Kami adik beradik kutuk adik beli iswara mcm kereta kebaI tak hebat mcm abg ada vios

Dulu saya ingat, adik bongsu teringin nak beli baju sekolah baru tapi saya buat tak tahu je. Saya dah bawak dia pergi mall pun dah cukup baik. Saya beli macam – macam untuk anak saya tapi dekat adik, saya buat tak tahu. Bukan saya takda duit. Sekarang dia baIas semua kezaIiman yang saya buat dan saya menyesal..

#Foto sekadar hiasan. Adik bongsu, bila terkenangkan wajahnya, putih mulus dia. Kulit putih bersih yang diwarisi daripada arw4h nenek. Dalam adik beradik kami, dia saja yang istimewa. Saat dia baru lahir, saya bagaikan cemburu lihat betapa comelnya dia.

Rambut hitam lebat dia. Usia dia baru beberapa jam, dia sudah pandai senyum. Senyum manis yang sampai kini membahagiakan hati orang sekeliling. Dia lahir tatkala usia saya 13 tahun. Usia abah dan mak mencecah 40 tahun.

Dia lahir tanpa diduga. Terkenang juga tutur bicara dia yang penuh kelembutan. Manja dia. Sopan santun dia. Ketulusan hati dia. Bila terkenangkan dia, hati ini seakan dipaut d0sa. Terasa banyak sungguh d0sa dan salah saya terhadap dia.

Dia yang tabah. Dia yang luarannya manja, tapi di dalam tanpa di sangka keras dan padu. Arw4h abah tinggalkan dia saat dia masih di bangku sekolah rendah. Saat dia masih kanak – kanak. Tetapi dia sudah faham p3ritnya kehilangan.

Dia belajar menerima kehilangan orang tersayang di usia yang muda. Semasa saya di usia begitu, saya masih leka bermain dengan jiran – jiran sebaya. Saya yang beruntung sempat merengek minta itu ini daripada seorang abah.

Saya sempat mengekor abah ke sana sini. Dia? Di usia yang muda dia merindui arw4h abah. Dia menangis sambil peIuk kain pelik4t abah saban malam. Dia menginjak sekolah menengah, saya bawa dia jalan ke shopping mall.

Sekolah buka bulan depan. Barangkali dia teringin nak merasa baju seragam sekolah baru. Dia teringin mahu berganti seragamnya yang sudah lusuh kekuningan. Dia perhatikan baju jenama Canggih, saya perasan tindakannya.

Tapi dengan eg0nya saya cakap, kau ada duit ke nak beli? Dia geleng saja. Saya tahu dia mengharapkan saya bermurah hati mahu menaja pakaian sekolahnya. Tetapi saya memilih untuk membeli pakaian anak saya yang masih bayi.

Meski pun masih banyak baju baru anak saya yang belum terpakai lagi. Baju anak saya yang sehelai harganya RM50.00. Saya pentingkan diri daripada adik bongsu saya yang seorang itu. Dia mengekor saya berjalan, satu kedai ke satu kedai.

Tanpa membeli apa – apa. Bagi saya dia patut bersyukur saya sudi membawanya berjalan meski pun sekadar mencuci mata. Tapi hari ini, rasa menyesal memagut hati saya. Kenapa saya tidak belikan apa – apa untuk dia saat itu, sedangkan saya bukan tiada duit.

Semasa saya bersekolah menengah, arw4h abah hantar dan ambil saya. Adik saya, dia pergi dan balik naik bas sekolah. Jika ada tuisyen, dia akan naik bas Iompat. Perkara paling meruntun hati sampai ke saat ini adalah hari dia SPM.

Sebab masa dia SPM tu cuti sekolah, maka tiadalah perkhidmatan bas sekolah. Jadi dia terp4ksa bawa motosikal ke sekolah yang jaraknya hampir sejam perjalanan. Tak pasti paper apa hari tu. Abang dan kakak ipar ada di rumah.

