Adik ipar sudah ada 3 buah kereta dan kereta yang ada itu satu – satunya harta yang aku ada. Aku nekad lari dari rumah dan tinggalkan anak – anak dengan mertua. Tapi mereka fitnah aku lari sebab lelaki lain..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum, terlebih dahulu saya nak minta maaf andai luahan ini terlalu panjang dan menyinggung perasaan orang lain. Saya hanya menceritakan luahan kenalan rapat cik Bunga tentang mertua dan ipar melampau.
Terlebih dahulu saya kenalkan cik Bunga bukan warganegara malaysia, berkahwin dengan lelaki tempatan dan sudah mempunyai anak. Fasih berbahasa melayu tapi tidak mahir menulis atau menaip bahasa melayu. Macam mana dah kahwin dengan warga tempatan tapi masih bukan warganegara malaysia?
Sebenarnya sudah hampir 20 tahun cik bunga menetap di malaysia, suami cik bunga menghidap satu peny4kit (kemungkinan mental) yang menyebabkan dia tak boleh keluar rumah. Kalau suami cik bunga keluar atau lihat orang ramai, dia akan bertindak di luar kawalan dan agresif dan kadang kala mendengar bisikan (tak nak cerita lebih hal ni).
Dengan kekurangan ini, mertua dan ipar mula ambil kesempatan atas cik bunga. Cik bunga pernah melarikan diri selama sebulan sebab terasa dengan sikap mertua. Ayah mertua, mak mertua dan adik ipar pergi ke Pejabat JPJ secara diam untuk tukarkan nama kereta yang dinaiki cik bunga ke atas nama adik iparnya.
Cik bunga bukan warganegara malaysia, jadi kereta itu diletakkan atas nama mak njang saud4ra terdekat. Pihak JPJ beritahu tak boleh tukar sebab pemilik nama tidak hadir, jadi mereka tak putus asa. Mereka cuba memujuk mak njang untuk pergi ke JPJ uruskan pertukaran nama, alhamdulillah mak njang masih w4ras.
Mak njang persoalkan kenapa nak tukar nama sedangkan kereta itu cik bunga yang bayar setiap bulan. Adik ipar tetap tak puas hati cuba pujuk lagi tapi mak njang tetap tak mahu. Sedangkan adik ipar cik bunga sudah ada 3 buah kereta dan kereta cik bunga itulah satu satunya harta cik bunga yang ada. Kereta itu yang cik bunga gunakan untuk kegunaan harian.
Terasa dengan sikap mertua, cik bunga melarikan diri selama sebulan tinggalkan anak – anak kepada mertua. Masa tu ingatkan mertua akan sedar dengan salah dia rupanya tak, mertua mencanang rata beritahu cik bunga larikan diri sebab suami cik bunga tangkap cik bunga mesej dengan lelaki lain.
Sedangkan semua itu fitnah semata – mata. Sebulan selepas itu cik bunga kembali sebab rindu akan anak – anak. 2 tahun lepas, cik bunga ingin sewa sebuah kedai dan sebelum beli mertua dah janji akan letakkan kedai itu atas nama anak sulung cik bunga.
Ingatkan mertua dah berubah, rupanya mak mertua dan adik ipar pergi secara diam dan tukarkan atas nama adik ipar. Sedangkan adik ipar cik bunga sudah ada kedai sendiri di pekan. Sedih dan remuk hati cik bunga sebab mertua dah janji sendiri dengan cik bunga dan kedai itu sudah lama cik bunga idamkan.
Betapa busuk hati adik ipar sampai sanggup lakukan semua tu dekat cik bunga. Sekarang ni cik bunga kena bayar sewa kedai RM2900 sebulan kepada adik ipar. Mertua ada juga beri barang kemas miliknya kepada cik bunga, tapi Adik ipar hasut mertua beritahu cik bunga tak layak ambil barang kemas sebab menantu.
Sepatutnya barang kemas itu patut diberi pada kak ipar cik bunga di melaka. Cik bunga pulangkan kembali barang kemas dan keesokan hari cik bunga nampak adik ipar memakai barang kemas tersebut. Ye laa nak buat macam mana, cik bunga ni pendatang saja.
Lagi satu, Cik bunga ada buat simpanan untuk anak – anak dan diri sendiri, siapa lagi nak minta tolong kenalaa beringat untuk masa akan datang. Boleh pula mertua kata simpanan tu jangan guna, simpan untuk modal bisnes mertua nanti.
Terkedu cik bunga, tak cukup dengan itu satu hari diherdiknya cik bunga sebab tukar tayar kereta semasa bisnes mertua jatuh dan mertua nak pinjam untuk modal berniaga. Bila cik bunga tak bagi pinjam dimarah cik bunga, termasuk adik ipar sekali marah sedangkan adik ipar yang banyak songlap duit niaga mertua.
