi muka, dia lagi suka nak ajak sana sini tak tak rasa anak dia letih, dan kalau aku ajak, tiba – tiba kata kesian dekat laki aku nampak letih nak kena ajak sana sini.

Kadang – kadang pernah jugak laki aku marah akan permintaan dia, mak mertua jenis buat tak kisah janji apa yang dia nak dia dapat. Lagi satu, dia ni bukan jenis terasa kalau orang buat muka, boleh dik4takan dia ni hati kering la. Asalkan dia puas hati dia dapat benda yang dia nak.

Yang buat aku paling terkilan, masa mak mertua aku penat sebelum ni, mak saud4ra suami kata tak boleh tinggalkan mak mertua aku sorang dekat rumah dah, kena duduk sekali. Memang tak la aku nak duduk sekali, berg4duh jugak la kami suami isteri sampai aku rasa nak bercerai sahaja.

Aku terus terang dekat suami aku, aku tak suka kalau aku nak berjalan, mak dia nak ikut sekali. Aku tak suka bila aku nak buat apa – apa mak dia  suka halang dan berg4duh lama jugak la kami. Yang ajaibnya, bila kami balik teratak cinta kami, semua perasaan g4duh – g4duh tu dah hilang.

Dah la nak ajak aku duduk rumah mertua, lepas tu nak suruh aku berhenti kerja pulak. Aku ni bukan k3jam, aku boleh jaga mak mertua, tapi kena tunggu dia betul – betul terlantar dulu la. Waktu tu dia memang tak akan membebel dah dan tak akan ajak pergi pekan setiap minggu.

Selepas pada tu, yang aku cakap dia buat per4ngai, setiap minggu nak beli ikan, kalau dah tahu anak ada tanggungjawab lain, sekali beli ikan tu apa salahnya ambil banyak. Ni ambil ikan 3, 4 ekor. Lepas tu setiap minggu nak kena beli ka? Nak buat anak lelaki tu serba salah ka.

Aku kalau boleh tak nak halang suami aku jalankan tanggungjwab dia. Tapi mertua aku ni semacam cemburu kalau suami aku tanya pendapat aku, tanya persetujuan aku kalau nak pergi mana – mana. Tapi sekarang dia akan call suami aku bila di tempat kerja. dan dia akan beritahu plan dia.

Aku kalau ada plan nak berjalan, memang aku akan booking laki awal, kalau lambat – lambat memang dia ajak pergi market. Yang buat aku geram sangat, ada ke patut seorang atok tu cakap, “bawak cucu ni menyusahkan,” depan aku.

Ada la haritu, mertua ajak suami aku keluar. Dia pesan jangan bawak anak aku, susah. Lepas tu dah tak bawak anak, tak bawak la aku sekali. Laki aku pun sama beng4p, tak mau bawak aku sekali. Nak raya nanti, dia booking siap dah suruh bawak pergi sana sini.

Dia lupa ka menantu dia masih ada mak ayah lagi. Dia nak raya tu sepanjang minggu tu dengan dia sahaja. Aku sekarang kalau boleh tak nak pergi bercuti memana. Panjang akal mertua aku teringin nak berjalan dengan s4kit lutut.

Sekarang ni aku cuba bersabar agar tidak mengeluarkan perkataan yang tidak elok kepada mertua aku. lagipun tahun ni dia  dah 70++. Sebab umur yang macam ni, kalau boleh tak nak berg4duh dengan mertua aku. Tapi bila aku diam, lagi sakan dia atur str4tegi nak pergi sana sini.

Kalau pergi mana – mana dengan air liur macam dia takpelah jugak, ni nak kena bawak keluar belanja. Yang dia setiap minggu nak berjalan, yang kami weekday kalau nak makan terp4ksa ik4t perut. Sekarang memang aku sangat jarang bercakap dengan mertua aku.

Aku kalau boleh, tak mau sembang langsung dengan dia. Bukan apa, kalau aku sembang, lagi sakan dia nak bubuh aku. Dia suka kata aku ni malas. Hehehe. Memang aku tak pernah menolong rumah dia, tapi rumah aku sendiri, kerja tip top aku buat.

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita pasal mertua aku untuk legakan hati aku. Cuba untuk terima keadaan dia. Tapi kena ingat, kita tak berada di kasut yang sama. Menantu yang cuba berbaik dengan Mertua. Buat pembaca semua, boleh suggest tak macam mana aku nak terima mertua yang macam ni. Aku rasa ayat aku macam terabur sikit. Terima kasih kerana sudi membaca. – Gerhana Mentari (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Cik Puan : Alahaiii kalau ikut umur mertua confessor tu, lama mana sangat lagi pun dia nak hidup kat atas dunia ni. Orang tua, suami pun dah takde, standard lah kalau dia lapar perhatian anak lelaki dia walaupun anak tu dah jadi laki orang dan bapak orang.

Kata mertua jenis hati kering, awak pun sila keringkan hati awak. Tak kan kalah kot dengan orang tua, sampai nak sentap layan kerenah mak suami tu. Kata mak mertua jeles dengan awak tapi daripada cerita nampak macam awak yang jeles dengan mertua tu sebab daripada sekecil – kecil hal remeh dia nak beli ikan setiap minggu pun awak sentap.

Suka hati dia lah kalau nak beli ikan hari – hari pun. Mertua ada minta duit awak ke? Dia ada ajak awak pergi pasar teman kan dia ke? Kalau setakat ajak anak lelaki dia aka suami awak. Biar je lah laki awak layan kerenah mak dia tu.

Dengan mertua sendiri pun nak jeles. Dah lupa agaknya laki awak tu keluar daripada perut mertua tu jugak. Bab mertua ajak duduk sekali, awak dah berjaya elak dan bagi alasan pasal tempat kerja jauh kan. Agak – agak menyampah nak layan kerenah mertua yang macam – macam tu, awak buat hal sendiri je.

Jangan kerap balik rumah MIL, if MIL ajak pergi mana – mana, biar dia pergi dengan suami awak je. Awak duduk la kat rumah atau pergi healing ke, pergi shopping ke dengan anak – anak sementelah orang tua tu pun tak berkenan kalau anak – anak awak ikut sekali.

Sya Nysya : Sapa yang cemburu sebenarnya Mertua ke Menantu? Sekarang ni kalau dah kahwinkan anak lelaki kita dah tak boleh minta tolong dah. Mak – mak kena sihat dan berdikari, nak jenjalan atau numpang jalan pun  kena mengemis dengan menantu, masa dan tenaga anak dah bukan untuk kita dah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.