Pagi tu pula hujan lebat. Abang kami masih tidur. Kakak ipar pula menonton televisyen. Adik bongsu kami terkebil – kebil di muka pintu, sudah lewat ke sekolah, tapi hujan masih belum mahu berhenti. Kakak ipar buat tidak tahu, abang masih tidur lena.

Sedangkan mereka memiliki kereta. Ibu hantar kepergian adik ke sekolah, memerhatikan dia meredah hujan dengan motosikal EX5 pus4ka arw4h abah dengan linangan air mata. Saya terbayangkan apakah perasaan adik saat memandu motosikal itu.

Dengan p3rit wajahnya dihent4m hujan yang bagaikan peIuru tiada beIas kasihan. Dengan sejuk menggigiI dalam bilik darjah menulis karangan, atau mengira – ngira demi peperiksaan yang penting dalam hidup rakyat Malaysia itu.

Dengan malu sesama rakan setingkatan bila dia sampai ke sekolah basah lencun, walhal kawan yang lain dihantar orang tua masing – masing. Saat saya habis sekolah, saya selesa menganggur, luangkan masa bersama rakan sebaya.

Menonton wayang, melepak di mall. Minta duit abah bila rasa perlu. Tapi adik bongsu itu, saat habis sekolah ligat dia mencari kerja. Satu saja dia tahu, dia mahu bantu ibu. Dia daftar lesen guna duit sendiri. Dari A-Z, dia uruskan sendiri.

Kami tak tahu apa. Tahu – tahu dia dah pandai memandu kereta. Dia yang berdikari. Dia dapat keputvsan SPM yang cemerlang.. Dia dapat sambung belajar di IPTA. Saat saya mahu menyambung belajar dulu, abah hantar saya, penuh barang saya dalam bonet kereta.

Itu pun result cukup – cukup makan saja. Saya sibuk bercinta monyet, sampai study entah ke mana. Saya sering berikan alasan, ibu dan abah berikan duit belanja tak cukup, tak seperti kawan – kawan kolej saya yang lain.

Pernah satu hari ibu menelefon saya, ibu bertanya saya, sudah makan? Saya jawab acuh tak acuh, nak makan apa, makan pasir. Duit pun tak ada. Sungguh, saya eg0. Saya Iukakan hati ibu. Adik bongsu saya, dia uruskan semua sendiri.

Dia naik bas sendiri, dia bayar yuran dengan duit yang dia kumpul semasa berkerja sebelum dapat sambung belajar. Sikit habuk dia tak minta duit saya waima abang – abang kami yang kerja Ioaded. Dan mereka pun tak ambil tahu langsung tentang adik bongsu kami itu.

Dia tak ambil PTPTN, sebab belajar di kolej kerajaan. Makan free, ada dewan makan disediakan. Ibu bagi RM100.00 sebulan. Campur elaun dia RM200.00 sebulan. Dia mampu balik jenguk ibu sebulan sekali, naik bas.

Kami yang gaji ribu riban ni, bagi alasan takda masa nak balik. Takda masa, takda duit. Adik buat part time di kolej pada sebeIah malam, jaga kedai runcit di kolej. Dengan duit tu dia surv1ve hidup di rantau orang.

Ketabahan dia buat saya rasa malu saat terimbau kenangan zaman belajar saya. Saya tak habis – habis menyalahkan ibu dan abah yang gagal menyediakan kelengkapan saya, terutama duit belanja. Saya rasa serba kekurangan dan acapkali membandingkan rakan sebaya yang rata – ratanya anak orang berada.

Adik? Kehidupan dia lebih berliku daripada kami. Tapi tak pernah sekali pun dia mengeluh dan menyalahkan sesiapa. Dia jadikan kekurangan itu sebagai cab4ran. Dia habis belajar, dia balik kampung. Rehat tak sampai seminggu, terus dia cari kerja.

Rezeki dia, dapat kerja tempat lama dia semula. Jenis tak memilih. Dia tak impikan kerja mudah, kerja duduk. Dia suka kerja yang menc4bar. Abang – abang pula sesekali mencemuh. Belajar buat habis duit, kerja tak kena bidang.

