Kami dah kahwin selama 9 tahun, tapi apa yang kami nak buat mesti kena dapatkan izin dari mertua. Dia tak bagi kami pergi bercuti pun tapi bila kami nak pergi Langkawi dia tiba – tiba datang nak ikut. Apa yang meng3jutkan sampai sana dia bagi list barang – barang yang dipesan oleh ipar – ipar.
#Foto sekadar hiasan. Hi admin dan para pembaca, saya Maria berusia 30-an. Sebagai isteri dan bakal jadi ibu mertua jika diizinkan Allah, saya suka mengingatkan diri saya dan ibu – ibu mertua di luar sana didiklah anak lelaki anda dengan baik dan ingatkan mereka tentang tanggungjawab yang bakal dipikuI apabila berumahtangga nanti.
Kerana kegagalan mendidik anak – anak lelaki jadi ketua keluarga yang bertanggungjawab, maka ia boleh mengh4ncurkan institusi keluarga dan mengh4ncurkan masa depan anak – anak yang penuh cab4ran.
Saya katakan ini sebab ramai ibu termasuk ibu mertua saya yang tidak tahu cara mendidik malah menyayangi anak – anak lelaki mereka, kerana selepas anaknya berkahwin mereka masih mengik4t kaki anak – anaknya supaya patuh pada mereka sampai m4ti sambil menakutkan bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu.
Saya dah berkahwin 9 tahun, umur kami pun dah lebih 30-an tahun, tapi mertua saya masih tidak mahu melepaskan suami saya, setiap apa yang hendak kami lakukan mesti dapat izin dan kebenaran mertua saya, walaupun kami hendak pergi bercuti.
Alasannya jangan membazir, simpan untuk hari tua, tapi setiap hujung tahun suami saya Mus mesti beri bonus kepada ibunya selain pemberian setiap bulan. Jadi macam mana nak simpan? Kami pernah rancang bercuti ke Langkawi, tapi terlalu banyak soal akhirnya saya terp4ksa keluarkan duit sendiri.
Tiba hari nak berangkat, mertua saya datang ke rumah. Kerana semua telah dirancang, kami terp4ksa juga pergi dan mertua saya ikut sama. Pelik kan? Tak suka kami pergi bercuti takut duit habis, tapi kerana saya yang belanja, mertua saya mau ikut.
Sampai Langkawi siap keluar list lagi nak beli barang – barang yang dipesan oleh ipar – ipar saya. Kalau dah siap list bermakna memang beliau nak ikut ke Langkawi. Jadi mengapa tak cerita terus terang senang kami keluar duit belanja.
Akhirnya duit saya yang habis, sebab terp4ksa belikan barangan pesanan ipar – ipar yang lain. Boleh dik4takan dua tiga bulan sekali mertua saya datang tidur di rumah saya untuk pastikan Mus tak membazir membeli perabut dan pakaian untuk saya.
Kalau ke pasaraya beliau ikut sama, peliknya saya kurang beli, mertua saya ambil lebih banyak barang untuk bawa balik kampung. Bukan sekali dua saya terper4ngkap dengan taktik begini, banyak kali. Jika mertua ikut, Mus tak akan keluar duit belanja. Pasti duit saya.
Kalau sampai pasar raya bukan beli barang makan saja, malah ada ketikanya mertua saya suka singgah ke kedai pakaian. Ini lagi p4rah. Bukan sehelai dua beliau ambil biasanya lebih 5 helai. Pendek kata kopaklah RM300.
Kalau nak raya lagi saya takut ke kedai, tapi biasanya kamilah yang akan belikan kain langsir satu rumah. Dan tempat pilihannya pasti Nilai 3, dulu ke Jalan Tuanku Abdul Rahman lebih prrah dah beli kain kena tempah jahit pulak.
Itu belum masuk belanja beli kuih raya. Peliknya mengapa Mus dan saya saja kena keluar duit beli barang itu semua, mertua saya ada dua lagi anak lelaki dan 4 orang anak perempuan, semua bekerja, takkan Mus kena tanggung semua.
Bukan nak control suami, tapi nak tanya di mana keadilannya? Kalau alasan mereka gaji kecil, kami pun bukan besar sangat, cuma tinggal di KL. Tapi kena fahamlah, belanja hidup di kota bukan murah. Saya pernah cadangkan Mus bincang dengan adik beradiknya untuk perbelanjaan Hari Raya, tapi dia tak mahu.
Saya pernah bawa usul kepada dua orang biras perempuan untuk tujuan ini, tapi mereka mendakwa anak ramai, gaji suami kecil mereka tak mampu. Malah ada yang lebih berani tak mahu balik beraya ke kampung.
Peliknya mertua saya tak bersungut apa lagi marahkan anak lelakinya. Sebaliknya mengiayakan mereka terp4ksa beraya rumah mertua. Habis saya macam mana? Saya masih ada ibu bapa lagi. Kerana dah tak tahan, setelah anak bertambah dua, saya jarang balik kampung berhari raya.
Saya cuma balik setelah hari keempat atau kelima raya, setelah ipar duai lain balik ke rumah masing – masing. Mencuka muka mertua saya, tapi saya butakan mata dan bekukan hati Saya nekad kalau ditegur atau di marah saya dah sediakan jawapan.
