Keluarga mertua xsuka anak perempuan yg aku kandung sbb mereka dah ramai cucu perempuan dlm keluarga

Bila keluarga mertua dapat tahu jantina anak aku perempuan. Habis semua ipar, biras cakap, ‘keluarga ni dah ramai perempuan, lelaki sorang je. Ikhtiar la dapat lelaki.’ Mereka sampai bagi aku makan nenas, durian, tapai secara tiba – tiba masa kandungan aku sudah lebih 5 bulan.

#Foto sekadar hiasan. Hai nama aku Zaza (panggiIan). Umur aku lewat 20-an, sudah berkahwin 3 tahun, dikurniakan seorang anak. Apa aku nak cerita macam klise, tapi doakan aku dapat keluar daripada keadaan sekarang.

Cerita bermula bila aku mula mengandung, aku tinggal bersama keluarga mertua. Mesti semua pembaca malas dah nak baca sebab “tinggal bersama mertua”. Hurmm, aku tau silap daripada awal nikah aku setuju untuk tinggal bersama keluarga suami.

Keluarga mertua ada ibu ayah mertua dan kakak ipar yang belum berkahwin serta aku, suami dan anak. Semua dalam keadaan baik pada mulanya sehingga aku tau jantina anak aku.

Kisah bermula bila dah tau jantina anak aku perempuan, habis ipar biras aku balik cakap cucu keluarga ni dah ramai perempuan, lelaki seorang je, ikhtiar la dapat lelaki. Aku rasa “what?!”.

Siapa aku nak Iawan kuasa Allah. Ibu mertua dan ayah mertua pun sama, mereka sampai bagi aku makan nenas, durian, tapai secara tiba – tiba masa kandungan aku sudah pun 5 bulan lebih.

Walaupun aku tahu nenas, durian tu bukan penyebab gugur dari segi sainsnya, tapi dari segi pemikiran orang tua seperti mertuaku, aku tau mereka nak anak ni gugur. (masih mengalir airmata sambil taip ni).

Aku makan sedikit saja sekadar ambil hati, selebihnya aku dah dapat agak agenda mereka. Masa kandungan aku 8 bulan lebih aku jatuh terduduk sebab lantai licin. Laluan itu adalah laluan yang selalunya memang aku seorang je lalu sebab aku tak suka ambil laluan luar untuk ke ampaian sebab banyak t4hi kucing.

Jadi laluan aku dari bilik, dapur terus ke pelantar dapur dan ampaian luar. Bahagian pelantar yang jarang diguna tu licin macam lepas dibasuh. (padahal tak pernah kotor teruk pun).

Saat aku jatuh ibu mertua aku ada di dapur tapi sedikit pun dia tak tolong, aku gigih bangun sendiri walau berkali – kali aku jerit panggil “ibu”.

Bila aku masuk dan cakap aku jatuh, dia tanya, “kau dah kenapa boleh jatuh, nak gugurkan cucu aku ke?!”. Aku pun cakap la lantai licin.

Dia baIas tak pernah – pernah lantai tu licin dan tuduh aku beri alasan. Ohh pedihnya hati, bila aku tanya kenapa dia tak datang bila aku panggil, dia bidas, dia tak dengar.

Sampai masa aku bersalin, alhamdulillah semua normal. Aku bersalin lepas Zohor, jadi aku agak keluarga mertua aku akan datang lepas Asar, maIangnya hanya suami aku seorang je datang.

Aku kena tahan 3 hari sebab tekanan dar4h rendah tambahan anak aku jaund1ce masuk wad juga. Jadi hari ketiga baru balik rumah mertua. Disambut? Tidak. Makan minum, berpant4ng aku berdua dengan suami yang selesaikan dahla itu pengalaman pertama kami.

Esok pagi baru mertua dan ipar aku jenguk anak itu pun masih komen kenapa anak kau hitam, yela anak aku kena duduk bawah lampu sebab kuning kan, normal la tu.

Namun ibu mertua aku kata aku tak pandai jaga diri, sebab dia kata anak – anak dia dulu takde yang kuning masa lahir. Allahuakhbar. Aku tahap pasrah dah masa tu. Aku tak nak str3ss masa pant4ng.

Hinggu minggu lepas aku bersalin baru keluarga aku datang, semua ya ahli keluarga aku datang termasuk ipar duai, anak buah duduk utara datang selatan. Keluarga beIah suami aku, seorang pun tak balik jenguk aku, at least anak aku.

Sekarang anak aku dah setahun lebih, aku masih ikhtiar cari kerja lepas tamat kontrak sebelum berkahwin dulu. Suami tak berani nak menyewa lagi buat masa sekarang dengan PKP lagi, dengan dia seorang je yang ada income.

Aku hanya berniaga kecilan secara online mampu tampung beli barang anak sikit sebanyak boleh la. Doakan aku dapat kerja tetap, dapat keluar daripada rumah ni.

Oh ya, satu tambahan lagi baru aku perasan keluarga mertua tak suka aku mungkin sebab aku tak pernah bagi mereka duit yela aku mana kerja. Sekurangnya makan minum bil api air rumah ni aku berdua dengan suami belikan dan bayar.