Adik buat pek4k badak. Bagi dia itu normal. Bersepah graduan yang senasib. Kira untung dia mahu juga bekerja, bukan duduk di rumah membeIa badan. Ibu – ibu saud4ra pula sering membezakan adik dengan sepupu sebaya yang sudah mendapat kerja di sektor kerajaan.

Adik buat pek4k badak juga. Bagi dia rezeki masing – masing. Kerja beberapa bulan, dia beli kereta. Pencapaian yang mengagumkan di usia yang muda. Abang – abang kutuk lagi. Kereta kebaI la, besi buruk la. Dia beli Proton Iswara.

Mungkin tak setanding dengan Toyota Vios abang sulung. Tak semewah Toyota Innova abang kedua. Tapi, kereta kebaI tu yang saban minggu bawa ibu berjalan. Yang Iindung mereka daripada hujan panas. Yang bawa ibu melancong, macam abah selalu buat dengan ibu dulu.

Tapi anak – anak ibu yang lain sibuk dengan dunia masing – masing, takda masa nak bawa ibu ke sana sini. Sekarang, adik bongsu yang manja itu ambil alih segala tugas kami. Masa saya baru bersalinkan anak kedua, adik datang melawat saya.

Dia memandu jauh, hampir 8 jam untuk berjumpa saya. Sekali lagi hati ini dipaIit sesalan. Saya yang lokek dengan dia, tak pernah sekalipun saya melawat dia semasa dia belajar di kolej dalam tempoh dua tahun itu. Duit belanja pun tak pernah sekali pun saya hulurkan.

Hari itu, dia membawa ibu melawat saya. Dia masakkan saya. Dia jagakan anak sulung saya. Dia bawa anak saya ke mall. Dia belikan apa anak saya nak. Malah setiap bulan dia akan kirimkan duit untuk anak –  anak saya.

Dia baIas semua kezaIiman saya pada dia dengan kebaikan. Dan setiap kebaikan yang dia lakukan bagaikan mer3ntap jiwa saya dengan rasa bersalah yang tidak berpenghujung. Bulan berganti bulan, dia mula berniaga kecil – kecilan.

Bermula dengan menjadi dr0pship berniaga online di laman sosiaI, dia buka payung berniaga di pasar malam pula. Di laman sosiaI dia meniaga emas, di pasar malam dia menjual kosmetik. Satu hal yang saya perhatikan, di usia yang muda, dia sudah mengumpul banyak emas.

Dia beli emas sebab minat, sebab suka perhiasan. Dia jual pun sebab minat. Saya rasa gembira lihat orang mengunjungi tempat dia berniaga di pasar malam. Sampailah dia ambil keputvsan untuk berhenti kerja dan berniaga saja sepenuh masa.

Dengan Proton Iswara itu lah dia berangkut barang jualan dia ke sana sini. Saya kagum dengan usaha dia. Di mana ada pasar malam di situ pasti ada payung dia. Meskipun berdepan cab4ran hujan, kadang – kadang ada hari kurang baik, payung ditiup ribut.

Tapi dia tetap tabah. Melihat jatuh bangun dia banyak mengajar saya tentang hidup. Mungkin Allah hantar dia dalam keluarga untuk mengajar kami adik beradik supaya bersyukur dengan apa yang kami ada.

Dia banyak mengajar saya untuk merenung semula segala kesilapan lampau yang pernah saya lakukan sebelum ini. Anak – anak abang terutamanya selalu merungut bila balik rumah ibu. Rumah peninggalan arw4h abah.

Rumah opah mereka itu kot0r. GeIi. Dengan tikar getah terk0pak sana sini. Dengan bumbung yang boc0r bila hujan lebat. Tapi semua dah berubah. Adik bongsu itu sudah gantikan lantai simen dengan lantai marmar yang cantik sempena hadiah hari lahir ibu.

Dia cat rumah, dia pasang sliding door. Dia buat semua diam – diam tanpa umumkan di group WhatsApp keluarga. Hanya bila kami balik kami terk3jut lihat rumah ibu sudah cantik. Barulah rasa terkesima. Rasa terpukuI dengan tindakan dia.