Sepatutnya sebagai ibu, tidak ada perasaan pilih kasih atau kasih berat sebeIah dalam mendidik anak – anak. Didiklah sama rata, jika kita mengharapkan bantuan kepada seorang anak, lakukan yang sama kepada semua anak.
Begitu juga jika perIukan sumbangan bulanan dari anak – anak bawalah berbincang. BagiIah sama rata, jika anak kurang mampu berilah ala kadar dan jangan pula menyiksa anak yang lain. Saya faham dalam setandan pisang bukan semua sama besar sisihnya.
Ada yang murah rezekinya, ada yang berpendapatan rendah, jadi di sini peranan ibu bijak mengurus hati anak – anak supaya tidak ada yang merasa tersisih atau dibuIi. Dalam pada itu ibu bapa sendiri mestilah ikhlas menjalankan tanggungjawab membesarkan anak – anak.
Kikis sikap suka meminta kepada anak – anak lelaki dengan alasan tempat ibu lebih tinggi daripada isteri. Jadi ibu mesti diutamakan bukan isteri. Benar ibu berada di tempat pertama berbanding isteri, tetapi dalam zaman sekarang isteri juga beri sumbangan bantuan kepada suami.
Jadi kalau anak lelaki anda berumah besar, berkereta besar dan hidup mewah, bukanlah pendapatan dia seorang ada isteri yang membantu. Kecuali kalau isteri tak bekerja. Kerana itu horm4ti juga hati dan perasaan menantu perempuan supaya dia tidak berkecil hati dan akhirnya membenci mertua.
Bercakap tentang Mus dia suka sangat bila ibunya datang, ketika itulah dia hendak ke pasar raya membeli beIah, kerana dia tidak akan keluar duit belanja demi menjaga hati ibunya. Tapi bagaimana perasaan saya?
Sepatutnya dia beritahu ibunya dia mesti menyara keluarganya. Jangan ambil kesempatan nak lepas tangan. Ibu bapa juga mesti nasihat anak – anak lelaki supaya bertanggungjawab, jangan harapkan bantuan isteri.
Bersikap jujur depan isteri dan ibu, berterus terang kepada ibu jika tidak dapat memenuhi permintaannya. Jangan kata ya! kalau dalam poket tak ada duit. Dan jangan salahkan isteri kerana diri sendiri tak mahu pulang kampung.
Ingatkan juga anak – anak lelaki anda bahawa banyak keruntvhan rumahtangga kini berlaku disebabkan lelaki tidak tahu tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah. Kerana itu Allah ciptakan lelaki sebagai pemberi nafkah, sedangkan perempuan atau wanita hanyalah sebagai pemberi kasih sayang kepada keluarganya khusus kepada suami dan anak – anak.
Jika suami gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya jangan dipersoalkan kelemahan isteri jika dia gagal menghiburkan suaminya. Kerana bagaimana isteri boleh memberikan kasih sayangnya dengan ikhlas dan redha, sekiranya suaminya gagal melaksanakan tanggungjawabnya terhadap keluarga sebaliknya mengharapkan duit ringgit isteri.
Kadang – kadang tu saya fikir mertua saya sengaja nak habiskan duit saya. Sebab dia takut duit Mus dihabiskan untuk saya. Sepatutnya mertua saya fikir dia juga satu ketika dulu ada mertua, bagaimana mertuanya melayannya, jika di layan dengan buruk, dia mesti ubah jadi mertua yang baik.
Bukan terus mengani4ya menantu seperti mana dia lalui dulu. Sebenarnya bukan saya berpendapat demikian ada kalangan rakan sepejabat lain ceritakan masalah yang sama, mertua mereka suka kawal suaminya, tetapi menggunakan duit menantu untuk membeli barangan keperluannya sesuka hati.
Apa makna perbuatan mertua seperti ini kalau tidak nak kawal duit ringgit anak walaupun setelah berkahwin. Saya dapati Mus memang suka setiap kali ibunya datang, sebab dia boleh simpan sedikit duit untuk kegunaan sendiri.
Kadang – kadang tu depan emaknya dia minta pinjam duit saya untuk diberi pada emaknya, katanya duitnya dah habis. Dan mertua saya pun mulalah membebeI sambil menyindir jangan habiskan duit untuk bini.
Apa dia ingat saya wanita zaman dulu hanya minta duit suami? Kini ramai isteri bekerja mereka ada simpanan sendiri.
Fatma Bakar : Seronoknya jadi suami awak tu, depan mak dia buat per4ngai tunjuk kejantanan siap minta duit awak lagi. Boleh kot rasanya awak sound suami awak tu bila mak dia takde. Ataupun awak cakap je takde duit bila dia minta. Sediakan akaun bank lain untuk simpan duit dan rahsiakan dari suami.
Ain Razak : Awak kena bertegas, bagus cara awak buat keras supaya tak terus makan hati. Bukan takat makan hati, duit pun habis nak melayan per4ngai mertua dan ipar duai. Tak malu ke guna duit orang untuk diri sendiri dah tu siap mengata lagi.
Kalau aku pun memang tak la nak hadap orang macam tu. Yang penting sekarang ni fokus pada keluarga, dan terus terang dengan suami apa tanggungjawab dia pada anak dan isteri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.