Kenapa aku cakap macam tu, sebab biras aku seorang ni dah 10 tahun kahwin, takde rezeki anak lagi, mertua aku okay je.

Biras aku kerja penolong pengarah dekat syarik4t swasta, sebelum PKP dulu selalu bawa mertua bercuti, balik rumah mertua mesti ada emas atau duit ratus – ratus sebagai hadiah. Pakej la biras aku. Aku redha. Mungkin juga Allah nak tambah pahala aku.

Sekarang anak aku jadi m4ngsa marah mereka (ibu ayah mertua dan kakak ipar), namun aku bersyukur aku suri rumah jadi aku sentiasa ada untuk Iindung anak aku. Budak kecil bising, sepah normal la kan. Bagi mereka tidak.

Doakan aku untuk terus sabar dan sabar serta dikurniakan rezeki duduk sendiri. – Mrs Zaza (Bukan nama sebenar)

Ili Yani Ismail : Sedihnya la dilayan macam tu sekali. Kalau saya, memang saya mintak family saya datang ambik, biar saya berpant4ng kat rumah family sendiri je. Harap sis kuat ye, semoga anak sis membesar jadi anak yang bijak dan pintar. Pujuklah suami sis cari rumah sewa, rumah 1 bilik pun jadi la, yang penting kena tinggal asing dari family mertua.

Mohd Noor : Pemikiran kolot segelintir orang melayu dalam negara ni. Ada pegawai kat tempat kerja aku pernah cakap, “dapat anak perempuan buat apa, carilah anak lelaki, baru ada pewaris.” Pegawai yang pangkat besar dan berpendidikan tinggi tak semestinya bijak. Teruk sangat dia punya tahap bod0h. Tapi orang macam tu sebenarnya jahiI agama.

Ain Razak : Suruh orang doakan pun tapi kita sendiri tak usaha tak guna dikkkkk. Lemah lembut tak bermakna kita tu lembik, tapi lembik tu macam awak ni. Meratap nasib tapi usaha tak ada. Kesian anak tu oi.

Orang dah tak suka, pergi la jauh – jauh tak faham – faham lagi ke. Korang yang ada anak perempuan tu ajar la dari kecik jangan jadi lembik. Nanti dah besar tak ada la kena buIi pastu menangis macam confessor ni.

Cari rumah sewa murah – murah, flat pun takpe. Tak pun balik rumah mak sendiri, minta tolong sesiapa jaga anak, kemudian cari kerja.

Deedee Nas : Mentua u ni ada masalah mentalI Dia salahkan u kandung anak perempuan sebab dah ramai perempuan, kalau begitu dia dengan anak – anak dia pun salah la juga sebab tak mampu mengandung anak lelaki. Mentua u belajar sampai mana ya confessor?

Sebab otak dia tak berkembang, terlalu sempit mengalahkan lubang sinki. Kenapa bukan dia yang tergelincir? Yela biras tak ada anak lagi, dia tak kisah sebab tiap bulan dia dapat duit dari biras kan, materialistik betul orang tua tu.

Dia yang miskin tak berduit salahkan menantu tak hulur duit. Ada baiknya dia tak ambil kisah, sekurang – kurangnya tak ada kacau life u confessor. Relax sikit.

Hani Marissa : Penat baca kisah menantu tinggal dengan mertua ni. Nak suruh pembaca doakan je tak ada usaha tak jadik jugak. Jenis asyik dok pikir tak berani la nak pindah masa PKPK ni, habis tt nak tunggu sampai bila.

Fikir tak mampu duduk menyewa, tak mampu tu ni, sampai ke sudahlah duduk dengan orang. Tak fikir ke sampai mertua buat tahap anc4m nyawa agenda macam tu boleh lagi duk tunggu dalam rumah orang. Orang dah tak suka, bIah la sis.

Tak payah nak tunggu bagai, harap mertua datang tengok kat hospitaI apa la. Hidup ni jangan bersandar pada orang. Diri sendiri kena bangun cari jalan penyelesaian, tu dah ada anak mungkin tak ape sebab tt housewife boleh Iindungi anak 24 jam.

Sampai bila nak tinggal dalam persekitaran t0ksik macam tu. Nak tunggu mertua bubuh r4cun dalam makan minum dulu ke baru nak sedar orang tak suka. Susah sejenis takut nak keluar menyewa, takut tak lepas. Sorry, Maaf cakap jangan jadi bod0h sangat sampai orang ani4ya, pijak – pijak, boleh tak sis?

Waniey Kechik : MentaIity jantina anak tu tak pernah nak hilang. Aku ada 2 anak perempuan. Yang kecik baru setahun lebih orang sibuk suruh beranak cari laki. Ingat boleh main order je? Bila aku cakap aku czer, boleh beranak sekali lagi ja.

Aku tak rancang nak anak lagi, orang kata, “ehh muda lagi laa, boleh ja czer 4x, try la dulu.” Kenapa aku nak risik0kan diri aku untuk kepuasan hati orang. Apa masalah kalau belum ada rezeki anak lelaki ? Berd0sakah aku?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?