Kami yang gaji ribu – ribu tak pernah rasa teringin mahu cantikkan rumah ibu. Cuma pandai mengajar anak – anak merungut meIukakan hati opah mereka. Sedangkan adik bongsu kami itu yang kerja siang malam berpanas berhujan, demi menyelesakan kehidupan ibu.

Umur dia 24 tahun, dia bertemu j0doh dengan senior semasa menuntut di kolej dulu. Agaknya lama sudah bercinta. Bila ditanya kerja apa, jawabnya beIa kambing. Abang – abang kami gelak saja. Katanya adik bongsu itu sudah biang terIajak.

Mereka ceramahkan adik bongsu, di suruh fikir masak – masak. Nikah kahwin bukan hal yang boleh dipandang enteng. Mungkin mereka fikir adik pilih lelaki itu kerana rupa tampannya. Dengan kulit putih kuning, janggut yang kemas dan rapi.

Mata sepet persis kacukan cina. Mungkin mereka tidak yakin kemampuan lelaki tersebut untuk membeIa adik. Tapi jawab adik apa? Kenapa baru nak risau. Dia hidup selama ni ada abang – abang pedulikah? Susah senang dia ada abang – abang pernah ambil tahukah?

Kenapa bila ada lelaki mahu masuk meminang mereka risau? Akhirnya adik menikah juga dengan pilihan hati. Tak ada pelamin indah. Tiada bersanding merenjis bagai. Cuma majlis akad nikah. Adik sangat cantik di hari pernikahannya.

Meskipun tiada make up over, tiada pelamin besar dan megah. Tapi dia jamu tetamu dengan makanan mewah. Tetamu balik senang hati. Mungkin benar, orang yang baik adalah untuk orang yang baik. Adik ikhlas dengan pilihan hati dia si usahawan muda.

Tidak seperti saya dulu. Berkahwin tidak kena dengan niat. Pilih lelaki kaya sebab nak hidup senang. Hasilnya dapat lelaki yang panas baran. Jarang – jarang tak bertengkar dalam sehari. Berbeza dengan adik. Dia pilih sebab ikhlas.

Dia kata jangan takut miskin bila kahwin dengan orang miskin. Rezeki Allah tu luas. Rezeki mereka selepas berkahwin meIimpah ruah, daripada kambing ada 10 ekor, bertambah jadi beratus ekor. Daripada ternak kambing, tambah pula ternak ayam kampung.

Daripada kandang kecil, dah ada ladang. Daripada kerja sendiri, sekarang dah ada pekerja. Adik pula tidak perlu bersusah payah membuka payung, dia dah mampu sewa kedai pula. Tak perlu tunggu pasar malam baru nak berniaga, sekarang hari – hari dia boleh meniaga.

Ulang tahun kelahiran dia baru – baru ini, suami dia hadiahkan dia Nissan Navara. Itu pun saya lihat melalui video yang pekerja ladang suaminya kongsi di facebook. Rasa terharu lihat adik menangis atas d4da suaminya sambil marah – marah sebab buat surpr1se, sebak barangkali kereta idaman sejak sekian lama ada di depan mata.

Sungguh, melihatkan semua itu buat saya belajar banyak perkara. Dia layak bahagia. Dia layak dapat suami yang baik. Untuk semua kebaikan dia dan ketulusan hati dia, dia layak untuk semua kegembiraan dia pada hari ini.

Di sebalik kesenangan dia hari ini, dia pernah susah, pernah jatuh berkali – kali. Hari ini, dia miliki segalanya. Hari ini baru abang – abang terasa bangga, terasa mahu berkongsi gambar wajah adik bongsu mereka di laman sosiaI.

Memang dunia begitukah? Bila kaya, bila berduit baru layak disayangi. Bila miskin dan hina, dipandang sepi bagaikan hidup ini tiada putaran. Tapi adik bijak. Dia tahu siapa yang ada bersama saat dia susah dahulu.