Adik ipar banyak habiskan duit meniaga beli IPHONE terbaru, motosikal dan baju. Hakik4t mertua banyak berhutang dengan pembekal barang sebab tak cukup duit untuk bayar bila tak cukup bayar, cik bunga laa mertua datang meminjam.
Adik ipar ada meminta duit dekat cik bunga sebab tak cukup duit untuk pergi melancong luar negara, cik bunga marah kalau tak cukup duit kenapa nak melancong? Dim4ki cik bunga, dik4takan pendatang dan tak sedar diri.
Tak cukup duit melancong, adik ipar curi duit untuk bayaran bulanan kereta. Boleh pula mertua kata kesian dekat adik ipar nak melancong takde duit, cik bunga hanya mampu geleng kepala. Mertua boleh pejamkan mata dengab sikap anaknya tu
Cik bunga ada juga bermain duit kutu dengan orang kampung, mertua pun main sekali tapi giliran mertua awal. Jadi giliran mertua dapat terlebih dahulu. Beribu juga duit, adik ipar berbelanja habis duit kut sedangkan mertua main untuk modal niaga dan simpanan untuk kembangkan bisnes.
Jadi bila niaga tak boleh pusing modal, mertua beritahu awal – awal duit giliran cik bunga mertua nak pinjam untuk repair van dan buat modal. Cik bunga diam tak menjawab. Adik ipar selamba kata dengan mertua jangan berkira dan kata cik bunga kena sedar diri tu pendatang je.
Satu hari kereta cik bunga rosak, nak minta tolong adik ipar susah. Jadi cik bunga ada minta tolong bekas pekerja cik bunga untuk repair kereta cik bunga. Jadi sebagai ganjaran cik bunga nak belanja bekas pekerja makan malam di restoran dan masa ajakan tu adik ipar pun ada sekali.
Malam tu juga adik ipar mesej cik bunga bagitahu jangan pergi sebab akan jatuhkan maru4h abangnya dan mertua bila masyarakat nampak keluar dengan lelaki lain. Cik bunga bukan keluar berduaan, dibawa anak sekali dan kawan perempuan cik bunga.
Sedangkan adik ipar tu selalu berduaan dengan boyfriend naik motor depan mertua ke mana saja dan pergi bercuti pun berpasangan dengan kawan – kawan adik ipar. Tak disoalkan pula maruah keluarga? Tak cukup dengan itu, adik ipar mengungkit pemberian mertua kepada cik bunga katanya dulu cik bunga pendatang takda harta, bila kahwin dengan abangnya mak mertua beri kereta, beri rumah.
Tapi kereta tu adik ipar dah ambil balik katanya digunakan untuk meniaga, sekarang ni dah rosak langsung tak dibaiki. Cik bunga pun tak nak baiki kereta tu sebab adik ipar akan gunakan sampai rosak. Rumah cik bunga duduk sekarang ni pun adik ipar akan ambil balik satu hari nanti bila suami cik bunga dah tak ada nanti.
Cik bunga bertahan sebab cik bunga dah janji akan jaga suaminya sampai akhir hayatnya. Kalau ditakdirkan suami pergi dahulu, cik bunga sendiri akan bawa semua anaknya dan pergi jauh dari mertua. Itulah saat cik bunga tunggu untuk jauhkan diri dari mertua dan ipar melampau.
Kalau boleh nak minta pendapat warganet, macam mana cara cik bunga memohon warganegara malaysia? Staff minta suami sendiri turun pejabat buat pengesahan, kalau suami tak boleh datang kena ada bukti surat hospitaI.
Masalahnya Suami cik bunga memang tak mahu dan tak nak keluar dari rumah, pergi ke hospitaI pun susah apatah nak uruskan dokumen semua ini. Maaf andai luahan ini terlalu panjang. – Bunga Terlarang (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Ainen Salwa : Cik bunga kena menjawab juga, jangan diam saja. Cik bunga boleh ke jabatan imegresen berseorangan dan minta semua dokumen yang perlu dibawa untuk memohon warganegara. Suami cik bunga harus dibawa ke hospitaI untuk diperiksa doktor. Seorang isteri banyak hak ke atas suaminya. Tak perlu takut, pertahankan hak cik bunga sebagai isteri
Noradila Ismail : Ada cop pasport tak? Kalau dah cop ikut syarat dan masa, cukup tempoh boleh mohon jadi penduduk tetap. Penduduk tetap sebab bukan lahir sini. Cik bunga pi tanya pihak berkenaan. In shaa allah dibantu. Kak ipaq saya orang Indonesia. In shaa allah selagi nama manusia, pakat – pakat jaga la sebab anak – anak tetap d4rah keturunan kami. Gitu ja pikir.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.