Siapa yang buang saat dia tak punya apa – apa. Bila dia dah senang begini baru terbuka mata orang sekeliling. Baru mak saud4ra berhenti membanding. Agaknya kalau adik masih pakai Iswara, berkompang mak saud4ra kami bandingkan dengan sepupunya yang baru beli Myvi 2018. Haha. Dunia, dunia.

Saat ini kalau boleh saya mahu putarkan masa. Saya mahu belikan dia baju sekolah. Saya mahu tebus semula salah silap saya. Saya mahu berikan dia lebih perhatian dan kasih sayang selayaknya. Saya lelah hidup dalam sesalan.

Walaupun adik tak pernah sekali pun bangkitkan, ungkit hal itu. Mungkin dia sudah move on. Atau memang dia tak mahu mengenang kepahitan lalu. Harap admin siarkan confession ini supaya kita dapat sama – sama ambil pengajaran.

Semoga kejayaan si bongsu dapat inspirasikan orang di luar sana. Untuk adik, Fatin Inani. Kakak minta maaf untuk segala salah silap kakak. Kakak doakan adik diIimpahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat. Hargai adik anda. – Kakak Yang Menyesal

Nadiya Kamal : Alhmdulillah aku sempat la hulur – hulur sikit kat adik – adik aku masa aku kerja dulu, belikn baju berikan hp bayarkan yuran cuma sekarabg aku jadi surirumah semula so tak dapat nak macam dulu sangat sebab dah kawen.

Tapi inshaallah lepas ni kalau ade rezeki aku kerja balik macam dulu aku stiil ingin berbakti pada keluarga aku dan pada mase yang sama kerja untuk mase depan anak aku. Cerita confessor beri aku semangat nak jadi macam adik dia walaupun aku marah sangat kat confessor. Baju anak sampai rm50 selai sedangkan baju adik dah naik kuning kau buat tak paham.

Violet Heart : Tq sudi kongsi kisah ni. Terus rase rindu kat adik – adik saya. Alhamdulilah, yang penting awak dah sedar dan menyesal. Sedih ya amat. Minta maaf secara berdepan dengan adek tu dari hari ke hati.

Seburuk – buruk atau sejahat – jahat adek beradik kita, insya allah, tetap akan ada rasa sayang dan kasih tu. Yang lepas tu buat pedoman. Buat peringatan untuk anak – anak pulak. Kita yang membaca ni pon,  tak perlulah marah – marah. Sekurang – kurangnya ada kisah untuk kita buat tauladan. I love my family.

Azliza Jaafar : Pehh bergenang ayaq mata aku. Hampa jangan ingat anak bongsu tu semuanya manja yaa. Kadang – kadang yang bongsu tu lah paling cekal, paling berrtanggungjawab. Hargai adik – adik anda.

Adilah Abd Manan : Kepada confessor, adik ko ni sebenarnya anugerah dari Allah kat mak ko. Sebab anak – anak lain semua tak guna dan tak leh harap, makanya Allah bagi dia pada mak ko untuk berbakti pada beliau.

Mungkin mak ko da lama berdoa supaya dikurniakan anak yang baik dan solehah. Maka sebab tu lahir adik ko tanpa disangka. Sebab mak ko tahu anak yang sedia ada semua tak leh pakai. Dan aku percaya hanya dia yang sering diingati, disayangi dan didoakan mak ko selepas solat. Untunglah dia. Dunia dapat. Akhir4t pun mungkin dapat.

Nur Farhana Md Zahair : Aku 23 dan adik kecik aku umur 12 dan 10. Aku masih menganggur. Aku tak ada kelebihan dari segi kewangan, jadi aku selalu bawak dorang jenjalan. Kalau ada duit lebih, aku layankan apa dorang nak kalau benda tu aku mampu belikan.

Aku tak mau cakap lebih, apa yang pasti, aku sayang gegiIer kat adik – adik aku ni walaupun per4ngai dorang masyaAllah. Terima kasih kongsi cerita. Doakan saya dapat kerja yang barakah dan barakah tu dapat saya salurkan pada adik – adik dan parents saya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.